Tips

Solat Sunat Istikharah

17.1.17

Kenapa hati ragu-ragu sedangkan keputusan telah dibuat. Pernah tidak terfikir untuk lakukan solat sunat istikharah untuk memastikan keputusan itu adalah sewajarnya atau sebaliknya. Bak kata orang lain yang tak ada dalam situasi korang.. Fikir masak-masak. Jangan main buat keputusan. Nanti kau jugak nak menghadap akan datang. haa giteww

Solat Sunat Istikharah

Umat Islam disuruh mengerjakan solat sunat Istikharah bagi menyelesaikan jalan buntu atau untuk membuat suatu pilihan atau keputusan dalam segala urusan kehidupan. Terdapat beberapa hadis Rasulullah SAW yang menggalakkan solat Istikharah.


Rasulullah SAW bersabda: “Di antara kebahagiaan anak Adam ialah Solat Istikharah (minta pilih) daripada Allah Taala dalam segala urusannya dan di antaranya kecelakaan anak Adam ialah meninggalkan solat Istikharah daripada Allah pada segala urusannya.”
la boleh dikerjakan dua rakaat atau sehingga dua belas rakaat (enam salam). Waktunya siang atau malam. Sebaik-baiknya dikerjakan pada waktu sebelum tidur malam. Insya-Allah Tuhan akan menggerakkan hati anda dan memberi petunjuk untuk membuat sesuatu keputusan atau penentuan yang betul.

Cara Solat Istikharah

  • Lafaz Niat

Daku solat sunat Istikharah dua rakaat kerana Allah Taala.

  • Antara surah yang dianjurkan ulama ialah:
Rakaat pertama, bacalah Al-Kafirun (1 kali).
Rakaat ke-dua, dibacakan Al-Ikhlas (1 kali).
Atau;
Rakaat pertama, bacalah ayat Al-Kursi (7 kali).
Rakaat ke-dua, dibacakan Al-Ikhlas (11 kali).

  • Dalam sujud akhir, baca tasbih berikut sebanyak 40 kali:
Maha Suci Dikau yang tiada ilmu bagi kami kecuali apa yang Dikau ajarkan (tunjukkan) kepada kami. Sesungguhnya Dikau Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana!

  • Sebelum bangkit dari sujud, mohonlah kepada Allah SWT. dipertunjukkan jalan yang betul dalam membuat keputusan dan pilihan.
  • Selesai memberi salam, bacalah selawat untuk dihadiahkan kepada Rasulullah SAW., para sahabat Baginda, para wali Allah dan seluruh umat Islam.
  • Membaca doa solat sunat Istikharah:


  • Ulangilah doa tersebut sebanyak 3 kali. Dalam berdoa sebaik-baiknya sebutkan permintaan yang ingin diberikan petunjuk oleh Allah SWT. misalnya: “Ya Allah! Jika Dikau mengetahui urusan ini..….. (sebutkan perkaranya).”
  • Serahkanlah sepenuh keyakinan kepada Allah SWT. sambil bermohon kepada-Nya agar diberikan petunjuk, sama ada didatangkan melalui mimpi, gerak hati atau dengan dipermudahkan urusan yang mana baik. Tidurlah dalam keadaan berwuduk dan berpakaian bersih.
  • Lakukan solat Istikharah 3 atau 7 hari berturut-turut, mengikut kepentingannya. Insya-Allah akan diberi kecenderungan atau digerakkan hati untuk membuat sesuatu keputusan atau pilihan yang betul.
credit: shafiqolbu

lifestyle

Selamat Pengantin Baru Yatt Sahdan

15.1.17

Tak sangka, dulu main pondok-pondok bawah meja. Gosip-gosip mak jemah. Dah sah jadi milik orang dah dia. Banyak jugak benda yang baik buruk kita lalu sama sama. Mana tak tidak, sepupu sepapat.


Yatt Sahdan & Ikmal Hijjaz

Lepas ni, kau pulak duduk Sarawak ikut laki. Maka, geng bujang tinggal berdua. Semoga melekat cepat. Tak sabar nak tengok yatt junior. Amin. Barokallah. Semoga berkekalan hingga ke janah. Yang pasti raya, jangan pulak raya kat Sarawak. hahaha. tak lengkap takde kau babe..


