MEKDI SELAMI KEHIDUPAN ANAK MUDA MELALUI DRAMA 9 EPISOD "KAU SUNDAEKU"

February 21, 2023

McDonald’s secara konsisten telah diiktiraf sebagai majikan pilihan rakyat Malaysia. Pencapaian terkini yang diperoleh McDonald’s termasuklah Anugerah Majikan Terbaik Antara Yang Terbaik 2021 (Best of the Best Employer Award 2021) dan Anugerah Majikan Terbaik 2021 (Best Employer Award 2021) oleh Kincentric, yang merupakan penyedia perkhidmatan penasihat sumber manusia global. Sebelum itu, McDonald’s juga telah memenangi Anugerah Majikan Terbaik (Best Employer Award) daripada Aon lima tahun berturut-turut dari tahun 2014 hingga 2018. Syarikat ini turut diiktiraf sebagai Majikan Terbaik untuk Wanita (Best Employer for Women) pada tahun 2015 dan Majikan Terbaik untuk Generasi Y (Best Employer for Generation Y) pada 2013, yang secara langsung mengetengahkan nilai teras McDonald’s melibatkan kepelbagaian dan keterangkuman. 



Tak sangka, ingatkan McDonald's atau tulisan pasarnya "Mekdi" sekadar menyajikan makanan segera kepada pelanggannya. Sebelum ni, yang kita tahu banyak program Khidmat Masyarakat yang Mekdi anjurkan, malah penghargaan kepada guru sempena Hari Guru di Malaysia juga Mekdi anjurkan setiap tahun. Baru-baru ini, saja tengok Mekdi punya Facebook mana tahu ada lagi promosi Happy Meal yang menarik boleh belikan untuk Fayyadh. Sekali teruja pulak bila nampak Mekdi buat drama 9 episod yang bertajuk "Kau Sundaeku"

PROGAM LATIHAN DI McDONALD's

Mekdi melaburkan jumlah yang signifikan bagi menjalankan pelbagai program latihan untuk mempersiapkan golongan belia menempuh kerjaya dalam industri makanan dan minuman. Sebagai contoh, Program Perantis Vokasional McDonald’s yang merupakan program latihan berasaskan industri selama 18 bulan yang menggabungkan 70 peratus latihan praktikal di restoran dan 30 peratus pembelajaran teori di dalam kelas. Kejayaan program ini merupakan hasil kerjasama antara McDonald’s Malaysia dan Kementerian Sumber Manusia di bawah Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) yang diperkenalkan oleh Kementerian. Sejak 2018, Program Perantis Vokasional McDonald’s telah membantu lebih 3,500 belia daripada pelbagai latarbelakang untuk mendapatkan pengalaman dan pekerjaan dalam industri makanan dan minuman.



Sebagai sebahagian daripada Visi McDonald’s 2026, restoran khidmat segera ini komited melaburkan sejumlah RM1.35 bilion dalam tempoh beberapa tahun mendatang untuk membuka 500 restoran di Malaysia. Dengan pengembangan ini, syarikat dijangka mampu menawarkan lebih 50,000 peluang kerjaya untuk rakyat Malaysia menjelang 2026, termasuk 15,000 perantis baru di bawah Program Perantis Vokasional McDonald’s.

 

McDONALD's MENYELAMI KEHIDUPAN ANAK-ANAK MUDA MASAKINI

Menurut Melati Abdul Hai, Naib Presiden dan Ketua Pegawai Pemasaran, McDonald’s Malaysia, Mekdi mengambil keputusan untuk menyelami kehidupan anak-anak muda hari ini dan mencari jalan baru untuk mengetengahkan budaya, nilai dan pelbagai peluang yang wujud di McDonald’s. Dengan mengambil kira media sosial sebagai medium popular, syarikat ini ingin menyemai minat dan menggalakkan permohonan pekerjaan dengan pengeluaran siri drama mini sembilan episod bertajuk “Kau Sundaeku”.  


