#Cabaran20Hari | Menu Wajib Bulan Puasa

June 30, 2015
#Cabaran20Hari | Menu Wajib Bulan Puasa | kira detik nak berbuka ni. Tiktoktiktok ! Ehh .. cabaran hari ni Mimin terlewat sikit pulokk.. tapi takpe laa. Malam ni akan ku gigihkan jua mau blogwalking. Hihi. 


Menu wajib bersahur mimi. Opkos lerr air masak ! Kalau terlajak sahur. Esoknya lemau habis laa mimin. Macam orang x minum setahun. Hahaha. 


Untuk menu wajib berbuka pulak.. kalau perbazar ramadhan. Mimin mesti cari kebab dalamnya x kering .. alaaa. Dia punya sos pubya ummphh laah ! Haha. Ehh! Tak lupa juak air susu segar lembu. ..

SELAMAT BERBUKA SEMUA


#Cabaran20Hari | Resepi Hidangan Sahur Paling Ringkas Mimin

June 29, 2015
#Cabaran20Hari | Resepi Hidangan Sahur Paling Ringkas Mimin | Untuk cabaran hari ketiga bersamaan 12 Ramadhan adalah resepi yang paling ringkas untuk Mimin bersahur adalah..... 

Sumber google

Haaa! Tengok gambar kat atas pun dah tau kan apa yang ringkasnya tuuu. Hihi.. Bahannya senang, mudah dan mestilah barangan yang ada dikenakan 6%GST. Hihi.

Bahan-bahan:
1. 2 Biji telur ayam mentah
2. Garam
3. Minyak masak
4. Roti Gardenia

Cara-cara:
1. Potong kepada 4 bahgian sekeping roti
2. Pecahkan telur ke dalam mangkuk
3. Masukkan garam secukup rasa
4. Kacau telur sehingga sebati.
5. Panaskan minyak di dalam kuali
6. Masukkan potongan roti ke dalam mangkukyang berisi telur.
7. Goreng laa roti tersebut sehingga masak.. 

Mudahkan cara ni ! Sesuai untuk bujang duduk rumah sorang-sorang. Hehe. Selamat Mencuba!!

#Cabaran20Hari | Pengalaman Sahur Mimin

June 28, 2015
#Cabaran20Hari | Pengalaman Sahur Mimin |Sahur sangat penting kerana dapat memberikan tenaga ketika berpuasa pada siang hari. Hanya di bulan puasa je kita dapat nikamat berpuasa. Tak sama kalau sahur untuk puasa sunat. Takde peneman kadang-kadang masa bersahur. Hihi



Banyak jugak pengalaman bersahur mimin. Lagi-lagi masa zaman baru nak belajar bersahur. Ibu terlajak bangun sahur, sebab nak mengajar seorang anak berpuasa punya pasal, ibu suruh mimin sahur dalam pukul 7 pagi. Hihi. Tak silap masa tu umur 7 tahun. 7 tahin kan da faham apa yang cikgu ajar.

Pengalaman bersahur masa sekolah menengah pulak.. kompom laa ikut ikut kawan. Kalau kawan cakap malas nak sahur kat dewan makan, sebelum tidur makan apa yang ada kat locker. Hahaha.. 

Zaman Diploma pulak, masa duduk dekat kamsis for sure laa malas nak turun. Daa laa bilik jauhh nun dekat  V3, memang idok lee.. dengan makanan harga mahal, duit nak kumpul beli baju raya. Hahaha. Gigih sangat! 

Kali ni, pengalaman bersahur, berbuka sorang sorang tanpa teman. Almaklum laa duduk sorang2. Nak panggil orang sewa rumah dgn mkkin, kalau ada orang nak masuk homestay citer diaa macam mana pulakkan. Kadang kadang kalau rajin makan laa jugak masa sahur. Ni bilaa dah terbiasa puasa. Sebelum tidur makan. Set jam pukul 4.30 pagi, semata utk minum air. Jadi laaa.. hahaha.. 

Apa pulak pengalaman anda, jom sertai #cabaran20Hari. 

#Cabaran20Hari | Erti Puasa bagi Mimin

June 27, 2015
#CABARAN20HARI |Erti Puasa bagi Mimin | Hari ni dah masuh 10 Ramadhan. Alhamdulillah. Pengertian puasa bagi Mimin adalah menahan lapar dan dahaga serta perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa dari terbit fajar hingga terbenam matahari.  Haa! Maksudnya kalau tengah amik wuduk tuu jangan ler sampai hang minum teruihh air paip tuu. Dah jatuh hukum batal puasa teruihh x sah puasa hang hari tuu. Melainkan hang terlupa diri hang tuu puasa tanpa berniat. Haaaa.. acenggitu lee fahaman Mimin. 


Apa kata awak awak sahut #cabaran20Hari ni. Kat atas ni ada gambar list #cabaran20Hari sampai 6 dulu.  Good Luck !



DEFINISI PUASA, 
Menurut BAHASA, Puasa adalah MENAHAN sesuatu, baik makanan, minuman, kata-kata atau gerakan.
Menurut ISTILAH, Puasa adalah MENAHAN DIRI dari hal-hal yang membatalkan puasa baik dari makan, minum, hubungan suami istri; dengan disertai niat; mulai terbitnya fajar hingga terbenamnya matahari.

PERINTAH WAJIB BERPUASA,

Firman Allah SWT:
“Hai orang-orang yang beriman diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu, agar kamu bertaqwa.” (QS Al-Baqarah: 183)

“Bulan Ramadhan bulan yang di dalamnya diturunkan Al-Qur’an sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang haq dan yang bathil) maka barangsiapa mendapatkannya hendaklah ia puasa.” (QS Al-Baqarah: 185)

KEDUDUKAN NIAT DALAM PUASA
Niat menurut bahasa adalah KEHENDAK
Niat menurut istilah adalah berkehendak menjalankan sesuatu untuk beribadah kepada Allah SWT
Kedudukan niat

Niat wajib dilakukan dari malam hari dalam puasa fardhu dan tidak wajib dalam puasa sunnah. Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa tidak berniat puasa sebelum fajar, maka tiada puasa baginya.” (HR Abu Dawud, Tirmdzi)

Tentang puasa sunnah, Aisyah ra meriwayatkan:“Pada suatu hari Rasulullah SAW masuk ke rumahku, beliau berkata: “Adakah engkau memiliki sesuatu (makanan)? “Saya berkata: “Tidak, ya Rasulullah.” Maka beliau berkata: “Jika demikian saya berpuasa.” (HR Muslim)



JANJI-JANJI ALLAH SWT BAGI ORANG-ORANG YANG BERPUASA

Dengan rahmat dan kasih sayangNya, Allah SWT mendorong kita untuk berbuat baik dan beribadah dengan sungguh-sungguh, Allah SWT memberikan janji-janji yang sangat menggiurkan bagi orang-orang yang beriman. Diantara janji-janji tersebut adalah:

“Tiada seorang hamba yang berpuasa di jalan Allah, kecuali Allah SWT akan menjauhkan dia di hari itu tujuh puluh tahun dari neraka.” (HR.Bukhari-Muslim)

“Setiap amal anak Adam akan dilipatgandakan, setiap kebaikan sepuluh kalilipat hingga tujuh ratus kali lipat. Allah SWT berfirman, kecuali puasa ia adalah untukKu, Akulah yang akan membalasnya, ia tinggalkan nafsunya, makannya, karena Aku.”(HR.Bukhari)

“Barangsiapa puasa di Bulan Ramadhan, ia tahu larangan-larangannya, ia juga menjaga apa yang harus dijaga, akan dihapuskan semua dosanya yang telah lalu.” (HR.IbnuHibban)

“Barang siapa puasa karena iman dan mengharap pahala dari Allah SWT, ia akan diampuni semua dosanya yang telah lalu.”(HR.Bukhari Muslim)

“Sesungguhnya di surga itu ada sebuah pintu yang disebut “Rayyan”, akan masuk dari pintu ini di hari kiamat semua orang yang puasa, dan tidak yang lain. Jika mereka telah masuk, pintu akan ditutup, dan tidak akan masuk kedalamannya seorangpun.” (HR.Bukhari-Muslim) 


#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015

June 26, 2015
#Cabaran20Hari Puasa/Raya|haaa, macam mana puasa hari ke 9 hari ni? Masih bertenaga ke tak? Lagi sikit jam je nak berbuka ni.  Dah ada idea nak masak apa untuk berbuka?  Hehe. Semalam kat tempat kerja kena hadap pelanggan yang cerewet. Nak barang yg bersaiz besar dan berqualiti.. tapi nak harga murah. Ayaa! Boleh makan pasir kalau semua pelanggan macam ni. 