Tahniah both of you ! 

foodhunter

FoodReview | Kambing Grill sedap Subang Bestari

15.1.17

Sedap dan murah. Mana ada menu kambing ni murah.. Kalau zaman sekarang ni kalau ada acara majlis besar-besar barulah dapat merasa makan kambing.. Kalau pergi ke kedai makan memang takdelah harganya murah-murah. Tapi, ada satu tempat di Subang Bestari. Kambing grill dia padu. Sekarang viral dahh kambing grill dia. Mesti trusted Kambing Grill kalau dah viral.. ye tak?

AA Super Grill

"Mok kito maroh jual mahal" haaaa, tagline dia pun gitteewwww.. Sesiapa yang gemar kambing bakar.. Nak dapatkan rasa sama macam hotel taraf 5 bintang dengan harga yang berbaloi. AA Super Grill lah jawapannya.. 


Ramai kawan-kawan dah try Kambing bakar di AA Super Grill ni.. Kebanyaakan diorang memang kasi tumbs up.. Dekat AA Super Grill  dihidangkan dengan roti bakar.  Sos lada hitam di AA Super Grill turut menjadi keistimewaan kerana diadun sendiri dan mempunyai rasa yang berbeza daripada sos lada hitam biasa. Daging kambing yang telah diperap dan di’frozen’kan turut dijual di sini sekiranya pelanggan ingin membawa balik.

Perkhidmatan yang disediakan oleh AA Super Grill

AA Super Grill tak berdiam diri dekat satu tempat je tau. tapi AA Super Grill juga menyediakan perkhidmatan lain. Antara perkhidmatan AA Super Grill:

  • Khidmat Katering 

Kambing Bakar BBQ + Roti Bakar PERCUMA
(BBQ Lamb Grill + FREE Toast)
  • Chiken Bento Box
Ayam Bakar BBQ, Nasi Putih, Sayur kukus, Sup, Kentang Putar
(Chicken Grill, White Rice, Steam Vege, Soup, Mash Potato)
RM7.00

  • Tenderloin Bento Box

Tenderloin Bakar BBQ, Nasi Putih, Sayur kukus, Sup, Kentang Putar
(Tenderloin Grill, White Rice, Steam Vege, Soup, Mash Potato)
RM8.00

  • Lamb Bento Box

Kambing Bakar BBQ, Nasi Putih, Sayur kukus, Sup, Kentang Putar
(Lamb Grill, White Rice, Steam Vege, Soup, Mash Potato)

RM8.00

  • Super Sauce AA Super Grill

Sos BBQ by AA SUPER GRILL
(Homemade Sauce by AA SUPER GRILL)
RM5.00

  • Super Frozen AA Super Grill

Kambing Perap AA SUPER GRILL
(Frozen Marinated Lamb)
RM10.00

  • Kambing Bakar BBQ (BBQ Lamb Grill)

Kambing Bakar BBQ + Roti Bakar PERCUMA
(Lamb Grill + FREE Toast)
RM10

Pelanggan AA Super Grill




AA Super Grill
Email: aa.supergrill@gmail.com
waze: AA SUPER GRILL
En Aslam (founder) : 019-6340294

Waktu operasi : Isnin- Khamis 630ptg-1030mlm
Jumaat -sabtu 630ptg-1200mlm
Ahad tutup

foodhunter

FoodReview | Tauhu Bakar Best Ayer Hitam

14.1.17

Ayer Hitam terkenal dengan pusat dagangan tembikar, anak patung, karpet serta barang-barang perkahwinan. Kalau singgah Ayer Hitam, janganlah lepaskan peluang untuk cuba rasa tauhu bakar best Ayer Hitam. Sedap sangat !!


Tauhu Bakar Best Ayer Hitam

KEUNIKAN hidangan tauhu bakar ini terletak pada rasa sosnya, kerana cara penyediaan bahan utamanya hanyalah tauhu yang dibakar. Sekiranya sos yang disediakan sedap maka sajian tauhu bakar ini juga enak untuk dinikmati. Menu ini juga akan bertambah enak apabila disajikan bersama hirisan timun dan juga kacang tanah yang ditumbuk kasar. 