SINOPSIS DRAMA 9 EPISOD McDONALD's KAU SUNDAEKU 

 
Mekdi Malaysia mendekati golongan belia melalui platform media sosial bagi memperkenalkan pelbagai pilihan kerjaya yang boleh diterokai di Mekdi. Menggunakan pendekatan inovatif dan menarik, Mekdi mengeluarkan  satu siri drama original di Instagram reels untuk menarik minat golongan muda yang sedang mencari pekerjaan



 
Mekdi muncul dengan Drama Bersiri Original yang tidak pernah terfikir oleh aku, Restoran akan buat drama bersiri untuk pelanggan tetapnya. Sam, Aisyah, Nina dan Sheila akan berkongsi pengalaman menarik bekerja di Mekdi. Episod pertama "Kau Sundaeku" telah ditayangkan pada 21 Disember 2022 dengan setiap episod mengambil masa satu minit. Siri drama ini berkisah tentang seorang pengurus dan 3 kru restoran yang datang daripada latarbelakang berbeza yang menemui 'rumah' mereka dan mempunyai rasa kekitaan semasa bekerja di Mekdi.
 
Siri ini menampilkan Rasyiqah Johan dan Zafira Natasya Yong yang merupakan finalis Dewi Remaja dan Adam Aliff Tay serta Subhasree Ujaramuthu. 

—----------------------------------------------------------------



McDonald’s adalah rangkaian global perkhidmatan makanan melibatkan kira-kira 36,000 cawangan restoran di seluruh dunia dengan pelanggan lebih 70 juta sehari di lebih 100 buah negara. Sepanjang 40 tahun McDonald’s di Malaysia, McDonald’s memberi perkhidmatan kepada lebih 13.5 juta pelanggan sebulan di lebih 330 restoran di seluruh negara. McDonald’s Malaysia mempunyai lebih 14,000 kakitangan di semua rangkaian restorannya di seluruh negara dengan mewujudkan pelbagai peluang perkembangan karier, latihan dan pembangunan. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.mcdonalds.com.my. 


BUAT RAWATAN CARBON SNOW DI MBH MEDISPA BATU PAHAT

September 8, 2022
Hai korang, Lepas bersalinkan si Fayyadh bulan 12 tahun lepas haritu, Mimin memang belum lagi belai belai muka ni. Jadinya memang ke spa lah jawapannya. Sape tak nak muka cantik.. Semua orang impikan kulit yang cantik, cerah dan sempurna. Kadang kala kita dah beri dah sepenuh perhatian, jaga kulit kita dengan baik, habiskan duit sampai beratus atau beribu ringgit untuk bermacam macam skin care untuk perbaiki masalah kulit kita. Tetapi masih tak menjadi. Skincare pulak kena try and error, bila kita tersalah cuba tulah akan mendatangkan keburukkan pada kulit kita seperti berjerawat, kusam, berminyak, kering dan pori menjadi besar. Selain itu, kita pun tak jaga pemakanan serta kebersihan wajah dan alat solek kita. Sebab itulah muka boleh jadi break out kan..

MBH MEDISPA BATU PAHAT

Jumaat lepas Mimin dapat escape sekejap daripada Fayyadh untuk me time dekat spa di Batu Pahat. Sape tak kenal MBH Medispa kan. Nasib baiklah dekat Batu Pahat ada cawangannya. Tak perlu dah nak travel jauh semata nak buat treatment  kan. Mimin tak tahu nak buat rawatan apa masa dah sampai dekat MBH Medispa tu. Korang pun jangan risau sekiranya tak pasti nak buat rawatan apa. Di MBH Medispa, mereka ada konsultan yang akan mengkaji dulu masalah kulit kita dan rawatan apa yang sesuai dengan kita. 



Sewaktu konsultasi ni lah, korang akan diberitahu jenis kulit, masalah dan rawatan yang sesuai untuk kulit korang. Kalau fara, kulit fara jenis combination skin, ada permukaan berminyak ada juga yang kering. Kawasan paling berminyak ialah dekat kawasan T zone. Kawasan tu memang senang cik jerawat nak tumbuh tau. Tak dapat nak dielakkan yang tu. Apabila dah dapat tau apa masalah kulit kita, barulah kita boleh berbincang berkenaan rawatan yang sesuai untuk kita. Jadinya, pihak MBH Medispa mencadangkan rawatan Carbon Snow untuk jenis kulit muka Mimin yang agak kering dan mempunyai white head dan nak elakkan daripada black head.

APA ITU CARBON SNOW TREATMENT?




Rawatan ini sesuai untuk semua jenis kulit terutamanya kulit yang berminyak, kusam dan mempunyai pori-pori besar. Rawatan ni very recommended untuk lelaki sebab kebanyakkan lelaki tesktur kulit mereka berminyak dan pori mereka lebih besar daripada perempuan. MBH spa ni bukan saja untuk perempuan ya, lelaki pun boleh buat rawatan di sini. Siapa sangka, model dekat pamplet tu kawan sekolah rendah Mimin. Herlok haa lepas buat Carbon Snow Treatment ni.

