Review | Conjuring Spirit arahan VAN M. PHAM

April 30, 2015
Review | Conjuring Spirit arahan VAN M. PHAM | Lan berpisah dengan suaminya dalam keadaan yang marah. Dia membawa anaknya Bi yang berusia 5 tahun ke sebuah apartment lama dibangunan kakaknya untuk memulakan kehidupan baru. Pangsapuri tersebut sudah lama tidak berpenghuni berikutan insiden pelik tetapi Lan mengabaikan. Tidak lama Lan dan anaknya mendiami apartment tersebut, mereka mengalami perkara-perkara pelik. Vu adalah rakan yang beru dikenali semasa berpindah di apartment tersebut. Lan dan Vu membuat keputusan untuk menyiasat kotak muzik yang misteri itu.

 
 
Bagi Mimin, cerita ni sama je macam filem seram melayu. Kecewa sikit dengan cerita ni. Mimin ingatkan cerita ni kesinambungan conjuring omputih tuu.. Sebab mimin mengikuti conjuring yang sebelum ni. Mimin cakap cerita conjuring sprit ni sama macam cerita seram melayu lain sebab, roh tak aman akibat tidak disemadikan dengan aman. Ehh ! baru nak review. Padahal daa tengok 3minggu yang lepas... hahaha.. Siapa ada movie Into The Woods? 

Wordless Wednesday | Kun Faya Kun

April 29, 2015
Wordless Wednesday | Kun Faya Kun | Apabila Allah SWT berkehendak dan menghendakinya, dan apabila Dia telah menetapkan sesuatu maka terjadilah ia. Di dalam Al-Quran, terdapat beberapa ayat 'Kun faya kun' dan Dia berfirman : "Jadilah, maka jadilah ia. Maka kita sebagai hamba yang beriman kepadaNya, yang beriman kepada Al-Quran dan yang beriman kepada Qada dan Qadar, yakinlah akan kekuasaan dan kebesaranNya yang menghendaki sesuatu kepada kita. Dia lah yang menentukan segala-galanya.

#prayfornapel


mangsa gempa bumi
sekitar Nepal
 
Before and after earthquake at Nepal

Lirik Lagu | Hantu Atau Buaya by Nanasheme

 Lirik Lagu | Hantu Atau Buaya by Nanasheme 



Sakit hatiku memikirkan kamu
Sakit mataku melihat wajahmu

Di mana sayangmu di mana kasihmu
Bilaku pilu engkau jauh engkau jauh
Di mana dirimu di mana waktuku
Bilaku perlu engkau jauh

Terpulanglah mau jadi apa
Mau jadi hantu mau jadi buaya
Terpulanglah mau bikin apa
Mau bikin masalah serah teruskan saja

Andainya aku kau ingin semula
Maafkan aku ku tak mahu ku tak rela

Di mana sayangmu di mana kasihmu
Bilaku pilu engkau jauh engkau jauh
Di mana dirimu dimana waktuku
Bilaku perlu engkau jauh

Terpulanglah mau jadi apa
Mau jadi hantu mau jadi buaya
Terpulanglah mau bikin apa
Mau bikin masalah serah teruskan saja

Terpulanglah mau jadi apa
Mau jadi hantu mau jadi buaya
Terpulanglah mau bikin apa
Mau bikin masalah serah teruskan saja

Terpulanglah mau jadi apa
Mau jadi hantu mau jadi buaya
Terpulanglah mau bikin apa
Mau bikin masalah serah teruskan saja

Hiburan | Mawar Rashid yang tidak dapat menjawab secara tepat apa itu maksud Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)

April 27, 2015




Hiburan | Mawar Rashid yang tidak dapat menjawab secara tepat apa itu maksud Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)  | Tak semua orang tahu apa itu GST. Jangan salahkan Mawar Rashid sebab tak tahu apa itu GST. Sedangkan mimin pun tak tahu apa itu GST. Tapi kita dengan Mawar Rashid berbeza. Bezanya, dia lakukan kesilapan, semua orang pandang dan kritik. Sepatutnya Mawar Rashid kena tahu apa isu-isu dunia semasa. Eh Mawar Rashid, ketahuilah sekarang isu gempa bumi di Nepal. hikhik . Nah, layan kejap video ni.

