SSPN-i plus | Plan Simpanan Terbaik

April 25, 2016
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) memperkenalkan produk terbaru mereka iaitu SKIM SIMPANAN PENDIDIKAN NASIONAL (SSPN-i plus). Aku dan rakan KBBA9 berpeluang menghadiri program Hi Tea PTPTN baru baru ni.

Mula mula macam takut takut jugak nak pergi program PTPTN ni. Ye laa. Aku ni jenis manusia tak konsisten bayar hutang. Haha. Rupa rupanya berkaitan SSPN-i plus dibawakan khas dari PTPTN.


SSPN-i plus ni lebih kurang berkonsepkan insurans atau ASB yang lebih tepatnya sambil menabung sambil mendapat manfaat perlindungan takaful, pelepasan cukai sehingga RM12k. Sekiranya berlaku kepada penyimpan, SSPN-i plus ada cover. SSPN-i plus ada khariat kematian. Istimewa nya sspn-i plus!

Apa itu SSPN-i plus?

SSPN-í plus merupakan satu skim atau instrumen simpanam. Dengan perlindungan takaful yang murah dan komprehensif. 

Keistimewaan SSPN-i plus

  • Patuh syariah
  • Pelepasan cukai sehingga RM12,000
  • Komitmen serendah RM30
  • Dividen kompetitif
  • Tiada pemeriksaan kesihatan
  • Manfaat takaful bagi kematian/liat kekal (kemalangan) sehingga RM1,000,000
  • Khairat kematian termasuk pasangan dan 3 orang anak. 
  • Manfaat takaful bagi 36 penyakit kritikal
  • Elaun kemasukan hospital
  • Perlindungan 24jam di seluruh dunia
  • Layak memohon pembiayaan PTPTN
  • Simpanan dijamin kerajaan

Pakej yang ditawarkan

Serendah RM30 anda dah boleh membuat simpanan bersama SSPN-i plus. Berikut adalah pakej yang SSPN-i plus tawar kan.


Perlindungan takaful hanya melindungi pendeposit. Bagi pakej BERLIAN,  jika maklumat yang diberikan didapati tidak benar, manfaat tidak akan dibayar dan jumlah simpanan beserta dividen akan dipulangkan.


Cara Pembukaan Akaun

Pembukaan akaun SSPN-i plus boleh dinuat di kaunter PTPTN atau dengan MIMIN whatsapp kan ke 017-7749932 pun boleh ^.^

Sediakan maklumat seperti berikut:
• Maykad/ Kad Polis/Kad Tentera pemohon
• Sijil kelahiran/MyKid/Mykad anak
• surat akaun berkanun/sijil anak angkat

Atau nak lagi mudah, korang boleh terus klik gambar kat bawah untuk mendaftar sendiri secara online.

Langkah-langkah Buka Akaun

Empat langkah mudah untuk pembukaan secara online. Tak payah dah nak faced to faced. Tak payah nak whatsapps, tak payah pergi ke kaunter PTPTN.

1. Klik banner kat atas tadi atau klik Sini
2. Klik di pautan pembukaan akaun macam di merahkan dalam gambar
3. Isi maklumat peribadi diri sendiri / anak / pasangan. Jika sudah selesai klik seterusnya. 

4. Pilih pakej yang bersesuaian dengan anda. Jika sudah selesai.. klik seterusnya.

 5. Membuat semakkan semula maklinat akaun pakej dan maklumat peribadi sebelum membuat pembayaran.

 Right tick sekiranya bersetuju

Seterusnya, step pembayaran sekiranya tiada masalah. Okay. Next entry nanti aku akan ceritakan lebih details. Dan tunjukkan cara lebih terperinci untuk mendaftar dan cara membuat pembayar secara online atau tolak gaji.

Dengan simpanan serendah RM50 anda berpeluang memenangi HADIAH LUNAYAN!! Tempoh promosi cabutan tahunan SSPN-i plus 8 Jun 2015 - 31 Mei 2016




Hotline : 03-2080 4455

Bowling Tournament KBBA9 bersama K.Roger's Butter Cookies

April 24, 2016
Kemeriahan Strikes Againts Bowling Tournament Kelab Blogger Ben Ashaari bersama K.Roger's Butter Cookies masih terasa. Jutaan terima kasih kepada penaja utama iaitu K.Roger's Butter Cookies.

