MUDAHNYA BERKONGSI REZEKI DI OH! FREE FOOD APPS

May 26, 2019
Hai, kali ni aku nak kongsi sesuatu yang bagus bagi elakkan pembaziran sambil kongsi rezeki bersama-sama orang lain. Kat rumah aku ada masalah bila musim kerja kawin. Kami sekeluarga kurang untuk makan ringan, kalau orang jawa panggil jajan. Air kotak pun kadang-kadang terbiar sampai luput. Kalau macam nasi tu boleh juga kasi makan pada ayam hutan depan rumah, habis kalau air kotak nak kasi siapa? Luput je buang. Haaa dah bazir lepas tu kesian orang yang beli bersusah payah nak kasi kita..

Apa itu Oh!FreeFood ?


Merupakan satu platform terkini yang membolehkan untuk kita berkongsi dengan memberi atau menerima barang makanan sedia masak, tak habis makan ataupun macam aku cakap, makanan berlebihan yang masih belum dibuka kepada sesiapa sahaja yang penting telah memuat turun aplikasi Oh! Free Food di telephone pintar masing-masing..

FUNGSI OH! FREE FOOD

Amalan bersedekah bagi mengelakkan pembaziran menerusi perkongsian makanan percuma menjadi matlamat komposer Irwan Hisham dan bersama dua orang rakan kongsinya Kho Lip Khiong dan Lim Sin Poh untuk membangunkan aplikasi dikenali Oh! Free Food.



Aplikasi ini telah dilacarkan sejak 31 Januari lalu selepas viral di laman sosial.  Tak sangka, aplikasi ini menelan belanja besar sehingga RM 200,000.00 jadi korang jangan lupa memanfaatkan apps bagus ini.

CARA MENGGUNAKAN APLIKASI OH! FREE FOOD



  1. Muat turun aplikasi Oh! Free Food di Google Playstore atau Apps Store
  2. Ambil gambar makanan atau produk yang nak diberi percuma
  3. Isi maklumat tentang makanan atau produk
  4. Tunggu request dari mereka yang memerlukan makanan tersebut
  5. Chat untuk tentukan lokasi yang ditetapkan dan dipersetujui kedua belah pihak
  6. Selesai.

PENGALAMAN MIMIN MENGGUNAKAN APLIKASI OH! FREE FOOD

Aku terfikir, tak ramai orang mampu untuk beli Coco Crunch dan Honeystar.  Aku memang penggemar dua benda ni. Sebab mudah untuk bersarapan pagi sebelum bekerja. Mudahkan. Jadi, aku pun sengaja membeli lebih untuk berkongsi rezeki kepada sesiapa saja yang request.


Di Batu Pahat, Johor masih belum menular lagi aplikasi ni. Tapi Alhamdulillah, aku terdetik untuk memuat naikkan ke laman instagram memberitahu kepada pengikut aku di instagram bahawa aku ada kongsikan makanan ini di aplikasi ini. Yang penting dia kena download aplikasi Oh! Free Food ini.


Nah, mudahkan cara untuk kongsi rezeki. Nak-nak pada bulan Ramadhan. Aku paling galakan pada para peniaga bazar Ramadhan untuk install aplikasi ini. Daripada terbiar sampai basi tak pun di buang. Ada baiknya kita kongsi rezeki ni. Memang mulanya kita kongsi rezeki. Mana tahu kalau kena dengan cita rasa penerima, dia order lebih banyak dengan kita. Siapa tahu kan. 

Bukan tertumpu pada bulan Ramadhan sajaha, tapi juga digalakkan untuk para peniaga diluar sana untuk memuat turun aplikasi Oh! Free Food di Google Playstore atau AppStore.

REVIEW APPS OH! FREEFOOD BY MIMIN ADAM







Pandangan aku untuk aplikasi ini sangat bagus. Tetapi aplikasi ini masih belum friendly user untuk pengguna IOS. Harapnya, aplikasi ini dapat diketengahkan dan memberi manfaat kepada pengguna. Maka, Oh! Free Food perlu sentiasa mengemaskini bagi memudahkan para penggunna menggunakannya untuk sama-sama berkongsi rezeki. Alhamdulillah. Tahniah buat Encik Irwan dan rakan kongsinya berjaya mencipta aplikasi yang sangat berguna ini.

--------------------------------------------------
Info Lanjut:

Facebook : Oh Free Food
Instagram : @ohfreefoodofficial
Email : ohfreefood@gmail.com

2 beleter:

Nurul Syahirah said...

bagus sangat apps ni.. takde lah kita membazir makanan lagi..

https://www.nurulsyahirah.com/2019/05/trip-family-ke-hatyai-thailand-part-1.html

Nurzarini Ismail said...

Senang ada apps macam ni, makanan tak terbuang dan boleh berkongsi rezeki..

Powered by Blogger.
Back to Top