 

Disebabkan Mawar Rashid sudah selangkah dalam dunia, memang sah lah jadi tumpuan orang ramai. Tak ketinggalan Sharnaz Ahmad. Mimin suka  caera Sharnaaz Ahmad. Tak puas hati bagi tau. takde cakap belakang-belakang. 

Komen Sharnaaz di laman Facebook nya


Hepp semua ! jangan terus melulu marah Mawar Rashid, sebab dia dah berikan kenyataan yang dia akui kelemahannya di laman sosial instagram nya

Minta Maaf lagi bagus dari mendiamkan diri


Apa pun, Mimin jenis tak suka tengok orang menggedik. Macam temubual dalam video tu, nampak sangat dia gedik. HAHA. kalau orang yang dah pegang title makcik-makcik kompom kene reject. Tak silap Mimin, wartawan yang menemu bual Mawar Rashid perna berlakon dalam drama di NTV7. Memang tegas orangnya. Kalau Mimin jadi wartawan masa tu pun Mimin buat macam tu. hikhik. 

Lain orang lain pendapat, ini pendapat Mimin..

Giveaway | JINDRISSKA Blog Anniversary Giveaway

Giveaway | JINDRISSKA Blog Anniversary Giveaway | Assalamualaikum w.b.t . hai kak aisha.. Mimin baru nak join ni. belum terlambat lagikan. Maaaf lerr, Mimin baru habis paper. Tahniah kak aisha, Mimin dulu tahun pertama berblog, tak sehebat kak aisha yg sekarang. 

http://jindrisska.blogspot.com/2015/04/jindrisska-blog-anniversary-giveaway.html 

Syarat-syarat penyertaan giveaway ini adalah:
  • Follow blog JINDRISSKA ni, dan bagitahu follower ke berapa = tak ingat keberapa, da lama follow
  • Buat satu entry 'Jindrisska First Anniversary Giveaway' = Done
  • Tepek banner, dan backlink kan ke blog JINDRISSKA. = Done
  • Lengkapkan slogan : "Saya nak menang giveaway ni sebab..." = Done
  • Tinggalkan link entri korang di ruangan komen bawah ni. = Done
  • Komen sekurang-kurangnya 3 entri dari blog ni(entri yg lama-lama pun ok!) = Done
  • Komen mestilah komen baru, masa join giveaway ni. Sebarang komen dulu-dulu tak dikira. Kehkehkehkeh = Done
  • Sila komen entri selain dari entri Giveaway ni :D = Done 

Saya nak menang giveaway ni sebabnya memang suka kumpul Fridge Magnet buat koleksi. Takpe tak menang, Janji support kak Aisha punya giveaway 

Giveaway | Mega Giveaway Diari Jejaka Hangat 2015

April 18, 2015




Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Mega Giveaway Diari Jejaka Hangat 2015 bermula pada jam 10.00 malam 16 April 2015 hingga 11.59 malam 30 April 2015. Menawarkan hadiah yang bernilai RM 425.00 untuk dimenangi. Senarai hadiah ada di SINI.

Semua blogger dijemput join untuk menyertai Giveaway ini.

Syarat-syaratnya :

1. Wajib Follow Blog Sponsor

DJH | JULIA | KAKITRAVEL | AZREEN | ANA | SOLEHAH | SALINA | SITI | MASZULL | AZNEY | JAJA | SAYIDAH | QEELA | HIDAYU | PAPAGLAMZ | ENY | FARHANA | ADDA |


2. Wajib Like Fanpage Sponsor





3. Follow Instagram Sponsor

DJH | SALINA | NURUL | MASZULL | JAJA | SAYIDAH | QEELA | FARHANA | ADDA |

4. Tambah Google Plus Sponsor

+julia jamaludin +Mohamad Khairil

5. Buat entri bertajuk Mega Giveaway Diari Jejaka Hangat 2015

6. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.


Contoh Cara Nak Paste Coding Entri :






Kredit Untuk +Mia Liana

7. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI

Sekian Terima Kasih.