KELEBIHAN CARBON SNOW TREATMENT

  • Merawat kulit kusam
  • Merawat kulit berminyak
  • Merangsang pengeluaran kolagen dalam kulit
  • Mengurangkan garis halus dan kedutan
  • Membaiki tekstur kulit
  • Mengecilkan dan mengetatkan pori-pori kasar
  • Memberikan kesan pencerahan dengan segera tanpa "downtime"
  • Menghilangkan bintik-bintik hitam, bintik putih dan noda pada kulit

PROSEDUR RAWATAN CARBON SNOW



Pada awalnya, wajah akan dicuci dulu dengan MBH Facial Cleanser. Selepas dicuci bersih, beautician akan sapukan skrub sambil massage wajah kita. Bab massage ni memang seronok betul.. terasa sampai nak tertidur dibuatnya.



Seterusnya, mereka akan menggunakan steamer ini sebagai fungsi untuk liang pori di muka kita terbuka Bagi memudahkan mereka nak keluarkan segala jerawat, whitehead dan blackhead yang ada di muka kita ini. Korang akan rasa panas di muka. Ye lah, steamer tu hala tepat ke muka kita. 



Setelah selesai proses steamer muka, tiba masa untuk keluarkan semua jerawat, blackhead, dan whitehead dari muka kita. Dekat Mimin, mereka menggunakan vakum khas untuk keluarkan whitehead dulu barulah mereka akan keluarkan secara manual. Mereka kata, Vakum khas itu hanya dapat keluarkan yang tak degil je, yang degil-degil masih perlu dikeluarkan secara manual. 



Masa rawatan ini bergantung kepada sesi mengeluarkan whitehead blackhead dan jerawat. Kalau banyak, akan ambil masa yang panjang. Macam mimin haritu hanya 45 minit plus minus macam tu. sekejap tapi lega sebab muka mimin tak banyak whitehead, blackhead dan jerawat. 


Selesai menghilangkan segala kotoran degil di muka, barulah muka akan terasa ringan bersih dan selesa. Lepastu, seluruh muka kita akan disapukan dengan karbon dengan rata. Lepas dah sapu rata carbon tu, mereka akan tembak dengan laser. weyh bunyi laser Mimin seram woo. Nasib baik tak sakit. Rasa sakit pun tak. Cuma geli-geli je rasa dia. Ada juga baru terbakar macam tu.


Setelah selesai Carbon Laser tadi, mereka akan bersihkan muka sekali lagi dan mereka akan sapukan toner dan serum. Semasa waktu mereka sapu serum tu, syok betul. 


MBH Medispa mempunyai alatan yang canggih untuk ratakan serum terus meresap ke dalam kulit. Macam release kan muka kita selepas muka kita kena laser tadi tu kan.


Selepas itu, tibalah masa untuk nak merasa rawatan Photon LED. Rawatan ini ialah teknologi baru yang menggunakan kekuatan foton untuk merawat kulit, memindahkan tenaga kepada sel dan mempercepat penjanaan protein kolagen di peringkat sel. Hasilnya, kulit menjadi lebih anjal dan kesan ‘sunburn’ serta tompok-tompok hitam akan berkurangan.

Ketika rawatan ni korang cuma perlu rehatkan minda dan tenangkan fikiran ja. Relax ja. Selepas selesai rawatan photon LED ni, muka korang akan di urut sekali lagi dan lagi sambil sapukan soothing lotion dan sunblock. 

FEEDBACK RAWATAN CARBON SNOW DI MBH MEDISPA


Okay. sejujurnya mimin tak boleh nak cakap banyak sebab ini merupakan rawatan pertama. Sepatutnya ada beberapa rawatan yang perlu di buat untuk mendapatkan hasil yang dikatakan. Tapi! memang ada banyak perubahan positif walaupun ini merupakan rawatan pertama dan tak pasti ada tak rawatan kedua dan selanjutnya, hehehe

Muka yang sebelum ni kusam dan kering. Selepas terima rawatan Carbon Snow memang kulit rasa segar, bersih, lembut dan cerah. whitehead dan blackhead di hidung tu pun dah tak ada. Tapi bukan hilang terus tau. Pori muka Mimin yang terbuka dihidung juga sudah mengecil. Sangat berpuas hati. Layanan staf-staf MBH Medispa Batu Pahat pun semua tip top, mesra dan menyenangkan. Terima Kasih Team Medispa !

