Mimin Adam
Powered by Blogger
  • Home
  • Parenting
  • Travel
  • Food
  • Advertorial
  • Disclaimers
  • Contact Us

PARENTING

PARENTING

TRAVEL

TRAVEL

FOOD

FOOD

REVIEW

REVIEW

FITNESS

FITNESS

CONTACT

AUTHOR

Sejak Julai 2024, rakyat Selangor sekali lagi diuji dengan pelbagai masalah bekalan air. Ironinya, peralihan kepimpinan dalam Air Selangor yang sepatutnya membawa nafas baharu, kini menjadi medan kekecewaan baharu buat rakyat. Di bawah kendalian CEO baharu, Adam Saffian Ghazali, pelbagai insiden yang membabitkan gangguan air dan isu pengurusan telah berlaku — dan rakyat semakin hilang sabar.
 


GANGGUAN BEKALAN AIR BERULANG

 

Pada 23 Julai 2024, satu lagi episod gangguan bekalan air berlaku, menjejaskan tujuh kawasan utama di Selangor termasuk Petaling, Klang, Shah Alam, Gombak, Kuala Lumpur, Hulu Selangor dan Kuala Selangor. Empat loji rawatan air terpaksa dihentikan susulan pencemaran bau yang dikesan di Sungai Kundang dan Sungai Sembah. Insiden seperti ini mencetuskan persoalan tentang sejauh mana tindakan proaktif diambil oleh pihak Air Selangor untuk mencegah perkara ini daripada berulang. Rakyat semakin tertanya-tanya, bagaimana pencemaran boleh terus berlaku walaupun isu ini telah berlarutan bertahun-tahun?

KOMUNIKASI LEMAH & KES QR CODE PALSU 

Dalam masa yang sama, isu lain turut menjejaskan kepercayaan rakyat terhadap syarikat ini. Tanda merah yang dipasang pada rumah pelanggan yang mempunyai tunggakan bil mencetuskan panik apabila QR code pada notis tersebut didakwa membawa kepada laman phishing.

Walaupun Air Selangor menafikan dakwaan ini dan menjelaskan bahawa QR code tersebut membawa ke laman rasmi, isu ini sudah cukup untuk menunjukkan kelemahan komunikasi dan pengurusan maklumat dalam organisasi.

KEGAGALAN KAWALAN ALAM SEKITAR

Hampir setiap kali berlaku gangguan bekalan air, alasan yang dikemukakan berkisar kepada pencemaran sungai.

 Ini menunjukkan kegagalan dalam aspek pencegahan dan kawalan. Rakyat mempersoalkan di mana penguatkuasaan terhadap pihak yang mencemarkan sungai, dan mengapa perkara yang sama terus berlaku seolah-olah tiada sebarang tindakan konkrit diambil. Kelemahan ini bukan sekadar isu teknikal, ia adalah soal integriti pengurusan.

KESAN SOSIAL DAN EKONOMI

Gangguan air bukan sahaja memberi kesan kepada kehidupan harian isi rumah, malah turut menjejaskan operasi hospital, restoran, kilang dan pelbagai sektor industri lain. 

 

Apabila bekalan air tergendala, aktiviti ekonomi turut lumpuh. Ia bukan sekadar menyusahkan, malah mencetuskan kerugian yang besar. Dalam jangka panjang, kestabilan ekonomi negeri juga boleh terkesan jika masalah ini tidak diselesaikan segera.

KETIDAKSEIMBANGAN PERKHIDMATAN

Satu lagi isu yang sering diperkatakan ialah ketidakseimbangan dalam pemulihan bekalan antara kawasan bandar dan luar bandar.

 

Kawasan seperti Kuala Lumpur sering pulih lebih awal berbanding kawasan seperti Hulu Selangor. Ini menimbulkan persoalan tentang keadilan dalam pengurusan dan pengagihan sumber oleh Air Selangor. Adakah penduduk luar bandar dianggap kurang penting?

KURANGNYA KETELUSAN

Rakyat mengharapkan maklumat yang cepat, tepat dan telus setiap kali berlaku gangguan. Namun realitinya, ramai pengguna mengadu mereka tidak menerima maklumat tepat pada masanya. Malah, ada yang menyifatkan pengumuman yang dibuat terlalu lambat dan tidak menjawab soalan asas seperti jangkaan tempoh gangguan serta pelan tindakan syarikat. Sikap ini mencetuskan persepsi bahawa Air Selangor cuba menutup kelemahan dalaman mereka.