Berita | Minyak adalah faktor perlaksanaan GST

April 10, 2015
Berita | GST Jadi Sumber Pendapatan Tambahan Negara Yang Terkesan Oleh Kejatuhan Harga Minyak, Najib | ikuti berita selanjutnya.

KUALA LUMPUR, 9 April (Bernama) — Pengenalan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dibuat pada masa yang tepat kerana ia merupakan satu sumber pendapatan tambahan kepada negara ketika kejatuhan harga minyak dunia memberi impak negatif ke atas pendapatan dan dividen petroleum.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata tiada masa yang benar-benar sesuai untuk melaksanakan GST, namun kejatuhan harga minyak dunia menjadi antara faktor yang menyebelahi langkah kerajaan untuk memperkenalkannya.

Katanya kerajaan telah membuat persediaan yang begitu lama untuk GST, sejak tahun 80-an lagi, dan ia bukan satu perkara baharu.

“Bila harga minyak jatuh, bermakna harga petrol dan diesel juga jatuh, yang memberi manfaat kepada rakyat.

“Jadi, kita laksanakan (sekarang), dari segi makronya, sesuai masanya, di mana kerajaan perlu kepada punca kewangan tambahan berikutan hasil dividen daripada Petronas akan berkurangan apabila harga minyak jatuh, jadi amat sesuai kita perkenalkan (GST) sekarang.

Beliau berkata demikian dalam wawancara bersama Hamdan Ahmir dalam program Edisi Khas Soal Jawab TV3 yang disiarkan malam ini.

pm1
DS NAJIB DI Edisi Khas Soal Jawab TV3
Najib berkata kerajaan juga telah memilih lebih daripada 4,000 barangan perkhidmatan dan keperluan rakyat, sama ada diberi kadar sifar atau dikecualikan daripada GST, langkah yang hanya dilaksanakan oleh Malaysia.

Katanya GST merupakan penggantian kepada cukai jualan dan perkhidmatan (SST) dan bukan cukai tambahan yang disalah ertikan oleh rakyat.

Selain GST, Najib berkata kerajaan juga telah menambah nilai Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M), di samping mengurangkan cukai peribadi antara satu dan tiga peratus dan cukai korporat sebanyak satu peratus.

“Jadi, (ini adalah) pakej, jika kita lihat keseluruhannya, yang tidak membebankan rakyat, kerana kita nak pastikan perlaksanaannya (GST) dari segi penguatkuasaan.

“Kalau ada pihak yang membuat aduan, ia bukan kerana GST sebenarnya, tetapi pihak peniaga, yang mengambil kesempatan dan (sesetengah) peniaga yang tidak bertanggungjawab,” katanya.

Najib memberi contoh beberapa syarikat besar yang memberi jaminan mengekalkan harga selepas perlaksanaan GST seperti Giant dan Mydin, di samping penurunan harga sesetengah barangan lain seperti kereta.

“Yang kita mahu, penguat kuasa ambil tindakan ke atas peniaga-peniaga yang tidak bertanggungjawab.

“Kalau pihak itu sepatutnya tidak mengenakan GST, tolong laporkan kepada pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, di sinilah letaknya kuasa pengguna. Kita mesti tahu bahawa kita ada kuasa,” katanya.

Perdana Menteri berkata rakyat boleh memilih untuk tidak mengunjungi kedai-kedai yang telah mengambil kesempatan ke atas perlaksanaan GST dan menyalahkan pihak kerajaan di atas kenaikan harga barang.

Beliau juga berkata pengguna harus melaporkan kegiatan yang tidak bertanggungjawab ini kepada pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

“Gunakanlah kuasa sebagai pengguna, lambat-laun, mereka yang mengeksploitasikan keadaan ini akan kehilangan pembeli,” katanya.

Pelaksanaan GST adalah sebahagian daripada program penyusunan semula cukai oleh kerajaan ke arah menjadikan sistem percukaian lebih cekap, berkesan dan telus.

