Tahniah ! Sebentar tadi hanya dengan sekali lafaz Syatilla selamat bergelar sebagai isteri Shaheizy Sam. Majlis akad nikah itu berlangsung di Bukit Jawi Golf Resort, Nibong Tebal, Pulau Pinang. Saat sah dinikahkah, Sam sempat melaungkan I Love You kepada Syatilla.
Sam menyerahkan mas kahwin sebanyak RM 10,082 kepada Syatilla.
Macam tengah berlakon je diorang ni, time sarungkan cincin pun masih boleh berselfie. Takde serious. Terperanjat jugak bila tengok Sam pengsan. Oi ! Pengantin pengsan siapa tak panic.
Rupa-rupanya suprise birthday Syatilla rupanya. So sweet Sam ni ! Bukan senang husband nak buat sweet sweet cenggini.
Aku je laa mereputzz ! Bilalah Putera Raja nak datang meminang aku. Hahaha.
Tahniah buat pasangan Atu Zero dan Shafeeqa ! Telah selamat diijab kabulkan pada hari ini, hari yang penuh bersejarah dan bermakna bagi pasangan ini. Apalah ! Satu kampung tak jemput. Kecewa betul. Macam nak nangis guling-guling depan abang RELA jee tak dapat jemputan dari Atu. Jom layan gambar-gambar mereka
Setelah beberapa bulan berdiam diri dan saling menafikan sedang menjalinkan hubungan cinta, akhirnya pasangan Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin mengumumkan bakal berkahwin pada 8 Februari ini.
Pengumuman tersebut dilakukan dalam satu sidang media khas yang berlangsung di Hotel Sunway Putra sebentar tadi.
Majlis perkahwinan juga bakal menjadi Wedding Of The Year apabila menerima tajaan keseluruhan berjumlah RM25 juta.
Menurut Sam beliau sangat terkejut apabila dimaklumkan mengenai penajaan tersebut dan mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang sudi menaja perkahwinan beliau dan Syatilla.
Sejujurnya saya sendiri tidak tahu siapa penaja majlis kahwin kami. Bukan apa, saya menyerahkan segala urusan perkahwinan kepada ibu. Apa pun terima kasih kepada semua pihak penaja. Apabila dimaklumkan jumlah keseluruhan, saya memang terkejut.
Majlis nikah pasangan itu akan berlangsung di kediaman Syatilla di Nibong Tebal, Pulau Pinang disusuli majlis resepsi sebelah pihak perempuan pada 9 Februari di Bukit Jawi Golf Club, Pulau Pinang.
Majlis resepsi sebelah pihak Sam pula akan diadakan pada 14 Februari di Hotel Mandarin Oriental, Kuala Lumpur dan majlis meraikan peminat pada 20 Februari.
p/s: Tahniah SHAEIZY SAM & Syatilla Melvin ! sesuai. Orang kata, pasangan rendah dapat pasangan tinggi murah rezeki. hehehe. Amin !
Pelakon dan penyanyi Marsha Milan Londoh yang berasal dari Sabah mengaku sudah memeluk agama Islam sejak beberapa minggu lalu. Majlis tersebut berlangsung dengan sangat tenang dan lancar serta hanya dihadiri oleh kaum keluarga terdekat sahaja.
Marsha juga akan bernikah dengan seorang ahli perniagaan Mohamed Shaiful Nizam pada 31 Disember ini. Marsha berkata dia mengenali Shaiful atau lebih mesra dengan panggilan Sepol itu sejak 10 tahun yang lalu.
Namun bibit percintaan Marsha dan jejaka berasal dari Pulau Pinang berputik kira-kira dua tahun yang lalu iaitu pada 2013. Dengan iringan restu dari keluarga kedua belah pihak, ikatan cinta kedua pasangan ini bakal disatukan dalam beberapa majlis yang bakal dilangsungkan esok.
Marsha dan Sepol telah mengikat tali pertunangan pada 14 Disember lalu dalam satu upacara ringkas yang berlangsung di kampung halaman Marsha di Sabah dan hanya dihadiri oleh keluarga terdekat kedua pasangan ini.
Mengikut perancangan, Marsha dan Sepol atau nama sebenarnya Mohamed Shaiful Nizam Datuk Seri Hj. Mohamed Ismail, 29, akan bernikah di Pulau Pinang pada 31 Disember ini dalam sebuah majlis tertutup yang akan dihadiri oleh ahli keluarga dan teman rapat kedua belah pihak sahaja.
Sementara itu, majlis resepsi pula akan diadakan di Kuala Lumpur pada 8 Januari depan di Hotel Majestic Kuala Lumpur.
Oleh Razzlyn Rosli. Sumber Astro Gempak
OSAMA YAMANI,14 | permata hati
Penyanyi Datuk Jamal Abdillah telah menampilkan diri di pentas seiras seirama. Fuhh ! Handsome sunggu. bergetaaaaarrrrr semua tulang hakak ni tengok awak dik oi. Hahaha. kbai. Kakak Mimin kau 100% mood gatai lepas tengok persembahan OY malam tadi.
Jangan tengok lama-lama, nanti rinduuu. hahaha. pengaruh iklan