Arah Tutup Premis Mulai 1 Januari 2016

November 30, 2015

SULTAN JOHOR MENGHARAMKANVAPE DI SELURUH JOHOR

Hari ni, hari terakhir untuk bulan Novermber dan ada lagi 31 hari saje lagi nak masuk Tahun baru. Dah sedia tak penduduk Johor terutama sekali vape user ? Lepas ni, Kilang bateri dah takde laa abam sado lepak sana. Lepas ni, kalau nak beli flavor vape kena by online atau kena keluar sikit laa dari Johor nak beli barangan vape. Alahh, addict kan dengan vape. Susah sikit jee, haha #jangankecamsaya.


---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
JOHOR BARU: Sultan Johor mengharamkan penggunaan vape di seluruh negeri itu dan memberi tempoh sebulan kepada pengusaha premis peranti berkenaan untuk menamatkan operasi.

"Saya mahu premis vap ditutup pada 1 Januari 2016 dan saya tidak mahu dengar sebarang alasan.

"Ia ada kaitan dengan isu kesihatan dan kesannya kepada golongan muda, bukan melibatkan perniagaan atau perkauman.

"Saya benar-benar kecewa apabila ada pihak menimbulkan isu ancaman perkauman dan politik melibatkan vape," titah baginda menerusi temubual khas baru-baru ini.


Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskkandar bertitah, negeri mempunyai hak untuk menguatkuasa undang-undang mengikut peruntukan kerajaan tempatan bagi menutup perniagaan pengusaha vape.

Baginda juga mengarahkan supaya kerajaan negeri bersidang minggu depan untuk merangka perancangan untuk memudahkan proses itu.

Titah baginda lagi, ahli politik juga seharusnya berhenti memenuhi kehendak ahli perniagaan yang terlibat dalam industri vape ini.

"Kenapa ada ahli politik yang mengalah terhadap ancaman ini? Saya mahu tahu jika ahli perniagaan ini membenarkan anak-anak mereka untuk menggunakan vape jika ia benar-benar selamat dan tidak mengganggu kesihatan seperti yang didakwa.

"Apakah kamu mahu melihat anak-anak terus menggunakannya.

"Ia perniagaan baharu tetapi apa pula bentuk perniagaan yang mereka lakukan sebelum ini? Berpatah balik kepada pekerjaan anda sebelum ini," katanya.

Awal bulan ini, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Industri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, tindakan Kementerian Kesihatan menguatkuasakan penjualan vape yang perisannya mengandungi nikotin boleh membunuh industri yang dikuasai peniaga Melayu.

Menteri berkenaan juga memberi maklumbalas berkenaan susulan laporan polis yang dibuat sekumpulan peniaga Bumiputera mengenai tindakan penguatkuasaan terhadap industri vape boleh mengakibatkan sokongan terhadap Barisan Nasional menurun pada pilihan raya umum akan datang.

Sultan Johor bertitah, kesan jangka panjang kesihatan kerana penggunaan vape di mana pembayar cukai perlu menanggung untuk membiayai rawatan.

Beliau bertitah lagi, pengharaman vape di negeri itu meliputi penjualan produk berkaitan peranti itu.

"Adalah jelas mengikut undang-undang, premis vape tidak boleh menjual nikotin, jadi kenapa perlu menutup sebelah mata dan mengetepikan undang-undang?

"Jika kita biarkan ia berlaku, akan ada golongan muda yang ketagih untuk menggunakannya," titah baginda.

Sultan Johor juga memberi amaran kepada mana-mana pihak yang tidak mematuhi undang-undang pada 1 Januari depan akan dikenakan tindakan.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sebenarnya, dalam isu ni, win win situation, Kalau di benarkan akan bagi masalah kat masyarakat sekeliling, Kalau diharamkan akan bagi masalah user vape. Mesti mak-mak, makcik-makcik cikgu-cikgu di negeri Johor tengah tepuk tangan dengar berita ni. Sebab tak lah dia nak risau sangat dekat anak-anak dia dah. Tapi, kata orang.. Makin ditegah makin menjadi. Jadi. kita tengok sampai bila rancangan pengharaman vape di johor dilaksanakan. Wallahualambissawab. 

Pak Yus Jambu Meninggal Dunia

Yussry bin Edo

Inalillahiwainalilahirojiun, dari Allah kita dilahirkan, dari Allah juga kita dikembalikan. Siapa sangka, Baru hari tu kita menyaksikan persembahan beliau di pentas Juara Parodi bersama tauke Jambu dan Misha Omar. Yussry bin Edo, 39 atau dikenali sebagai Pak Yus dari kumpulan Jambu telah pergi meninggalkan kita semua.

Yus jambu

Yus jambu meninggal



Gambar terakhir Yus Jambu sebelum menghembuskan nafas terakhir

Ini gambar dari seorang sahabat yang telah bergambar dengan Arwah Pak Yus sebentar tadi jam lebih kurang 10 malam, arwah nampak keletihan selepas persembahan. DariNya kita datang, kepadaNya kita kembali. Al-Fatihah


update dari Rakan-rakan Arwah Pak Yus yang berada di Hospital Selayang..






Gambar di atas di fahamkan berita awal mengenai pemergian pak yus meninggal dunia akibat sesak nafas di Hospital Selayang malam tadi. Semoga Allah menempatkan Pakyus dalam kalangan orang-orang yang beriman. Insya Allah. AL Fatihah.