Sesungguhnya cabaran dan dugaan itu hadir untuk menguji kekuatan kita. Kali ini, #Cabaran20Hari untuk menguji adakah anda blogger TEGAR?

#Cabaran20Hari adalah cabaran selama 20 hari di mana setiap hari anda perlu membuat entri menggunakan tajuk yang di beri beserta kata kunci atau keyword   #Cabaran20Hari di dalam setiap entri.

Cabaran akan bermula pada hari esok, 27 Jun 2015 sehingga 16 Julai 2015. 

Wahh!! Dah mula? 

Ya! 

Jom sahut cabaran ini!

#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015
#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015  Hari 1 - 6

#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015
#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015 Hari 7 - 13

#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015
#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015 Hari 14 - 20 

Saguhati akan diberi kepada 10 penyertaan awal yang berjaya menghabiskan ke semua cabaran mengikut tajuk dan tarikh yang diberi. Penyertaan terbuka kepada semua Blogger.

Saguhati akan diberitahu kemudian. Apa tunggu lagi??

Jom mula sekarang!

Happy blogging!

MADEENA SKINCARE BY HELENZ SIGNATURE TERBUKTI BERKESAN MENGHILANGKAN JERAGAT

June 24, 2015
Anda ingin kelihatan lebih anggun bergaya di Aidil Fitri ini? Malu dengan masalah jerawat anda? Anda mempunyai kulit muka kusam?

Jika anda ada masalah itu jangan pergi dari sini


Jawapan ada di sini!!


Lihat apa yang terjadi pada kulit muka mereka ini. Semakin bersinar dan berseri.

Testimoni Helenz Signature Produk Kecantikan Madeena Skincare Terbukti Berkesan
Testimoni Madeena Skincare by Helenz Signature

Madeena Skincare by Helenz Signature

Testimoni Helenz Signature Produk Kecantikan Madeena Skincare Terbukti Berkesan
Logo Helenz Signature

Memperkenalkan Madeena Skincare by Helenz Signature. Produk yang disahkan Halal, mendapat jaminan KKM dan juga diformulasikan dengan teknologi terkini dengan menggunakan bahan semulajadi.


Manfaat Madeena Skincare by Helenz Signature

Testimoni Helenz Signature Produk Kecantikan Madeena Skincare Terbukti Berkesan
Madeena Skincare by Helenz Signature

Dapatkan Madeena Skincare by Helenz Signature yang mampu:-
  1. Mencerahkan dan Melembapkan Kulit
  2. Mengecutkan Jerawat dan Menghilangkan Jeragat
  3. Menghilangkan Whitehead dan Blackhead
  4. Menghilangkan Kulit Kusam dan Tidak Bermaya
  5. Menghilangkan Kesan Lebam di Bawah Mata
  6. Menyingkirkan Minyak Berlebihan Pada Wajah
  7. Merawat Tekstur Kulit dari Dalam
  8. Melindungi Kulit Muka dari sinaran terus UV
  9. Menghilangkan Garis-Garis Halus dan Kedutan Pada Wajah
  10. Menjadikan Wajah Lebih Cantik, Berseri dan Tampak Muda!

Harga Madeena Skincare by Helenz Signature

Dengan hari raya yang akan datang tidak lama lagi, marilah kita mempersiapkan penampilan kita.

Harga yang ditawarkan amat berbaloi. 5 in 1 complete set dengan harga RM150 dan mampu menaikkan seri muka anda. Ianya sangat BERBALOI

Testimoni Helenz Signature Produk Kecantikan Madeena Skincare Terbukti Berkesan
Madeena Skincare by Helenz Signature

Testimoni Madeena Skincare by Helenz Signature


Testimoni Helenz Signature Produk Kecantikan Madeena Skincare Terbukti Berkesan
Testimoni Produk Kecantikan Madeena Skincare Terbukti Berkesan


Jadi, apa tunggu lagi?


Cara pembelian Madeena Skincare

Pembelian boleh di buat terus dengan menghubungi:

1. Helenz Signature HQ
013-3155373 (Aishah) (Whatsapp/call)

2. Facebook page
Helenz Signature Official

3. Instagram
@helenzofficial

4. Website
www.helenz.my

Agent & Stokis diperlukan
Disamping wajah anda menjadi lebih cantik dan berseri, anda juga boleh menjana pendapatan bersama Helenz Signature. Jom Whatsapp segera ke 013-3155373 (Aishah)


Testimoni Helenz Signature Produk Kecantikan Madeena Skincare Terbukti Berkesan
As seen on

Nantikan juga kemunculan

MADEENA SKINCARE
by
HELENZ SIGNATURE
pada 
13 JUN 2015
dalam
NASI LEMAK KOPI O




Khas untuk pembaca blog MIMINADAM, saya ada kuota voucher diskaun RM20 untuk mereka yang pertama kali nak mencuba Helenz Signature. Harga biasa ialah RM150. Selepas tolak diskaun, jadi RM130 saja. SANGAT BERBALOI kan? Dengan harga tersebut, boleh dapat 5 in 1 Helenz Signature Skincare Set. Free Poslaju pulak tu.

Namun, anda harus tahu, voucher ini Khas untuk 5 Pembeli terawal Sahaja. Anda harus cepat bertindak.. Jangan sampai Hq reply 'Maaf, kupon diskaun dah habis'. 

Whatsapp kod ini sekarang: HSD130 dan hantar ke 013-3155 373

Jom jadi yang terawal untuk mendapatkan diskaun Khas ini.

Helenz Signature, Menyempurnakan Kejelitaanmu....

SEJARAH | HARI BAPA

June 21, 2015
Sejarah | Hari Bapa | Selepas menyambut hari ibu dan hari jurutawat, hari ni kita menyambut pula hari bapa. Mengiku kajian Mimin baru kejap tadi, menyambut hari bapa bagi seorang muslim adalah haram. Tapi bagi mimin terpulang kepada individu yang menyambut hari bapa pada hari ni. Ben Ashari pun nampak segak je kat SPM (Selamat Pagi Malaysia) hari ini sempena temuramah berkenaan kasih teragung seorang ayah. 


Tu dia tengok Qhaliff buat perangai. Haha. Aben perati jee qhaliff buat perangai. Zara jugak steady. Apa pun, tabik dekat aben sebab dapat membesarkan anak didepan mata. Bukan mudah seorang ayah nak membesarkan anak depan mata.. 

Lain pulak cerita Mimin. Tahun ni, masuk tahun kedua berpuasa tanpa seorang ayah, menyambut hari raya tanpa ayah, meraikan hari lahir, apatah lagi hari bapa.  SELAMAT HARI BAPA Hj Adam bin Maroop. Jasa dan pengorbanan apak takkan Mimin lupakan. Insyaallah.