Carbon Snow Treatment ini memang mimin cadangkan untuk sesiapa yang terdedah kepada sinaran cahaya matahari dan penghawa dingin yang menyebabkan kulit wajah kelihatan kusam dan terbakar. Kalau buat rawatan ini muka akan tenang dan hasilnya korang akan rasa sendiri selepas menerima rawatan ini,

------------------------------------------------------
INFO LANJUT

MBH MEDISPA BATU PAHAT
NO. 12, Jalan Flora Utama 8, Taman Flora Utama, 83000 Batu Pahat, Johor

PERJANJIAN PERDAGANGAN BEBAS (FTA)

August 1, 2022
Hai korang, ramai rupanya macam mimin masih tak faham selok belok dunia perdagangan. Harap entry apa itu import, eksport & entrepot sedikit sebanyak dapat faham kan korang. Okay, alang-alang Mimin nak handover kerja ni. Mimin kena terangkan kerja mimin kat orang baru, terdetik nak simpan sini untuk akan datang atau kongsi ilmu dengan korang juga berkaitan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) 

APA ITU PERJANJIAN PERDAGANGAN BEBAS (FTA)?


 
Perjanjian Perdagangan Bebas atau Free Trade Agreement (FTA) alah perjanjian antara dia atau lebih negara, di mana negara yang terlibat diberi akses keutamaan dalam pasaran. setiap negara rakan DTA menawarkan insentif atau kelonggaran kepada satu sama lain bagi tujuan perdagangan, pelaburan, penyediaan perkhidmatan dan kemudahan perdagangan serta kerjasama ekonomi.

KEPENTINGAN FTA

  • Dapat akses kepada pasaran yang lebih besar
  • memudahkan dan menggalakkan perdagangan, pelaburan dan merangsang kerjasama ekonomi
  • meningkatkan daya saing pengeksport Malaysia
  • Membangunkan keupayaan industri tempatan melalui kerjasama teknikal

PERJANJIAN FTA

  • Kemudahan perdagangan
  • pelaburan
  • perlindungan harta intelek
  • polisi persaingan perdaganan
  • kerjasama ekonomi yang berkaitan.

 

FTA membolehkan pengeksport Malaysia mendapat layanan istimewa dan akses kepada pasaran yang lebih besar. Pengeksport Malaysia juga akan menikmati penjimatan kos daripada penghapusan atau pengurangan duti kastam serta memudahkan urusan perdagangan dengan liberaslisasi syarat-syarat prosedur kastam yang ketat.

Bagi sektor perkhidmatan pula, FTA menyediakan akses pasaran yang lebih baik untuk pelbagai sektor perkhidmatan komersial dan profesional dari Malaysia. FTA turut memudahkan para pelabur Malaysia untuk melabur di negara rakan FTA.

--------------------------------------------------------------------

harap korang faham asas Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) ni. Next entry mimin nak sembang keistimewaan syarikat yang menikmati FTA ni okay. stay tuned !

LEMBAGA ZAKAT SELANGOR LANCARKAN KEMPEN BULAN TAKSIR ZAKAT - TAKSIR DAN MENANG HADIAH

July 24, 2022

Assalamualaikum dan harap yang tengah baca ni dalam keadaan sihat sejahtera. Korang pernah dengar tak program Bulan Taksir Zakat dari Lembaga Zakat Selangor? Okay jujur Mimin cakap ini merupakan kali pertama Mimin dengar. Jadi Mimin pun tanya lah Ustaz Google berkaitan BTZ ni. BTZ tau bukan BTS k-pop tu. 

Lembaga Zakat

BULAN TAKSIR ZAKAT ITU APA?

Takzir zakat bermaksud mengira anggaran zakat yang perlu dibayar. Zakat Fitrah lebih mudah dikira kerana mengikut harga beras yang dimakan dan diwajibkan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan Muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang tertentu dan boleh dibayar pada bulan Ramadhan sehingga pagi 1 Syawal sebelum melaksanakan Solat Sunat Aidil Fitri.

Zakat Harta pula ialah zakat yang dikenakan ke atas harta-harta tertentu dan boleh dibayar pada bila-bila masa. Kadar zakat harta ialah 2.5% dari jumlah harta. Zakat harta wajib dikeluarkan kerana ia adalah satu jalan jihad kepada Allah dan Islam.

lembaga zakat selangor


Umat Islam di Malaysia diseru memahami lebih jelas tentang kewajiban menunaikan zakat dan mengetahui sendiri kaedah taksiran bagi mengira sendiri jumlah yang perlu dibayar. Dengan adanya Bulan Taksir Zakat, Pembayar zakat kini boleh mengenalpasti jumlah bayaran yang perlu ditunaikan sendiri menerusi laman sesawang jom.zakatselangor.com,my bagi mengenalpasti jumlah bayaran yang perlu ditunaikan.

