Tips | Sayur-sayuran boleh mencegah kanser

Tips | Sayur-sayuran boleh mencegah kanser  | Assalamualaikum dan salam sejahtera semua ! Semenjak Mimin kerja dekat sebuah firma Insurans sebagai freelance media influencer  Apa yang Mimin tersedar sedikit demi sedikit adalah tentang kesihatan. Siapa je yang tau kita sakit bila datangnya.

Kanser

Barah adalah sejenis penyakit yang berkaitan dengan ketidak seimbangan replikasi dan tindak balas sel dalam badan. Biasanya, sel ini akan bertambah (replikasi) mengikut aturannya bagi membolehkan tumbesaran badan dan pemulihan selepas berlakunya kecederaan. Namun ada kalanya sel ini bertambah secara tidak normal menyebabkan berlakunya ketumbuhan tidak normal atau juga dikenali sebagai tumor.

cegah kanser

Tumor boleh dikategorikan sebagai bukan barah (benign) ataupun barah (malignant). Tumor bukan barah tidak merebak ke bahagian tubuh badan atau organ yang lain. Barah pula terdiri daripada sel-sel barah yang sekiranya tidak dirawat boleh merebak ke bahagian tubuh badan yang lain. Sel barah boleh merebak ke organ yang lain menyebabkan komplikasi sistemik. Komplikasi dan kehilangan fungsi multi organ akan menyebabkan kematian.

Apabila sel ini sampai ke bahagian tubuh badan yang lain, ketumbuhan baru boleh terjadi di organ tersebut. Keadaan barah merebak ini adalah dikenali sebagai barah sekunder atau metastasis. Perkataan barah juga boleh digunakan dalam keadaan pertambahan sel yang tidak normal tetapi tidak diikuti dengan ketumbuhan atau tumor. Ini adalah seperti yang berlaku dalam penyakit yang melibatkan sel penghasilan darah iaitu penyakit leukimia.

Sayur boleh mencegah kanser

Walaupun tidak ada cara untuk mencegah kanser, melalui perancangan, Ada caranya untuk bersedia mencegah daripada lebih serious. Untuk yang mimin nak terangkan ni, sayur-sayuran dapat mencegah Kanser. Untuk Kanser apa? Baca bawah ni sampai habis ^.^

 

Brokoli
Brokoli dapat melindungi dari kanser usus besar dan kanser payudara. Menurut kajian, brokoli dan sayuran daun hijau lain kaya dengan serat dalam gula 'galaktosa' yang dapat membantu melindungi protein 'lectin' yang melekat pada dinding usus besar dan menyebabkan kerosakan.

Tomato
Tomato dapat melindungi dari kanser dan penyakit jantung. Satu dari unsur aktif dalam tomato adalah 'phytochemical lycopene' dikatakan dapat menyekat terjadinya kanser. Menurut Jurnal Institut Kanser Nasional, orang yang banyak memakan tomato dapat menurunkan risiko berkembangnya pelbagai jenis kanser sebanyak 40%. Selain itu, tomato juga memiliki bukti cukup kuat untuk kanser prostat, paru-paru dan perut.

Kobis
Kobis melindungi bahagian perut dari diserang kanser usus besar dan kanser payudara kerana kubis mengandungi 'glutamine' dan 'smethylmethionine'.

Bawang merah dan putih
Mengawal kolesterol tinggi, serangan jantung, demam, kanser dan radang. Kandungan sulfur dalam bawang putih yang diambil secara teratur dapat membantu menurunkan kolesterol dan menurunkan gumpalan darah.

1 Comments

  1. aduhh . Lyssa paling TAK SUKA makan sayur ..
    Tambah2 sayur yang bewarna hijauuuuuuu ... :p

    ReplyDelete