TIPS | Penjagaan Mata

Hargai mata cantik anda

Sayangilah mata anda, sesekali anda mengalami masalah mata, selamanya akan anda hidapi masalah mata. Contohnya, kalau anda mengalami rabun mata. Haa ! lama kelamaan anda akan merasai rimas. Rasa hilang nikmat pandangan bila tak pakai cermin mata. Penat tau pakai cermin mata ni sebenarnya.




Bagaimana pula penggunaan kanta lenkap ? Banyak buruknya dari baiknya. Apa yang nak mimin pesan. Jaga kebersihan ketika menggunakan kanta lengkap ini. Sekiranya ada debu atau hama, ia sangat berisiko tinggi. Kalau abaikannya. Boleh berisiko untuk mengalami BUTA.

Tips Penjagaan Mata

  1. Bagi pengguna baru, ada tentu keliru bahagian dalam atau luar kanta lekap. Perbezaan mungkin tidak ketara tetapi pastikan ia kelihatan seperti separuh bola. Letakkan kanta lekap pada jari hingga terlihat bentuk yang dikatakan. Kemudian, bawa kanta dengan bahagian ‘dalam cawan’ menghadap mata anda. Jika kanta yang dipakai berbentuk U sempurna, bermakna itulah posisi betul.

    Sesetengah kanta lekap mempunyai tanda laser, misalnya jenama produk. Ini juga boleh membantu menentukan bahagian dalam atau luar kanta lekap.

  2. Pastikan anda membasuh tangan dengan sempurna sebelum memakai kanta lekap. Elak menggunakan sabun yang terlalu banyak kandungan pewangi, minyak atau produk yang mengandungi lanolin yang boleh melekat pada permukaan kanta lekap. Sesetengah doktor menasihatkan supaya memakai kanta lekap yang sama pada mata sama.
  3. Sentiasa pastikan anda mencuci tangan sebelum mengeluarkan kanta lekap. Jika anda berdiri di depan sinki, pastikan anda menggunakan tisu yang bersih untuk menutup lubang saluran sinki bagi mengelak kanta lekap terjatuh ke dalamnya.
  4. Untuk mengeluarkan kanta lekap, pandang atas atau sisi sambil menarik bahagian bawah mata. Dengan menggunakan jari, gerakkan kanta lekap secara perlahan-lahan dan berhati-hati ke bahagian putih mata anda. Dari situ, kepit kanta lekap perlahan-lahan menggunakan jari telunjuk dan ibu jari dan keluarkan dari mata.
  5. Peringatan, jangan sesekali berkongsi kanta lekap. Ini boleh mengundang padah pada mata anda.

0 Comments