TINDAKAN, BUKAN ALASAN!

Rakyat Selangor sudah terlalu lama bersabar. Isu air bukan baharu dan setiap kali berulang, jawapan yang diberi seolah-olah sama. 

 

Sudah tiba masanya pihak pengurusan tampil dengan pelan tindakan konkrit, bukan sekadar kenyataan media. Ketelusan, kecekapan dan keadilan perlu dikembalikan demi kesejahteraan rakyat.

 Musim Raya 2025 dah makin dekat, gambar keluarga wajib cun! Kalau korang tengah cari studio gambar di Batu Pahat yang boleh bagi hasil gambar padu, harga berbaloi, dan suasana selesa – haaa artikel ni memang untuk korang.

10 Studio Gambar Raya Popular di Batu Pahat 2025 (Pakej Bajet & Eksklusif!)

Di bawah ni, kami senaraikan 10 studio gambar raya terbaik di Batu Pahat yang popular tahun ni. Ada yang bajet-friendly, ada juga yang eksklusif dengan tema glam. Pilih je mana sesuai dengan bajet & citarasa!

1. HAP STUDIO (HATTA AWANG STUDIO)


HARGA : RM120-RM150
BOOKING : https://forms.gle/gLTTUK1nhZKHhCLt8
LOKASI :
27, JALAN KENCANA 1A/22, SRI GADING, 83300 SRI GADING, JOHOR

2. KS STUDIO

HARGA : SERENDAH RM69
BOOKING : https://wa.me/60189886463
LOKASI : BERHAMPIRAN TABUNG HAJI BATU PAHAT

3. KARYA CREATIVE

 

HARGA : SERENDAH RM150
BOOKING : https://karyacreativestudio.mypixieset.com/
LOKASI : NO.41A, JLN UNIVERSITI 1, TAMAN UNIVERSITI, PT RAJA, BATU PAHAT, JOHOR.

4. AIN STUDIO RAYA

HARGA : SERENDAH RM130
BOOKING : wassap.my/60148807515/ainstudioraya2025
LOKASI : PARIT RAJA (ATAS ECO SHOP)

5. ALIFFPHOTOPIXEL


HARGA : SERENDAH RM 75.00
BOOKING: www.wasap.my/+6012-7117621
LOKASI :  SRI GADING, BATU PAHAT

6. IZZ DESIGN N PRINTING


 HARGA : BERMULA RM100.00
BOOKING : www.wasap.my/+60196262604/studioraya2025
LOKASI : NO.15-1, WISMA PELADANG TINGKAT 2,JALAN SULONG, 83500 PARIT SULONG, JOHOR. (BERHADAPAN PEJABAT POS PT SULONG)

7. ASART STUDIO

 

HARGA: DEPOSIT RM 50
BOOKING: http://www.wasap.my/601161162944
LOKASI: NO 98A, JALAN SERI SULONG, TAMAN INDUSRTRI SERI SULONG, 8350 PARIT SULONG, JOHOR (ATAS BUNDLE SERI SULONG)

 8. BLOSSOM X ZUMI

 
HARGA : RM 100.00 - RM 150.00
BOOKING : http://www.wasap.my/60127464676/promostudiorayazumi
LOKASI : LOKASI TAMAN BANANG JAYA, BATU PAHAT

9. MOMENT GALLERY STUDIO 

HARGA : BERMULA RM 35.00
BOOKING : http://myurls.co/kedai_gambar
LOKASI : TAMAN U, PARIT RAJA

 10. AKMAL STUDIO RAYA

 

HARGA: RM120
BOOKING:
wasap.my/60139569548/HIAKMALSTUDIORAYA2025
LOKASI: LOB CAFE, BATU PAHAT, JOHOR

Sebenarnya, banyak lagi tau studio raya dekat Batu Pahat ni. so! korang berminat yang mana satu studio raya dekat Batu pahat? alang-alang dah raya dekat Batu Pahat kan. Selamat Hari Raya awak awak semua

 

Mama Teruja! Fayyadh Affan First Time Sekolah Tanpa Diaper – Pengalaman yang Takkan Dilupa. Rasanya macam baru je semalam mama melahirkan Fayyadh Affan ni, tahu tahu abang dah melangkah ke alam persekolahan buat pertama kali! Sebagai anak sulung, pengalaman ini bukan je mendebarkan buat Affan, tetapi juga untuk mama dan ayah.
 
