Sejarah | Hari Bapa | Selepas menyambut hari ibu dan hari jurutawat, hari ni kita menyambut pula hari bapa. Mengiku kajian Mimin baru kejap tadi, menyambut hari bapa bagi seorang muslim adalah haram. Tapi bagi mimin terpulang kepada individu yang menyambut hari bapa pada hari ni. Ben Ashari pun nampak segak je kat SPM (Selamat Pagi Malaysia) hari ini sempena temuramah berkenaan kasih teragung seorang ayah.
Tu dia tengok Qhaliff buat perangai. Haha. Aben perati jee qhaliff buat perangai. Zara jugak steady. Apa pun, tabik dekat aben sebab dapat membesarkan anak didepan mata. Bukan mudah seorang ayah nak membesarkan anak depan mata..
Lain pulak cerita Mimin. Tahun ni, masuk tahun kedua berpuasa tanpa seorang ayah, menyambut hari raya tanpa ayah, meraikan hari lahir, apatah lagi hari bapa. SELAMAT HARI BAPA Hj Adam bin Maroop. Jasa dan pengorbanan apak takkan Mimin lupakan. Insyaallah.
SEJARAH
Hari Bapa ini merupakan hari menghargai jasa dan pengorbanan seorang ayah dan mula disambut secara meluas pada awal abad kedua puluh untuk menyamakannya dengan sambutan Hari Ibu. Perayaan ini diadakan adalah untuk meraikan seorang ayah yang gigih mengasuh dan memberi nafkah kepada anak-anaknya. Hari Ayah dirayakan dalam pelbagai tarikh di seluruh dunia dan biasanya melibatkan pemberian hadiah, makan malam khas untuk ayah, dan aktiviti keluarga.
Kali pertama Hari Ayah disambut ialah di Fairmont, West Virginia pada tarikh 5 Julai 1908. Ianya telah dianjurkan oleh seorang paderi wanita bernama Grace Golden Clayton, yang ingin merayakan golongan 210 kaum bapa yang telah hilang dalam bencana di pekan Galian Monongah beberapa bulan sebelumnya di Monongah, West Virginia pada 6 Disember 1907. Ada pendapat ahli antropologi mengatakan berkemungkinan Clayton dipengaruhi oleh perayaan pertama Hari Ibu tahun yang sama, dan mengambil inisiatif untuk mewujudkan perayaan hari bapa pula. Clayton memilih hari Ahad yang merupakan hari terdekat dengan hari ulang tahun ayahnya baru meninggal sewaktu itu.
Malangnya, hari itu bertindih dengan tarikh peristiwa lain di bandar West Virginia itu. Ianya tidak didaftarkan secara rasmi oleh Datuk Bandar waktu ketika itu dan mengakibatkan sambutan ulangtahun bapa tidak lagi disambut selepas tahun tersebut. Namun begitu, sambutan hari bapa ini dihidupkan kembali oleh seorang insan bernama Sonora Dodd dari pekan Spokane. Beliau mencipta sendiri hari bapanya dan dirayakan 2 tahun selepas perayaan hari bapa yang pertama oleh Grace Golden Clayton. Sonora Dood mendapat inspirasi untuk merayakan hari bapa ini berdasarkan Hari Ibu Jarvis.
Bagaimanapun perayaan ini dilupakan sekali lagi sehinggalah pada tahun 1972. Seorang pegawai kepada presiden Nixon telah berusaha untuk menghidupkan kembali perayaan hari bapa di US. Perayaan ini kini diadakan setiap tahun di Gereja Central United Methodist Church iaitu di perkarangan bekas bangunan Williams Memorial Methodist Church Episcopal, South, yang sudah diruntuhkan pada tahun 1922. Bangunan Fairmont sekarang dikenali sebagai "Home of The First Father’s Day Service".
Perakuan Cuti Umum telah mula pertama kali diperkenal di Kongres pada tahun 1913. Pada tahun 1916, Presiden Woodrow Wilson telah berhasrat untuk berkunjung ke Spokane untuk berucap sempena perayaan Hari Bapa secara rasminya, tetapi pihak Kongres menolak kerana dibimbangi hari tersebut dianggap cuti umum kepada awam. Calvin Coolidge, Presiden Amerika Syarikat pada tahun 1924 juga telah menyarankan kepada awam untuk merayakan hari bapa ini secara tidak rasmi namun beliau tidak mengeluarkan proklamasi kebangsaan ke atas hari bapa ini. Dua usaha terdahulu oleh dua orang presiden AS untuk mengisytihar Hari Bapa sebagai hari rasmi negara tidak diluluskan oleh Kongres. Pada tahun 1957,Senator Margaret Chase Smith menulis sebuah proposal mengatakan bahawa Kongres mengabaikan jasa dan pengorbanan kaum bapa selama 40 tahun sementara menghormati ibu. Pada tahun 1966, Presiden Lyndon B. Johnson mengeluarkan proklamasi presiden pertama yang mengisytiharkan jasa dan pengorbanan kaum bapa dan proklamasi itu menyatakan bahawa pada setiap Ahad yang ketiga dalam bulan Jun diisytiharkan sebagai Hari Bapa. Enam tahun kemudian, hari itu disenaraikan sebagai hari cuti kebangsaan.
Selain Hari Ayah, Hari Lelaki (Men’s Day) turut dirayakan di beberapa buah negara pada tarikh 19 yang dikhaskan untuk lelaki dan kanak-kanak lelaki yang masih belum bergelar seorang bapa.
0 Comments