Keunikan semua tu boleh dapat dekat Tauhu Bakar best Ayer Hitam ni. hiksss. Memang terngiang-ngiang kat kepala kalau dua minggu tak pekena tauhu bakar ni. Selain tauhu bakar ada jugak otak-otak kaw. Sedap weyhhh!


Sebagai buktinya, ni haa aunty dari German pun tak melepaskan peluang pekena Tauhu Bakar best Ayer Hitam ni weyhh... Takkan korang nak tengok aku makan jee. Jom lahh try sekali . Boleh request nak cheese boleh request nak pedas.

Feedback Customer


---------------------------------------------------------------------------------------------

Tauhu Bakar Best Ayer Hitam

Whatsapps: +6012 - 785 4714
Facebook : Tauhu Bakar Best Ayer Hitam
Lokasi : Tapak Pasar Rabu, Ayer Hitam (berhampiran Target)

Aabc

Travel | [Day 2] Pakej Snoorkeling Terbaik Pulau Perhentian - Perhentian Kravers

14.1.17

Lama betul nak sambung cerita pasal Pulau Perhentian ni. Hahaha. Nak masuk setahun dah pergi. Walaupun dah nak setahun, tetapi ! masih segar dalam ingatan weyhhh ! seronok tau snorkeling sambil tengok coral sambil tengok ikan sambil tengok ikan Yu 

Abang Matt Snoorkeling 


Eid semalam lagi dah ingatkan awal-awal suruh bangun awal-awal untuk slot snorkeling. Makanya, seawal pukul 8.00 pagi dah kena standby. Hari kedua ni kitorang dibawa ke 5 buah tempat snorkeling paling best kat Pulau Perhentian ni. Untuk trip snorkeling ni kitorang ambil pakej dengan Perhentian Kravers. Lama jugak la si Mera ni deal dengan si Mudy ni. Yang pasti 2 bulan sebelum tarikh pergi kiteorang pergi Mera dah booking dengn si Mudy ni sebab kalau lambat booking mesti full! 

Abang Matt ni legend dengan ikan-ikan dekat Pulau perhentian ni. So, korang tanyalah dengan ikan-ikan ni kenal Abang Matt ke tak. hahahaha.. Tapi memang syokk habis snorkeling dengan Abang Matt ni weyh. Siap bawak pergi tunnel weyh, Aku kene gigh laa tahan nafas around 3 minit dalam tuu. tanpa amik nafas dan hembus nafas. hahaha

 Fish Point


Haa, Fish Point mestilah banyak ikan kat kawasan ni. Semua jenis ada, ikan belang-belang ada ikan hitam ada macam macam lah ada. Tapi, aku ni sejenis takut ikan rupanya. Mana taknya awal-awal dah kene gigit dengan ikan. Ikan pun x suka aku. hahahaha..

Kat sini, kalau korang ada standby makanan. Korang dapat laa main dengan ikan. Sebab ikan-ikan ni lapar teruk agaknya. Serbu macam ikan-ikan bilis.. huhu

Turtle Point



Point kedua ni, memang port lepak turtle kat sini. Tapi masa kiterorang sampai, ramai betul masa ni. Tersaing  dengan boat lain. Masa ni aku takde keberanian nak masuk ke dasar. Untunglah Hanis, Kak Nera, dengan Kak AG dapat masuk dasar awal-awal ni guide dari Abang Matt.. Tengok guide Snorkeling lain takde pulak masuk ke dasar ni..

Shark Point


Shark Point ni aku rasa aku rugi sikit. Kalau Ikan kecik pun aku takut.. Lagi lah ikan ni. Hahahahhaa ! So, kat sini aku tak berani nak turun. Gelombang air dia sangat kuat. Aku stay kat boat je. Hahaha.. Ada yang tak turun jugak, dari team lain. disebabkan ombak dia kuat kat sini. yang tak turun masuk air kompom mabuk. Tapi nasib baik aku bukak mabuk laut. hahahaa

Light House


Okay, point sinilah aku nak berlagak sikit.. kahkahkah.. Aku berjaya tahan nafas untuk nikmati pemandangan didasar laut sambil lalu bawah tunnel ni.. Best sangat. Pengalaman tak dapat dilupakan..


tuu dia, aku tutup hidung punya tak nak kasi air masuk kat lubang hidung yang besar ni. hahahha, tak berapa ingat pulak berapa ketinggian dasar ni.. 


