14 TARIKAN WAJIB TERJAH DI LOST WORLD OF TAMBUN

Hai ! masih rasa nak cerita pasal Lost World Of Tambun. Kali ini, aku nak cerita tempat wajib korang kena terjah bila sudah berada dalam Lost World Of Tambun. Haaaa, rugi teruk tahu bila dah sampai kat Lost World Of Tambun, tapi tak terjah atau explore apa yang ada dalam Lost World Of Tambun. Baru-baru ini, aku dengan rakan blogger lain berpeluang rasai sendiri pengalaman tidur di glamping camp. Haaa, paa diaa Glamping camp tu ? Boleh baca pengalaman aku tidur 2 Hari 1 Malam di Floating Glamping Camp di Lost World of Tambun.

Tarikan Wajib Terjah di Lost World Of Tambun


Sebelum ni pergi Lost World Of Tambun terhad nak explore sebab ada anak buah. Almaklumlah, anak buah lebih tertarik dengan air-air jee. Kali ini pergi, aku ber”car pool” dengan Yanty Lee, Najeeb, dan Emas Putih. Gerak dari Putrajaya pukul 6.00 pagi. Pit-stop sarapan pagi dengan buang air je. Sampai di Lost World of Tambun lebih kurang pukul 10 pagi. Setibanya di sana, tunggu beberapa rakan blogger lain.

1. HIPPO KINGDOM

Hippo Kingdom
Selepas kami Check in di Glamping Camp, Aktiviti pertama kami di sana ialah pergi Hippo Kingdom. Hippo Kingdom ni antara tarikan terbaru di Lost World Of Tambun. Apa yang menarik di Hippo Kingdom ni, korang boleh tengok Badak atau nama saintifiknya Hippopotamus. Hello, ingat awak jee kee ada nama .. huhuhu, Badak ni pun ada nama tau, nama dia Juwita. Mungkin nama dia sempena cerita Jwanita cerita kott.. (hmm.. okay tak lawak).
Juwita
Di Hippo Kingdom ni, kita dapat tengok cara badak ni hidup macam mana. Sebabnya, kita boleh tengok Juwita ni berendam dalam air dalam beberapa minit selepas itu, akan munculkan hidung dia dipermukaan air seketika untuk bernafas di udara. Ruangan yang korang tengok kat gambar atas tu, binaan yang pertama dibina Malaysia bagi memudahkan pengunjung untuk melihat Juwita dengan lebih dekat. Air kat kawasan Juwita ni tak akan cantik sebabnya Juwita akan makan sebanyak 7kg sehari. Bayangkan najisnya besar mana.. hhihihi
Heyna (Dubuk)
Juwita tidak keseorangan, Juwita ditemani dengan beberapa buaya kat situ dan beberapa ikan pun ada. Itu untuk haiwan yang berada di air. Hippo Kingdom juga terdapat haiwan didarat juga.. Pernah dengar tak haiwan nama am dia Dubuk (Heyna). Okay, aku pertama kali dengar.
bagi makan rusa
Jangan tak percaya pula, Rusa pun boleh dapat kat Hippo Kingdom tauu. Merasa juga aku bagi makan rusa-rusa ni makan. Walaupun hakikatnya terbayang kalau rusa-rusa ni makan tangan aku. Hahaha. Propa sangat imagine. Di Hippo Kingdom juga ada bangau dengan emu. Bukan Badak je tau.

2. Lost World Hot Springs & Spa By Night

Hot Spring Lost World Of Tambun
Bersantai dan bersantai di kolam air panas semulajadi. Boleh relax dan santai di mata air panas dan spa yang paling eksotik di Malaysia. Syokkk weyhh !

3. Flaming Percussion

Flaming Percussion
Dah seharian tuu mandi, apa kata berhenti kejap mandi tengok Flaming Percussion Show. Fuhh. Abang api tahu. Terpegun diorang makan api. Hikss.
Masa: 7:45 petang
Lokasi: Lost World Hot Springs & Spa Peringkat
Isnin, Rabu & Khamis (setiap hari semasa Cuti Sekolah & Cuti Umum)

4. Tales Of The Tribe


Nak tengok cara monyet menari ? Haha, okay yang monyet menari tak ada. Yang ada cuma abang-abang sado buat show di lokasi Monkey Valley. Berhampiran dengan Petting Zoo.
Masa: 8:30 malam
Lokasi: Monkey Valley
Isnin, Rabu dan Khamis (setiap hari semasa Cuti Sekolah & Cuti Umum)