 
Yang lebih mencabar, Affan masih belum sepenuhnya bebas diaper, tetapi disebabkan dah cikgu sarankan semasa di Tabika Kemas, pemakaian diaper tak dibenarkan hanya dibenarkan bawa pakaian salin sekiranya pelajar terkucil. Bayangkan perasaan mama – gabungan teruja, gementar, dan risau! Mama dan ayah pulak tak dapat ambil cuti untuk hantar Affan pada hari pertama, jadi tanggungjawab besar ini jatuh kepada tokpe dan cikmet.
 

Pengalaman Pertama Fayyadh Affan di Tabika Kemas – Seharian yang Penuh Cabaran & Kegembiraan!

Hari pertama di sekolah pasti menjadi detik bermakna buat setiap anak kecil – begitu juga buat Fayyadh Affan! 
 
Seawal pagi, Affan dah bersiap dengan pakaian seragam birunya. Muka dia penuh keterujaan – teruja apa yang menantinya di sekolah nanti. Nampak semangatnya tetap tinggi! Masa ke Tabika Kemas Peserai penuh dengan cerita dan nasihat dari tokpe dan cikmet untuk pastikan Affan kekal semangat menghadapi hari pertamanya.

Setibanya di sekolah, suasana sangat meriah. Ada yang teruja, ada yang menangis – dan Affan? Dia nampak sikit terganggu tetapi tetap berani melangkah ke dalam kelas. Guru Tabika Kemas begitu ramah menyambut kedatangan murid-murid baharu dengan mengenakan pakaian sama seperti seragam pelajar, termasuk Affan. Aktiviti pertama? Sesi suai kenal dan nyanyian lagu sekolah yang menceriakan suasana.
 
 
Sepanjang hari, Affan buat pelbagai aktiviti menarik seperti mengenal warna, bermain dengan rakan-rakan baharu, menggosok gigi dan belajar mengenal huruf serta nombor. Mungkin dia ada juga rasa rindu pada mama dan ayah, berjaya juga dia menyesuaikan diri dengan baik. Cabaran terbesar mestilah ke tandas! Rasanya berjaya kot ke tandas dengan cikgu, dari 1 gambar ke gambar.. Affan lengkap lagi berpakaian seragam.
Waktu pulang, nampak muka Affan penat sangat. Dia ada kongsi kisah hari pertamanya dengan tokpe – tentang kawan baharu, cikgu yang baik, dan aktiviti seronok yang dilakukan. Mama dan ayah yang tak sabar nak balik rumah tak sabar mendengar semua cerita dari mulutnya sendiri!

Pengalaman pertama ini pastinya akan dikenang sepanjang hayat – bukan hanya oleh Affan, tetapi juga oleh mama dan ayah yang menyaksikan detik perkembangan anak manja. Walaupun penuh cabaran, Affan ! u did it..

Nak Daftarkan Anak ke Tabika Kemas? Ini Cara Mohon & Apa yang Perlu Anda Tahu!

KEMAS adalah prasekolah awam pertama di Malaysia yang telah ditubuhkan oleh Jabatan Kemajuan Masyarakat, di bawah seliaan Kementerian Luar Bandar Malaysia (sebelum ini). Sila tunggu tarikh permohonan dibuka ya.

Program pendidikan KEMAS terbahagi kepada dua kategori iaitu:

  • Kanak-kanak 2 – 4 Tahun: Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA)
  • Kanak-kanak 4 – 6 Tahun: Taman Bimbingan Kanak-kanak (TABIKA)

Ibu bapa perlu mengikut syarat-syarat daftar Tabika KEMAS seperti berikut:

  • Permohonan boleh dibuat oleh ibu/bapa/penjaga kanak-kanak.
  • Permohonan hanya boleh dilakukan sekali sahaja.
  • Salah seorang daripada Ibu/bapa/penjaga kanak-kanak haruslah berstatus warganegara Malaysia.
  • Permohonan perlu dicetak dan dihantar ke Tabika Kemas pilihan berserta dokumen-dokumen sokongan bagi tujuan semakan.
    • Salinan Sijil Kelahiran Kanak-kanak.
    • Salinan kad pengenalan ibu dan bapa/penjaga.
    • Slip gaji ibu dan bapa/penjaga.
    • Dua (2) keping gambar kanak-kanak berukuran passport.
    • Rekod kesihatan kanak-kanak (Bagi kanak-kanak yang ada masalah kesihatan) serta rekod imunisasi.
  • Borang permohonan tidak akan diproses sekiranya dokumen-dokumen ini tidak dihantar.
  • Kanak-kanak haruslah berstatus warganegara Malaysia serta berumur 3 – 5 tahun pada tahun permohonan.

