Cadangan Kenaikan 30% Kadar Tiket Bas Ekspress dari Kuala Lumpur

June 17, 2013
Okay, Ni boleh gila. Please Prime Minister , pertimbangkan kami sebagai student. Kesian pada mereka yang study di Melaka, kampung Halaman di utara atau Pantai Timur.


Ke Kuala Terengganu RM 38.70----> RM 50.31

Kota Bharu RM 40.00-----> RM 52.00
Kuantan  RM 23.00--------> RM 29.90
Alor Star RM 39.00 -------> RM 51.90
Kangar RM 43.00 ----------> RM 55.90
Butterworth RM 31.20 --------> RM 40.56
Sungai Petani -------> RM 44.46
Johor Bharu RM 31.20------> RM 40.56
Alor Gajah RM 10.00 --------> RM 13.00

 
Berikut adalah cadangan dari pihak berkaitan untuk kenaikan tambang bas ekspress iaitu sebanyak 30%.
Tetapi cadangan ini mendapat banyak bantahan dari pengguna.

10 Sifat Negetif

June 13, 2013
Assalamualaikum . Hai semua.

Hari ni Mimin nak share sikit mengenai sifat yang negative yang perlu awak tahu yang mengakibatkan si"dia" benci. Haaa ! Kadang-kadang apa yang kita buat kita tak tahu apa yang dia fikirkan.. Oleh kerana itu, jom kita tengok 10 sebab dia benci sifat perempuan. Mungkin boleh membantu awak semua :)


1) TERLALU MENGADA-NGADA

Kalau manja tu boleh terima lagi, tetapi kalau dah boleh di gelar ‘mengada-ngada’ jangan kata lelaki agak-agaknya kawan di sekeliling kamu pun akan muak dengan sifat mu itu!

2) SUKA MENGAWAL KEADAAN

Ada sahaja yang tak kena, itu tak boleh ini tak boleh, arghhhh rimasnya! Sejujurnya lelaki paling rimas dengan perempuan yang suka mengawal keadaan kerana keegoaan seorang lelaki akan tercabar bila ada pihak lain yang cuba menjadi ‘lelaki’ selain dari dirinya.

3) SUKA MEMAKSA DAN MENDESAK

“Hahhh elok lah tu tak nak approve relationship kat facebook! Hahh takut kantoi lah kan! Takut hilang market kan?!”. Mungkin bagi kamu ia PERLU, tetapi tidak bagi lelaki. Bagi mereka banyak lagi pekara yang penting untuk di lakukan selain daripada approve status kamu berdua di facebook. Lagi pun tidak semestinya jika si dia tidak approve permohonan kamu itu bermakna si dia memang tidak mahu semua orang tahu tentang kehadiran kamu. Mungkin si dia segan jika ibubapanya melihat statusnya di facebook. Jadi jangan terlalu suka memaksa dan mendesak!

4) SIKIT-SIKIT MENGUGUT

Bila bergaduh, ada sahaja yang di ugutnya. Nak putuskan hubungan lah, nak telan pil lah ini lah itu lah mungkin bagi setengah perempuan ia seakan ‘umpan’ tetapi percaya lah bagi lelaki ia adalah nightmare dalam hidupnya

5) BANYAK MUSUH & SUKA BERGADUH!

Lelaki paling menyampah dengan perempuan yang suka bergaduh dan mengumpul musuh. Bagi mereka, perempuan seperti ini tidak layak untuk di gelar isteri.

6) MEMBOSANKAN!

Pernah dengar perkataangirls just wanna have fun ? hahhhhh jangan salah sangka! Bukan perempuan sahaja yang nak have fun! Lelaki pun macam tu juga. Jadi mereka memang suka berdamping dengan perempuan yang pandai berseronok dan menghiburkan hatinya. Oleh itu, jangan salahkannya jika satu hari nanti si dia akan melepaskan kamu hanya kerana kamu sangat membosankan.

7) GOLONGAN PISAU CUKUR

Tidak di nafikan, lebih cool jika lelaki yang belanja makan, menonton wayang, dan penuhi apa sahaja keinginan mu, tetapi kalau sampai kamu minta seutas jam mahal yang beharga RM100 keatas itu bukan cool namanya, itu dah mengambil kesempatan! Silap-silap ada yang di panggil pisau cukur!

8) MUDAH MENANGIS

‘Air mata’ seorang perempuan adalah senjata yang paling utama untuk melemahkan seorang lelaki, namun jika sering di gunakan siapa yang tahan. Lelaki memang tak suka seorang perempuan yang berhati ‘tisu’, bagi mereka perempuan seperti ini terlalu lemah dan mengada-ngada! Mereka lebih gemarkan perempuan yang kuat dan tabah!