SEJARAH
Hari Bapa ini merupakan hari menghargai jasa dan pengorbanan seorang ayah dan mula disambut secara meluas pada awal abad kedua puluh untuk menyamakannya dengan sambutan Hari Ibu. Perayaan ini diadakan adalah untuk meraikan seorang ayah yang gigih mengasuh dan memberi nafkah kepada anak-anaknya. Hari Ayah dirayakan dalam pelbagai tarikh di seluruh dunia dan biasanya melibatkan pemberian hadiah, makan malam khas untuk ayah, dan aktiviti keluarga.

Kali pertama Hari Ayah disambut ialah di Fairmont, West Virginia pada tarikh 5 Julai 1908. Ianya telah dianjurkan oleh seorang paderi wanita bernama Grace Golden Clayton, yang ingin merayakan golongan 210 kaum bapa yang telah hilang dalam bencana di pekan Galian Monongah beberapa bulan sebelumnya di Monongah, West Virginia pada 6 Disember 1907. Ada pendapat ahli antropologi mengatakan berkemungkinan Clayton dipengaruhi oleh perayaan pertama Hari Ibu tahun yang sama, dan mengambil inisiatif untuk mewujudkan perayaan hari bapa pula. Clayton memilih hari Ahad yang merupakan hari terdekat dengan hari ulang tahun ayahnya baru meninggal sewaktu itu.

Malangnya, hari itu bertindih dengan tarikh peristiwa lain di bandar West Virginia itu. Ianya tidak didaftarkan secara rasmi oleh Datuk Bandar waktu ketika itu dan mengakibatkan sambutan ulangtahun bapa tidak lagi disambut selepas tahun tersebut. Namun begitu, sambutan hari bapa ini dihidupkan kembali oleh seorang insan bernama Sonora Dodd dari pekan Spokane. Beliau mencipta sendiri hari bapanya dan dirayakan 2 tahun selepas perayaan hari bapa yang pertama oleh Grace Golden Clayton. Sonora Dood mendapat inspirasi untuk merayakan hari bapa ini berdasarkan Hari Ibu Jarvis.

Bagaimanapun perayaan ini dilupakan sekali lagi sehinggalah pada tahun 1972. Seorang pegawai kepada presiden Nixon telah berusaha untuk menghidupkan kembali perayaan hari bapa di US. Perayaan ini kini diadakan setiap tahun di Gereja Central United Methodist Church iaitu di perkarangan bekas bangunan Williams Memorial Methodist Church Episcopal, South, yang sudah diruntuhkan pada tahun 1922. Bangunan Fairmont sekarang dikenali sebagai "Home of The First Father’s Day Service".


Perakuan Cuti Umum telah mula pertama kali diperkenal di Kongres pada tahun 1913. Pada tahun 1916, Presiden Woodrow Wilson telah berhasrat untuk berkunjung ke Spokane untuk berucap sempena perayaan Hari Bapa secara rasminya, tetapi pihak Kongres menolak kerana dibimbangi hari tersebut dianggap cuti umum kepada awam. Calvin Coolidge, Presiden Amerika Syarikat pada tahun 1924 juga telah menyarankan kepada awam untuk merayakan hari bapa ini secara tidak rasmi namun beliau tidak mengeluarkan proklamasi kebangsaan ke atas hari bapa ini. Dua usaha terdahulu oleh dua orang presiden AS untuk mengisytihar Hari Bapa sebagai hari rasmi negara tidak diluluskan oleh Kongres. Pada tahun 1957,Senator Margaret Chase Smith menulis sebuah proposal mengatakan bahawa Kongres mengabaikan jasa dan pengorbanan kaum bapa selama 40 tahun sementara menghormati ibu. Pada tahun 1966, Presiden Lyndon B. Johnson mengeluarkan proklamasi presiden pertama yang mengisytiharkan jasa dan pengorbanan kaum bapa dan proklamasi itu menyatakan bahawa pada setiap Ahad yang ketiga dalam bulan Jun diisytiharkan sebagai Hari Bapa. Enam tahun kemudian, hari itu disenaraikan sebagai hari cuti kebangsaan.

Selain Hari Ayah, Hari Lelaki (Men’s Day) turut dirayakan di beberapa buah negara pada tarikh 19 yang dikhaskan untuk lelaki dan kanak-kanak lelaki yang masih belum bergelar seorang bapa.

SAIFUL NANG | KAWIN KERANA LUBANG

June 20, 2015

SAIFUL NANG | KAHWIN KERANA LUBANG | petikan yang dikongsi oleh Saiful Nang untuk lelaki yang bergelar suami atau akan bergelar suami. Fikir fikirkan sebelum bertindak. 



8


Maksud Lirik Lagu KUN ANTA (Hummod al-Khudeer)

June 18, 2015


KUN ANTA (Hummod al-Khudeer)

Lirik:
لأجاريهم، قلدت ظاهر ما فيهم
Ketika ingin bersaing dengan mereka,
aku telah meniru apa yang ada pada mereka

فبدوتُ شخصاً آخر، كي أتفاخر
Lalu aku mula menjadi seperti orang lain, supaya aku boleh berbangga

و ظننتُ أنا، أنّي بذلك حُزْت غنى
dan aku sangka jika aku lakukan seperti itu aku akan dapat kelebihan

فوجدتُ أنّي خاسر، فتلك مظاهر
Namun aku dapati yg aku perolehi hanyalah kerugian. Itulah yg nyata.

لا لا
لا نحتاج المال، كي نزداد جمالا، جوهرنا هنا، في القلب تلالا
Tidak..Tidak...Kita tidak memerlukan harta, agar bertambah cantik. Permata kita ada di sini, di dalam hati yg bersinar-sinar

لا لا
نرضي الناس بما لا، نرضاه لنا حالا، ذاك جمالنا، يسمو يتعالى
Tidak..Tidak...kita bukan dierima orang lain dgn apa yg tidak ada. Kita diterima adlh kerana perbuatan (akhlak) kita. Itulah kecantikan kita. Yang sangat tinggi dan mulia

كن أنت تزدد جمالاً
Jadilah diri kamu sendiri
pasti akan bertambah lagi kecantikan yang sedia ada

أتقبّلهم، الناس لست أقلّدهم
Sungguh aku menerima mereka, dan aku tidak perlu meniru perwatakan mereka

إلا بما يرضيني، كي أرضيني
Melainkan apa yang aku terima itu aku telah redha.

سأكون أنا، مثلي تماما هذا أنا
Aku akan menjadi diriku sendiri. Seperti diriku sepenuhnya. Inilah aku.

فقناعتي تكفيني، ذاك يقيني
Sifat qanaah sudah cukup untuk ku. Itulah keyakinanku

سأكون أنا، من أرضى أنا، لن أسعى لا لرضاهم
Aku akan menjadi diriku sendiri, mengikut kemampuan diriku. Aku tidak perlukan orang lain untuk menerimaku

وأكون أنا، ما أهوى أنا، مالي وما لرضاهم
Aku akan jadi seperti diriku.
Apa yg aku inginkan. Untuk diriku dan bukan untuk keredhoan mereka
Lirik yg baguss..👍👍

ROH YANG KEMBALI DI BULAN RAMADHAN

Selamat menyambut Ramadahn yang pertama kawan-kawan | Apabila tiba bulan Ramadhan, semua roh berkumpul di Luh Mahfuz memohon kepada Allah S.W.T untuk kembali ke bumi. Ada roh yang dibenarkan pulang ke bumi dan ada yang tidak dibenarkan.

Roh yang dibenarkan pulang adalah kerana amalan baik mereka semasa hayat mereka ataupun ada penjamin-penjamin yang mendoakan mereka. Manakala roh-roh yang tidak dibenarkan pulang disebabkan kesalahan mereka semasa hayat mereka akan terus di penjara di Luh Mahfuz.




