Dua pelajar tahfiz dikhuatiri lemas

December 21, 2015
Mohd Wafiq Mohd Nor, 17 kembar kepada Mohd Wafie. Adik kepada kawan Mimin, Zulaika sama sekolah di SMK Seri Gading. Allah tarik lagi sorang ahli keluarga zulaika dan cikgu Zabedah selepas kehilangan anak kedua/abang kedua dalam ahli keluarga mereka. 


Menurut Wafie, ketika kejadian berlaku. Mereka sudah beransur untuk beredar. Dan empat orang rakan mereka yang terkhir tidak sempat untuk melarikan diri lalu ditari ombak. Rakan mereka yang berbadan besar berjaya naik ke darat. 

Dalam masa yang sama, mereka buat pertolongan berantai. Dan dapan di selamatkan seorang lagi pelajar. Manakala Wafiq dan Naim. Masih tidak dijumpai.
-------

Dua pelajar tahfiz dikhuatiri lemas selepas dilaporkan hilang dihanyutkan arus ketika mandi di Pantai Rhu 10, dekat Setiu hari ini, menurut Pegawai Bomba Kanan I Jabatan Bomba dan Penyelamat Setiu Karomi Nordin.

Beliau berkata 2 pelajar itu dikenal pasti sebagai Mohd Naim Adnan, 17, berasal dari Kampung Seri Bengkal, Batu Pahat, Johor manakala seorang lagi Mohd Wafiq Mohd Nor, 17, dari Kampung Seri Bengkal Mukim 6, Parit Yaani, Yong Peng, Johor.


Menurutnya, dalam kejadian kira-kira 10 pagi itu, rakan kedua-dua pelajar itu, Ahmad Izad Shahruddin, 17, bagaimanapun berjaya diselamatkan orang awam dan dihantar ke Hospital Setiu untuk rawatan lanjut.

Beliau berkata operasi mencari dan menyelamat kedua-dua pelajar itu sedang dijalankan anggota bomba dengan bantuan anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan orang awam.

Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman turut meninjau keadaan di lokasi kejadian kira-kira pukul 2 petang ini. – 21 Disember, 2015.

5 beleter:

Encik ST said...

al fatihah.. moga rohnya dicucuri rahmat..

Jejak Malaysia said...

ambil sebagai iktibar.. berhati-hati tak kira dimana..

Sheila Adziz said...

Semoga dipermudahkan pencarian mereka...

Unknown said...

Tengah musim tengkujuh sekrang jangan la pergi mandi kat laut. Bahaya... Memang dah tau kan monsun malaysia hujung tahun macam mana.. semua dah tertukis. Semoga arwah ditempatkan dikalangan org yg beriman.

careno said...

Innalillah... semoga keluarga mangsa tabah...

Powered by Blogger.
Back to Top