Ia menyaksikan Malaysia menyertai lebih 160 negara di dunia melaksanakan GST, termasuk tujuh negara ASEAN – Indonesia, Filipina, Thailand, Singapura, Vietnam, Kemboja dan Laos.Malaysia melaksanakan GST dengan kadar enam peratus iaitu kadar paling rendah dalam kalangan negara ASEAN.
Ketahuilah, GST sangat membebankan pengguna yang berpendapatan rendah. Setakat RM300 setahun, buat taik gigi pun rasanya x sempat ada taik gigi terus kena hadam balik gara-gara ikat perut semua barang dikenakan GST-mimin

Berita | Benjy Berdepan Hukuman Gantung Selepas Kena Tahan Kali Keempat

April 9, 2015
Berita | Benjy Berdepan Hukuman Gantung Selepas Kena Tahan Kali Keempat | Pelakon Khaeryll Benjamin atau lebih dikenali sebagai Benjy kena tahan sekali lagi oleh pihak polis untuk kali yang keempat di Pagoh, Johor. Dipercayai terlibat dengan kegiatan sindiket dadah yang mahu memindahkan makmal syabu depa dari Kuala Lumpur ke daerah Muar. Anak lelaki kepada pelakon vateran, Allahyarhamah Azean Irdawaty tu kena tahan semasa menaiki sebuah kereta Honda Jazz dalam satu sekatan jalanraya di hadapan sebuah stesen minyak di Pagoh pada jam 1.40 pagi. 

Menurut Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Azman Ayob berkata, berdasarkan pelbagai peralatan dan bahan kimia yang ditemui didalam kenderaan pelakon tadi adalah yang biasa digunakan untuk memproses syabu. Kita percaya mereka baru sahaja berpindah dari sebuah kawasan di MidValley, Kuala Lumpur ke daerah ni. kalau dilihat kelengkapannya, pusat pemprosesan baru untuk syabu ni mampu memproses dadah sehingga 5 kilogram kg pada satu masa. Kita jugak menemui dadah jenis syabu seberat lebih 1.3kg.

Bagaimanapun, kita masih lagi menjalankan siasatan lanjut, katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Muar di sini kemarin. Pihak polis jugak memberitahu bahawa, Benjy, 35 sehingga kini masih ditahan bagi membantu siasatan kes berkenaan. Selain tu, hukuman mati mandatori akan dikenakan kalau sabit kesalahaan kes telah disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
Benjy Berdepan Hukuman Gantung Selepaih Kena Tahan Kali Keempat
Benjy, 35





Wordless Wednesday | Jodoh

April 8, 2015
Wordless Wednesday | Jodoh | Assalamualaikum, Tipulaaaa mimin tak fikir pasal jodoh, tipulahh mimin tak nak kawin.. Bukan tak fikir bukan tak nak kawin. Tapi, Jodoh datang tiba-tiba berduyun-duyun datang. Nak kena pilih yang boleh bimbing paling utama, keduanya kemampuan untuk menggalas tanggungjawab sangat dititik beratkan.Makin berumur, makin banyak pulak asakkan soalan bila nak tunang bila nak kawin. Lagi tak tau nak jawab bila ibu tanya. Haaa, Sebab perancangan Mimin belum ada.

Perancangan yang terbaik datang daripadaNYA







Contest | Buy AVON Online.

April 7, 2015
Contest | Buy AVON Online | Assalamualaikum, Siapa tak tahu avon ni apa angkat tangan ! hikhik.. tipulah tak tahu, tipuu tipuuu. hahaha. Avon baik hati ni, nak kasi hadiah dari Avon. Rugilah kamu menolak rezeki depan mata. Kalau nak join jugak, bawah ni ada banner, banner tuu ada link, nanti klik kat link tuu yee. Syaranya mudah jee..

1) Share post ini
2) Follow blog http://avononlinemalaysia.blogspot.com. (kanan blog)
3) Follow Google +1 kami juga ya! (kanan blog)


5 hadiah istimewa untuk 5 yang bertuah.
  1. Hadiah AVON bernilai RM50
  2. Hadiah AVON bernilai RM40
  3. Hadiah AVON bernilai RM30
  4. Hadiah AVON bernilai RM20
  5. Hadiah AVON bernilai RM10
Pemilihan adalah secara RANDOM!! Dengan syarat korang follow semua 3 syarat yang diberikan!! Ok?? 
Simple Contest For Great Gift =)
GiveAway tamat pada 30 April 2015.
GiveAway terbatal secara automatik sekiranya peserta kurang 100 orang.. So keep sharing to people u know =) 1 hadiah istimewa untuk individu yang dilihat aktif!!