Kempen Bulan Taksir Zakat (BTZ) ini sebagai usaha untuk membantu pembayar zakat memahami kaedah dan membuat taksiran dengan lebih tepat. Taksiran zakat tersebut bukan terhad kepada zakat harta tetapi zakat-zakat lain juga.  

BILA KEMPEN TAKSIR ZAKAT BERMULA ?

Kempen BTZ telah pun bermula pada 15 Jun sehingga 31 Julai 2022. Amboi dah nak tamat dah rupanya. Harap artikal ni dapat lah tolong korang cepat-cepat sertai kempen BTZ ni sebelum tamat tempoh. Dengan tagline "Sempurnakan Zakatmu" secara tidak langsung kempen ini juga dapat mendidik masyarakat supaya mengetahui jumlah sebenar zakat yang ditunaikan.

 

lembaga zakat selangor

LZS wujudkan kempen bulan taksir zakat merupakan salah satu inisiatif untuk membudayakan taksiran zakat pada setiap bulan Jun sebagai amalan tahunan dalam kalangan masyarakat agat bertanggungjawab atas zakat dan tidak dilupakan seiring dengan jumlah harta yang dimiliki supaya ibadah tersebut dapat dilaksanakan lebih sempurna.

CARA TAKSIR ZAKAT

 

Okay, kat sini lepas rujuk dengan ustaz google.. hehehe. tak lah, mestilah Mimin rujuk terus dekat laman sesawang Zakat Selangor cara taksir zakat. Jangan risau, Mimin tak suruh korang cari sendiri, lepas korang baca entry Mimin kali ni. Korang boleh terus semak dekat laman web Lembaga Zakat Selangor sahih ke tidak. haaa

CARA PERTAMA

 

Bagi korang yang bersemangat nak tahu dan tak faham macam mana nak kira. Faham ! Mimin pun tak faham pun. Tapi.. LZS ada menyediakan Khidmat Taksir Zakat secara bersemuka. Tapi kenalah buat temujanji dahulu di https://www.zakatselangor.com.my/khidmat-taksir-zakat/. Okay ini sembang untuk orang yang ada masa nak walk-in ke LZS kan. Habis yang sentiasa sibuk kejar duniawi macam Mimin macam mana ?

CARA KEDUA

 

Okay, untuk korang yang tak ada masa nak bersemuka ke LZS untuk buat taksiran zakat dan kalau boleh nak buat taksiran sendiri serta mahu buat pembayaran secara atas talian (online), korang boleh masuk ke bahagian Zakat Pendapatan. Kemudian, pilih mana-mana zakat yang hendak ditaksir. Contohnya Zakat Pendapatan, Zakat Simpanan Zakat Emas atau lain-lain Zakat.

CARA KETIGA 

Selain laman web LZS, LZS juga ada sediakan kemudahan aplikasi yang boleh korang muat turun aplikasi Zakat Selangor di Apps Store atau Play Store di telefon bimbit korang. Bagi Mimin, lagi mudah kalau korang muat turun aplikasi tersebut untuk Tafsir Zakat.


Langkah 1 - Muat turun aplikasi Zakat Selangor di telefon bimbit. 

Langkah 2 - Daftar atau log masuk. Log Masuk dengan menggunakan sistem Elektronik Zakat Online (EZO). Kalau korang belum daftar lagi, boleh daftar dulu di https://ezo.zakatselangor.com.my/daftar.asp

Langkah 3 - Pilih menu 'Taksir' dan lengkapkan semua maklumat.


Langkah 4 - Pilih Jenis Zakat yang hendak di tafsir. okay dalam entry ini kita tengok cara nak taksir Zakat Pendapatan.

Langkah 5 - Lengkapkan semua maklumat dan kemudian tekan 'Taksir Zakat' dan 'Jumlah Zakat Setahun' dan akan dipaparkan


Langkah 6 - Tekan 'Simpan Taksir Zakat' untuk buat rujukan masa nak buat pembayaran. Bila-bila masa boleh rujuk semula rekod taksiran korang. 

Pembayaran zakat secara atas talian juga boleh dibuat menerusi aplikasi Zakat Selangor yang sudah korang muat turun tadi.