Hahahaha! time ni diorang macam aksi terjun dari light house tu. Hahahah. berdekah betul tengok kak niera acah berani nak terjut tapi takut. hahaha. kalau aku pun takut. hahahahaha.. medaii medaaiii


Romantic Beach 


Point terakhir kami, romantik beach. Kat point ni banyak gamat. Hahaha. kelakar giler, acah acah nak snorkeling. sekali cetek daaaaa air diaa.. Kenapa nama dia romantik beach ? hahaha sebab port matt saleh dating sini malam malam.

Inilah antara service yang pihak Perhentian Kravers Sediakan.. Sangat terbaik ! Pakej snorkeling ni aku rase boleh tahan murah Mudy bagi sebabnya pakej ni termasuk sekali dengan penginapan, 5point snorkeling dan jugak makan minum kat sana. Siap ade BBQ ok. Penginapan pun selesa. Kitorang tido kat Sharila Resort lagi. Total semua RM350. Siap berdengkur kau penat namaaateyyyy. kahh!

Terima Kasih dekat abang Matt yang melayan kiteorang sepanjang kat laut tuu.. Malam tu kitorang dijamu dengan BBQ. Memang kenyang lah cerita dia. Dah penat seharian bersnorkeling, niat nak pergi long beach malam tu pun dibatalkan. Tunggulah next time kitorang repeat insyaaAllah. Hehehe. 

Dan esoknya balik !! Tak puas makcik ni nak berholidayyyyyyy. guysss! repeatt pleaseeee

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

PERHENTIAN KRAVERS

Whatsapps : +6014-542 7543
                   https://www.facebook.com/perhentian.kravers


Batu Pahat

Food Review | Santana Santai Cafe, Batu Pahat

13.1.17


Dekat Batu Pahat ni tempat makan lahh paling menarik setakat ni. Selain Nasi Baryani Shah, Lezzo, Comic Cafe, Asam Pedas Kak Limah ada lagi yang menarik tau, kat situ nak makan western style ada, Chinese Style ada, Kampung Style pun ada. Makanan pun sedap dan murah!


Santana Santai Cafe, Batu Pahat

Santana Santai Cafe terletak di Taman Bistari, Tongkang Pechah (Sebelah Klinik Kesihatan Tongkang Pechah). Makanan pulak macam dah beritahu tadi. dari makanan tempatan (jenis tekak kampung macam aku), Chinese Style (Cantonese Mee, Hokkien Mee, Chinese Fried Rice etc), Thai Style (Tom Sun Thai), Western Style (Chicken Chop Crispy bersama Homemade Black Pepper Sauce, Mushroom Soup bersama Garlic Bread, Fries Tin Baldi dll), Sampingan (Crispy Tahu Tempe bersama Sambal Petis & kacang tanah, Roti Bakar Superp Rangup, Roti Wholemeal Steam yang dikukus lembut dan banyak lagi). Teaser sikit menu Santana Santai Cafe ni. Semoga terliur. haha

Tasty Churros

Tastic Fish & Chips

Nasi Goreng Chicken Chop


Sambutan Hari Lahir Di Santana Santai Cafe, Batu Pahat

Baru-baru ni aku ada hadir majlis hari jadi, buatnya di Santana Santai Cafe ni lah. Siap ada kemunculan Ultraman Zero Miracle lagi kau... Haaa, puas hati kalau orang-orang Batu Pahat ni nak buat surprise birthday party boleh buat kat sini. View dia pun cantik jugak. Asyik Leezo jeee cuba try buat kat Santana Santai Cafe ni. Lepas tu request Ultraman dekat SuperHero dr 'Brotherhood of Heroes. Haaa, benda boleh bincangkan..

Happy Birthday Dina !