5. Lost World Tin Valley


Ketahui tentang kisah perlombongan bijih timah dengan sejarah dan budaya Malaysia. Slot ni kami tak dapat tengok, sebab terlalu lama kat dalam gua. Hikss

6. Lost World Tiger Valley


Harimau Siberia berwarna merah-berkarat, atau berwarna berkerut-kuning, dengan jalur sempit hitam sempit dan subspesies ini berada di antara kucing hidup terbesar di dunia. Mereka adalah pemburu kuat yang bergerak banyak batu untuk mencari mangsa, seperti rusa dan babi hutan, pada pemburuan malam. Harimau yang lapar boleh makan sebanyak £ 60 (27 kilogram) dalam satu malam, walaupun mereka biasanya makan kurang. Harimau ini juga pendaki dan perenang yang sangat baik seperti yang korang akan saksikan jika korang dapat peluang untuk tengok Show Feed Feed mereka. 

7. Tarantula Alley & Petting Zoo

Tarantula Valley
Lokasi seterusnya di Tarantula Alley. Di mana, lokasi seteus kami selepas sarapan pagi di Wetland Petting Zoo . Aku akan ceritakan kemudian part makan makan ni. Hehehe.

Tarantula
Tarantula Alley ni loksainya tersorok sikit. Masa memula dating dengan family pun, kami tak terjah ke sini. Nasib baik, kali ni kami di bawa ke Tarantula Alley. First time dapat tengok adik-beradik labah-abah yang lain ni. Hihi.


Apa yang menarik di Petting Zoo ni, kita dapat tengok haiwan-haiwan yang comel-comel seperti burung, burung merak, ayam, Tapir, burung hantu dan banyak lagi. Korang boleh beri makan kat burung burung yang ada dalam ni tahu. Kalau korang datang sini masa merak nak mengawan, korang akan Nampak ekor dia yang cantik tuu kembang. Biasanya merak akan kembangkan ekor semasa merak jantan ni nak rebut merak betina. Haa gitu, siapa ekor paling cantik dia laa pemenangnya.

8. Catopia

Catopia Lost World
Haaa, anda pencinta kucing ? Catopia lahh jawapannya. Di sini ada 7 kucing yang comel comel boleh buat alas kaki rasanya. Ehh! Takk, tu gurau. Memang gebu-gebu dia punya bulu. Jadi, kalau korang datang catopia, pastikan jangan buat kucing-kucing ni marah atau penat tau. Jangan angkat kucing ni. Belai belai boleh, main dengan mereka juga boleh. Tapi! Jangan buat dia mengamok okay. Hehe.

9. Haunted Chambers

Agak-agak Emas Putih berani tak masuk dalam ni
Satu zon menyeramkan dan mengganas serbu mangsa. Pengalaman mengejutkan tulang belakang yang tidak dapat dilupakan. Ini adalah salah satu tempat yang aku nak masuk masa pergi dengan family tapi tak dapat masuk sebab kene beratur panjang. Hahaha. Rupanya, nak masuk Cuma boleh 6 orang sekali masuk. Dalam tuu, nenek kebayan tau akan jadi tour guide dalam tuu. Hahahaha, Serious talk ! memang dup da dup dap dalam tuu. Tak percaya, boleh Tanya Afiq Halid pengalaman masuk Haunted Chambers Lost World of Tambun.

10. Lupe’s Adventure

Sedih time nak naik tengah tutup sementara
Perak roller coaster pertama di sini! Penambahan baru ini membawa penumpangnya melalui beberapa selekoh yang maut dan seram yang menjanjikan kegembiraan korang.

11. Storm Rider

Wajib naik !
Masih dapat merasa storm rider ni. Datang LWOT ni, waib tau naik atas kapal lanun ini dan rasai apa yang kami rasa. Mungkin korang boleh rasa sendiri naik kapal seperti di laut yang sedang ribut! Duduk betul betul tauu bila kapal bergerak 180 darjah. Korang akan rasa sendiri perut ketawa.. kah ! haa, perut yang ketawa tauu

12. Giddy Galleon


Pusingan dan bulat dan bulat ia pergi! Satu lagi perjalanan keluarga yang sempurna yang akan membuatkan semua orang terkejut dengan pening. Sesuai untuk kelauarga yang ada anak kecil

13. Dragon Flight


Marilah cuba terbang di Lost World Of Tambun. Kalau cepat mabuk, disarankan tak payah naik ni. Tapi kalau nak cuba, apalah salahnyaa.