Selamat mencuba!!!




Tutorial | Letak Widget Top Komentator Bulanan

April 6, 2015
Tutorial | Letak Widget Top Komentator Bulanan | Assalamualaikum semua. Hari ni simple je, mimin nak tunjukkan cara pasang top pengomen tegar macam mana.. Widget Top Komentator Bulanan ni rasanya yang terbaik boleh korang gunakan. Boleh kira ikut bulanan ataupun mingguan dengan set tarikh awal bulan dan hujung bulan sebagai tempoh bulanan komen.


Widget Top Komentator bulanan yang mesra coding dan mesra blog bagi memudahkan mimin nak menghargai siapa sahaja yang komen terbanyak kat blog mimin, Mimin nak kasi awarded berserta gift untuk mereka yang tersangat rajin ringgankan jari jemari untuk komen entry mimin. hihihi. Mimin pakai widget ni sangat mudah. tinggal setting tarikh jee ;)

Caranya pun mudah!
1. Log in blogger.com
2. Dashboard >> Layout >> Add gadget >> HTML/Javascript
3. Copy code bawah ni
<script type="text/javascript"> function getYpipe(feed) { document.write('<ol>'); var i; for (i = 0; i < feed.count ; i++) { var href = "'" + feed.value.items[i].link + "'"; if(feed.value.items[i].link == "") var item ="<li>" + feed.value.items[i].title + "</li>"; else var item = "<li>" + "<a href="+ href + '" target="_blank">' + feed.value.items[i].title + "</a> </li>"; document.write(item); } document.write('</ol>'); } </script> <script src="http://pipes.yahoo.com/pipes/pipe.run? YourBlogUrl=URL BLOG &ExcludedNick1= NAMA ADMIN &ExcludedNick2= Anonymous &ShowHowMany=10 &ExcludeCommentsBefore=01-04-2015 &IncludeCommentsBefore=30-04-2015 &_callback=getYpipe &_id=50b225c916b74b06779b9489abceef2a &_render=json" type="text/javascript"></script>

4. Paste ke dalam box HTML/Javascript
5. Edit coding.
URL BLOG = Url Blog korang contoh http://www.miminadam.blogspot.com/
NAMA ADMIN = Mimin Adam 10 = Jumlah komentator 01-05-2014 = kiraan tarikh komen mula masuk Hari-Bulan-Tahun
31-05-2014 = kiraan tarikh komen berakhir Hari-Bulan-Tahun

6. Dah siap Edit. Save!

Credit to: Kak Azhafizah

Segmen | Bloglist Mei-Jun 2015 by CN

April 3, 2015
Segmen | Bloglist Mei-Jun 2015 by CN | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ni Mimin join dan support segment bloglist dari family #ExchangeFeedGroup #BukanSembangKosong yang dianjurkan oleh kak CN. Syaratnya muddah je tepek sana tepek situ, lepastu selesai. hihi. jom laa reramai join segmen pencarian bloglist ni.


Segmen Bloglist Mei-Jun 2015 by CN





Pencarian bloglist bagi bulan Mei-Jun 2015 di cekgunorazimah.com bermula pada hari ini, 1 April 2015, iaitu tepat jam 12.00 tengah malam sehingga 30 April 2015, iaitu tepat jam 11.15 malam. Semua dijemput join.


Syarat-syaratnya :

  • Follow blog CN (ada di side bar [Followers Awesome] ) Add To Circle G+CikguNorazimah dan Follow Instagram cikgunorazimah (jika ada)
  • Buat entri bertajuk "Segmen Bloglist Mei-Jun 2015 by CN"
  • Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  • Copy Coding Entri Yang Disediakan Ini :







Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI.


