DIA... ISTERI LUAR BIASA

Dia.. Isteri Luar Biasa | Assalamualaikum w.b.t dia isteri luar biasa. Pengaruh tv kuat betul adik beradik EFG ni. Hihi. Tapi menarik jugak kalau Mimin kongsikan jugak versi DILB mimin ni. Kalau Mimin kawin, tak kan laa nak puji diri sendiri luar biasa pulak. Hihi. Jadi Mimin ceritakan insan bernama ibu dan emak. Pernah Mimin ceritakan yang Mimin ni anak angkat. Ibu dengan mak adik beradik. Sebab tu kalau jalan sebelah ibu, orang lain iye kan je. Sebab muka Mimin pun seakan ibu. 


Berbalik pada DILB, emak atau dikenali isteri kepada Tuan Hj Adam bin Maarop. Yang dikurniakan 6 Puteri. Bukan senang nak menjaga seorang anak inikan pula 6 orang anak. Walaupun Mimin dari baby duduk dengan ibu sampai sekarang, Mimin tak pernah tak merasai kasih sayang seorang Mak. Walau sesibuk mana mak di tempat kerja, mak tetap balik tengah hari untuk menyediakan makanan tengah hari dan menghantar adik adik ke sekolah. Seawal pukul 4 pagi mak dah bangun pagi masak untuk dapatkan pendapatan sampingan. Besar jasa emak pada kami adik beradik. Sekarang, masa kami pulak untuk balas jasa mak T.T


Gambar kat atas ni juga isteri luar biasa. Seorang yang berhati kental, menghadapi pelbagai dugaan dalam kehidupan, tapi masih menganggapnya sebagai cabaran hidup dan menempuhi satu persatu persoalan. Mimin sentiasa berada disaat dia diuji dengan pelbagai ujian. Banyak lagi sebenarnya dia menyimpan rasa yang terbuku dihati. Yang masih Mimin tak dapat rungkaikan. 

Dua insan inilah pembakar semangat untuk Mimin teruskan kehidupan. Dia.. isteri luar biasa. Sangat luar biasa. 

5 Comments

  1. Dia memang isteri luar biasa. Hargai setiap insan luar biasa disisi kita

    ReplyDelete
  2. patutlah anaknya cumel, ibunya cantik ..sayangilah isteri luar biasa ayahanda mu ini wahai Mimin. :)

    ReplyDelete
  3. setiap isteri dan ibu adalah luar biasa!

    ReplyDelete
  4. woww...!! bangun seawal 4 pagi setiap hari...!!
    hebaattt...!! hebaatt...!!

    satu hal yang jarang anak-anak zaman sekarang dapat ikut kann..kann..kann... hehehehee... :)

    ReplyDelete
  5. isteri dan ibu adalah sangat luar biasa

    ReplyDelete