Tips | mencari pasangan

October 24, 2011
Mencari pasangan untuk dijadikan sebagai teman hidup bukan la mudah seperti memilih baju di shopping complex. Jika anda seorang lelaki, jadilah seorang lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut : 


1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.

2. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.

3. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.

4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.

5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.

6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.

7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.

8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.

9. Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.

10. Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.


Muhammad syamil bin malik

October 10, 2011
Muhammad Syamil bin Malik | Nama  yang susah Mimin nak lupakan sampai bila-bila dan tak akan lupakan sampai bila-bila. Esok 06 oktober 2015,  genap 4 tahun pemergiannya. Di mana 06 oktober 2011 tarikh keramat bagi Mimin bila pada tarikh ini adalah tarikh kelahiran arwah ayah mimin Hj Adam bin Maarop dan tarikh ini juga Mimin kehilangan orang yang pernah bersusah senang gelak nynyi sedih nangis dengan Mimin iaiti muhammad syamil bin malik.

Pemergian arwah syamil sangat tragis. Di mana, dia terlibat 1 kemalangan di Machang. Masa tu arwah syamil menuntut di uitm, Machang.


Perkenalan yang singkat tetapi bermakna. Ehh.. macam nak troback pulak. Nanti tak cukup hari nak tulis. Fanatik habis dengan Faizal Tahir. Sebelum dia pergi, dia sempat nyanyikan lagu selamat malam dan lagu 150 juta by fynn jamal kat Mimin.

Ehh ! Trowback betul. Muka zaman lepasan SPM
Ni past entry yang mimin update semula, Mimin nak biarkan semua tu jadi kenangan yang tersemat dalam hidup mimin ni. Semoga Allah merahmati dan meletakkan kau dalam kalangan orang-orang yang beriman. Klik berita harian untuk tengok incident yang berlaku 4 tahun lepas. AL-FATIHAH


Powered by Blogger.
Back to Top