Muhammad Nasruddin Bin Boyani dalam ingatan.
Nasruddin atau Boy lebih dikenali dalam kalangan kawan kawan. Rakan sekelas dari timgkatan dua hingga tiga. Tapi, boy ni jenis friendly. Makanya mudah nak bergaul dgn dia.
 |
| Nasruddin Boyani |
Seorang yang aktif dalam sukan bola sepak pada zaman sekolah dulu. Baik, tak pernah simpan dendam dalam hati, tak pernah sekali pun dia buat kawan kawan sekeliling dia susah. Malah rajin bagi nasihat.
Kehilangan Kau, Kami terasa
Semalam petang, mimin dapat berita pemergian boy. Kejadian berlaku tak pasti sebab arwah praktikal kat Sabah. Di fahamkan, arwah kena renjatan elektrik ketika dalam khidmat praktikal dia.
Terkejut rasa bila dia dah tak ada dalam dunia ni. Mana kan tidak, raya baru baru ni, kami ex schoolmate raya sama sama. Bergurau sama sama. Tapi.. tak sangka. Itu adalah kali terakhir dapat berjumpa, bergurau dan ketawa sama-sama dengan dia.
Dunia adalah tempat singgah sementata
Bila seorang demi seorang yang berada disekeliling mimin, Mimin percaya bahawa dunia ni bersifat sementara. Kau sedia atau tak sedia.. bila ajal menjemput akan tetap juga meninggalkan dunia ni.
Maka, terputuslah hubungan boy dengan kami semua. Mimin yakin.. boy punya keluarga, partner, kawan kawan yang tak berhenti mendoakan boy.
Semoga, arwah Nasruddin, Adam, Syamil dan seluruh muslimin dan muslimat yang telah kembali kerahmatullah diletakkan dalam kalangan orang yang beriman.
Al fatihah
Assalamualaikum w.b.t
CABARAN 30 HARI | HARI 9 : 5 LELAKI MENARIK PERHATIAN MIMIN. Cabaran untuk hari ni macam desperate sangat. haha. Rasa macam kelakar laa pulak. Nak senaraikan. Kang pakwe pakwe stalk kecik hati depa. ehh ! haha. gurau gurau.
Actually Mimin confused dengan tajuk kali ni. Tapi Mimin betulkan baliklah. Bagi nampak specific. Disebabkan Mimin belum kahwin atau bertunang. 5 lelaki menarik perhatian Mimin sepanjang hidup Mimin:

- Adam Bin Marop. Tentulah apak Mimin. Apa yang tertarik dengan arwah apak ni, dia berjaya buat keluaran enam puteri yang cantik molek. hehe. Bukan tuu je, dia gigih kerja untuk mencari rezeki yang halal di menara MIDF sampai hingga nyawa dia terakhir walaupun dia tahu dia daa tak larat kerja yang ditanggung terlampau berat untuk dipikul sama dengan kesihatan dia tak stabil. Kalau Mimin tahu siapa boss apak ni, siaplah dia. Dia juga gigih kumpulkan anak-anak dia yang banyak merantau time raya. Ye lah, Mimin dari baby duduk dengan makcik sebagai anak angkat dia. Lepas tu, adik-adik yang Layla Witra dengan Syakila, apak hantar belajar sampai kat Indon. Kakak-kakak Mimin yang Dahlia, Dalila dan Atiqah dah berkeluarga. Lagi sayu hati buat mimin tertarik dengan apak, bertahun-tahun dia tahan sakit dan mampu tersenyum untuk anak-anak dia dan cucu dia. Semoga apak tenang di sana ye. Al-fatihah.

- Sallehuddin Bin Ab Rashid, merangkap pada ayah angkat Mimin. Menariknyaa perhatian mimin bila dia sangat ambil berat terhadap sakit mimin, makan minum mimin, keselamatan mimin. Dia the best. nak descibe nanti penat pulak korg nak baca.
- Abdul Hamid Rashid Sallehuddin Bin Abdullah, Dekat gambar atas ni dia yang kecik sekali. Adik angkat mimin. Mamet ni orangnya tabah. Tahun ni ada bagi tahu secara formal yang dia anak angkat tapi dia steady. Tak memberontak dan menerima seadanya. Lagi yang tertarik memori kepala dia sangat awesome. Setakat ni almari piala dia yang monopoli -..- Semua piala tu terdiri dengan pertandingan hafazan yang diwakli oleh dia, dituruti dengan kedudkan dalam kelas dan tekwando dia. Dia manja gilooo dengan mimin. hehe. lagi lagi time dia nak pawww mimin. haha.
- Dasuki Wazein Islam Bin Mohd Rafizi. Haa, yang ni pulak cucu lelaki pertama dalam keluarga Hj Adam. Huihh ! taktergambarlah sayangnya kami dengan wazein ni. huhu