Keperluan Asas Sekolah – Checklist Lengkap untuk Ibu Bapa 

Tulis Nama Anak pada Semua Barang – Elak Hilang & Jimat Belanja!

Sebelum anak mula ke Tabika Kemas, pastikan semua barang keperluannya sudah siap. Paling penting, jangan lupa tulis nama anak pada setiap barang seperti beg, botol air, dan alat tulis!

Kenapa ini penting?
✔ Elak barang hilang – Jika tertinggal, mudah untuk cikgu atau kawan-kawan pulangkan.
✔ Kurangkan risiko tertukar – Barang anak tidak akan tersilap ambil oleh rakan lain.
✔ Jimat duit – Tak perlu beli alat tulis baru setiap minggu kerana barang lebih terjaga.

Dengan cara ini, ibu bapa tak perlu risau setiap kali anak ke sekolah. Senang, kan? Jangan lupa label semua barang sebelum sesi persekolahan bermula!
Sediakan barang keperluan sekolah Tabika /Tadika Kemas

Checklist Keperluan Sekolah Anak ke Tabika Kemas – Jangan Terlepas!

Sebelum anak memulakan sesi persekolahan di Tabika Kemas, ibu bapa perlu memastikan semua barang keperluan sudah lengkap. Dengan persiapan awal, anak lebih selesa dan ibu bapa tak perlu tergesa-gesa di saat akhir.

Berikut adalah senarai wajib yang perlu disediakan:

🧥 Pakaian Sekolah:
✔ Uniform Tabika Kemas (Kain atau seluar) set
✔ Tudung putih & anak tudung (untuk anak perempuan)
✔ Baju T-shirt putih (PJK) sementara dapat dari sekolah
✔ Seluar sukan
✔ Stokin & kasut sekolah
✔ Singlet atau baju dalam
✔ Kiwi kasut hitam

📚 Alat Tulis & Kelengkapan Belajar:
✔ Beg sekolah
✔ Pensel 2B & pensel warna
✔ Pengasah pensel & pemadam
✔ Pembaris
✔ Botol air
✔ Sapu tangan 
✔ ubat gigi & berus gigi

Yang penting pastikan anak membawa baju salin (standby), air botol & sapu tangan ini setiap hari supaya tidak ketinggalan dalam pembelajaran dan terhindar daripada dimarahi cikgu. Dengan persiapan rapi, anak lebih bersemangat untuk ke sekolah!

Persediaan Anak ke Tabika Kemas – 3 Perkara Penting yang Ibu Bapa Perlu Tahu!

Sebelum anak memulakan sesi persekolahan, ibu bapa perlu memastikan mereka bersedia dari segi kebersihan, disiplin, dan kemahiran asas. Ini bukan sahaja membantu anak lebih selesa di sekolah, tetapi juga mengelakkan masalah seperti sakit, keletihan, atau sukar menyesuaikan diri.

✅ 1. Pastikan Kuku Anak Sentiasa Pendek & Bersih
Kuku yang panjang dan kotor boleh menyebabkan kuman masuk ke dalam badan ketika makan, sekali gus meningkatkan risiko jatuh sakit. Selain itu, kuku tajam boleh mencederakan diri sendiri dan rakan-rakan semasa bermain. Jadi, biasakan anak dengan rutin memotong kuku setiap minggu supaya sentiasa bersih dan kemas.

🌙 2. Ajar Anak Tidur Awal Supaya Tidak Mengantuk di Sekolah
Tabiat tidur lewat boleh menyebabkan anak mengantuk dan kurang fokus di kelas. Sebaiknya, latih mereka tidur awal sekurang-kurangnya 10 malam beberapa minggu sebelum sekolah bermula. Ini membantu mereka bangun lebih segar dan bersedia untuk ke sekolah tanpa drama!