Goodies
menu yang dihidangkan, boleh request dengan owner nak makan apa
birthday girl dengan otomen

Nak jugak gambar dengan otomen 
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Santana Santai Cafe, Batu Pahat

Lokasi: 13, Jalan Bistari Utama, Batu Pahat. (Sebelah Klinik Kesihatan Tongkang Pechah)
Hubungi : +607-415 1514 (OFFICE) | +6012-706 9828 (WHATSAPP)
Waktu Berniaga: 08:00 pagi - 11:00 malam
Facebookhttps://www.facebook.com/santanasantaicafe/
Instagram: https://www.instagram.com/santanasantaicafe/

review

Jom "Ber" #GooseySelfie dan Menang RM10K

12.1.17

RM10,000 siapa tak nak... Kalau rasa nak jadi salah sorang pemenang contest #GooseySelfie ni. Baik cepat-cepat join contest ni. tak silap tinggal beberapa hari je lagi nak tutup dah contest ni. Tapi apa kaitannya contest selfie dengan shopping mall yang bakal dibuka tidak lama lagi ni?


MyTown Shopping Mall

Beriyalah orang Kampung Pandan. Sebelum ni lepak IKEA Cheras, Tak lama lagi bakal buka Shopping Mall baru. Siap bersambung lagi dengan bangunan IKEA Cheras. Makin patah kaki laa korang yang singgah IKEA Cheras tuu. Jangan sesat pulak kat dalam tu. huhu. MyTOWN Shopping Centre lah nama dia.. Pusat membeli belah ini dijangka akan dirasmikan tidak lama lagi.

Contest #GooseySelfie anjuran MyTown Shopping Mall


Masih sempat lagi kalau nak join contest ni. Tak nak ke menang RM10K. hihi. Aku dah join dah. Cara nak join takde lah susah mana..

Cara - cara untuk join :

1. Pergi ke website : www.gooseyselfie.com.my
2. Klik "Join Now"
3. Sekarang, tekan "Start"4. Pastikan login ke Facebook anda sendiri
5. Lepas tu nanti dia akan tanya soalan, then korang jawab dan tekan "Confirm"
6. Kemudian upload gambar yang sedia ada atau snap yang terbaru dengan menggunakan kamera phone atau webcam anda dan sila tambah elemen ‘goose’ pada gambar tersebut.
7. Dah siap ? Klik "Submit" !
8. Dan share ke Facebook korang dengan menggunakan #GOOSEYSELFIE

okay, settle mudahkan ? Dan setiap minggu, 10 pemenang akan dipilih dan akan post di Facebook Fanpage iaitu di  www.facebook.com/mytownshoppingcentre .


Mimin join sebagai GooseyDonna

Cuba korang pulak buat.. apa nama Goosey korang.. Sebab bukan kita yang create nama sendiri. Dia akan automatik keluar nickname Goosey. Huhu. Best tak? Sambil selfie lepas tu edit boleh menang hadiah. Jomlah ajak kawan kawan korang join sama pertandingan selfie #GOOSEYSELFIE yang dianjurkan oleh MyTOWN Shopping Centre. Good Luck kalau dah join..


movie

Review | The Doll (Indonesia) 2016

24.11.16

Filem seram dari Studio Hitmaker, sekali lagi berkisarkan legenda bandar di Bandar Parijs van Java. Filem bertajuk The Doll. Diarahkan dan diterbitkan oleh Rocky Soraya, idea ceritanya pun berasal dari dia. Adakah The Doll boleh menjadi filem seram yang 'baik'?


SINOPSIS THE DOLL


Anya dan Daniel pindah ke rumah baru di Bandung. Di satu kawasan lapang yang mahu dibangunkan terdapat pokok yang tidak boleh ditebang. Disebabkan cerita-cerita dari orang-orang tempatan. Disebabkan tidak mahu dipecat, Daniel mengarahkan seseorang untuk menebang pokok yang adanya anak patung disitu. Daniel membawa pulang anak patung dari lokasi projek tempat dia bekerja. Anya yang pembuat anak patung dengan senang hati meletakkan anak patung itu di rumah mereka. Ternyata dulu anak patung itu adalah milik seorang anak kecil bernama Uci yang meninggal dunia ketika Uci dan seluruh keluarganya dibunuh secara keji dalam rompakan.