Strike bowling
KBBA in action
Selalu main bowling muka ketat mengharapkan makan minum masa jalan jalan mall sebelum main bowling. Hari Jumaat lepas (22 April 2016) jalan jem sikit nak ke Bangi, orang orang pakat nak balik kampung..


Walaupun datang lambat, tapi masih berkesempatan nak rasai kemeriahan berbowling. Huhu. Best sangat, sambil makan sambil main. Memasing muka ada energy.  


Suasana havoc kat sana! Muka masing masing ceria lepas makan cookies. Family KBBA memang sporting habis .. tengok instagram @_miminadam . Bertapa havoc nyaa suasana kami sambil makan sambil ngap !

"...Kami makan cookies..."
"...Kami main Bowling..."
"...Kami bukan sekadar blogger..."

Cookies K.Roger's

Pernah tak makan biskut K.Roger's ? Kalau belum pernah makan. Ish ish ish ! Rugi tau tak. Sedap giler. Biskut K.Roger's ni kalau buat stock raya. Rasanya raya pertama je dah habis. Sekali ngap je habis. 

Biskit K.Roger's
Sedap !! Sekali ngap je
RASA SEKARANG | tengok gambar kat atas, ada macam macam perisa K.Roger's payung. Ada blueberry, strawberry, cornflake, dan almond cocoa chips. Confirm sedap! Takde istilah indah khabar dari rupa. Memang sedap. Kena rasa sendiri. Aku sarankan. Order 4 tin terus. Kompom tak cukup 1 tin. 


Jangan pulak ngap skrin pulak. Sebab sekarang K.Roger's ada promosi istimewa sehingga 8.5.2016. Beli 4 tin  dengan RM100 je. Siap penghantaran depan pintu. Tapi cuma semenanjung Malaysia.

Cara pembelian: 

Customer careline (HQ)
📞 +6014 3348803 [SMS/WhatsApps]

Stokis (Central)
📞+6017 7145186

Keberkesanan product AsiaSkin Skincare

April 8, 2016
Sekarang ni, aku memang tengah cari product set kecantikan. Susah jugak nak pilih. AsiaSkin merupakan produk penjagaan kulit yang dihasilkan daripada 100% ekstrak tumbuh-tumbuhan dan formulanya diimport dari Perancis. Produk ini sesuai untuk kulit normal hinggalah ke kulit sensitif. Mempunyai tekstur yang ringan dan nipis serta tidak berminyak atau melekit. Keberkesananya, AsiaSkin dapat merawat segala masalah kulit seperti jerawat, jeragat, parut, pori terbuka, blackhead, whitehead, kulit berminyak dan kulit kering. AsiaSkin juga bertindak sebagai anti penuaan dan kedutan serta sebagai agen pemutih..

Malas dah nak fikir panjang kalau AsiaSkin ni complete. AsiaSkin ni yang seronok pakai sebab tak melekit, tak berminyak semasa pakai. Ada sesetengah product yang pernah aku pakai rasa tak selesa. Sebab melekit teruk. Automatik tangan ni terlap muka. Apalahh maknanya kalau pakai tapi lap. 


Kenapa aku pilih AsiaSkin

Semestinya sebab AsiaSkin ni lengkap dengan cleanser, serum, day cream dan night cream. Tu yang aku pilih tuu.


Mudah dan senang nak bawak pergi travel Pulau Perhentian minggu depan dengan Emas Putih, Mera Hussain dengan Hanis. Taksabar ! Ehh. haha. Dah hampir seminggu aku pakai AsiaSkin ni. Dah awal bulan ni, belum ada tanda-tanda jerawat tumbuh kat muka ni. Tu paling teruja.

3 in 1 + Serum AsiaSkin

Paling best produk AsiaSkin terdiri daripada set 3in1 dan serum. Dijamin selamat serta tiada bahan kimia, tiada merkuri, tiada paraben dan tiada hyroquinone. Aku dah cuba sendiri AsiaSkin ni. Tak ada rasa panas atau mengelupas apatah lagi jerawat. Memang tak ada rasa semua tu.