🚻 3. Latih Anak Guna Tandas
Tandas di sekolah tidak sama seperti di rumah, jadi anak mungkin rasa kekok menggunakannya. Untuk melatih mereka, bawa anak ke tandas ketika keluar ke pusat membeli-belah dan ajar cara menggunakannya sendiri. Dengan latihan awal, mereka akan lebih yakin menggunakan tandas di sekolah tanpa rasa takut atau cemas.

Persediaan awal akan membantu anak lebih selesa dan seronok memulakan hari pertama mereka di Tabika Kemas. Jom latih anak supaya lebih bersedia!

 

Buffet Ramadan 2025 di Klana Beach Resort Port Dickson – Bulan Ramadan semakin hampir, dan ini peluang terbaik untuk menikmati buffet berbuka puasa dengan suasana tepi pantai yang menenangkan. Buffet Ramadan Klana Beach Resort 2025 menjanjikan pelbagai hidangan lazat sambil menikmati angin laut yang menyegarkan. Nikmati pengalaman berbuka puasa yang istimewa dengan pelbagai juadah tradisional dan moden. Jangan lepaskan peluang untuk merasai pengalaman buffet yang TERBAIK di Port Dickson tahun ini!


Kibas Golek & Hidangan Tradisional di Klana Beach Resort Port Dickson


 
Buffet Ramadan 2025 Klana Beach Resort PD bakal berlangsung dari 3 Ramadan hingga 28 Ramadan 1446H (4 Mac – 29 Mac 2025) dengan tema "Merentasi Tradisi". Nikmati pelbagai hidangan autentik dari setiap negeri di Malaysia dalam satu lokasi! Dari utara ke selatan, Pantai Timur hingga ke Borneo, buffet Ramadan Klana Beach Resort Port Dickson menjanjikan pengalaman berbuka puasa yang penuh variasi dan keunikan.
 

Buffet Ramadan 2025 Klana Beach Resort Port Dickson – Suasana Berbuka Paling Mendamaikan!

Salah satu keistimewaan Buffet Ramadan Klana Beach Resort 2025 ialah suasana berbuka puasa yang nyaman. Dengan tempat makan terbuka tetapi berbumbung, anda boleh menikmati pengalaman berbuka yang santai dan selesa. Lebih menarik lagi, angin laut yang sepoi-sepoi bahasa menambahkan lagi ketenangan, menjadikannya pilihan terbaik untuk berbuka puasa selepas seharian berpuasa.
 
 

Persembahan muzik tradisional gamelan yang dimainkan oleh sekumpulan pemuzik berpakaian tradisional di Klana Beach Resort, Port Dickson, Malaysia. Dengan latar belakang dekorasi budaya yang menarik, alunan muzik ini memberikan suasana selamat datang yang meriah dan mengasyikkan kepada para tetamu.

Merentasi Tradisi dengan Kibas Golek & Hidangan Ikonik Setiap Negeri!

Tahun ini, Buffet Ramadan 2025 membawa konsep unik "Merentasi Tradisi", menampilkan hidangan ikonik dari setiap negeri di Malaysia. Dari utara hingga selatan, dari pantai timur hingga ke Sabah dan Sarawak, setiap negeri mempunyai signature dish tersendiri untuk dinikmati.

Kibas golek istimewa menjadi tarikan utama, bersama pelbagai juadah autentik yang menggabungkan rasa tradisional dengan pengalaman berbuka yang luar biasa. Jika anda mencari buffet Ramadan terbaik 2025, pastikan anda tidak ketinggalan untuk menikmati sajian eksklusif ini!

Menu Buffet Ramadan 2025 yang Wajib Dicuba!

 ❀ Kibas Golek Berempah - Ini adalah highlight utama untuk Buffet Ramadan 2025!

Daging lembut, berjus, dan diperap dengan rempah ratus eksklusif.

❀ Rendang Pucuk Maman – Hidangan rare yang susah dijumpai, kini tersedia di sini! Gabungan rasa lemak, pedas, dan aroma wangi menjadikan ia menu wajib cuba.
 
❀ Mee Kolok Sarawak – Tekstur mee yang kenyal, kuah yang cukup rasa, pastinya memikat selera pencinta makanan dari Borneo.
❀ Laksa Johor – Pekat, berempah, dan dilengkapi sambal belacan untuk rasa autentik yang menggamit memori.
 
❀ Pelbagai Lauk-Pauk Tradisional – semuanya disediakan dengan penuh rasa warisan.
 