RAJA MUDA KEDAH MANGKAT

November 29, 2015
RAJA MUDA KEDAH MANGKAT | Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, jenazah almarhum akan disembahyangkan di Dewan Penghadapan, Istana Anak Bukit pada jam 1 petang. Almarhum akan dimakamkan di Makam Di Raja Langgar pada jam 4.45 petang ini. Tempoh perkabungan perkabungan selama tujuh hari sehingga Sabtu ini. Sepanjang waktu itu semua bentuk hiburan, keramaian dan perayaan dibatalkan. Al- Fatihah

29 November 2011
Raja Muda Kedah, Tunku AbdulMalik Almarhum Sultan Badlishah. Al Fatihah
ALOR SETAR, 29 Nov — Raja Muda Kedah, Tunku Abdul Malik Almarhum Sultan Badlishah, 86, mangkat pada 1 pagi tadi di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini akibat kegeringan.

Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir mengumumkan jenazah Almarhum akan disembahyangkan di Dewan Penghadapan Istana Anak Bukit pada 1 tengah hari ini.

“Bendera negeri, persekutuan dan lain-lain hendaklah dikibarkan separuh tiang selama tiga hari mulai hari ini. Tempoh perkabungan adalah selama tujuh hari mulai hari ini.

“Dalam waktu tersebut, semua bentuk hiburan, keramaian dan perayaan dibatalkan,” katanya kepada pemberita.

Beliau berkata jenazah Almarhum akan disemayamkan di Dewan Penghadapan Istana Anak Bukit untuk orang ramai memberi penghormatan terakhir mulai pukul 1.30 tengah hari hingga 2.30 petang.

Mukhriz berkata penghormatan untuk orang kenamaan pula akan bermula pada pukul 2.30 petang hingga 3.30 petang, sebelum jenazah dimakamkan di Makam Diraja Langgar pada pukul 4.45 petang.

Review | Jelmaan Movie 2015

November 27, 2015

Jelmaan

Filem Jelmaan mengisahkan sebuah tragedi yang telah mengubah kehidupan sebuah keluarga bahagia. Tidak disangkakan, percutian di Jogjakarta yang sudah lama diidamkan menjadi mimpi ngeri buat Lina (lakonan Raja Ilya), Lia (lakonan Mia Sara), Adi (lakonan Rykarl Iskandar) dan Harun (lakonan Keith Foo) apabila bas yang mereka naiki terjunam ke dalam gaung. Sejak itu, pelbagai kejadian aneh tiba-tiba menghantui kehidupan mereka.



Demi kasih sayang terhadap anak-anaknya, Lina bermati-matian melindungi Lia dan Adi. Keadaan bertambah rumit apabila beliau bersendirian menghadapi semuanya tanpa kehadiran suamiya, Harun di sisi. Bagaimanakah nasib mereka sekeluarga? Mampukah mereka mengecap semula kebahagiaan yang diragut?

Haa ! mehh tengok full video Jelmaan 2015. 

TASIK BIRU | Tasik Terlarang

 | RAKYAT JOHOR PUN RAMAI YANG TAK TAHU KEWUJUDANNYA. Sebenarnya tasik terlarang ini tidak bernama, ia digelar 'TASIK BIRU' kerana airnya yang berwarna biru dan memukau sesiapa yang melihatnya. Rata-rata masyarakat Malaysia termasuk penduduk negeri Johor sendiri tidak mengetahui kewujudan tasik indah yang tersembunyi ini. 

Tasik Biru

Sebelum ini alamcyber2020 ada membuat posting berkenaan sebuah tasik biru dan bercahaya di Indonesia yang dinamakan Tasik Kaco. Rupa-rupanya di Johor pun ada Tasik Biru yang sangat memukau mata memandang. Subhanallah! Indahnya Tasik Biru ini. Pasti ramai yang ingin melihat dengan mata kepala sendiri keindahan tempat ini apatah lagi tasik berwarna biru dikatakan amat sukar ditemui di tanah air kita. Dikatakan tidak ada yang mampu berenang dan timbul setelah masuk ke dalam Tasik Biru ini.

Tasik Biru

Malangnya, keindahan tempat ini bukan mudah untuk dinikmati, selain lokasinya tersembunyi, tasik ini merupakan tasik larangan kerana berbahaya untuk mandi manda disebabkan ianya terlalu dalam sehingga kita tidak mampu untuk berenang dan menurut penduduk setempat tidak ada yang boleh timbul jika masuk kedalam tasik larangan ini. Indah tapi tersembunyi dan terlarang...Walaupun cantik dan menakjubkan, Sayangnya Tasik Biru ini tidak dapat diwartakan sebagai tempat pelancongan atas sebab-sebab tertentu. 




Bukan mudah untuk sampai kesini, terpaksa mendaki bukit...tapi hasilnya memang berbaloi-baloi. Pengunjung tidak melepaskan peluang berposing di Tasik Biru sebagai kenangan. Menurut pengunjung yang pernah ke tasik biru ini, pemandangan tasik larangan ini sangat menakjubkan hingga segala penat lelah melalui jalan yang curam serta berbatu ke kawasan tersebut seolah-olah hilang dibawa angin sejurus tiba. Antara pengunjung yang berjaya ke Tasik Biru setelah bersusah payah mendaki bukit. Tasik yang terletak berhadapan Universiti Kuala Lumpur Mitec, di Pasir Gudang ini sememangnya bukti keindahan ciptaan Ilahi.