LEMBAGA ZAKAT SELANGOR KOMITED AGIH ZAKAT 

Lembaga Zakat Selangor semestinya pengeluar zakat ingi mengetahui bagaimana hasil zakat yang mereka kutip dan akan diagihkan. Sepanjang tahun 2021, pengeluar zakat di Selangor telah mengeluarkan zakat sebanyak RM993 juta dan sejumlah RM922 juta telah diagihkan kepada mereka yang layan untuk menerima zakat.

 

Bagi tahun 2022, kutipan zakat dari bulan Januari sehingga April 2022 ialah RM 354,912,888 dan telah dibuat agihan untuk tempoh empat bulan ialah RM 313,931,706. Pelbagai bantuan telah diberikan termasuklah bantuan kepada mangsa banjir, bantuan Ramdan dan Syawal serta bantuan pendidikan. Ini merupakan pengeluar zakat mahukan. Lebih banak zakat terkumpul dan semakin banyak jugalah agihan bantuan dapat dihulurkan.

Korang juga boleh dapatkan info dan laporan aktiviti zakat Selangor di https://www.zakatselangor.com.my/informasi/laporan-aktiviti-zakat/ . LZS juga sentiasa berkongsi kisah aktiviti agihan zakat di Instagram dan juga di Facebook mereka. Mimin ada juga scroll sosial media LZS, Membaca kisah-kisah yang LZS kongsikan sedikit sebanyak sebak betul hati ni. Rupanya ramai lagi yang susah dekat luar sana. Secara tak langsung juga buat kita lebih peka kepada masyarakat keliling. 

Alhamdulillah, terima kasih dan syabas buat mereka yang sudah membuat pembayaran zakat di Lembaga Zakat Selangor. Disebabkan zakat korang, LZS dapat turun padang untuk menyantuni ramai asnaf di Selangor. 

Jom Taksir Zakat Dan Menang Hadiah

Sempena kempen Jom Taksir Zakat, Sempurnakan Zakatmu yang bermula pada 15 Jun 2022 sehingga 31 Julai 2022, mana-mana pengeluar zakat yang memuat turun aplikasi Zakat Selangor dan membuat taksiran zakat dan seterusnya membuat pembayaran zakat berpeluang untuk menyertai peraduan Jom Taksir Zakat dan memenangi pelbagai hadiah yang menarik.

TAKSIR ZAKAT & TEBUS VOUCHER KFC

 

Haa, cara mudah untuk buat penebusan voucher KFC, korang hanya perlu layari http://jomzakatselangor.com.my atau muat turun aplikasi mudah alih Zakat Selangor di Play Store atau Apps Store. Daftar dan log masuk. Kemudian gunakan fungsi "Taksir" dan buat taksiran mengikut jenis taksiran dan "simpan taksir zakat". Jangan lupa tangkap layar sebagai bukti taksiran dan tebus voucher di cawangan LZS berdekatan

TAKSIR, BAYAR ZAKAT DAN MENANGI HADIAH MENARIK

Korang boleh berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah menarik sekiranya membuat bayaran zakat. Pemenang akan dipilih melalui sistem cabutan berkomputer dan akan diaudit oleh juruaudit LZS.
 

Hadiah Utama - Yamaha Lagenda 115Z FI
Hadiah Kedua - Nintendo Switch OLED
Hadiah Ketiga - Smart Watch Garmin
10 Hadiah Saguhati - Galaxy Tab A8

Menarik betul hadiah korang bakal terima bila korang buat pembayaran zakat-zakat korang tu. Tak rugi pun bayar zakat di LZS ni. Mana tahu selepas korang dah keluarkan zakat, ada rezeki buat korang untuk menang hadiah pula kan. Kalau Mimin tempat ketiga dah okay sangat tu. hahahaha
 
 
Berikut syarat-syarat kelayakan dan lain-lain info yang boleh korang baca sendiri. Bukan mudah nak menang dan bukan mudah ye nak keluarkan budget hadiah-hadiah menarik ni. sebab tu susah sikit syaratnya. Semoga berjaya dan terima kasih sudah membuat pembayaran zakat-zakat anda.
 
----------------------------------------------
INFO LANJUT
Telefon : 1-300-88-4343  

NOURA AL TAQAQA BUAT PERSEMBAHAN NYANYIAN DI MAJLIS PERKAHWINAN JIN

July 17, 2022

Baru tadi Mimin tengok Youtube dari Kerul Series. Banyak video informasi dari channerl KS ni sangat berguna info nya. Dari berita terkini, ke mistik ke sejarah. Mimin tertarik nak mengulas berkaitan dengan cerita berkaitan denganNoura Al Taqaqa merupakan penyanyi popular 90-an dari seorang penyanyi dari Kuwait. Cerita ni tak terkenal jadi memang tak banyak influencer dari Malaysia yang ceritakan pasal dia.