Ikan Keli Masak Cili Api, dan Kepayo Masak Lemak

 
Nikmati Nasi Lemuni

❀ Live Stall – pelbagai makanan jalanan yang disediakan secara langsung.
 
 
 


 
❀ Pencuci Mulut & Minuman – 
 
http://


 
Kuih tradisional, kek, cendol, ais kacang, jus buah segar, serta teh tarik pekat untuk melengkapkan pengalaman berbuka puasa.






Selain itu, terdapat juga Laksa Kelantan, Ambuyat, dan banyak lagi stall menarik yang menanti anda!

Buffet Ramadan terbaik 2025 ini menawarkan lebih daripada sekadar makanan – ia adalah pengalaman berbuka yang luar biasa!

 JANGAN LEPASKAN PELUANG RASAI SENDIRI KIBAS GOLEK

Buffet Ramadan 2025 tidak lengkap tanpa hidangan kibas golek berempah yang menjadi pilihan utama pengunjung. Dagingnya yang lembut dan juicy diperap dengan rempah istimewa sehingga meresap ke dalam, memberikan rasa yang kaya dan memikat selera. Setiap gigitan menghasilkan pengalaman rasa yang unik, dengan kepekatan rempah dan kelemakan daging yang sempurna. Apabila dimakan panas-panas, kibas golek ini benar-benar cair di mulut, menjadikannya hidangan yang tidak boleh dilepaskan. Jika anda mencari menu berbuka puasa yang istimewa dan premium, pastikan untuk mencuba kibas golek terbaik di Buffet Ramadan 2025!

 

Selain kibas golek yang juicy dan berempah, Buffet Ramadan 2025 turut menawarkan sup kibas yang pekat dan kaya dengan rasa. Bagi penggemar sup berempah, hidangan ini pasti memikat selera dengan aroma dan kehangatan yang menyelerakan.

 

Tidak lengkap tanpa pencuci mulut, buffet ini juga menyediakan pelbagai pilihan kek, kuih tradisional, dan ais krim yang menyegarkan. Sama ada anda gemarkan manisan klasik atau pencuci mulut moden, semuanya tersedia untuk melengkapkan pengalaman berbuka puasa anda. Jangan lepaskan peluang mencuba hidangan istimewa ini di Buffet Ramadan 2025!

KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN

Klana Beach Resort menawarkan suasana mesra Muslim dengan kemudahan yang lengkap untuk pengalaman berbuka puasa yang selesa. Ruang makan yang luas memastikan keselesaan untuk keluarga besar, tanpa perlu risau tentang kesesakan. Surau yang tersedia juga memudahkan tetamu menunaikan solat dan tarawikh selepas berbuka tanpa perlu meninggalkan lokasi. Dengan persekitaran yang tenang dan kemudahan yang mesra pengunjung, Klana Beach Resort menjadi pilihan ideal untuk menikmati Buffet Ramadan 2025 dengan selesa dan penuh kenikmatan.

PAKEJ PENGINAPAN RAMADAN 2025 - NIKMATI PAKEJ BERSAHUR & BERBUKA DENGAN PEMANDANGAN PANTAI

 

Untuk anda yang ingin menikmati staycation Ramadan yang selesa, Klana Beach Resort PD menawarkan pakej penginapan eksklusif dengan suasana tenang dan pemandangan pantai yang indah. Sesuai untuk keluarga yang ingin bersantai selepas berbuka, resort ini menyediakan kemudahan lengkap termasuk kolam renang untuk kanak-kanak dan persekitaran yang mesra Muslim. Bangun sahur dengan hembusan angin laut segar, menjadikan pengalaman Ramadan anda lebih bermakna. Tempah sekarang untuk percutian Ramadan yang istimewa!


① Bufet Ramadan, Sahur & Penginapan

Nikmati pakej lengkap termasuk bufet iftar, sahur, dan bilik resort yang selesa. Sesuai untuk anda yang ingin berehat selepas berbuka dengan suasana nyaman dan tenang.

② Ramadan Staycation & Sahur

Rasai pengalaman staycation Ramadan terbaik di tepi pantai dengan kemudahan lengkap termasuk sahur dan ruang solat yang selesa. Tempat ideal untuk menghabiskan masa berkualiti bersama keluarga.