Tasik tidak bernama Plan lokasi ke Tasik Biru yang tersembunyi dan terlarang. Ia turut dikenali juga sebagai Tasik ‘Love’ kerana mampu membuatkan pengunjung jatuh cinta sebaik sahaja memandangnya.Pernah diabadikan dalam sebuah majalah yang bernama 'DCM Magazine' pada december 2013. Dengan tajuknya 'The Blue Lake of SeriAlam' Gambar keindahan Tasik Biru ini juga pernah diabadikan dalam sebuah majalah yang bernama 'DCM Magazine' pada december 2013. Dengan tajuknya 'The Blue Lake of Seri Alam

Tahniah ! Maria Farida telah selamat diijabkabul

November 26, 2015
Rezeki hujung tahun 2015, Maria Farida tengah hot dengan iklan manja kasih & beauty kasih. Tahniah mimin ucapkan kepada pelakon jelita tidak dimamah usia, Maria Farida kerana telah selamat diijabkabul bersama Datuk Rahman yang juga merupakan kawan karibnya.


TAHNIAH MARIA FARIDA

Maria farida manja kasih
Maria Farida ijab kabul bersama Datuk
Perkara itu telah dikongsikan oleh Fasha Sandha melalui akaun Instagramnya dan diikuti dengan ucapan tahniah daripada peminat pelakon wanita berkenaan. Selain itu, ada juga rakan selebriti lain yang turut hadir dalam majlis tersebut.

Semoga perkahwinan Maria Farida dan juga suami akan kekal bahagia dan sentiasa dipermudahkan segala urusan. Lebih-lebih lagi anak-anak Datuk Rahman sendiri sememangnya sudah selesa dan dapat menerima Maria sebagai ibu baru mereka.

Sumber : rotikaya

Giveaway Poskad Vintage by Jindrisska

Giveaway Poskad Vintage by Jindrisska | Siama berangan nak pergi German ? meh meh semua, sebelum capai rialisasi korang, meh join Giveaway ni. Menangnya dapat poskad dari German tau ! menarik tak? sekurang-kurangnya boleh acah-acah mak enon korang ada barang dari German. hahaha. Good luck u olls..







Syarat-syarat giveaway kali ni:

1. Follow blog JINDRISSKA.blogspot.com
2. Komen beberapa entri, dengan tujuan nak membodek empunya blog. Kekeke
3. Buat satu entri tentang giveaway ni, letakkan banner, beserta backlink, kemudian publishkan.
4. TInggalkan URL blog engkorang di ruangan komen entri ini. Di sini, sini. Jangan paste tempat lain pulak. Babab kang! Hihihi

Mini Giveaway YanieYusuf.com

Mini Giveaway YanieYusuf.com

Mini Giveaway YanieYusuf.com | Jom join mini giveaway dari Mrs yanie ! Mini Giveaway  Mrsyanie hanya jalankan mini giveaway ini selama seminggu sahaja (lebih kurang 8 hari). Jemput semua join dan kita jalankan blogwalking ye.
mrs yanis giveaway

MINI GIVEAWAY YANIEYUSUF.COM


Syarat-syaratnya:
1. Buat satu entry ''Mini Giveaway YanieYusuf.com'' berserta gambar diatas (pastikan blacklink ke entry ini tau).
2. Follow Blog www.yanieyusuf.com3. Follow Google+ Yanieyusuf4. Follow Instagram: Yanieyusuf , AirAsia , TV3Malaysia , Altel dan TravellingBeruang5. Jangan lupa tinggalkan link enrty diruangan komen disini.



Tarikh akhir: 30 November 2015
(Sehingga jam 1159 malam)

penjualan aset elektrik kepada syarikat asing (TNB)

November 25, 2015

Penjualan aset elektrik kepada syarikat asing (TNB)

Aduhai, Kerajaan Malaysia sekali lagi buat kejutan untuk warga Malaysia. 1MDB semalam mengumumkan penjualan aset penjana bebas (IPP) dibawah anak syarikat Edra Energy kepada konsortium China-Qatar yang akan memiliki 100% aset penjanaan.



PETALING JAYA - Langkah kerajaan menjual aset penjana bebas (IPP) milik anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kepada syarikat asing bertentangan dengan dasar negara.
Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli berkata, aset-aset strategik negara seperti penjanaan dan pembekalan elektrik tidak boleh jatuh ke tangan asing.
"Anak syarikat 1MDB, Edra Energy telah menjual IPP kepada konsortium China-Qatar yang akan memiliki 100 peratus aset penjanaan.
"Ia bertentangan dengan dasar negara kerana had pegangan ekuiti asing tidak boleh melebihi 49 peratus," katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR, hari ini.
Terdahulu, Rafizi selaku Setiausaha Agung PKR telah memfailkan dua usul di Parlimen untuk menghalang daripada perkara tersebu berlaku.
Antaranya menghadkan bidaan Tenaga Nasional Berhad (TNB) kepada nilaian RM8 bilion bagi ekuiti Edra Energy untuk menghalang kerajaan daripada menggunakan syarikat TNB itu membayar hutang 1MDB.
Rafizi juga berkata, usul tergempar membincangkan keputusan menghapuskan had pegangan ekuiti kepada syarikat asing itu bagaimanapun ditolak Speaker Dewan Rakyat.
"Saya kesal kerana tiada seorang pun Ahli Parlimen dari Umno yang bangun mempertahankan hak TNB serta kepentingan strategik negara.
"Kegagalan mereka bersuara mengiyakan bahawa Umno tidak lagi peduli dengan kebajikan rakyat dan kepentingan negara," jelasnya.
Naib Presiden PKR itu turut melahirkan kebimbangan terhadap penjualan aset strategik itu jika tidak dibendung.
Antara risiko penjualan IPP itu ialah memberi kesan kepada kelangsungan dan kestabilan pembekalan elektrik tempatan; kenaikan tarif; kemasukan pekerja asing menjejaskan peluang pekerjaan rakyat tempatan; risiko lebih banyak kontrak IP diberikan kepada syarikat asing pada masa hadapan dan menjejaskan kedudukan TNB sebagai pembekal tenaga nasional.
"Kini kita terpaksa pasrah menerima keputusan songsang menggadaikan keselamatan dan kelangsungan pembekalan elektrik negara kepada syarikat asing demi menyelamatkan 1MDB," katanya lagi.