NOURA AL TAQAQA PENYANYI TERKENAL 90-AN

Noura Al-Taqaqa seorang penyanyi terkenal sekitar tahun 90-an, dia bukan penyanyi mainstream macam artis tetapi dia ini penyanyi untuk majlis kahwin, namun namanya sangat terkenal pada waktu itu setaraf dengan artis-artis mainstream.

 

 

Noura ada band dia sendiri, dia membawakan lagu-lagi klasik, undangan majlis perkahwinan yang dia terima biasanya bukan calang-calang orang. Kalau di Malaysia macam Dato’ Tan Sri.. haa kalau kat Malaysia macam Aqmal Daniel yang hanya hadir di majlis perkahwinan atau majlis-majlis dari kalangan VVIP je.

Nama Noura Al Taqaqa ini semakin hari semakin terkenal, nama makin melonjak dan tiba-tiba Noura Al Taqaqa ni menyepi macam tu je. Rasanya dah cukup serba sedikit pasal Noura ni, pada tahun 90-an itu boleh dikatakan waktu kemuncak namanya tengah naik, dia menerima banyak undangan daripada orang-orang kenamaan. Tiba-tiba namanya diam begitu sahaja, segala tempahan dia batalkan, Noura pulangkan semua wang deposit dan tiada lagi kelibatnya dalam bidang nyanyian itu. 

 



Pihak media yang cuba menghubunginya pun tak dapat, sampailah ada seorang wartawan ini berjaya menemuramah dia. 

Menurut sumber, ketika wartawan itu sampai ke rumah Noura, dia ada terbau kemenyan apabila melangkah masuk, pembantu membawa wartawan itu ke pejabat Noura yang sudah bersedia untuk ditemubual.

Bila dah sampai di pejabat Noura, wartawan itu terkejut melihat keadaan Noura, kalau diperhatikan dalam gambar di atas, Noura seorang yang berisi, tapi bila jumpa dia nampak begitu susut, malah dinding dirumahnya juga dipenuhi dengan ayat-ayat suci al-Quran.

Ketika mahu di temuduga, Noura memesan wartawan tersebut untuk tidak menokok tambah ceritanya.

DAPAT PANGGILAN TEMPAHAN DARIPADA WANITA TUA

Dari sini bermula lah kisahnya, suatu hari Noura mendapat panggilan daripada seorang wanita tua yang memerlukan perkhidmatan Noura pada malam itu juga. Pada mulanya Noura enggan menerimanya kerana Noura dan rakan-rakan kugirannya tengah cuti.

Bagaimanapun, wanita itu merayu kepadanya untuk melakukan persembahan kerana anaknya begitu minat dengan Noura, bersimpati dengan rayuan wanita itu, Noura tanpa fikir panjang minta alamat rumah wanita tersebut. Biarpun jauh dari sudut hati Noura rasa macam tak sedap hati, tapi Noura lawan rasa itu. 

 


Nyanyi dekat majlis paling besar mereka pernah pergi


Majlis bermula pada pukul 10 malam dan mereka sampai awal, bila dah sampai mengikut alamat yang diberikan, sungguh tak diduga apabila mendapati bahawa rumah itu adalah sebuah rumah agam yang sangat besar. Dia disambut oleh seorang lelaki yang dikatakan bapa kepada pengantin sebelum dibawa ke sebuah bilik khas untuk mereka berehat dan bersiap.

Selepas itu, dia didatangi oleh seorang wanita tua dan ia adalah ibu kepada pengantin yang buat panggilan itu, hati Noura jadi semakin tak sedap apabila melihat rupa ibu pengantin yang begitu pucat dan ketika salam, kulitnya begitu keras macam batu.

 

sumber google

Salah seorang ahli kumpulan, Sham yang juga merupakan rakan kepada Noura berbisik kepada Noura dengan mengatakan dia tak sedap hati selepas ibu pengantin keluar. Ini kerana sewaktu ‘orang lain’ masuk ke biliknya suasana akan menjadi sangat panas.