③ Pakej Seminar Ramadan

Buat syarikat dan organisasi yang ingin mengadakan seminar atau majlis berbuka puasa, pakej ini menyediakan bilik seminar, bufet berbuka, dan penginapan sekali gus. Pilihan terbaik untuk acara korporat yang bermakna di bulan Ramadan.

REVIEW BY MIMINADAM - BERBUKA PUASA DENGAN SUASANA NYAMAN & ANEKA MAKANAN !

Kalau korang tengah cari tempat berbuka puasa best di Port Dickson, Mimin recommend Klana Beach Resort PD! Nikmati hidangan buffet Ramadan dengan angin pantai yang menyegarkan, suasana selesa, dan pilihan menu yang memikat selera.

Kibas golek lembut & juicy, hidangan signature dari setiap negeri – memang puas hati! Tempat luas, selesa, dan ada surau dekat untuk solat Maghrib & Terawih.

 

FASILITI YANG DISEDIAKAN DI DALAM BILIK

PERSEKITARAN HOTEL
 

Jangan lepaskan peluang buffet Ramadan Port Dickson yang berbaloi ni! Cepat tempah awal sebelum terlambat!

 --------------------------------------


 INFO LANJUT 

Kompleks Baitul Hilal
Lot 4506 Batu 8, Jalan Pantai, 71050 Port Dickson
Negeri Sembilan, Malaysia

info@klanabeachresortpd.com.my / sales@klanabeachresortpd.com.my
+606-648 7888 +606-648 7999 | 016-661 9030 | 016-661 9050 | 016-661 6089
Older Posts Home

ABOUT ME

Dedicated lifestyle blogger sharing parenting tips, tasty recipes, exciting travel adventures, and genuine product experiences. Join the journey!

Contact Me : cikk.mimin92@gmail.com

SUBSCRIBE & FOLLOW

Total Pageviews

BLOGLOVER

  • Yanty Lee
    -
  • Qaseh Dalia's Blog
    -
  • UZU'S JOURNAL
    -
  • Yaya Natsumi Official Blog
    -
  • Catatan Sue Izza
    -
  • fizafantagiro
    -
  • Mommy's Diary of Life
    -
  • BEN ASHAARI
    -
Show 5 Show All

Followers

POPULAR POSTS

  • Maksud Import, Eksport dan Entrepot
  • PHOTOSHOOT RAYA KONSEP RUMAH KAMPUNG DI KARYA CREATIVE, BATU PAHAT
  • 2nd Giveaway by Miminadam
  • Air Selangor: Sampai Bila Rakyat Selangor Perlu Sabar Dengan Gangguan Air Tak Berpenghujung?
  • FOOD PANTRY AYAM BRAND CSR CAMPAIGN 2020 DI JOHOR

TRENDING NOW!

  • 2nd Giveaway by Miminadam
  • Maksud Import, Eksport dan Entrepot
  • PHOTOSHOOT RAYA KONSEP RUMAH KAMPUNG DI KARYA CREATIVE, BATU PAHAT
  • Air Selangor: Sampai Bila Rakyat Selangor Perlu Sabar Dengan Gangguan Air Tak Berpenghujung?

About Blog


Dedicated lifestyle blogger sharing parenting tips, tasty recipes, exciting travel adventures, and genuine product experiences. Join the journey! .
Don’t hesitate to come for say a small “Hello!”

Contact Me : cikk.mimin92@gmail.com

Popular Posts

Maksud Import, Eksport dan Entrepot

Image

PEMBEKAL PAU SEDAP DAN GEBU HANYA PAU MIRA - RASA SEKALI NAK LAGI

Image

SALAM RAMADAN 1438H/2017M

Image

Labels

Adam Generation advertorial artwork Batu Pahat beauty Cabaran 30 hari Celebrity Dalizgrafix Event FITNESS food foodhunter healthy life Homestay Hotel indonesia info Issues News Johor KBBA9 Kenangan KRIMINAL Kuala Lumpur Langkawi Legoland lifestyle lirik lirik lagu mcdonalds mcdonalds; Melaka Memori memory MIsteri motivasi movie Negeri Sembilan News nurse days Pahang Pantai Parenting pengalaman Perak pizza dominos Port Dickson printcious property guru Putrajaya Resepi review segmen segmen giveaway Selangor seram SHOP Shopee singapore skincare Taman Negara Kuala Tahan terengganu Tips Travel tutorial wordless

Copyright © MIMIN ADAM. Designed by OddThemes