Walaweyhh ! macam duduk negara asing pulak sekarang ni, Sikit-sikit rakyat Malaysia takde hak dalam negara nya sendiri. wallahualam. Semoga diberikan penjelasan sewajarnya dari pihak terbabit.

Agent PruBSN Takaful

Agent PruBSN Takaful |  Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera. Pernah dengar tak berkenaan PruBSN Takaful atau terlibat secara langsung atau secara tak langsung sebagai Agent PruBSN Takaful?

PruBSN TAKAFUL

Prudential BSN Takaful Berhad (PruBSN) terbentuk daripada usahasama Prudential Holdings (Prudential) dan Bank Simpanan Nasional (BSN), dua syarikat yang kukuh dari segi kewangan dalam bidang pasaran dan kepakaran masing-masing. Di awal 2006,PruBSN mendapat kelulusan Bank Negara untuk menjalankan perniagaan Takaful.

Diasaskan pada tahun 1848, Prudential bermula sebagai menginsurans nyawa dan pencen utama di United Kingdom. Hari ini, berdiri sebagai kumpulan perkhidmatan kewangan terbesar dunia. Melalui Prudential Asssurance, jenama Prudential telah betapak di Malaysia selama lebih 80 tahun. BSN yang ditubuhkan pada 1974, pada hari ini mempunyai 9 juta pelanggan, di uruskan oleh 5,100 pekerja , di 400 cawangan seluruh Negara. Ia adalah badan berkanun di bawah Kementerian Kewangan

Usahasama ini membentuk stuktur yang kukuh buat PruBSN dari segi kekuatan dan kekukuhan Prudential Assurance dalam penyebaran agensi, dan juga imej korporat BSN yang mengagumkan. Penjenamaan dan identity kedua-dua syarikat ini yang kukuh telah mencipta peluang yang besar dan luas untuk PruBSN meningkatkan perkembangan industri Takaful di Malaysia.

Perlu atau Tidak

Sebenarnya, mimin nak minta pendapat. Sekarang mimin freelance designer dekat satu company di bawah prudential. Rasa-rasa mimin rugi tak kalau mimin tak buat sekali sebagai agent pruBSN ni? atau pun, tak payah pun tak pe. Sebabnya, ramai jugak orang nak tarik mimin buat insurance ni. Tapi, Mimin masih tak sure nak buat ke tak.  Bukannya apa, mimin sebenarnya tak gemar nak cari customer. Lebih kurang MALAS laa nak mencari tuu... hehe

Jangan Berani Masuk Campur Hal Negara Saya - Sultan Brunei

November 24, 2015
Sultan Brunei "Ini Negara Saya, Jangan Berani Masuk Campur Hal Negara Saya" | CNN & media Barat kini sibuk mengancam Brunei disebabkan pelaksanaan Undang-undang Syariah. Mereka memboikot semua hotel & kepentingan Brunei.


Berikut adalah jawapan kerajaan Brunei kepada mereka:

“DALAM negara-negara kamu, kamu mengamalkan kebebasan bersuara, kebebasan media, kebebasan beragama & lain-lain. Ianya di dalm Perlembagaan kamu, ianya sistem politik kamu, identiti negara kamu, hak kamu, aturan cara hidup kamu...

“Dalam negara saya, kami mempraktikkan kemelayuan, Islamik, sistem Monarki & kami akan mula mengamalkan Undang-undang Islam, Undang-undang Syariah. Islam berada di dalm Perlembagaan kami, identiti negara kami, hak kami, aturan cara hidup kami...

“Kami mungkin menjumpai kelopongan-kelopongan dalam undang-undang & sistem keadilan kamu & kamu mungkin menjumpai kelopongan-kelopongan pada kami pula, akan tetapi ini adalah Negara kami...

“Seperti mana kamu mengamalkan hak kamu utuk Gay & lain-lain. Kamu lakukannya utk dunia ini yg kamu diami sekarang, sedang kami mengamalkan hak kami menjadi Muslim utuk dunia ini & dunia selepasnya. Ini adalah Negara Islam yg mengamalkan Undang-undang Islam...

“Mengapa tidak kamu risaukan anak-anak kamu yang ditembak di sekolah-sekolah kamu, penjara kamu yg gagal menempatkan orang-orang yg tertuduh, kadar ketinggian jenayah & DUIs, kadar bunuh diri & pengguguran yg tinggi & apa-apa yg patut dirisaukan DI SANA. Banyak agama yg menentang Homoseksualiti, ianya bkan sesuatu yg baru....