Apabila roh dibenarkan pulang, perkara pertama yang mereka lakukan adalah pergi ke tanah perkuburan untuk melihat jasad mereka. Kemudian mereka akan pergi ke rumah anak-anak mereka, orang yang mendapat harta pusaka mereka dan ke rumah orang yang mendoakan mereka dengan harapan orang yang mereka lawati itu memberi hadiah untuk bekalan mereka.


Perkara ini akan berlarutan sehinggala tibanya Hari Raya Aidilfitri.

Pada saat ini mereka akan mengucapkan selamat tinggal kepada jasad dan pulang semula ke Luh Mahfuz dengan bekalan yang diberikan oleh mereka-mereka yang masih hidup.

Di sini diberitahu hikmah adanya alam kubur.

Alam kubur membuktikan bahawa Allah itu Maha Penyayang. Orang yang melakukan kesalahan semasa hayatnya boleh dibantu dengan doa orang2 yang masih hidup. Alangkah bahagianya jika seseorang yang telah meninggal dunia masih mendapat bekalan dari orang-orang yang masih hidup.

Oleh itu wahai sahabatku, jangan biarkan orang-orang yang kita sayang, yang mengadap Allah terlebih dulu daripada kita sepi tanpa doa dan sedekah daripada kita. Sesungguhnya apabila mati seseorang anak adam itu, terputus ia semua hal kecuali 3 perkara iaitu doa anak2 yang soleh, ilmu yang bermanfaat dan sedekah amal jariah.

Sebarkan hal ini kepada seberapa ramai orang terdekat anda, dan mintalah mereka untuk melakukan hal yang sama. Yang jelas jika anda tidak meneruskan hal ini, maka anda telah melepaskan kesempatan untuk saling menasihati dalam kebenaran dan beramal soleh.

Jika anda melakukan dengan ikhlas insya Allah anda akan mendapat ganjaran pahala kebaikan...........

Apak, kalau apak dibenarkan pulang, jumpa laa Mimin kejap ye ! kejap pun jadi lah T.T Lepas apak dah pergi rumah anak-anak apak, Apak temankan mak ye. Al Fatihah

Zikir Tarawikh

June 17, 2015
Zikir Tarawikh | Assalamualaikum w.b.t | Pejam celik pejam celik akhirnya berpeluang lagi kita menyambut bulan Ramadhan bulan yang mulia. Malam ni kita dah boleh start tarawik ! Taaazzaaabaarrnyaaaa.


Solat tarawih hanya dilakukan pada malam bulan Ramadhan sahaja. Solat Tarawih dalam bulan Ramadhan (Qiyam Ramadhan) ialah solat Tahajjud atau ‘shalatullail’ (solat malam)yang dilakukan pada malam-malam bulan lainnya.


Tarawih ertinya beristirehat. Maka solat ini dilaksanakan berselang-seli dengan ‘berehat seketika’, Tujuan berhenti rehat sekejap adalah untuk memperolehi keikhlasan dan memberikan ketenangan kepada mereka yang bersolat, khususnya kepada warga emas disamping mengelakkan ketegangan badan selepas berbuka puasa.

Solat Sunat Tarawih ialah ibadat tambahan yang dilakukan dalam keadaan tenang dan tidak tergopoh-gapah. Ia satu cara untuk menunjukkan keikhlasan, kebaktian dan ketaatan kepada Allah SWT.

Jesteru itu Rasulullah SAW menyuruh ia dilakukan mengikut kemampuan, keikhlasan dan kerelaan. Sekiranya tidak mampu melakukan 20 rakaat disebabkan tugas mahu pun kesihatan, memadai dengan lapan rakaat sahaja.

WordlessWednesday | CARA MENDAPAT GANJARAN PUASA

WORDLESSWEDNESDAY | cara mendapatkan ganjaran puasa | kalau berpuasa tapi mengabaikan yang lain. Apa gunanya kita semua berpuasa. Oleh itu, bermula hari esok sama sama kita amalkannya di dalam bulan yang penuh berkat denganhati yang ikhlas dan menghindar diri dari membatalkan dan memakruhkan puasa. Selamat menjalani ibadah puasa dibulan Ramadhan Al-mubarak.


KAD BISNES MURAH | BELI 10 PERCUMA 10

June 16, 2015
KAD BISNES MURAH | BELI 10 PERCUMA 10 | Wooowwwww ! PROMOSI TERLAJAK MURAH SEMPENA RAYA YANG BAKAL TIBA NI. Dengan hanya membeli 10 kotak bisnes kad anda akan menerima 10 kotak lagi!!  Siapa yang taknak lepaskan peluang keemasan ni ! Kenapa perlu ada Bisnes Kad? 
  • Salah satu medan promosikan produk jualan anda.
  • Satu alternatif untuk tingkatkan ‘branding’ barangan anda.
  • Menambah kenalan dan network lebih luas.
Kepentingan kepada Blogger, bisnes kad atau blogger kad ini sangat penting. Lagi-lagi blogger #retis dan #otai amat memerlukan Bisnes kad bagi meningkatkan lagi branding Blog disamping menambah kenalan blogger. Pasti susah jika rakan baru mahu mengingati nama blog anda, bukankah Bisnes kad banyak membantu?

Sekiranya anda mahukan dalam kuantiti yang sedikit. Berikut adalah pakej yang lain:
  1.  1 box/100pcs = RM26
  2.  3 box/300pcs = RM53
  3.  5 box/500pcs = RM75
  4. 10box/1000pcs = RM110 (Free 10box)
*harga tidak termasuk design dan postage
bizkad murah

  • Material : Art Card Matt Lamination
  • Jenis : 260gsm art paper
  • Kalis Air
  • Elegent dan profesional 
  • Tahan Lama berbanding kertas biasa 
  • Laminate yang tidak licin dan tidak bersinar
  • Warna lebih tepat dan cantik
Sticker murah

Sekiranya anda mahu selit tempahan sticker, pakej kad kahwin murah, banner, bunting, dan lain lain perkhidmatan printing.. Boleh hubungi:

Dalizgrafix
IG :  @dalizgrafixWhatsapp: +6012 3644 805
WechatID: dalizgrafix2
Facebook : Adam's Print Shoppe / dalizgrafixEmail: dalizgrafix@gmail.com

Nothing2hide | Rakaman penuh ucapan ringkas Tun Dr Mahathir di PWTC

June 15, 2015
Nothing2hide | Rakaman penuh ucapan ringkas Tun Dr Mahathir di PWTC | Tepuk dada tanya selera.. Siapa yang betul siapa yang salah, Orang luar tepuk tangan sambil tersenyum melihat Malaysia semakin kucar kacir walaupun tiada peperangan zahir berlaku.



Giveaway | Mega Raya by Azhafizah.com

Giveaway | Mega Raya by Azhafizah.com | Assalamualaikum, Setelah klik klik klik, semua sudah ikut syarat Giveaway ni, Wish me luck !
giveaway-mega-raya-by-azhafizahcom
klik banner untuk sertai

Segmen | Bloglist Julai-Ogos 2015 by CN

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Segmen Bloglist Julai-Ogos 2015 by CN

Pencarian bloglist bagi bulan Julai-Ogos 2015 di cekgunorazimah.com bermula pada hari ini, 1 Jun 2015, iaitu tepat jam 12.00 tengah malam sehingga 30 Jun 2015, iaitu tepat jam 11.58 malam. Semua dijemput untuk sertai segmen mudah ini. 

Syarat-syaratnya : 

1. Follow blog CNAdd To Circle G+CikguNorazimah dan Follow Instagram cikgunorazimah (jika ada)  

2. Buat entri bertajuk "Segmen Bloglist Julai-Ogos 2015 by CN"  

3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.  

4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI.

Copy Coding Entri Yang Disediakan Ini :





Seramai 15 orang peserta akan dipilih untuk masuk dalam bloglist CN untuk bulan Mei-Jun dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog CN ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 1 Julai 2015.


