BERITA | Pesawat Germanwings Terhempas Di Selatan Perancis

BERITA | Pesawat Germanwings Terhempas Di Selatan Perancis | Assalamualaikum, lagi incident kapal terbang terhempas. Dah macam trending kapal terbang terhempah. Harap ini adalah kali terakhir kita mendengar berita berkenaan dengan kapal terbang terhempas yang melibatkan kematian atau kehilangan atau melibatkan ramai orang terkorban.Insyaallah. Amin


KUALA LUMPUR: Menteri Muda Pengangkutan Perancis, Alain Vidalies hari ini mengesahkan tiada seorangpun yang terselamat dalam nahas pesawat Germanwings 4U 9525 di selatan Perancis hari ini.

"Tiada yang terselamat," kata Vidalies , sambil menambah bahawa kemalangan itu berlaku tidak lama selepas juruterbang mengeluarkan isyarat kecemasan semasa cuaca yang baik, lapor AFP.

Pihak berkuasa penerbangan awam juga dalam laporan terbaru telah mengesahkan bahawa kru pesawat tersebut tidak menghantar sebarang  isyarat kecemasan.

"Kru pesawat tidak menghantar isyarat cemas. Sebenarnya pihak kawalan trafik udara yang sebelum ini membuat keputusan bahawa pesawat itu berada dalam keadaan cemas berikutan tiada komunikasi dengan kru pesawat,” ujar sumber berkenaan.

LIHAT GALERI FOTO

Sebelum pengesahan tersebut, Vidalies memberitahu bahawa isyarat kecemasan telah didaftarkan pada pukul 10:47 pagi iaitu ketika pesawat itu berada pada 5,000 kaki dalam keadaan yang tidak normal.

Beliau berkata tempat pesawat itu terhempas merupakan sebuah kawasan yang diliputi salji dan tidak boleh diakses dengan kenderaan darat. Hanya helikopter yang boleh sampai ke lokasi berkenaan.

Pesawat yang membawa 144 penumpang dan enam anak kapal itu sedang dalam laluan penerbangan antara Barcelona, Sepanyol ke Dusseldorf di Jerman.

Germanwings

Menurut Ketua Pengarah Eksekutif Germanwings, Thomas Winkelmann, seramai 67 warganegara Jerman dipercayai berada dalam pesawat malang tersebut. Pesawat itu juga membawa dua orang bayi.



Marseille: Pesawat Airbus penerbangan tambang murah Lufthansa, Germanwings terhempas di kawasan pergunungan Alps di selatan Perancis, hari ini, ketika dalam perjalanan dari Barcelona, Sepanyol ke Duesseldorf, Jerman.

Penerbangan 4U9525 itu membawa 144 penumpang serta enam kru. Presiden Perancis, Francois Hollande berkata, kesemua penumpang dan anak kapal dipercayai terkorban dalam nahas itu.

"Pesawat itu terhempas di awasan tepencil dan sukar dilalui," katanya.

Sementara itu, jurucakap perbadanan penerbangan Perancis, DGAC berkata, pesawat A320 itu terhempas berhampiran bandar Barcelonnette yang terletak kira-kira 100 kilometer utara Nice, Perancis.

Pasukan mencari dan menyelamat dalam perjalan ke lokasi nahas, katanya.

Sementara itu Jurucakap pengendali lapangan terbang Sepanyol, Aena berkata, pesawat itu berlepas dari Barcelona pada 8.55 pagi GMT (4.55 petang Malaysia).

Manakala, jurucakap Kementerian Dalam Negeri Perancis, Pierre-Henry Brandet berkata, pesawat itu menghantar isyarat kecemasan pada 10.45 pagi waktu tempatan sebelum terhempas di kawasan pergunungan pada ketinggian kira-kira 2,000 meter. - Agensi

2 Comments