“Saat kamu mendengar bahawa Islam & Muslim membuat pendirian & meneguhkan kepercayaan mereka, kamu menghakimi, kamu memboikot, kamu katakan ianya salah, ianya bodoh, ianya kejam. Sekali lagi, pergilah kepada kebimbangan yg kamu patut tumpukan pada yg tlh saya beritahu sebelum ini...

“Tidak salahkah membenarkan senjata-senjata membunuh, tidak salahkah membenarkan bayi yg belum lahir dibunuh, tidak salahkah membenarkan gaya hidup yg membawa pada AIDS & kerencatan pada generasi baru??

“Mengapa terlalu risaukan tntg apa yg terjadi di sini, di dlm negara Islam sdg kamu tidak pun membuka mata tentang apa yg berlaku di Syria, Bosnia, Rohingnya, Palestin & lain-lain. Ribuan terbunuh di sana & kamu masih tidak peduli, tiada seorang pun yg terbunuh di sini di bawah Undang-undang Syariah & kamu kecoh menggembar-gemburkan ia, walaupun penduduk di sini yg secara langsung terkesan darinya, menerimanya dgn aman...

“Hukuman mungkin sedikit keras, tidak bermakna ianya mudah utk dilaksanakan. Di sana ada proses-proses yg perlu dijalani sebelum bleh disabit bersalah. Kami baik-baik saja dengannya, malah gembira.”

OLEH | Ke bawah Duli Yg Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah Ibni Al-Marhum Sultan Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien | SULTAN DAN YANG DIPERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM.

Tapi, bukan di Malaysia hari ini, Di harapkan Malaysia juga akan menjadi Negara Islam terunggul di dunia seperti negara Islam-islam yang lain

Gores dan Menang Tesco Ampang

November 22, 2015

Gores dan Menang

Tahun 2014, kejadian yang berlaku kat kakak mimin di Tesco Ampang. Di mana ada seorang lelaki berbangsa Cina menawarkan kakak min iphone 5s (masa tu baru keluar) dengan wang tunai. Jumlah dia min tak ingat dah. Kakak min boleh pulak terpedaya dengan cina tuu.   

Sebelum ni pernah terjadi kat ibu. Ibu terkena dekat aeon big Batu Pahat. Kejadiannya sama macam kakak kena. Di mana dia suruh gores dan kononya luck baik rini sebab menang. 

Tesco ampang


Yang bijaknya, dia nak pergi kat tempat dia.. tempat yang mana untuk collect hadiah tu. Dia naik kereta kita. 

Dalam kereta tu, lelaki cina tuu cerita laa itu ini itu ini laa kan. Sampai je dekat HQ dia, dia mintak kakak bagi dia deposit. Masa tu, kakak memang takde sen langsung. Sebab baru setup bisnes.  

Kebetulan mak follow kakak. Lelaki cina tu cakap, kalau kakak takde wang takpe laa. Mak pun boleh bagi duit deposit tu. Dalam masa sama, dia tunjukkan laa gambar gambar orang yang pernah terima hadiah hebat hebat. 

Mak pun cakap, yang mak takde cash dalam tangan. Masa tu, mimin dalam kereta.. tunggu anak buah mimin tengah nyenyak tidur. Lebih kurang sejam setengah, mak n kakak pun keluar dari bangunan tu. Eh! Cina lelaki tu masih follow lah. Pelik masa tuu. 

Rupanya, lelaki cina tu suruh mak keluarkan duit yang kat dalam akaun mak tuu. Tapi, mak request nak balik solat dulu. Dalam maksud lain, nak berfikir secara waras. Cina lelaki tu tunggu kat bawah je. 

Ingatkan taknak keluar dah dari rumah tu, tapi dia bantai call tak sudah sudah. Mak pun suh siap siap jugak lah. Pergi ke HQ RHB. Tempat kerja lama mak. Mak minta pendapat dengan kawan office dia. 

Alhamdulillah, kawan kawan mak tolong. Dengan minta tolong polis bantuan dekat HQ RHB. Secara tiba tiba cina tu hilangkan diri tanpa tinggalkan jejak sampai sekaramg. 

Syukur, kami bukan mangsa berjaya mereka. Tolong eh orang ramai. Alert dengan kes ni. Kes ni tak de la sampai viral. Tapi.. kalau tak hati hati susah jugak tau. Merana hidup. Polis pun takde tindakkn. 

Orang ramai dinasihatkan berhati-hati dan tidak mudah terperdaya dengan sebarang tawaran yang diberikan kerana tiada apa yang boleh diperolehi dengan mudah di dunia ini.

Terlalu rindu

Terlalu rindu | wahh ! Macam lirik lagu elena haris pulak. Lagu dia yang tengah meletop kebabom. Terlalu rindu. Huhu. Takde kaitan pun dengan lagu elena haris tu. Tapi rindu dengan kawan lama. Teman gaduh sebelah bilik. 


Sebenarnya plan nak berjimba dengan mera dengan hanis. Tapi, mera sekarang busy. Kena plan awal awak. Terpaksa batalkan. Kebetulan mak ajak p tengok anak buah kat Semenyih. Dapat laa jumpa dengan Azilah. Huh! Lama gilerr tak jumpa dengan Azi. Almost 3 years tak jumpa dia. 