Mula kena kacau

Selesai bahagian pertama persembahan, mereka semua berehat di bilik yang disediakan, namun, disebabkan Noura terlalu letih dan mula rasa pening-pening dia cuba naik ke tingkat 2, disitu suasana sangatlah sunyi, tapi Noura fikir hanya nak cari bilik lain untuk tumpang berehat.
 
 
sumber google

 
Dia ternampak satu bilik yang pintunya tak rapat, Noura tanpa fikir panjang hanya masuk dan melihat dalam bilik itu semua menggunakan barang-barang lama, Noura yang keletihan masa itu hanya baring dan tertidur. Semasa tidur, dia dalam mimpi diganggu orang lembaga pelik, ada lembaga yang memakai seperti pengantin wanita itu menghampiri dan menjerit, Noura yang terkejut tiba-tiba tersedar dan melihat pintu tiba-tiba tertutup. Noura cuba lari tapi pintu susah nak dibuka, tiba-tiba dia perasan seperti ada ‘seseorang’ dibelakangnya. Nak dipendekkan cerita dia berjaya melarikan diri. 
 
Selepas dia berjaya keluar bilik, dia ternampak kelibat kanak-kanak berlari naik ke tingkat 3, Noura yang ada perasan ingin tahu cuba ikut dan terkejut melihat keadaaan usang macam rumah terbiar. Sesampai di bilik tersebut dia melihat Sham tengah menangis teresak-esak dia menceritakan bahawa dia tadi ada mencari Noura di tingkat 2 tetapi dia diganggu oleh satu jelmaan.
 

Kemuncak, mula perasan ada wanita muka manusia kaki kambing


Noura cuba memujuk Sham yang dalam ketakutan supaya bertahan kerana dia turut rasa perkara yang sama dan meminta semua ahli kuatkan semangat untuk teruskan nyanyian. Di sini adalah waktu paling mencabar, mereka pelik apabila melihat keadaan jadi semakin meriah, semakin lewat malam, semakin ramai tetamu, malah riak wajah tetamu yang hadir juga sangat bengis.

Rasa takut makin membara apabila mereka ketahui bahawa mereka bukan berada di majlis manusia apabila melihat salah seorang tetamu wanita yang sedang khusyuk menari itu terselak kainnya dan medapati dia berkaki kambing dan berbulu lebat.

Nyanyian Noura disambut dengan suara tetamu yang sangat kurang enak di dengar, sampai ke satu tahap, suara Noura tenggelam, bila mereka berhentikan muzik, tepukan gemuruh tetamu seperti di konsert dan semua tetamu memberikan renungan bengis kerana mahukan Noura nyanyi lagi. Mereka yang semakin berkurangan tenaga terpaksa mainkan kerana ketakutan dan nyanyian Noura juga makin sumbang kerana dah keletihan, Sham pula sudah mula pengsan namun Noura dan band dia teruskan bermain muzik.

Tetamu semakin ramai, ketika mereka cuba ambil masa rehat tak sampai 5 minit, Sham yang tersedar setelah dikejutkan merayu untuk pulang namun Noura bercakap dengan semua ahli untuk teruskan bermain untuk selamat atau bimbang jika mereka terperangkap ke alam jin dan tak boleh pulang.
 
SUMBER GOOGLE

Untuk Sham, Noura meminta dia tunduk sahaja sepanjang masa dan tak perlu buat apa-apa. Namun ketika mereka sambung, tetamu dah mula berkerumun mengelilingi mereka ketika sedang mainkan muzik, kesemua ahli termasuk Noura hanya tunduk ke bawah kerana terlalu takut.

Namun ketika mereka rancak menari sambil menyanyi, tiba-tiba berhenti begitu sahaja, sambil memberikan pandangan bengis kepada Noura dan rakan-rakan. Sedikit demi sedikit mereka berlalu pergi kerana, azan subuh mula berkumandang, mereka terus bergegas lari dan bila keluar, mereka mendapati keadaan rumah itu tak sama macam mereka nampak masa baru sampai, buruk usang dan menyeramkan.

Mereka didatangi oleh seorang individu dan dalam ketakutan menunjukkan rumah tersebut, individu itu hantar pulang dan ketika dalam perjalanan semua tekad untuk berhenti daripada melakukan ‘kerja’ ini. 

--------------------------------------------------
 


Wahh ! seram bukan. Kau menyanyi depan manusia pun dah mengigil apatah lagi menyanyi depan jin yang banyak lebih daripada 100 tetamu yang hadir. Korang boleh dengar video Kerul Series ni. Kalau malas nak baca entry aku. hahahah
Powered by Blogger.
Back to Top