  • Steamcell Cleanser

Comel je bekas dia (30ml), senang nak bawak travel nanti. Jernih je pencuci muka ni dengan bau dia wangi betul. Macam bau mint. Lepas pakai rasa segar. Bukan setakat segar je memang boleh buang kekotoran kat kulit muka 
  • Stemcell Serum

Aku pakai serum sebelum pakai day cream atau night cream. Cuma picit sekali sapu seluruh muka dan leher. Korang yang perempuan kan mesti lah tau serum ni bertindak melindungi kulit daripada pendedahan UV dan mencegah pigmentasi. Bahasa mudahnya anti penuaan dan anti kedutan.

  • SPF Steamcell Day Cream

Memadai calit sikit je dah okay. Lepas tu ratakan keseluruh muka. Jenis aku pulak nak ringkaskan. Jadi, aku tak payah fikir lagi nak pakai foundation lagi sebab day cream ni aku rasa dah okay untuk pakai powder untuk finishing. Muka ada glow dan blink blik tau.

  • Stemcell Whitening Night Cream

Aku pakai sebelum nak masuk tidur, Night cream ni kurangkan garis halus, kulit kusam yang tidak sekata. Eh, banyak lagi tau dia bantu menghilangkan jerawat, anti kedutan kurangkan bintik hitam dan putih yang paling utama bantu dalam masalah kulit muka pori terbuka,

Berikut adalah kebaikan produk AsiaSkin yang dirumus dari bahan-bahan yang terbaik.
  • menaikkan seri wajah dan pinkish
  • memastikan struktur warna kulit elok dan rata
  • menghilangkan kedutan degil
  • menghapuskan bakteria pada wajah
  • menghilangkan kulit kering
  • memelihara dari sinaran UV dan cuaca kering
  • mengurangkan jerawat dan jeragat
  • mencegah pengelupasan akibat cuaca melampau
-----------------------------------------------------------------------------------------------




Produk AsiaSkin ini harganya hanya RM90 untuk skincare 3in1 dan RM75 untuk serum. Risau dengan Kelulusan dari KKM? Jangan risaulah. semuanya dijamin halal dan semestinya AsiaSkin Skincare ni mendapat kelulusan dari KKM.


Hotline : +6019-871 1144 / +608-848 4152
Facebook : Asiaskin Official
Instagram : @asiaskin.official 

Resepi | Roti Telur Cheese

April 7, 2016
Fulamak ! Hari ni try resepi dekat facebook. Sedap. Tapi amaran keras. Jangan buat banyak banyak. Takut tak habis. Nama pun cheese kan. Mesti lah cepat muak


Tak susah pun nak buat ni. Kos buat roti telur cheese pun tak mahal. Kalau orang jual. Bazir rm5 korang je untuk 1 potong dari 3 potongan roti.

Roti Gardernia : RM2.40
Cheddar Cheese : RM8.90
Sosej : RM2.90
Telur: RM0.60

Ni mimin buat panduan buat student student yang nak share share beli dengan housemate. Okay. Kat bawah ni cara penyediaanya. 

Langkah pertama: 2 keping roti gardenia. potong roti tersebut menjadi 3 bahagian atau 2 bahagian atau 4 bahagian. Ikut cara tersendiri.

Langkah kedua: 2 keping cheddar cheese. potong 3 bahagian. Macam mimin potong 3 roti tu. Kalau nak lagi leleh cheese ikut korang laa nak letak berapa cheese. 

Langkah ketiga: Sosej - rebus dan hiris nipis

Langkah seterusnya: 
2 biji telor - campurkan dengan lada sulah
Lapiskan roti-cheese-sosej-cheese-roti
Celupkan dalam bancuhan telor+lada sulah
Masak atas kuali atau non stick pan hingga garing dan cheese meleleh..

Lepastu boleh laa amik gambar tanda berjaya. Hahaha. Pastu makan masuk mulut masa panas panas. Sedap ! Selamat mencuba ^.^

Wordless Wednesday | 3 days to go

April 6, 2016
Lagi 3 hari nak berlalu. Makin lama makin susah. Rasa macam nak putus asa je -,- wish me luck uolss.