Kejadian aneh bila anak patung yang berpindah tempat sendiri, loceng pintu yang bunyi tanpa ada orangnya dengan meninggalkan nota ajak bermain bersama, suara anak kecil pada malam hari, dan menunjulkan diri nketika hari hujan. Apa yang sebenarnya berlaku?
Kesimpulannya, cerita The Doll ni.. banyak tak logiknya. Sebab babak klimaks Daniel kena tikam dengan gunting selepas Anya dirasuk oleh Uci. Tapi, tak mati. hahaha. tengok laa sendiri macam mana Daniel mati. Apa kaitannya Daniel dengan anak patung tu. Sebab Daniel tebang pokok ke atau sebaliknya..  Kasi 3.5 bintang untuk cerita ni..

advertorial

JAM TANGAN DANIEL WELLINGTON

23.11.16

Jam tangan merupakan sejenis jam yang lazimnya dipakai di atas pergelangan tangan atau bertaut pada rantai dan dibawa dalam kocek baju. Tidak kira umur atau bangsa atau sesiapa sahaja boleh pakai jam tangan. Kadang-kala, jam tangan ni ada je orang buat koleksi sebagai aksesori mereka. Boleh juga sekiranya jam tangan dihadiahkan kepada insan-insan yang istimewa

Jam Tangan DW

Pernah dengar tak Jam tangan Daniel Wellington? Jam tangan Daniel Wellington ni amat terkenal. Harganya pula mampu dimiliki. Jadi, takde susah mana untuk memiliki Jam tangan Daniel Wellington ini. Pasti akan nampak lebih bergaya jika korang mengayakan Jam Tangan Daniel Wellington ini. Jam Tangan Daniel Wellington merupakan salah satu produk yang tidak asing bagi kita. Jam tangan yang satu ini sudah termasuk dalam kategori best seller watch di dunia. Tidak hanya orang awam, kalangan artis pun tidak mahu ketinggalan mempunyai jam yang satu ini. Dengan harga yang sangat berpatutan anda sudah mendapat kualiti sangat bagus.

jam tangan DW

Siapakah Daniel Wellington?

Cerita disebalik Daniel Wellington bermula apabila pengasasnya, Filip Tysander, berjalanan keliling dunia dan bertemu dengan seorang lelaki yang menarik di Kepulauan Inggeris. Lelaki tersebutlah yang memberi inspirasi tersebut, mempunyai gaya gentleman namun tetap kelihatan santai dan tidak meninggalkan kesan bersahaja. Ia mempunyai style yang sempurna dan sangat cinta dengan Vintage bertali Nato yang lapuk dimakan usia. Siapa nama lelaki tersebut? Daniel Wellington.

Persahabatan berlaku di antara mereka berdua, terutama dari segi mempengaruhi Filip berpakaian dalam gaya abadi dan bergaya. Jadi terinspirasinya, Filip memutuskan untuk menggunakan nama rakan yang dia bertemu dalam perjalanan semasa dia keliling dunia dengan jam tangan rekaanya. Filip percaya, pencapaiannya terhadap brand jam tangan Daniel Wellington akan membuat pemilik nama asalnya bangga.

jam tangan DW

Dapatkan Jam Tangan Daniel Wellington Online

Bukan calang-calang tau jam tangan Daniel Wellington Malaysia ni, korang wajib memiliki jam tangan Daniel Wellington Malaysia ni sementara stock masih ada ni. Kalau habis, jangan salahkan Mimin pulak… hehe. Tersangatlah exclusive, tersangatlah limited edition. Susah nak dapat sebenarnya di mana-mana kedai jam. Kalau ada pun, tak pasti dengan cara penghantaranya kalau direct beli dekat kilang dia mesti mahal. Kalau beli dekat negara kita, kita tak pasti sama ada jam tersebut original atau sebaliknya.

Hotel

Melaka | Idaman Villa @Melaka, Homestay

21.11.16

Idaman Villa @Melaka Homestay | Villa Homestay ini terletak di Taman Kota Syahbandar, Melaka. Idaman Villa terletak ditengah-tengah bandar. Tidak jauh dari Jonker walk, Dataran Pahlawan, Taming Sari, dan pelbagai destinasi menarik di Bandaraya Bersejarah itu.
Logo

Hari Keluarga | Minggu lepas, Mimin dan keluarga bercuti di Melaka. Kami sudah lama rancangkan mahu adakan aktiviti berkeluarga yang tidak mengeluarkan budget yang besar dan tidak memerlukan destinasi yang jauh. Jadi, bila kawan-kawan cadangkan Idaman Villa laa menjadi destinasi kami. 

