Siapa kata mengenakan hijab membataskan fesyen anda? Ambil contoh artis Malasyia Noor Neelofa Binti Mohd Noor yang dikenali sebagai Neelofa, merupakan seorang usahawan Berjaya, pelakon dan pengacara Malaysia. Neelofa berani bergaya dengan pakaian mix and match dan bergaya dengan pelbagai jenis fesyen hijab yang sangat menarik! Bukan itu sahaja, keberanian beliau dalam berfesyen boleh dijadikan sebagai contoh dan ikutan buat semua hijabista di luar sana yang ingin tampil cantik, stailo dan pada masa yang sama masih mengekalkan imej seorang muslimah.
TAMPIL MENARIK DAN RINGKAS DENGAN HANA TAJUDDIN
Semakin ramai wanita bertudung yang kini bijak bergaya dan
tidak mahu terlepas daripada mengikuti trend fesyen terkini. Berhias merupakan panggilan fitrah bagi seorang wanita. Islam tidak pernah menyekat muslimah untuk berhias, selagi cara berhias itu masih sesuai dengan syariat Islam.
HANA TAJUDDIN - Menawarkan pelbagai pilihan busana muslimah yang cantik dan selesa pada
harga berpatutan kepada anda. Produk seperti Tshirt Muslimah, tudung, blouse, handbag, pin, skirt, dan palazzo
dari Hana Tajuddin adalah mengikut citarasa muslimah terkini, disamping
menekankan kualiti dan keselesaan kepada pengguna. Hana Tajuddin sentiasa bersemangat untuk membuat kita kelihatan hebat! Mereka juga akan memberi kita idea bagaimana untuk kelihatan sederhana dan bergaya pada masa yang sama.
3 KELEBIHAN MENGGAYAKAN KOLEKSI BASIC TEE 2.0 - HANA TAJUDDIN
Baru-baru ni, aku dapat mengayakan Basic Tee Hana Tajuddin sendiri dengan yakin. Berkonsepkan Tshirt Muslimah, Tshirt ini didatangkan dalam pelbagai warna mengikut citarasa kita antaranya sakura pink, kelabu, hitam, putih, denim blue, orchid purple, emerald green, merah maroon dan warna emas. Saiz pula bermula S hingga XL dan semestinya harga mampu milik. Kelebihan menggayakan Teelicious Hana Tajuddin :
1. TIDAK PERLU MENGGOSOK
Mungkin sudah
99.9% daripada kita semua pernah alami situasi apabila anda sudah lewat
untuk ke tempat kerja, sekolah, kelas, dan kita baru sahaja sedar yangkita terlupa nak gosok baju malam sebelumnya semasa kita mahu memakai
baju itu. Dengan
jalan yang selalu sesak dengan kereta setiap pagi, kita tiada pilihan
lain untuk pakai sahaja baju yang tak bergosok itu untuk ke destinasi kita. Itu belum lagi dalam habit memang boleh dikatakan cerewet tentang satu-satu perkara. Kadangkala. muncul perangai pelik bila baju dan tudung berkedut sikit je pun dah nak heboh macam ayam baru bertelur! Nak nak, mak mak yang masih ada anak kecik perlu di dukung. Dengan Basic Tshirt 2.0 Hana Tajuddin, tak payah fikir dan semua tu boleh tolak tepi. Tak perlu digosok sebab material Tshirt ini tidak renyuk langsung!
2. MENUTUPI BAHAGIAN PINGGUL
Hana Tajuddin terdapat banyak koleksi Muslimah modern yang mempunyai rekaan menutupi pinggul wanita. Penting bagi kita sebagai wanita bertudung memakai pakaian yang tidaj memperlihatkan bahagian pinggul terutama sekali jika potongan seluar yang di pakai adalah ketat. Sebab itu aku suka teelicious ni.. Tshirt Labuh selesa pergi ke mana-mana.
3. TAHAN LASAK
Basic Tshirt 2.0 Hana Tajuddin yang tahan lasak sesuai untuk pelajar-pelajar dan para guru digunakan pada hari sukan. Kalau hari sukan sesuai dipakai, secara tidak langsung tshirt untuk hari keluarga dan untuk aktiviti riadah, sukaneka dan sebagainya juga sedia digunakan. Material ini meresap peluh,
tahan lama dan lasak serta tidak mudah melebar apabila dibasuh dan
dipakai.
Innallah jamil, wa yuhibbu jamal: Allah itu cantik dan sukakan kecantikan.
---------------------------------------------------------------------------
HANA TAJUDDIN
website : hanatajuddin.com.my
Instagram : http://www.instagram.com/hanatajuddin/
Facebook : http://www.facebook.com/HanaTajuddinHT/
Alamat : HANATAJUDDIN, C-23-1 Jalan Serai Wangi L/16L,
Sek 16, Alam Avenue 2, 40200 Shah Alam, Selangor.
Telefon : +603-55240841
Open : Setiap hari | 9:00 pagi hingga 6:00 petang
23 Comments
suka basic tee ni, selesa je tengok pakainya...
ReplyDeleteCantiklah baju dia, kena dapatkan jugak ni.
ReplyDeleteKak PC nak pergi tengok...terima kasih Mimin perkongsian...
ReplyDeletecantik.. bab tak yah gosok ni hakak soka.. boleh memilikinya hahah (ayat skema sgt ni)
ReplyDeleteNampak sopan si pemakai baju Hana Tajuddin ni..
ReplyDeleteTambahan pula tak perlu digosok, I like!
Thanks for sharing..
Cantik laa baju ni Min..kain dia pon cam best je
ReplyDeletesesungguhnya k.sal memang dah jatuh cinta dengan basic tee hana tajuddin
ReplyDeletesuka la kaler ni. cantik
ReplyDeleteBab tak yah gosok tu memang plus point, memudahkan!
ReplyDeleteBest part bab xyah gosok tu mmg suke
ReplyDeleteTak kisah dah dengan kaler. Paling teruja part takyah iron tu kan. hahaha.
ReplyDeleteSuka dekat pergelangan tangan t-shirt..tak terangkat pun bila angkat tangan.
ReplyDeleteAwak ni model yeee , pakai apa pun cantik hiks
ReplyDeletewah .. wah.. cam model laaa
ReplyDeleteWah.. cantik
ReplyDeleteMacam best je kainnye tu
ReplyDeletekalau yang jenis tahan kedut atau tak perlu gosok memang bagus untuk dipakai
ReplyDeletejahitannya kemas and senang masuk badan ...
ReplyDeleteKakfiza in love sangat dgn baju ni. Simple but nice
ReplyDeletenampak kemas dan sopan
ReplyDeletesesuai nak riadah untuk muslimah
Cantiknyaa dan sangat kemas!
ReplyDeletekena belikan utk anak2 dara sy ni...
ReplyDeleteNice colour - akak suka pakaian yg lasak, jimat memakai.
ReplyDelete