First Step Use blogskin (new dashboard)

February 26, 2013
Hai, Assalamualaikum dan salam sejahtera :D
request for dearest cute miut Sulaiha :)
nanti kasi link blog awak kat akak aehh . hihi


step 1 : 
log in --> dashboard --> template klik yg mimin bulat tu
( tak nampak boleh besarkan)



step 2:
da klik template ? kalau dahh scroll ke bawah sampai jumpa macam yg mimin tunjukk kat bawah ni.

klik yang mimin bulatkan tuu
       

step 3:
ke blogskin. nak mimin punya blogskin boleh klik sini

step 4 :
dah pilih blogskin mana yang menarik hati ? haaa, jangan lupa review dulu.. nanti ada yang tak
berkenan pula , button preview macam mimin tunjuk ni                       



step 5 :
dah preview, dah puas hati. boleh laa download coding blogskin yang dipilih tadi ,

tunggu blogskin di download  
ada keluar macam ni tak ? kalau ada bagus :D

tekan right klik mouse --> select all --> copy

step 6 :
pergi dekat template tadi, tekan right click pada mouse. pilih select all. automatik jadi macam kat
bawah ni.

        klik paste bila dalam bulatan tu dah biru.


preview & save

see ;) blog awak dah cantik ! tapi belum siap lagi .

tunggu Tuto mimin yang seterusnya .

selamat mencuba kawan-kawan

BB1M 2013

February 9, 2013




Assalamualaikum , salam sejahtera semua.
siapa yang pelajar IPTA angkat tangan sekarang . hihi. 
mimin dah dapat dah . Tapi ada cerita disebaliknya untuk mendapatkan baucer buku ni.


Pada 06 Mac 2013, Datuk Seri Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam telah menyampaikan amanat dari Perdana Menteri Malaysia kita kepada pelajar Politeknik Merlimau Melaka pada pukul 5.00 petang.
Disebabkan masalah masa, Datuk Seri Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam tiba pada jam 6.50 ptg.

errr, lambat sangat bukan.. Cerita Hingga Hujung Nyawa dan nak start !
Masing-masing da merungut. Pada mulanya Mimin nak cabut dari dengar depa bebel2. hikhik
Tapi, pengumuman telah dibuat sekiranya tiada cop pada kad tersebut, untuk dapat BB1M dapat lambat
Terpaksa juga Mimin datang balik Dewan Platinum PMM.


Habis amanat yang disampaikan. Kami pun macam kambing berebut-rebut nak dapatkan cop tersebut. 
haihhhh. rasa macam nak maki dengan pengurusan JPP ni . macam bukan pelajar IPT bila sedemikian rupanya.

Keesokkan harinya,penyampaian baucer di Dewan Platinum PMM. Bukan beratur lagi dah nak amik baucer ni. Tapi berempuh. Padat, sendat dan ketat dalam dewan tu. Sampai tak boleh nak bernafas rasanya dalam dewan ni. Mengambil masa selama 2 jam untuk berempuh . eeeeiiii. kenapa laa pengurusan sebegitu rupa. Sia-sia je berempuh semalam untuk dapatkan cop. tapi bila tiba harinya. cop tersebut tidak digunakan langsung. 

Harap tahun akan datang dapat perbaiki pengurusan tersebut.




5 Cara ‘Curi’ Komitmen Si Dia!

February 1, 2013
Keserasian antara awak dan si dia boleh membuatkan si dia jatuh hati kepada awak. Namun, adakah kamu mampu mencuri hatinya? Atau merasakan si dia menjauhkan diri dari awak ?


Ada 5 cara bagaimana awak boleh ‘mencuri’ komitmen si dia untuk menarik perhatian si dia.

1.    Berikan perhatian kepadanya
Cuba kamu keluar dari zon selesa kamu dan berikan sedikit perhatian kepadanya. Tunjukkan kepada si dia yang kamu sentiasa peduli dan ambil berat tentang dirinya.

2.    Jaga penampilanmu
Menjaga penampilan kamu sangat penting untuk menambat hatinya. Bayangkan jika kamu di tempatnya, adakah kamu akan menerima pasangan yang selekeh? Oleh itu pikatlah hatinya dengan penampilan yang kemas dan cantik.

3.    Buat si dia terpesona dengan kepintaranmu
Tidak bermakna kamu memerlukan IQ yang tinggi untuk memikat si dia. Sebenarnya cukuplah sekadar kamu ‘memancingnya’ dengan kepakaran dan kepintaran yang ada pada diri kamu seperti membincangkan tentang sesuatu yang berkaitan dengan pendapat dan fikiran. Tunjukkan kepadanya kamu seorang gadis yang bijak dan rasional. Nah, si dia pasti terpikat dengan kepintaran kamu dalam menyuarakan sesuatu pendapat.

4.    Bermain dengan imaginasi
Bagi sesetengah pendapat, berimaginasi dalam perhubungan sangat tidak digalakkan kerana takut segala imaginasi kamu berdua seperti perkahwinan, mempunyai keluarga dan anak-anak tidak akan tercapai. Sebenarnya berimaginasi bersama boleh menyebabkan si dia jatuh hati kepadamu. Jadi, jangan takut untuk berimaginasi dengannya. Saat berimaginasi, kamu perlu berhati-hati dan jangan ‘terlebih-lebih’ pula ya!

5.    Relaks & enjoy
Lelaki memang suka berseronok dan selalu menganggap sesuatu tu sebagai fun thing. Jadi belajarlah untuk relaksdanenjoy. Jangan terlalu lurus dan serius dalam hubungan. Ada masanya kamu perlu pandai berseronok dengannya. Barulah hatinya menjadi milikmu!

credit : remaja


Powered by Blogger.
Back to Top