SENARAI PESERTA


Kredit untuk Kak Mialiana

Baju Muslimah

6 Gambar Nikah Felixia Yeap dan Dr Rezal (6 Jun 2015)

Gambar Nikah atau Kahwin Felixia Yeap dan Dr Rezal Khairi Ahmad pada 6 Jun 2015. Perkahwinan Raisyyah Rania Yeap (Felixia Yeap) dan Dr Rezal Khairi Ahmad telah selamat berlangsung pada pukul 10.30 pagi Sabtu 6 Jun 2015. Difahamkan, suami Felixia Yeap merupakan Ketua Pegawai Eksekutif NanoMalaysia Berhad (sebuah agensi di bawah MOSTI) bernama Dr. Rezal Khairi Ahmad. Tahniah diucapkan dan semoga berbahagia hingga ke anak cucu.

felixia yeap






134 Soal Jawab Tentang Puasa dan Hari Raya dari UAI

June 14, 2015
134 Soal Jawab Tentang Puasa dan Hari Raya Aidilfitri (Ustaz Azhar Idrus)

1.Batal tak puasa kalau pakai earphone kat lubang telinga?

Tak batal

2.Apakah hukum bermain mercun di bulan puasa?

Yang tak berbahaya makruh sebab bakar duit. Yang berbahaya haram.

3.Apakah hukum kita berhias diri pada hari raya?

Sunat berhias diri pada hari raya.

4.Apakah hukum pasang pelita kat halaman rumah pada 10 hari terakhir?

Kalau nak cerahkan halaman rumah, harus. Kalau raikan 10 malam terakhir atau malam raya, bida'ah.

5.Sah tak puasa ganti Ramadhan kalau niat tidak dikhususkan?

Kena tentukan dalam niat puasa ganti Ramadhan.

6.Hadith berkenaan 10 malam pertama Ramadhan adalah rahmat, 10 malam pertengahan adalah maghfirah dah 10 malam terakhir adalah pembebasan dari neraka itu sahih ke tidak?

Dhaif, boleh amal dan boleh sebarkan.

7.Macam mana kalau suka gigit kuku di bulan puasa?

Batal jika ditelan kuku itu selepas digigit.

8.Apa hukumnya masih makan waktu azan Subuh berkumandang.

Batal puasa.

9.Kalau menangis batal tak puasa?

Tak batal walaupun sebulan menangis.

10.Boleh tak suami ganti puasa isteri yang tak sihat?

Tak boleh ganti puasa orang yang masih hidup.

11.Kalau orang hilang akal tak puasa macam mana?

Hilang akal bukan lagi dikira mukallaf. Jadi tak wajib puasa.

12.Solat terawih kat surau atau masjid, mana lagi afdhal?

Masjid.

13.Terjeluak makanan dari dalam perut ketika gosok gigi. Adakah dikira muntah dengan sengaja?

Tak batal. Yang batal usaha supaya terjeluak bukan dengan gosok gigi tapi dengan cara kebiasaan yang dibuat orang supaya muntah.

14.Kenapa kita sambut nuzul Quran pada 17 Ramadhan? Bukankah al-Quran diturunkan pada malam Lailatul Qadar dan malam Lailatul Qadar itu ada dalam 10 malam terakhir Ramadhan?

Lailatul Qadar turun pada mana-mana malam dalam bulan Ramadhan. 10 malam terakhir bukan syarat tetapi adat kebiasaan sahaja. Boleh berlaku juga pada malam yang lain.

15.Tak apa ke kalau kita asyik teringat perempuan yang kita sukai di bulan Ramadhan?

Tak berdosa tapi tak dapat pahala. Baik ingat Allah banyak-banyak. Dapat pahala.

16.Apa yang boleh perempuan yang datang haid lakukan untuk buat Qiamullail?

Berzikir, istighfar, selawat dan berdoa.

17.Boleh tak perempuan yang datang haid tak makan dan minum di bulan puasa?

Boleh, tapi tak boleh niat mengerjakan puasa.

18.Apakah hukum solat sunat terawih dengan 4 rakaat 1 salam?

Sah, tapi menyalahi yang lebih utama?

19.Batal tak puasa jika letak ubat mata (EYEMO) dan ubat mengalir ke tekak hingga rasa pahit di tekak?

Batal jika ubat sampai ke lidah kemudian ditelan. Setakat pahit di tekak sahaja, tidak membatalkan.

20.Batal tak puasa kalau keluar darah yang banyak kerana kemalangan?

Tak batal keluar darah luka melainkan darah haid dan nifas.

21.Batal tak puasa jika telan air liur basi yang banyak dengan sengaja di siang hari?

Batal telan yang basi. Yang tak basi tak batal sebab yang basi dari dalam perut.

22.Puasa enam dapat dikira sebagai puasa ganti atau tidak?

Kena niat puasa ganti baru dikira.

23.Apakah hukum bersiwak di bulan puasa?

Bersiwak ertinya membersihkan gigi dengan alat bukan dengan air manakala yang dimakruhkan berlebihan adalah ialah membersihkan mulut dengan air.

24.Apakah hukum berselawat di antara solat terawih?

Harus dan dapat pahala.

25.Mimpi keluar air mani di bulan puasa batal tak puasa?

Tidak ada mimpi yang membatalkan puasa.

26.Batal tak puasa jika pakai ubat ulser mulut ketika puasa?

Tertelan tak batal. Sengaja telan membatalkan puasa.

27.Saya ada tabiat suka meludah. Sah ke puasa saya?

Makruh suka meludah ketika berpuasa. Harus telan sahaja air liur tu.

28.Kenapa hisap rokok boleh batal puasa? Sedangkan hidu asap kereta boleh.

Hisap rokok masuk nikotin dalam kerongkong. Sebab itu kalau orang tidak merokok tapi kena asap rokok tak membatalkan puasa kerana tak masuk nikotin melepasi kerongkongnya. Begitu juga dengan asap kereta, batal puasa kalau seorang itu hisap dengan cara lekatkan mulut pada ekzos kereta dan hisap.

29.Berapa rakaat paling sedikit untuk solat terawih?

Paling sedikit 8 rakaat.

30.Korek hidung semasa puasa, batal tak puasa?

Tak batal.

31.Hidu minyak cap kapak ketika puasa, batal ke tidak?

Tak batal.

32.Saya mengandung dan tidak boleh berpuasa kerana muntah-muntah serta pening jika berpuasa. Adakah saya kena bayar fidyah atau saya kena qadha puasa sahaja?

Qadha puasa sahaja.

33.Betulkah pahala solat terawih tidak dikira jika tak buat solat witir dipenghujung?

Tak betul. Masing-masing adalah sunat yang tersendiri. Buat satu dapat satu.

34.Apakah kurang pahala puasa jika dihebah-hebahkan jenis-jenis makanan yang hendak dimakan sewaktu berbuka di 'wall' Facebook?

Makruh kempen makan sedap-sedap dan lazat di bulan puasa.

35.Apakah hukum berpuasa di hari Jumaat, Sabtu dan Ahad?

Tidak haram puasa pada hari tersebut. Cuma Rasulullah SAW suka kita puasakan Jumaat dengan Sabtu atau Khamis dengan Jumaat atau Isnin dengan Khamis.

36.Betulkah kalau puasa hari Jumaat kena puasa juga hari Sabtu?

Sunat tambah hari Sabtu atau Khamis. Kalau puasa hari Jumaat sahaja kurang afdhal tetapi sah.

37.Apakah hukumnya seorang tua menggunakan dan memasukkan gigi palsu ketika berpuasa?

Tak batal melainkan ditelannya baru batal.

38.Terjun dan berenang di dalam air, adakah perlu mengqadha puasa?

Wajib qadha bila memang masuk air dalam batin rongga yang terbuka. Sekadar masuk dalam telinga dan mulut atau hidung yang bukan batin, tidak membatalkan puasa.

