Siapa kata perempuan tak main COC | Assalmualaikum w.b.t | Clash Of Clans atau dikenali sebagai COC permainan yang tak asing lagi dalam seantera dunia. Bukan setakat Malaysia sahaja yang demam main permainan COC ni, Malah, Indonesia, Thailand, Korea, dan semua negara juga bermain permainan ini.
Base Mimin masih noob |
Bukan jarang sebenarnya nak jumpa perempuan yang main game ni, ramai lagi, mungkin nick name ja lelaki tapi sebenarnya wanita. Sebabnya, Mimin pun terlibat jugak dalam dunia coc ni. Officemate Mimin pun main game ni (Yan). Lambat laun Mimin terinstall jugak game ni dan sekarang Mimin masih dalam level noob lagi.
Sekarang Mimin bertapa dekat clan Pahlawan United. Ni pun gara-gara Tasek Warrior semakin mendongak kelangit. huhu
Sifu Mimin semasa bawah jajahan Tasik Warriors. Terima kasih Syurahbil ^.^ Terima kasih lah biarkan mimin dalam clan tu dari TH4 sampai TH8
Clan Tasek Warrior. |
Clash of Clans adalah permainan video game strategi pada peranti bergerak yang dibangunkan oleh Supercell, Sebuah syarikat video game yang berpangkalan di Helsinki, Finland. Permainan ini dikeluarkan untuk platform iOS pada 2 Ogos 2012. Untuk Android, pelancaran awal dilakukan di Kanada dan Finland pada 30 September 2013. Pada 7 Oktober 2013, permainan ini dikeluarkan secara Antarabangsa di Google Play.
Clash of Clans adalah sebuah game multiplayer online di mana pemain membina komuniti, melatih pasukan, dan menyerang pemain lain untuk mendapatkan emas, elixir dan dark elexir, membina pertahanan yang melindungi pemain daripada serangan pemain lain, dan untuk melatih serta meningkatkan keupayaan dan jumlah pasukan. Permainan ini juga termasuk kempen pseudo di mana pemain harus menyerang siri benteng desa milik bunian.
5 Comments
Hihi..sy pn mai jgk coc ne..bngun tdo prkra yg d buat adlh check tepin then buka coc..ngekkk..
ReplyDeleteHehe... Tak reti betul main mainan camni..hehe. Tgk org main cam best je...
ReplyDeleteTerbaiklah MINI....DAEBAK!!! THUMBS UP daripada Along.. Ahha... Along main2 juga.. xdela sehebat MINI... Along lagi la..NOOB gile..xpandai main..ahha...
ReplyDeletebest nye game...
ReplyDeletekak yan yang mak orang ni pon main COC... ahaksss..
ReplyDelete