Fuhh.. Ini kali pertama dapat homestay besar betul. Idaman Villa ini boleh memuatkan lebih kurang 20 orang lebih. Semestinya sangat selesa. Untuk aktiviti hari keluarga mimin ni, hanya girl-girl je beraksi. Boys not allowed . hihiks. 

video

Homestay Melaka
Homestay Melaka
Selepas doa selamat
Homestay Melaka
Sesi Ta'ruf
Melaka Homestay
Aktiviti Peraga Kostum Pengantin
Pelbagai aktiviti yang menarik telah dilangsungkan di Idaman Villa ini. Antaranya kami adakan doa selamat, Solat Tahajjud, Poco-poco atau senam aerobik, dan kostum pengantin. Aktiviti BBQ sahaja tidak kami jalankan atas sebab hujan. Sedih betul. huhu

Tempat menarik sekitar Idaman Villa @Melaka

Idaman Villa ini terletak di bandar Melaka. Bila dah kat Idaman Villa, jangan bimbang jangan susah hati kalau ada kecemasan lapar, sebabnya disekitar Idaman Villa ada beberapa mamak 24 Jam buka. 7Eleven ada juga, tapi kena start enjin jugak nak pergi. Cuma tak jauh dari Idaman villa. Antara tempat-tempat yang menarik yang lain, yang berhampiran dengan Idaman Villa adalah:
  1. Jonker Walk
  2. Taming Sari
  3. Dataran Pahlawan
  4. The Stadthuys
  5. A'Famosa
  6. Klebang
  7. Pantai Puteri
  8. Kuih Keria Antarabangsa
  9. Coconut Shake, Klebang
  10. Pahlawan Walk dan pelbagai destinasi bersejarah di Melaka.

Kelengkapan dan Kemudahan

Idaman Villa @Melaka ini dilengkapi dengan pelbagai kelengkapan dan kemudahan yang disediakan. Pendek kata, cuma bawak pakaian je, tak payah bawak macam-macam untuk ke sana. Antara kelengkapan dan kemudahan yang disediakan di Idaman Villa @Melaka ialah:

  1. 7 Bilik tidur
  2. TV di setiap bilik dilengkapi dengan astro Njoi.
  3. 6 Tandas
  4. TV siaran HyppTV di ruang tamu 
  5. Wifi
  6. Perkakas alatan memasak
  7. Peti sejuk
  8. Microwave
  9. Dapur Gas, Periuk, Pinggan Mangkuk, Periuk Nasi

Panorama Idaman Villa @Melaka


Melaka Homestay
Idaman Villa @Melaka
Melaka Homestay
Ruang Tamu
Melaka Homestay
Ruang Dapur



Melaka Homestay
Pandangan ditingkat 1 Idaman Villa

Melaka Homestay
Bilik 1 di tingkat 1
Melaka Homestay
Ruang santai di tingkat 2

Melaka Homestay
Bilik 1 di tingkat 2
Melaka Homestay
Ruang santai di dalam  bilik 1 tingkat 2
Melaka Homestay
Bilik 2 tingkat 2
Melaka Homestay
Bilik 3 tingkat 2
Melaka Homestay
Bilik 1 Tingkat 3


Melaka Homestay
Bilik 1 tingkat 3

Melaka Homestay
Bilik 2 tingkat 3
Melaka Homestay
Bilik 3 tingkat 3

Melaka Homestay
BBQ Pit

Melaka Homestay


---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Keseluruhannya,

Mimin sangat berpuas hati dengan penginapan di Idaman Villa @Melaka. Disebabkan mimin sampai di Idaman Villa agak lewat sikit, makanya Mimin tak dapat nak amik view di Idaman Villa yang okay sikit. Mimin ada suruh ibu amik kan gambar-gambar di Idaman Villa. Tapi tak berapa fokus pulak. hiks ! Apa ada nya je ni. Gambar-gambar boleh lah tengok di facebook Mimin.

Idaman Villa @Melaka sesuai untuk adakan family day, tempat bersanggah pengantin, dan macam-macam lagi.

Untuk Matlumat Lanjut/ Tempahan:

Contact :  012-2118246 | 016-2098623

Popular Posts

Followers

KelabBloggerBenAshaari