Ziarah baby Raisya laa ni. Kesian dia. Brlum cecah 5 bulan dah terima dugaan tulang kena simen. Akibat tulang singkat sebelah. Sayu jee tengol babu Raisya ni macam ni. Tak dapat nak menyiarap. Semoga cepaat sembuhh ye dik..

Subway Batu Pahat Kedekut !

Subway Batu Pahat

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera. Selamat berhujung minggu ye semua. Baru baru ni Batu Pahat ada buka francis Burger King dan Subway. Burger King min tak heran sangat. Sebab min tak suka burger king. Yang min heran subway. Sebab dia punya sos, n bla bla dalam dia tuu memang slurrp habis. 


Subway Batu Pahat, dah rasmikan bangunan ni. Sampai sekarang bangunan tu untuk apa pun mimin kurang pasti.  Semoga ada kelainan kat Batu Pahat ni. 


Old streets Batu Pahat, tempat baru yang bakal menjadi tarikan di Batu Pahat. Reka bentuk lama. Dijangkakan dekay rooftop ada swimming place. Mimin tak sure dah buka ke belum. Tapi gambaran dekat atas rooftop tu macam kag bawah ni.

Rooftop ols street Batu Pahat
Menarikkan ! Bila nak ada tak sure lagi. Ehh ! Berbalik tajuk entry ni. Mimin tak puas hati dengan pekerja dia. Karek giler. Pastu mimin request nak ingrediant lebih sikit muka terus berubah. Last last mimin punya subway rupa dia pucat habis.

Subway kedekut

Hmm., macam rasa membazir je duit bila kepuasan tak tercapai. Sodehhh mak kau ni haaa. Mana yang tak pernah rasa subway tu ghuper dia macam mana memang laaa tak complain. Jenis yang biass menghadap. Hmm. 

Sebab, orang yang makan subway tak akan set set cun lepas makan subway. Sebab kompom comot habis kena sos dia. 

Semoga dinaiktaraf kualiti subway batu pahat. 

Mood cuti sekolah turn on !

Cuti sekolah 2015 bakal tiba 

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Wah ! Cuti sekolah bakal tiba. Ke dah tiba aeh? Haha. Lama dah tinggalkan zaman persekolahan ni. Rindu pulak rasa hari ni nak pakai uniform sekolah. Huhu. 

Susana dalam rumah mimin dah turn on dah cuti sekolah. Mana taknya.. ibu n mamet dah beria malas pergi sekolah. Lagi lagi si mamet ni. Dah bukak khemah depan rumah dah 3 malam termasuklah malam ni. Hihi


Mamet siap bawak kawan dia sekali tidur dalam khemah ni. Nasib baik masa depa duk dalam khemah ni, mimin kerja esoknya. Kalau tak memang dah join sekaki. Hihi.


Suasana camping dalam hutan dah ada dah. Hahaha. Almaklum laa. Rumah dalam kawasan kampung. Malam malam sejuk je.

Apa rancangan korang semua cuti cuti sekolah ni? Selamat bercuti semua adik adik 

SEMAK KEPUTUSAN UPSR MELALUI SMS

November 17, 2015

Keputusan UPSR 2015

Keptusan UPSR 2015 | Telah diumumkan pada harini. Harap semua pelajar dapat ambil keputusan UPSR secepatnya.. Dikhuatiri A sudah kehabisan stock. Haha, inilah dialog yang diviralkan kat dalam whatsapps group malam tadi. Mesti berdebarkan ibubapa dan penjaga yang ada anak tahun 6 tahun ni.
Semakan UPSR 2015
Tahniah adik-adik


Sekiranya keputusan mereka tak memuaskan atau tidak mencapai target yang parents mahukan. Janganlah hukum mereka pulak yee. Adik-adik kita ni dah buat bersungguh-sungguh. Taknampak ke mereka belajar masa kat rumah sebelum Peperiksaan dijalankan? hehe

SEMAK KEPUTUSAN UPSR MELALUI SMS

Pada tarikh rasmi keputusan UPSR 2015 diumumkan hari ni, calon boleh mendapatkan keputusan tersebut melalui sekolah masing-masing bermula jam 10 pagi Selain itu, Kementerian Pendidikan Malaysia turut menyediakan perkhidmatan semakan keputusan secara sistem pesanan ringkas MySMS 15888. wahh ! menarik bukan 

keputusan UPSR 2015
Semakkan UPSR melalui SMS

INFO BERKAITAN Bagi calon yang berminat untuk melanjutkan pelajaran pada tahun 2016 di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) KPM atau Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) boleh membuat permohonan, 


sila dapatkan info selanjutnya seperti berikut 
Permohonan SBP Dan MRSM 2016 : 
Permohonan Kemasukan SBP Tingkatan 1 Tahun 2016 
- Dibuka mulai 15 Oktober 2015 sehingga 15 November 2015 
Permohonan Kemasukan MRSM Tingkatan 1 Tahun 2016 
-Dibuka mulai 19 Oktober 2015 sehingga 23 November 2015) 17 November 2015, Selasa

Setempat | Johor baharu banjir kilat

November 16, 2015

Johor baharu banjir kilat

Johor Baharu ditenggelami air akibat banjir kilat sekitar pagi tadi. Johor dipenuhi air lumpur. 