Seramai 15 orang peserta akan dipilih untuk masuk dalam bloglist CN untuk bulan Mei-Jun dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog CN ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 1 Mei 2015.


SENARAI PESERTA


Kredit untuk Kak Mialiana.

Tahniah | Konvokesyen kali ke-14 Politerknik Merlimau Melaka

April 2, 2015
Tahniah | Konvokesyen kali ke-14 Politerknik Merlimau Melaka | Tahniah buat adik-adik dan  kawan-kawan seperjuangan Mimin yang telah berjaya menamatkan pembelajaran di Politeknik Merlimau Melaka. Diam tak diam, dah setahun jugak Mimin habis belajar. alahi.. rindu pulak nak konvo lagi. Apap pun mimin ucapkan tahniah untuk kawan Mimin yang sama sama Sahabat Perwakilan Pelajar kat PMM dulu. Dua kali tahniah laa, sebab sudah mendirikan rumahtangga dan menjadi pelajar cemerlang PMM untuk kali ni. tahniah ye epul  tahniah. Majlis kawin nanti jemput laa hakak ni. huhu

PMM Konvokesyen 2014


Mimin awat hang itam sangat. hahaha. #throwback

Exchange Feed Group | Bukan Sembang Kosong

April 1, 2015
Exchange Feed Group | Bukan Sembang Kosong | Percaya atau tidak, EFG sangat menolong anda dalam dunia berblog ni.

Bukan Sembang Kosong dalam EFG.

EFG merupakan salah satu cara untuk mempromosikan blog anda melalui pertukaran feed link di blog yang terlibat.

Setiap blog yang join, link feed blog tersebut akan terpapar di blog lain pada bahagian yang ditetapkan.

Exchange feed group ?

EFG membantu meningkatkan trafik blog secara sihat melalui ukhuwah blog/ blogwalking . .

Memasang banner dan join group saja tidak membawa apa apa makna tanpa kita sendiri punya semangat yang kuat berusaha dan saling berkerjasama.

Join #EFG

Bagi blogger yang sudah join EFG, mereka sangat berpuashati, tiada tujuan lain hanya untuk meningkatkan prestasi blog dan menambah ilmu juga kenalan.
Selebihnya, apa saja benefit dari itu ia bergantung kepada rezeki blogging masing-masing.


Cara untuk menjadi ahli #EFG

Okay..kalau nak tahu lebih lagi boleh berhubung dengan kak Irra :

bukan sembang kosong

#exchangefeedgroup
Bukan  Sembang Kosong !

New Season | Hello GST

New Season | Hello GST | Assalamualaikum, Selamat datang para GST sekalian. selamat datang bulan April selamat tinggal bulan March.

 

Kilang (Pengeluar) akan menganakan cas 6% GST, Wholesaler (Pemborong) ambil barang dari pengeluar dengan harga yang sudah dicampur cas 6% GST dan pembrong juga dikenakan 6% GST. Lepas tu, Peruncit. barang yang diambil sudah dikenakan 6% GST . Takkan laa dia nak jual dengan harga asal. Kompom markup harga. Yang SAKIT adalah Pengguna. Kesian Pengguna. Tepuk dada sakitnya tuu di sini ...........

REVIEW | Jengka Filem 2015 arahan Aziz M. Osman

REVIEW | Jengka | Assalamualaikum. Hari ni mimin nak buat review sikit cerita Jengka arahan Aziz M. Osman. Memula plan nak tengok cerita Demonic. Mimin kan terkedek-kedek, jadinya cerita Demonic pun  berlalu dengan jayanya tanpa kehadiran Mimin T.T. Rating cerita Jengka ni bagi Mimin cuma 2 Bintang je. Sebab, nampak sangan kejadian sebenar tu cuma lakonan semata dan ceritanya ala-ala Highlan Tower. Tak pasti sama tak dengan Villa Nabila, sebab mimin tak nak tengok villa nabila kat wayang dah. Rasa membazir yang amat. Haha. Bukan taknak support filem Melayu. Tapi belum sampai tahun cerita keluar dari wayang dah keluar kat tv. Ishhh, tuu yang tak mau.

Powered by Blogger.
Back to Top