39.Betulkah puasa sunat tak boleh dibuat selagi tak ganti puasa fardhu?

Boleh buat.

40.Qiamullail boleh dilakukan secara berjemaah?

Boleh.

41.Apakah hukum gosok gigi masa tengah hari ketika bulan puasa?

Makruh mengikut pendapat yang muktamad selepas waktu zuhur. Harus sampai bila-bila pun menurut pendapat Imam Nawawi r.a.

42.Kalau air masuk dalam telinga masa mandi, kadang-kadang nak keluarkan air itu kena masukkan air ke dalam telinga semula. Adakah batal puasa?

Jika masukkan air ke dalam telinga itu sampai ke batin baru batal puasa. Cara yang mudah ialah melekapkan jari ke lubang udara dengan cara menekankan dengan kuat jangan bagi udara masuk kemudian lepas. Air dari dalam akan turut keluar. Buat macam nak 'pump' sinki yang tersumbat tu..

43.Betulkah nabi SAW tidak pernah berbuka puasa di rumah, hanya di masjid?

Nabi SAW ada juga berbuka dengan isteri-isterinya di rumah.

44.Secebis makanan tersangkut di antara halkum. Adakah patut membuangnya atau menelan?

Bila berada di tengah antara zahir dan batin, boleh telan dan boleh buang.

45.Apakah hukum perempuan memakan pil penahan haid dalam bulan Ramadhan kerana tidak mahu meninggalkan puasa?

Makruh.

46.Apakah hukum berdoa "Ya Allah Ya Tuhanku, biar lah bulan ini tak datang haid supaya boleh puasa penuh"?

Makruh doa macam itu sebab isteri-isteri Nabi SAW tak pernah doa macam tu.

47.Adakah benar jika meninggal dalam bulan puasa akan terlepas azab kubur selama setahun?

tidak benar.

48.Boleh tak saya kumpulkan sekali denda fidyah yang tahun-tahun lepas, beri kepada masjid dan orang miskin?

Wajib bayar denda bila saja mampu. Boleh bayar denda asing-asing atau disekalikan untuk satu golongan penerima. Tak sah denda diberi kepada masjid. Wajib kepada faqir dan miskin sahaja.

49.Apakah hukum berbuka puasa bersama pakwe/makwe?

Sah, tetapi berkurang pahala sekadar mana saling melihat atau berbual.

50.Apakah hukum mandi dekat dengan waktu berbuka puasa?

Harus, dan jika berlebihan jirus jadi makruh.

51.Apakah hukum suami isteri bermanja-manja ketika berpuasa?

Nabi SAW harus manakala kita makruh. Jika keluar mani jadi haram.

52.Zakat Fitrah sepatutnya dikeluarkan di mukim kita tinggal atau mukim kita bekerja?

Tempat kita bekerja.

53.Antara waktu berbuka dan waktu bersahur, yang mana banyak kelebihan?

Berbuka.

54.Seorang tinggalkan puasa tahun dulu-dulu, dalam 50 hari. Tahun lepas dia dah ganti 20 hari, tapi tak sempat bayar fidyah. Tahun ini dia kena ganti 50 hari juga atau 30 hari sahaja? Bayar fidyah adakah perlu digandakan?

Puasa yang sudah diqadha tidak lagi berganda fidyahnya. Bilangan fidyah hanya mengikut bilangan baki yang belum diqadha sahaja.

55.Korek telinga dengan putik kapas hingga ke gegendang telinga, makruh tak?

Jangan sampai ke gegendang kerana ada pendapat yang mengatakan batin rongga telinga bermula pada gegendang telinga manakala ulamak-ulamak lain mengatakan belakang gegendang dekat otak baru membatalkan.

56.Seorang tua dinasihati doktor supaya kerap minum air. Si tua ini juga sesak nafas jika puasa. Macam mana?

Kalau memang benar tak minum air boleh jadi sesak nafas, harus berbuka dan wajib qadha apabila hilang penyakit. Kalau penyakit yang tiada sembuh lagi pada adatnya tak wajib qadha hanya wajib bayar fidyah.

57.Kita sedang puasa sunat, tetapi ada orang jemput menghadiri undangan ke rumahnya. Mana lagi afdhal?

Afdhal puasa kerana menghadiri jemputan tidak disyaratkan makan jamuan di situ. Jika kita makan dia juga gembira, afdhal makan.

58.Terdetik hati untuk niat puasa lepas isyak, tetapi terlupa. Jadi ke tidak niat puasa itu?

Kalau ada dalam hati nak berniat puasa qadha lepas isyak dikira sah kerana niat nak berniat lepas isyak sudah terkandung di dalamnya nak puasa qadha esok. Dengan syarat masa niat itu sudah malam.

59.Jika tak tunai solat fardhu, adakah sia-sia amalan solat terawih?

Amalan sunat tergantung jika tak buat yang wajib.

60.Keadaan yang macam mana, tidak berpuasa, tetapi tidak boleh makan dan minum?

-Orang yang batal puasanya bukan sebab haid seperti orang yang telah memasukkan air sampai ke batin telinganya.

-Orang yang sengaja tidak berniat ataupun lupa niat pada malamnya.

-Orang yang tidak mahu berpuasa tanpa uzur.

61.Adakah hadis berkenaan ganjaran solat terawih itu sohih? Boleh tak disebarkan hadis itu untuk tujuan menarik orang untuk menunaikan solat terawih?

Hadith tersebut ada dua pendapat. Pendapat pertama mengatakan ia palsu. Ini yang paling banyak di sisi ulamak. Oleh itu, sebaiknya jangan disebarkan.

62.Adakah batal puasa jika telan kahak yang keluar dari dalam anak tekak?

Batal telan kahak dari dalam tekak.

63.Berapakah bilangan sebenar solat terawih? 8 rakaat atau 20 rakaat? Yang manakah lebih afdhal?

Lebih banyak rakaat lebih afdhal.

64.Apa sunnah Nabi SAW makan berbuka?

Kurma dan air.

65.Jika kita mandi wajib selepas subuh, bolehkah kita berpuasa pada hari tersebut?

Sah puasa dalam keadaan junub.

66.Selepas habis waktu sahur, disebabkan perut kosong, angin dari perut naik balik ke tekak bersama minuman dan makanan. Macam mana? Puasa masih sah?

Kalau naik balik tak melepasi kerongkong, tak batal kalau makanan/minuman masuk semula.

67.Seorang kawan kerja syif malam. Balik kerja, dia tidur sampai tengah hari. Apakah hukum puasa dia?

Tidak batal puasa dan tidak makruh kerana berkerja syif malam. Jika tidur sepanjang hari, makruh hukumnya.

68.Saya ada seorang kawan muallaf. Dia berpuasa tetapi di badan dia ada 'tattoo' dan lidah bertindik. Adakah puasa dia sah?

Jika 'tattoo'-nya dalam masa Islam dan menghalang sahnya wuduk dan mandi hadas, puasanya tidak diterima sebab solatnya tidak sah. Jika 'tattoo' itu dibuat dalam masa kafir, tak wajib buang dan sah solatnya.

69.Tahun ini kita kurang sebulan berpuasa, jadi hari raya pertama boleh tak puasa?

Perkataan yang mengatakan puasa 29 hari tak cukup itu bukan perkataan ulamak. Dalam Islam puasa Ramadhan berkisar antara 29 dan 30 hari.

70.Adakah sah puasa orang yang berpuasa pergi beli juadah berbuka dengan mendedahkan aurat?

Sah. Tetapi berdosa kerana buat maksiat. Melakukan dosa ketika puasa menafikan hikmah puasa yang mahu kita jadi orang bertakwa.

71.Inhaler untuk orang selsema, adakah batal puasa jika digunakan?

