Mimpi | Adakah ianya sebahagian daripada permainan tidur atau sebaliknya?

Mimpi | Adakah ianya sebahagian daripada permainan tidur atau sebaliknya?| Assalamualaikum w.b.t. Tidak ada sorang pun tak pernah mimpi, alang masih berjaga pun boleh bermimpi lagikan tidur yang lena. Persoalannya, adakah mimpi yang dialami adalah satu mimpi biasa atau permainan tidur atau sesuatu petanda ? Kebanyakkan orang akan mengatakan "alahhh, permainan tidur saje, setan nak menyesatkan macam-macam gaya dia boleh buat". Adakalanya, mimpi adalah fikiran yang sangat memikirkan sesuatu hal sampai terbawa-bawa dalam tidur. 

Mimpi ada 3 bahagian dan jenis iaitu:
  • Mimpi yang benar (Datang dari malaikat etc). Mimpi ini adalah mimpi yang baik-baik. Mimpi yang boleh dipercayai.
  • Mimpi yang datang dari Syaitan. Mimpi yang nak rosakkan korang.
  • Mimpi yang datang dari hidup korang. Korang asyik syok kat lelaki yang ala-ala kpop. Di sebabkan syok sangat, maka korang bawak la dia masuk dalam mimpi korang. Well, apa yang korang mimpikan adalah berdasarkan apa yang difikirkan
Mainan Tidur
Sukar nak tahu, sama ada mimpi tersebut adalah mainan syaitan atau pun tidak. Sebenarnya, sekitar 90% mimpi-mimpi yang sedih adalah sekadar mainan tidur dan mainan otak. Lagi pun, kalau tengok buku-buku tafsiran mimpi, kebanyakkan mimpi ni mana ada bab sedih-sedih kan? Mimin kasi contoh: 

Mimpi berjumpa dengan arwah ayah. Disebabkan lama tak berjumpa, dia ajak berbual. Dah syok berbual, arwah ayah ajak kesesuatu tempat dan kita ikut saja ajakkan arwah ayah. Dalam perjalanan, diri terjatuh ke suatu tempat, walaupum arwah ayah memberikan bantuan, tapi masih dikedudukan tempat terjatuh tadi. 

Menurut tafsiran: itu maknanya umur korang panjang. Tapi. sekiranya arwah ayah (Or siapa-siapa je) ajak pergi ke tempat dia dan korang setuju untuk ikut dan tak ada masalah sepanjang perjalanan, itu maksudnya umur korang pendek dan ajal bakal tiba.




Tapi, Mimin sebenarnya nak cakap, malam tadi Mimin mimpi kena pergi sekolah, dalam mimpi tu Mimin bangun terlambat dalam pukul 6.45 pagi, dengan baju sekolah tak bergosok, dengan baju sekolah entah ke mana letaknya.. Buku tak berjadual pulak tu.. Lagi sakit hati, kena jalan kaki sebab terlepas bas sekolah. Kena lari. Weyhh ! penat weyhh lari dalam Mimpi tak suka mimpi tengah lari atau naik basikal >.<

Kadang-kadang, kena alert juga dengan tafsiran mimpi ni, takut ada yang benarnya. Sebelum kematian arwah ayah Mimin, Mimin kerap mimpi gigi patah. Kerap sangat sampai Mimin cubit tangan mimin, tapi dalam mimpi tu, mimin rasa mimin gigit betul-betul kot, sebab, Mimin rasa sakit time mimin gigit tangan Mimin.

5 Comments

  1. baru tahu jenis-jenis mimpi tu..thanks for the sharing kak mimin..

    ReplyDelete
  2. kadang2 ape yg dlm mimpi tu jd kenyataan..pnh alami mcm tu

    ReplyDelete
  3. Rasanya da 2x mimpi lihat diri sendiri dari luar. Rasa sesak nafas

    ReplyDelete
  4. Bonde tak suka mimpi bahagian yg ke 2

    Syaitan pi jauh2...jgn kaco!
    #EFGAwesome

    ReplyDelete