JOHOR BAHRU: Jalan utama di pusat bandar raya ini 'lumpuh' mengakibatkan ratusan kenderaan terkandas ekoran banjir kilat selepas hujan lebat berterusan sejak kira-kira jam 11 pagi tadi.
Hanya dalam tempoh kira-kira sejam kemudian, Jalan Wong Ah Fook berhadapan pusat beli belah Komtar JBCC antara kawasan yang dinaiki air sehingga menyebabkan dua lorong jalan berkenaan tidak dapat dilalui kenderaan.
Beberapa kawasan sekitar bandar raya ini iaitu Jalam Kolam Ayer turut mengalami banjir kilat sehingga menyebabkan pergerakan trafik perlahan


Selepas beberapa jam, Apabila banjir mulai surut, penduduk kawasan Johor Baharu mendapat rezeki mereka ^.^ Gambar dikongsikan oleh rakan group facbook "Pasal Johor"



PARIS HARI INI VS PALASTINE HARI-HARI

PARIS HARI INI

Alhamdulillah, syukur. Malaysia masih aman. Walau hakikatnya sendiri-sendiri faham ye tak. Tak sangka kan, kota cinta yang gah orang-orang katakan juga tak dapat elak bila ancaman yang mendatang. Jom baca, artikal  di mana lokasi dan korban berlaku di Paris.

6 Lokasi dan Korban Rangkaian Serangan Teror di Paris

PARIS - Serangkaian serangan teror melanda Paris, Prancis, sepanjang Jumat (13/11/2015) malam waktu setempat. Setidaknya ada enam tempat yang menjadi sasaran serangan itu, termasuk sebuah stadion tempat digelarnya pertandingan sepak bola yang dihadiri Presiden Prancis Francois Hollande.
Dimana saja serangan itu dan berapa korbannya? Dikutip dari Daily Mail dan BBC, berikut rangkumannya:
1. Dua serangan bom bunuh diri terjadi di sebuah bar dekat Stade de France, tempat digelarnya laga sepak bola antara Jerman dan Prancis. Presiden Prancis Francois Hollande, yang menghadiri pertandingan tersebut, dievakuasi dari stadion. Di lokasi ini, menurut catatan Le Parisien, empat orang tewas, 11 dalam kondisi kritis dan 39 lainnya luka-luka.
2. Sejumlah teroris bersenjatakan AK47 menyerbu balai konser Bataclan, tempat digelarnya konser band rock asal Amerika Serikat (AS) Eagles of Death Metal. Mereka memuntahkan peluru dan melemparkan granat ke ribuan orang sebelum mulai membantai orang satu demi satu. Di lokasi ini, sedikitnya 100 orang tewas, 7 dalam kondisi kritis dan 4 lainnya luka-luka.
3. Seorang teroris bersenjatakan AK47 menyerang restoran Kamboja, Le Petit Cambodge, di kawasan Bastille di Rue Bichatat. Di lokasi ini, sedikitnya 14 orang tewas, 10 dalam kondisi kritis dan 10 lainnya luka-luka.
4. Serangan senjata juga dilaporkan terjadi di Rue Charonne. Di lokasi ini, sedikitnya 19 orang tewas, 13 dalam kondisi kritis, 10 luka-luka.
5. Serangan senjata dan ledakan bom juga dilaporkan terjadi di dua tempat lainnya. Di Avenue de la Republique, sedikitnya 4 tewas, 11 dalam kondisi kritis dan 10 lainnya luka-luka. Di Rue Beaumarchais, setidaknya 3 orang dalam kondisi kritis dan 4 lainnya luka-luka.

PALESTINE HARI-HARI

palestine

Tapi ! adakah kita lupa tentang palestine yang menhadapi ancaman hari-hari di sana? Fikir-fikirkan laa juga ye kawan-kawan. Islam bukan terrorist. Allahuakhbar! Nasib mereka tak sama dengan kita. Walaupn kita kat Malaysia ni dikenakan GST pun sudah mengeluh.. Bayangkan mereka yang menghadap senjata dan bunyian yang tak menyenangkan. Huihhh. Pedih kalau nak rungkaikan satu persatu nasib mereka kat sana.. 

#prayforpalestine #prayforsyira #prayforroghingya
 
source 

Kempen abaikan Alvin Tan

November 13, 2015

Kempen abaikan Alvin Tan

Assalamualaikum w.b.t. salam sejahtera. Alvin Tan yang mula jadi viral di laman sosial apabila dia memepersendakan AZZAN. Ketika itu semua yang bergelar Muslim pastinya akan membara bila dia perlakukan begitu. Dia tak diam macam tu saja. Tak tau sebab apa? Dia nak promsikan buku keluarannya. Maka ! korang tak payah laa terperanjat bila dia mempersendakan ISLAM berkali-kali.

mempersendakan Islam
Gambar ini telah viral sejak semalam lagi. kita sebagai Muslim, perlu bertindak bijak sikit dengan orang bodoh macam dia ni. Cuba perhatikan sebab apa dia macam ni:


1) Nak cari perhatian je.Sekarang dia kat luar negara, lagilah sedap dia smash.

2) Apa yang perlu dibuat adalah, pertamanya report saja page/personal account tu sebagai violate FB terms. Kalau dah 1000 orang buat report, confirm kena block.

3) Korang TAK PERLU respon pun kutukan dia. Buat tak tahu je. Share atau screenshot pun TAK PAYAH. Buat makin viral dan makin dia famous je. Makin dilayan, makin seronok la dia provok.


Mungkin ini berhasil sekiranya umat Islam membuat tindakkan bijak dengan tidak perlu LIKE tidak perlu SHARE status malah tidak perlu KOMEN status Alvin Tan ni. 