Giveaway Blogger Utara Bernilai RM500

April 5, 2016

Giveaway Blogger Utara Bernilai RM500 | Blogger Utara adalah satu komuniti yang mengumpulkan blogger yang berada di utara semenanjung seperti Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak. Ahli Blogger Utara terkini adalah seramai 20 blogger dan sebahagian daripada blogger ini merupakan penaja kepada Giveaway Blogger Utara Bernilai RM500 ini . Blogger tersebut adalah 


Bersempena pencapaian 1000 liker di Page Blogger Utara di facebook, beberapa blogger dibawah komuniti ini bersetuju menjadi sponsar sebagai penghargaan kepada sesiapa yang bertuah dengan menyertai Giveaway ini. Hadiah adalah berbentuk wang tunai untuk 20 pemenang bertuah. 

Hadiah Utama : RM100 x 1 Pemenang (Top Referral)
Hadiah Kedua : RM 50 x 4 Pemenang (Random)
Hadiah Ketiga : RM 20 x 5 Pemenang (Random)
Hadiah Saguhati : RM 10 x 10 Pemenang (Random)

Marilah memeriahkan giveaway kami yang bermula 
1 April sehingga 14 April 2016 
dengan klik link di bawah ini

Giveaway April Cash RM600 by Emas Putih

Salam.

Cash RM300 x 1 , Cash RM200 x 1
Cash RM50 x 2

Start : 5 April - 30 April 2016
Good Luck !

Happy Birthday Qhaliff Iman & Dasuki Wazein Islam

Belated birthday Qhalif Iman ! Pending entry. Tapi masih tak terlambat kan aunty mimin nak wish. Wish je pun. Hadiah takdak. Haha



Masa dekat family day KBBA9, qhaliff malas nak layan kita. Baru baru ni ada pergi Legoland dengan Qhaliff ni. Masa ni mood dia nak main.. so.. layankan jee. Suka layan qhaliff ni. Sbb perangai ni macam anak buah mimin. 


Happy birthday Dasuki Wazein Islam



Walaupun hidun ajin kembang, walaupun ajon garang, walaupun ajin kaki paw walaupun ajin dah ada habit baru menggigit orang. Makteh sayang ajin.  

Happy birthday ajin. Happy turn 2. Semoga jadi anak, anak buah dan cucu terbaik dalam Adam's Family ye ajin. Hadiah nanti tunggu anak atam dah besar. Hahaha. 

Happy birthday both of you Qhaff & Ajin



JOHOR | PARIT SULONG , BATU PAHAT

April 4, 2016
Pekan Parit Sulong terletak di tebing Sg Simpang Kiri. Kata orang-orang tua zaman dahulu, jika rusa masuk kampung, tanda kampung akan menjadi bandar. Begitulah alamat yang terbayang pada orang-orang Pt Sulong sebelum ia ditandakan sebagai salah satu kawasan pembangunan pada tahun 1950


Dalam tahun itu dua ekor rusa tiba-tiba muncul di Kampung Parit Jalil. Melihat rusa, orang-orang kampung jadi terkejut. Ada yang sempat mencapai parang dan mengejarnya untuk dijadikan makanan.

Seperti lazimnya, rusa itu pun bertempiaran lari. Tiba di bibir Sungai Simpang Kiri, kedua-dua ekor rusa itu berpisah. Seekor menuju ke hutan tebal dan seekor lagi menyeberang sungai ke arah Parit Sulong.


Bagaimanapun, kemuncuan tiba-tiba rusa itu di Parit Sulong seolah-olah memukau orang-orang kampung di situ. Rusa itu berjalan dengan gemalainya menyeberang Kampung Dalam lalu ghaib.

Dua tahun kemudian, apabila cerita rusa memukau itu hampir dilupakan orang, tiba-tiba kerajaan mengumumkan Parit Sulong akan dijadikan pusat pemindahan orang-orang kampung pedalaman yang diancam komunis.


Pengumuman itu disertakan dengan pelan lengkap tentang pembangunannya. Dan sejak itu Parit Sulong terus membangun sebagai salah sebuah pekan besar dan penting di Johor ini.Bagaimanapun, apa yang menarik tentang pekan ini kini ialah sejarah bagaimana ia memperoleh namanya? Soalnya SULONG itu berasal daripada apa?

Sebenarnya, pekan itu mengambil nama sempena nama seorang pemburu diraja yang terkenal dalam awal kurun ke 20 ini.

Sulong ialah anak seorang panglima bernama Gantang keturunan Megat Seri Rama atau Laksamana Bentan pada zaman Kerajaan Johor Purba.