9) TERLAMPAU CEREWET DAN MEMILIH

Amboiii bukan main demand lagi ya kamu! Nak makan di tempat mahal sahaja. Jangan begitu, ada sesetengah lelaki yang tidak gemar pasangannya yang terlampau cerewat dan memilih. Tiada salahnya jika sekali-sekala kamu berdua makan di tempat-tempat biasa.

10) SELEKEH

Macam mana cantik sekali pun muka kalau selekeh lelaki memang tidak suka. Ia menggambarkan kamu seorang yang tidak mementingkan kebersihan. Mereka akan mengandaikan kamu seorang yang pengotor! Memalukan bukan ? jadi ubah penampilan mu, biar nampak simple dan biasa tetapi jangan sampai selekeh!

Tutorial : List dalam satu tab

June 10, 2013

Hai ! Assalamualaikum dan salam sejahtera semua :)

Hari ni Mimin buat tutorial sikit.  Kebanyakkan dah ramai tahu nak buat macam ni. Tapi ni request dari sahabat kita Nadia. Dia tanya macam mana nak buat list dalam satu tab. Mimin rasa dia nak buat Nav dalamnya ada list. Macam dalam gambar yang Nadia screen shoot ni,


kalau tak jelas klik gambar untuk tumbesaran.
Kalau list ni kat Page, ikut langkah ni


Langkah 1: klik PAGE
Langkah 2: Klik New Page


Langkah 3 : Klik Blank Page


Langkah 4: Letak Title Page yang sesuai (contoh kat no 1)
Langkah 5: Letak List seperti yang bermain difikiran. kehkehkeh (macam no 2)


Langkah 6: Highlight kan word yang nak di link kan (contoh macam no 1 dalam pic kat atas)
Langkah7 : klik link untuk link kan.


Langkah 8 : letakkan Link yang sesuai 
Langkah 9 : Jangan lupa tekan ok
Langkah 10: ulang balik step 5 sampai 9 untuk list seterusnya
Langkah 11 : klik publish setelah selesai
Hope membantu dalam tutorial kali ni :) kalau tak paham boleh tanya sampai paham. kehkehkeh








Wordpress atau Blogspot ?

June 6, 2013
Assalamualaikum. 
Hai all reader .

Setelah sekian lama blog ni menyepi, disebabkan ketandusan idea, ditambah internet slow, diselitkan holiday tak sudah-sudah dan juga menerima tempahan edit wordpress.


Inilah logo wordpress. hihi. gedik gedik amik pic ni dari encik google kita nih, apa pendapat awak mengenai wordpress atau blogspot ? Kalau mahir dua-dua site ni lebih baik guna blogspot atau wordpress ?


Nak dijadikan cerita, ada aunty ni suruh editkan website online dia, barangan dan keperluan Haji dan umrah, Boleh dapatkan harga borong dari sini Dar Al Falah. Alaaa, petik jee nama Mimin, nanti dia kasi harga durian runtuh punya. hihi. 

Ehh, sempat promote sekejap. Ohh yee, sambung balik cerita tadi, gaya dari percakapan aunty tersebut ingatkan blogspot laa yang mimin kene edit. Mimin pun masa tu ye kan je laa. sebab blogspot edit ni petik jari mimin boleh editkan (pppffffttttt) Lagipun, masa tu mimin tak ada sumber internet langsung.

Bila ada jee internet, laju pulak line masa tu.. Mimin dah pelik, sebab Login bukan guna email. Time tu jakun laaa tak tau . Sifar pengetahuan mengenai wordpress ni. Dah stuck, adik beradik, pakcik makcik lagi tak tau pasal benda-benda macam ni. So, Mimin berlajar perlahan-perlahan bergurukan encik google. 

Mimin akui, memang susah bergurukan encik google ni, sebab, edit di blogspot dengan edit di Wordpress. Sangat berbeza. SANGAT! haha. memang stress sangat dah nak fahamkan semua. Sampai laaa putus asa, Mimin minta tolong pada kawan Mimin, Kazen. Siap call ni nak minta tolong. Tapi malang, dia tersangatlah busy. Mimin belek belek kawan blog Mimin, Mimin tanya kak Aida. kot kot dia tau guna Wordpress. begitu juga jawapan yang menghampakan.

Alhamdulillah, Mimin teringat kawan blog mimin yang aktif di blogger, Paly . Dia laa sifu secara tidak langsung mengenai wordpress ni. Kalau tak ada campur tangan dia. Thanks Paly :D kalau tak ada  Paly Mungkin stuck macam Mimin main candy crush agaknya :3

So, Alhamdulillah. Mimin masih belajar dan masih dalam dunia perkenalan dengan encik Wordpress ni. hihi. Mana laa tau, ada rezeki boleh menerima tempahan professional edit wordpress ke ? ye dakk ? hihi .


Powered by Blogger.
Back to Top