TREND TERKINI PEREMPUAN MELAYU #VAPEON

November 12, 2015

VapeOn

Halal atau haram. Pernah tak terfikir bahawa user vape tak akan peduli sekiranya Malaysia mengharamkan vape. Sebab apa? Sebabnya mereka ketagih vape ni, yang pada mulanya mereka yang tegar merokok nak ambil insiatif untuk berhenti merokok. Tapi, apakah persepsi masyarakat sekiranya mereka terlihat anak muda terdiri dari kalangan gadis.


Gambar bukan sekadar gambar malah di Mall dan Shopping-shopping Complex, Gadis-gadis melayu bertudung secara terbuka isap vape. Itu takpe lah, lantak p laa korang punya hal. Tapi yang jadi isunya tak cukup isap secara terbuka dia p hembus kat makcik-makcik, kanak-kanak atau baby atau ibu tengah mengandung. Hmmm, Tak ada commonsense langsung. Malah siap upload lagi gambar dengan bangganya dlama sosial masing-masing mengalahkan lelaki. Kalau dulu zaman rokok aje perempuan takdelah daring sangat macamni, Kalau merokok pun mungkin dia segan nk isap rokok secara terbuka apatah lagi kalau dia bertudung.


Cantik orangnya kan. hahaahaha. Hak dia bervape ke sebenarnya? Agak agak kalau ada individu yang menegur.. apa reaksi orang macam ni? Tak dalam hati menyumpah seranah, kat facebook menyumpah seranah. yang celik sikit ada blog, update entry 'jangan jaga tepi kain orang lain'. Fikiran kelas keberapa ni? katanya sekaran zaman dah moden. Sepatutnya kena berfikiran terbuka. daaa ~ 


Tapi, sebelum ni takde pulak orang isu kan gadis bershisha.. Apa pulak beza shisha dan vape? Kenapa vape lebih menular dari shisha? Atau isu ni akan senyap dimamah masa dan isu-isu yang lebih tranding dari bervape.. hahaha. banyak pulak yang disoalkan. 

October Reward

GANJARAN OKTOBER | Assalamualaikum w.b.t dan sal sejahtera. Alhamdulillah, kata orang rezeki jangan ditolak, maut jangan dicari. Antara 5 penyertaan.. tersangkut jugak nama mimin ni. Hehe. So. Exciting u know. Bukan senang tau dapat sesuatu tapi tak keluarkan apa apa. Yang penting support each other. Bukan menjatuhkan orang lain.

sulam homemade

Hadiah dari sponsor mimin sendiri. So glad ! Tak sangka nurbeautyanggun bermurah hati untuk berikan half of  sponsor dia untuk peserta GA Mimin . 


Tak sangka, penyertaan mimin dari mek zumbie juga bertuah ^.^ hahah. Ayat pelik je. Tak tau nak cakap macam mana. Sebab tersangat lah gembira. Mana laa tau kan. Satu hari nanti dapat travel dengan mera p vietnam pulak. Huhu. Jom terjah mekzumbie

Gadis Berhijab diajak Travel dan Share bilik dengan bos

November 9, 2015
Assalamualaikum w.b.t. Selamat ber"Mondays Blues" ye uolss ^.^ Gadis berhijab diajak melancong dan SHARE satu bilik dengan bosnya, namun inilah yang dilakukan gadis ini ke atas bosnya yang pasti mengejutkan umat Islam.




Mengejutkan bukan ada lagi sikap dan golongan orang berkelas atas membuat permintaan seperti orang yang tidak berakal. Adakah semua typical bos sebegini rupa? Bak pepatah orang katakan, Biar bertepuk sebelah tangan untuk elakkan perkara-perkara buruk berlaku. Bukan main tepuk amai-amai. dah berlaku baru nak mengamok..

Nak tau apa reaksi gadis ni bila diajak travel dan share bilik bersama ? Baca conversation kat bawah ni:




Respect betul dengan gadis ni. Memertahankan yang di tahankan. tak semua gadis zaman sekarang macam ni. Asal di tawarkan gaji yang berpatutan.. turut je kemahuan nafsu binatang macam ni, 

Sumber: Kinderbueno86

Giveaway CINTA by CN

November 8, 2015

Giveaway CINTA by CN


giveaway, giveaway novel, giveaway cinta

Klik banner untuk join


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Sempena Jualan Gudang Karangkraf yang lalu, CN telah memborong beberapa novel CINTA. Jadi sukacitanya disini bahawa CN ingin memberi 3 buah novel CINTA kepada peserta Giveaway CINTA by CN melalui random.org. Pemenang novel adalah 3 orang. Bukan itu sahaja, 10 peserta bertuah akan dimasukkan ke dalam bloglist Januari 2016 CN. Hah ! Best tak? 


Syarat-syaratnya Giveaway CINTA by CN : 


1. Follow blog CikguNorazimah

2. Add To Circle  G+CikguNorazimah


4. Follow Instagram cikgunorazimah (jika ada)  

5. Buat entri bertajuk "Giveaway CINTA by CN"  

6. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.  

7. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen ini

8. Giveaway ini akan berlangsung dari 1 - 30 November 2015 dan keputusan pemenang akan diumumkan pada 5 Disember 2015.


Copy Coding Entri Yang Disediakan Ini :


Kredit untuk Kak Mialiana

YES 2015

~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~


Powered by Blogger.
Back to Top