14. Lost World Adventure Park

Lost World Adventure Park ni, sesuai untuk kem kepimpinan, team building, family day dan lain-lain seumpama ini. Aktiviti-aktiviti mencabar menanti korang. Kami hanya sempat masuk ke 6th Mile Tunnel Cave je. InsyaAllah, next time kalau ada rezeki nak cuba yang lain pula..
  • 6th Mile Tunnel Cave


Ini salah satu aktiviti paling mencabar kat dalam Lost World of Tambun. Korang akan lalu di dalam gua yang lumpur yang naik ke paras lutut korang. Perairan yang masih perlu anda berenang untuk masuk ke gua. Makhluk yang bersembunyi dalam kegelapan. Kiri kanan gua tajam yang harus elakkan. Semua dalam terowong panjang ini sebuah gua pitch-hitam !. Haaa.. Next entry, aku akan cerita sepanjang perjalanan aku dalam gua tuu macam mana.. Mencabar ke tidak sepanjang perjalan tersebut. Berikut masih belum sempat aku mencuba.. Antaranya:-
  • 13 High Rope Course


Terletak di persekitaran semulajadi di tebing hutan yang menakjubkan di tengah-tengah bunyi yang menenangkan dari air terjun 60 kaki, 13 High-Rope Course ini mencabar keyakinan diri, harga diri dan ketahanan dan bangunan. All-in-all aktiviti pembinaan watak yang hebat.
  • Zip Line


zip Line telah digunakan sebagai kaedah pengangkutan selama bertahun-tahun. Inilah peluang anda untuk mengalaminya. Ini menyeronokkan kerana kelihatan! Nikmati keseronokan terbang, semasa anda menyeberangi kabel sepanjang 120 meter ke atas Tasik Cermin.
  • Via Feratta dengan Abseil


Via Feratta, bahasa Itali untuk "Iron Road" adalah laluan pendakian yang dilindungi yang menjadikan pendakian mudah untuk pemula. Sekali di puncak, pendaki kemudian boleh turun dengan selamat dengan bantuan pengajar
  • Wild Woosey


Dua rakan sepatutnya bersandar di antara satu sama lain manakala disokong oleh rakan sepasukan mereka yang menahan mereka dari bawah. Elemen ini akan meningkatkan kepercayaan masing-masing dan akan memecahkan halangan komunikasi.
  • Perlumbaan Super Adventure


Rafting. Jungle trekking, Caving, Cliff racing, Scaling the Needle of Tambun. Ini hanya beberapa daripada 12 cabaran dalam perlumbaan tersebut. Kemahiran komunikasi, pembinaan pasukan dan motivasi adalah penting!
  • Kayak Mania


Bersedia untuk basah. Bersiaplah untuk berani. Untuk cabaran kami, kami memerlukan anda untuk mengatasi ketakutan anda. Kegiatan Kayak termasuk dalam air, pembetulan, penyeimbangan dan koordinasi, pendakian dan zig-zagging.

Itulah 14 tarikan yang wajib korang terjah di Lost World Of Tambun. Tapi ! ada banyak lagi aku tak muat naik kat sini. Korang kena explore lagi apa yang ada di Lost World Of Tambun ini. Di Entry Seterusnya, aku akan ceritakan pengalaman aku masuk ke 6th Mile Tunnel Cave dengan port makanan baikk punya yang korang tak pernah terfikir ada dekat Lost World of Tambun.
-----------------------------------------------------
Sunway Lost World Water Park Sdn. Bhd. (240342-P)

No.1, Persiaran Lagun Sunway 1,
Sunway City Ipoh,
31150 Ipoh, Perak Darul Ridzuan,
Malaysia

Theme park tel: +605 542 8888
Hotel tel: +605- 540 8888
Fax: +605- 542 8899

Email: lostworldoftambun@sunway.com.my

Operating Hours


THEME PARK

Open Mon-Fri: 11:00am till 6:00pm
Weekends, School and Public Holidays: 10:00am till 6:00pm
Closed on Tuesday, except on Malaysian school & public holidays.

LOST WORLD HOT SPRINGS & SPA BY NIGHT

Open daily: 6:00pm till 11:00pm
Crystal Spa Treatment: 12.00 noon till 11:00pm

5 Comments