Jika dihisap dengan kuat boleh membatalkan sebab masuk air ubat ke dalam kerongkong. Kalau disedut perlahan, makruh hukumnya kerana hanya udara yang masuk ke dalam kerongkong.

72.Mana lebih baik, niat puasa sebulan atau setiap malam sebelum imsak? Adakah batal jika niat di siang hari?

Aku berniat mengerjakan puasa Ramadhan tahun ini sebulan kerana Allah s.w.t. Tak batal puasa dengan sebab niat di siang hari.

73.Apakah hukum ke bazar Ramadhan apabila bazar itu dihadiri oleh wanita-wanita berpakaian seksi?

Bazar tersebut dikiaskan dengan pasar yang mana Nabi SAW menyuruh siapa yang pergi hendaklah menjaga pandangan. Sengaja melihat aurat hukumnya adalah haram sama ada kita peniaga atau pembeli.

74.Boleh tak saya ajak kawan-kawan saya dari Jepun (bukan Islam) yang buat dokumentari pasal Ramadhan berbuka di masjid?

Boleh dan wajib minta kebenaran ahli jawatankuasa masjid.

75.Kalau saya dari tanah air pukul 3 petang bertolak ke Jeddah sampai pukul 6 petang (waktu sana) sedangkan waktu Malaysia sudah pukul 9 malam. Waktu mana patut saya ikut berbuka puasa?

Wajib ikut waktu negeri mana kita berada.

76.Adakah dosa dilipat gandakan apabila melakukan kesalahan(dosa) di bulan puasa?

Tak berlipat ganda dosa tetapi berkurang pahala puasa.

77.Boleh ke niat puasa waktu bersahur?

Sah niat antara waktu Maghrib sampai waktu Subuh.

78.Apa hukumnya wanita memakai wangi-wangian ke bazar Ramadhan?

Wanita haram memakai wangi-wangian yang dapat dihidu oleh lelaki ajnabi sama ada bulan puasa atau bulan lain.

79.Kalau qadha puasa, kemudian berbuka bukan sebab uzur. Kena qadha ganda ke?

Tak ganda. Kena qadha semula.

80.Apakah hukum beli di bazar yang penjualnya tak tutup aurat?

Sah berjual beli. Haram jika sengaja pandang auratnya.

81.Adakah batal puasa jika pakai 'contact lens'?

Tak batal puasa.

82.Batal tak puasa jika terima rawatan suntikan?

Suntikan jika mengenyangkan pesakit membatalkan puasa.

83.Kenapa pada bulan puasa masih berlaku histeria?

Yang diikat adalah kepala-kepala jin kafir yang jahat. Jika ada berlaku lagi gangguan, itu adalah daripada jin-jin yang tidak diikat.

84.Apakah hukum memaksa solat terawih dalam keadaan yang sangat letih dan mengantuk kerana rehat dan tidur yang tidak mencukupi?

Memaksa seperti itu tidak menjadi kesalahan. Yang tak elok ialah sampai tubuh badan sakit-sakit dan mudarat kesihatan. Kalau letih, berhenti sahaja. Sunat bukan wajib..

85.Jika seseorang wanita mandi wajib semasa subuh sah kan puasanya? Boleh ke sebenarnya dia mandi wajib sebab masuk rongga faraj?

Faraj anak dara biasanya berbeda dgn faraj wanita yg pernah disetubuhi yaitu ketika duduk mencangkung mcm nak buang air besar faraj anak dara tdk terbuka manakala faraj yg pernah bersetubuh terbuka..ada yg terbuka sedikit dan ada yg terbuka banyak..sama ada terbuka sikit atau banyak, wajib disampaikan air disitu dan biasanya air tdk masuk lebih dr kawasan yg terbuka melainkan disumbat paip ke mulut faraj..perlu diketahui, bila duduk mencangkung tu, biarkan saja ia terbuka dgn sendirinya dan bukan dibuka..apa yg masih tdk terbuka ketikla duduk tu adalah dikira batin faraj yg tdk wajib disampaikan air..dan perlu diketahui..ada juga faraj wanita yg pernah disetubuhi itu tertutup rapat sekalipun sudah banyak kali disetubuhi maka tidaklah wajib disampaikan air ke kawasan farajnya yg tidak terbuka itu..

86.Apa hukum sedut asap welding ketika puasa?

Asap rokok disedut sampai ke dalam dada manakala asap welding hanya sedikit yang sampai ke mulut.

87.Sah tak puasa jika berniat puasa untuk sebulan itu di tengah-tengah bulan?

Kena niat di awal bulan baru sah melainkan wanita yang pada awal bulan itu sedang haid maka hendaklah dia niat sebulan setelah dia suci. Kalau tengah bulan datang haid, tak perlu niat semula setelah suci, hanya wajib niat setiap malam macam biasa.

88.Hadith "Ummu Salamah r.a. berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda 'sebaik-baik masjid bagi wanita ialah kamar-kamar yang paling dalam dirumah mereka?(HR Ahmad)". Boleh ustaz ulas?

Hadith ini bukan mengharamkan wanita ke masjid tetapi menyebut kelebihan solat dirumah berbanding di luar rumah sahaja. Jika wanita ke masjid, hukumnya adalah harus dengan syarat dia menjaga peraturan-peraturan syarak yang telah ditetapkan.

89.Adakah hadis kelebihan solat dirumah bagi wanita ini mesti diambil dulu dari hadith-hadith lain tentang kelebihan solat berjemaah? Adakah lebih afdhal wanita solat di rumah meskipun sendirian berbanding di masjid berjemaah?

Ya..

90.Boleh tak kita terawih sebelum Isyak?

Tak boleh.

91.Kalau sedang selsema, telan hingus yang turun ke mulut dari laluan hidung (bukan dari lubang hidung), batal tak puasa?

Batal.

92.Apakah hukum pergi takbir raya?

Sunat.

93.Apakah hukum zakat fitrah bagi anak-anak zina? Siapa yang wajib bayar ke atasnya?

Ibu si anak. Lihat kitab al-Mufassal fi ahkamil mar-ah.

94.Sebenarnya orang yang tak solat, suka tinggal solat boleh beraya tak?

Tak boleh sebab Hari raya adalah kemenangan bagi orang yang bertaqwa. Orang yang tak solat tak masuk dalam kumpulan orang taqwa.

95.Boleh tak pergi beraya di malam-malam hari contohnya ketika waktu Maghrib?

Bergantung kepada uruf. Jika uruf tidak memandangnya sebagai adab yang buruk, tidaklah menjadi kesalahan.

96.Apakah hukum pasang lampu kelip-kelip pada hari raya nanti?

Jangan anggap ia kemestian sambut raya. Niat pasang tu untuk hias halaman rumah, 'okay' lah..

97.Saya seorang pelajar yang mendapat biasiswa. Adakah wajib saya membayar zakat fitrah ataupun bapa yang kena membayarnya?

Jika pelajar tersebut telah mampu menyara hidupnya sendiri, bapa tidak lagi membayar zakat fitrahnya..

98.Adakah balik beraya boleh dikira sebagai urusan? Berapa lama seseorang itu boleh jamak qasar kalau dia tak tahu berapa lama dia balik beraya kat kampung?

Ya, dikira urusan. Kalau tak pasti, boleh jamak 18 hari.

99.Tak apa ke kalau kita saja-saja bertakbir raya? Ada orang kata tak elok bertakbir masa bukan hari raya.

Bida'ah tapi tidak berdosa.

100.Boleh sebut "Gong Xi Raya" dan "Deepa Raya"?

Lakum diinukum waliadin (bagi kamu agama kamu, bagi kami agama kami).

101.Katakan hari raya jatuh pada hari Jumaat. Pagi dah solat sunat hari raya dan dengar khutbah raya. Boleh tak kalau tak pergi solat Jumaat?

