Berita | Benjy Berdepan Hukuman Gantung Selepas Kena Tahan Kali Keempat

April 9, 2015
Berita | Benjy Berdepan Hukuman Gantung Selepas Kena Tahan Kali Keempat | Pelakon Khaeryll Benjamin atau lebih dikenali sebagai Benjy kena tahan sekali lagi oleh pihak polis untuk kali yang keempat di Pagoh, Johor. Dipercayai terlibat dengan kegiatan sindiket dadah yang mahu memindahkan makmal syabu depa dari Kuala Lumpur ke daerah Muar. Anak lelaki kepada pelakon vateran, Allahyarhamah Azean Irdawaty tu kena tahan semasa menaiki sebuah kereta Honda Jazz dalam satu sekatan jalanraya di hadapan sebuah stesen minyak di Pagoh pada jam 1.40 pagi. 

Menurut Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Azman Ayob berkata, berdasarkan pelbagai peralatan dan bahan kimia yang ditemui didalam kenderaan pelakon tadi adalah yang biasa digunakan untuk memproses syabu. Kita percaya mereka baru sahaja berpindah dari sebuah kawasan di MidValley, Kuala Lumpur ke daerah ni. kalau dilihat kelengkapannya, pusat pemprosesan baru untuk syabu ni mampu memproses dadah sehingga 5 kilogram kg pada satu masa. Kita jugak menemui dadah jenis syabu seberat lebih 1.3kg.

Bagaimanapun, kita masih lagi menjalankan siasatan lanjut, katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Muar di sini kemarin. Pihak polis jugak memberitahu bahawa, Benjy, 35 sehingga kini masih ditahan bagi membantu siasatan kes berkenaan. Selain tu, hukuman mati mandatori akan dikenakan kalau sabit kesalahaan kes telah disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
Benjy Berdepan Hukuman Gantung Selepaih Kena Tahan Kali Keempat
Benjy, 35





10 beleter:

Wayne Harraz said...

kesian benjy...

Sayidah Napisah said...

YaAllah .moga insaf aminn

Ana Jingga said...

tak serik2 nampaknya Benji, hanya mahkamah yang akan menentukan nasibnya..

Unknown said...

ada yang kata, Benjy ni sebagai umpan pihak polis je.. wallahualam..

harapnya dia betul2 dah bersih la.. sayang bakat yg ada dalam dirinya.. dan kalau arwah mak dia masih ada, tentu sedih sangat.... :(

Cik Ain said...

Dah kalau namanya retis.. baik buruknya memang akan dipandang masyarakat. Sepatutnya tunjuk contoh yang baikkkk...

Cik Ain said...

Dah kalau namanya retis.. baik buruknya memang akan dipandang masyarakat. Sepatutnya tunjuk contoh yang baikkkk...

Eny Abdullah said...

tp baru je napak dia berlakon drama baru baru ni....

Amelia said...

adeh, tak serik2 :\

Nurul Shahira said...

Masya Allah. Tak serik agaknya. Huhu. Semoga ada jalan penyelesaian terbaik untuk kes ni

arzmoha said...

Sayangnya ikan bilis saja asyik tertangkap dijana ikan paus nya?

Powered by Blogger.
Back to Top