Rakyat kena terima hakikat kenaikkan tol&elektrik tidak dapat dielakkan


Najib Tun Razak berkata kenaikan tarif elektrik dan tol tidak dapat dielakkan demi memelihara kestabilan ekonomi, tetapi kerajaan akan mencari jalan untuk melindungi dan mengurangkan kesannya kepada rakyat.

"Jangan fikir kerajaan tidak prihatin kepada rakyat walaupun sekarang banyak bicara soal kenaikan tol, elektrik dan sebagainya, sebenarnya perkara-perkara ini amat sukar untuk tidak dilaksanakan.

"Implikasi kalau tak dilaksanakan, boleh menjejaskan ekonomi negara, rakyat akan tanggung kesusahan yang lebih (lagi) sebenarnya," kata perdana menteri semasa berucap pada majlis penyerahan bantuan mangsa banjir peringkat nasional dan penghargaan kepada para sukarelawan di Masjid Abu Bakar, Temerloh, di sini Jumaat.

Beliau memberi contoh kenaikan tol, dan menjelaskan bahawa satu mekanisme akan dibuat bagi mengurangkan bebanan terhadap mereka yang terbabit.

"Kalau tol naik, mungkin ada kadar waktu puncak, atau pas bermusim, (dan) yang guna tiap-tiap hari, mungkin kita beri kadar lebih rendah dan murah, (ini) semua kita (kerajaan) sedang tengokkan (fikirkan)," kata Najib

Perdana menteri berkata lebuh raya di negara ini yang berstatus negara maju memerlukan pembiayaan tertentu, dan tol perlu dinaikkan secara berperingkat dengan mengambil kira kesannya kepada rakyat.

Beliau juga menegaskan pada hakikatnya, kerajaan masih menyediakan subsidi berjumlah RM42 bilion untuk rakyat, jumlah peruntukan yang hampir bersamaan dengan peruntukan pembangunan berjumlah RM49 bilion.

#selamatbalikkampung

2 Comments