Wajib solat Jumaat. Yang tak wajib solat Jumaat jika dah solat raya ialah orang yang tinggal di pedalaman yang jauh dari masjid. Bila mereka dah datang pada paginya solat hari ray, tak diwajibkan lagi datang sekali lagi untuk solat Jumaat.

102.Niat puasa sunat untuk diet dan kurus, dapat pahala tak puasa tu?

Dapat pahala jika masih ada niat kerana Allah.

103.Kalau saya tinggal puasa dua tahun lepas, wajibkah bayar fidyah walaupun saya masih dalam tangunggan ibu bapa?

Jika anda masih budak-budak yang belum layak berkerja, fidyah dibayar oleh bapa.

104.Adakah puasa yang ditinggalkan 400 hari mesti diqadha dalam masa sebelum menjelang Ramadhan yang akan datang?

yang wajib qadha sebelum masuk Ramadhan baru hanyalah bilangan yang muat pada tahun tersebut. Jika bilangan tersebut lebih daripada bilangan yang muat, tidak mengapa dibayar pada tahun selepasnya.

Bagaimana pula dengan fidyah? Adakah berganda? Jika tak mampu macam mana?

Tak mampu tak wajib bayar. Wajib bayar setakat yang mampu sahaja.

Setahun ada 365 hari. Kena puasa 365 hari penuh?

Melainkan dua hari raya dan 11,12 dan 13 Zulhijjah.

105.Adakah puasa sunat yang lain selain Isnin dan Khamis?

Sunat Rejab dan Syaaban.

106.Jika cabut gigi di bulan puasa, batal puasa tak?

Batal jika ditelan gigi tersebut.

107.Sengaja membatalkan puasa dengan makan dan minum kerana ingin berjimak dengan isteri. Adakah tetap dikenakan denda?

Tak kena menurut satu pendapat dalam mazhab Syafie.

108.Saya tinggal di Finland. Di sini Maghrib pukul 9.20 malam manakala Subuh pukul 3.21 pagi. Boleh atau tidak berbuka puasa ikut waktu Mekah kerana tidak larat berpuasa panjang sangat.

Wajib puasa ikut waktu berdekatan yang mampu diikut berpuasa. Contoh di Finland puasa 18 jam sehari jadi berat sangat menanggung, maka harus ikut negeri terdekat dulu yang ringan seperti Belanda 15 jam. Tak boleh terus nak ikut France umpamanya jika France 13 jam.

109.Apa hukum sengaja menayangkan makanan atau gambar makanan depan orang berpuasa?

Makruh.

110.Boleh tak kalau kita tak habis lagi puasa ganti dan sambung puasa enam? Selepas habis puasa enam baru sambung puasa ganti balik.

Boleh niat puasa enam dan qadha sekaligus menurut setengah ulamak fiqh.

111.Boleh niat puasa qadha dan sunat sekaligus?

Harus.

112.Kalau sudah niat puasa untuk sebulan Ramadhan, selepas itu datang haid. Adakah perlu perbaharui niat berpuasa sebulan yang telah dibuat? Adakah perlu niat setiap hari selepas itu?

Sunat niat semula malam suci dari darah dan wajib niat setiap hari selepas itu.

113.Boleh tak niat puasa ganti, puasa sunat Isnin dan puasa enam sekaligus?

Dapat dua puasa sahaja iaitu puasa sunat dan puasa wajib.

114.Jika saya demam dan sakit kepala, adakah saya bersalah/berdosa jika saya membatalkan puasa saya?

Pesakit sendiri dapat mengetahui adakah kesakitan yang dialami memerlukan berbuka atau meneruskan puasa. Jika memang sakit yang melemahkan badan, harus berbuka.

115.Kawan saya terpandang gambar orang kemalangan lalu muntah dan terus pengsan. Adakah sah puasa kawan saya itu?

Sah.

116.Kawan saya cakap sahur itu wajib, jika tidak sahur maka puasa batal. Betul ke?

Kawan awak memang sudah tidak betul akalnya sebab bercakap perkara hukum sedangkan dia tidak mengerti apa-apa. Sahur bukan wajib tetapi sunat sahaja dan sah puasa tanpa sahur.

117.Saya niat berpuasa. Tiba-tiba pukul 10.00 pagi kawan ajak hisap rokok, saya pun hisap. Pukul 3.00 petang baru sahaja sedar saya puasa. Batal tak?

Tak sengaja buat perkara yang membatalkan puasa tidaklah membatalkan puasa.

118.Adakah rumah terbuka dikira ibadah?

Harus pada syarak.

119.Korek telinga menggunakan putik kapas (cotton bud), adakah batal puasa?

Tak batal sebab kalau ditusuk jauh pun, takkan melepasi gegendang telinga. Di belakang gegendang telinga dikira batin yang boleh dimasuki oleh air.

120.Boleh atau tidak kawan saya mahu ganti puasa 30 hari selepas hari raya kerana takut puasa dia tidak diterima Allah?

Tak boleh, cara yang betul adalah buat puasa sunat sebagai menampung kekurangan puasa kita yang wajib.

121.Apakah hukum menziarah kubur di pagi raya?

Harus dan jangan iktikadkan sunat ziarah hari raya.

122.Apa hukum jika niat puasa sunat, kemudia berbuka?

Puasa wajib, wajib diteruskan melainkan ada keuzuran. Puasa sunat, makruh berbuka tanpa keuzuran.

123.Tak jumpa orang miskin untuk bayar fidyah di kawasan saya. Boleh tak saya buat kenduri beri makan kepada orang ramai?

Kena beri kepada orang miskin di tempat lain.

124.Puasa bulan Syaaban lagi banyak pahala ke bulan Ramadhan lagi banyak pahala?

Bulan Ramadhan mengatasi segala bulan kerana ada padanya Lailatul Qadr.

125.Antara puasa qadha(ganti) dengan puasa puasa nazar, yang mana lebih afdhal didahulukan?

Boleh pilih.

126.Dapat fadhilat juga ke bersahur utk puasa As syura?

Dapat kerana perintah Nabi SAW suruh bersahur itu umum untuk semua puasa.

127.Kalau kita puasa hanya 10 Muharram sahaja boleh tak?

Boleh cuma kurang afdhal.

128.Ada hadis puasa sehari itu dihapuskan dosa setahun yang lepas. Bagaimana puasa separuh hari, adakah dihapuskan dosa 6 bulan yang lepas?

Tak dikira. Cuma berpahala jika bukan sengaja berbuka.

129.Ada tak jenis gastrik yang tak boleh puasa langsung?

Ada. Sesetengah pengidap gastrik kena makan setiap dua jam.

130.Jika sengaja tinggalkan puasa wajib digantikan dengan puasa dua bulan?

Wajib ganti sehari sahaja bukan dua bulan. Wajib ganti dua bulan itu hanya untuk mereka yang jimak isteri di siang hari Ramadhan sahaja.

131.Sekiranya arwah abah meninggal, macam mana ahli keluarga nak qadha puasa arwah yang lepas-lepas? Boleh tak bayar fidyah sahaja?

Bayar fidyah sahaja.

132.Apakah hukum berbuka puasa dengan jimak?

Harus kalau di rumah, haram kalau di masjid.

133.Ibu 'ABC' telah menunaikan umrah baru-baru ini. Beliau telah mula berpuasa di Mekah satu hari lebih awal. Bagaimanakah kedudukan puasa beliau sekarang di Malaysia berpuasa Ramadhan 30 hari?

Beliau wajib jadikan puasanya campur di Mekah dan di sini tidak lebih 30 hari sahaja.

134.Bagaimana gabung puasa qadha dengnn puasa sunat Isnin-Khamis?

Sesetengah ulamak kata boleh. "Sahaja aku puasa qadha Ramadhan esok hari serta sunat Isnin kerana Allah taala".
Powered by Blogger.
Back to Top