Semasa berlaku krisis dalam Istana, kerajaan Johor antara Raja Kecil, pewaris Sultan Johor dan orang-orang Bugis, ayah Panglima Gantang, Panglima Bontak, dan keluarga serta pengikutnya, mengundur diri ke Pahang kerana tidak mahu mencampuri perebutan kuasa itu.

Bagaimanapun, tidak lama di Pahang, istana Pahang juga mengalami krisis perebutan kuasa dan campur tangan British. Panglima Gantang ketika itu sudah berkeluarga berserta pengikutnya dan beberapa pembesar Pahang, mengundur diri ke Bukit Inas, dekat Parit Sulong sekarang.

Tiba di Bukit Inas yang mempunyai sejarah Raja Donan, rombongan Panglima Gantang pun berkhemah dan kemudian berkhemah di situ.

Dan sehingga hari ini masih terdapat ratusan batu nisan lama iaitu pengikut dan keluarga diraja Pahang. Lokasi berhampiran kawasan penggambaran Filem Puteri Gunung Ledang, ada kilang Minyak Wak Dakam di situ)

Bagaimanapun, bak kata pepatah 'Ke mana tumpahnya kuah, jika tidak ke nasi?' anak-anak Panglima Gantang- Sulong, Awal, Manang dan Manap meninggalkan Bukit Inas untuk membuka kampung di kaki bukit. Bersama-sama mereka tertanam semangat dan kecekapan bermain dan membuat senjata Megat Seri Rama.

Keempat-empat beradik ini terkenal dengan kecekapan memburu. Apatah lagi apabila diperkenalkan dengan senjata moden seperti senapang, memburu menjadi satu kerja yang mudah bagi mereka.

Kecekapan mereka mashur hingga ke seluruh negeri Johor.

Suatu hari ketika melawat Singapura, Sultan Ibrahim ternampak sepasang gading gajah besar dipamerkan di sebuah kedai. Apabila ditanya dari mana asalnya gading itu, Sultan diberitahu ia dijual oleh seorang pemburu ternama dari Simpang Kiri, Johor, Pendekar Sulong namanya.

Sultan murka kerana Sulong memburu tanpa izin kerajaan, sedangkan semua hidupan liar di bawah takluk baginda. Satu rombongan dihantar ke Simpang Kiri untuk menangkap Sulong. Dan Sulong telah dipenjara beberapa bulan

Bagaimanapun, oleh sebab banyak pembesar menasihati baginda Sultan supaya membawa pengiring yang cekap semasa memburu dan mengenang cerita orang tentang kecekapannya, Sulong kemudian diarahkan memandu Sultan semasa masuk hutan.

Ketika Sultan berburu di Kota Tinggi, Mersing dan lain-lain di pelusuk Johor, Sulong sempat menunjukkan kehandalannya. Dan dia segera memenangi hati Sultan yang kemudian mengampunkannya. Dan sebagai menghargai jasa-jasanya pada Sultan, Sulong dilantik oleh baginda menjadi Ketua Kampung Simpang Kiri.

Pulangnya ke kampung, Sulong segera membangun kampung dengan menjemput lebih ramai orang-orang Cina untuk mengusahakan tanaman gambir di Kangkar Merlimau dan Kangkar Senangar. Di samping itu, beliau juga menggalakkan lebih ramai orang keturunan Jawa untuk meluaskan lagi Kampung Simpang Kiri.

Apabila Sulong meninggal dunia, mengenangkan bahawa pelantikannya dibuat oleh Sultan sendiri, anak lelakinya hendak dilantik menggantikannya. Bagaimanapun, oleh sebab anak lelakinya yang tua sekali masih kecil, lalu menantunya,

Mohamad yang berasal dari Melaka diangkat menjadi ketua sementara.

Apabila anaknya meningkat dewasa, tempat ketua kampung itu diserahkan kepada anaknya yang tua, MIAN BIN SULONG. Ketika itu berlaku peperangan Dunia Ke Dua dan Jepun masuk memerintah.

Ketika itulah Kampung Simpang Kiri ditukarkan namanya kepada PARIT SULONG oleh pemerintah Jepun dan Mian pula dilantik terus menjadi Soncho (Ketua Kampung)

Tetapi apabila Mian Bin Sulong meninggal dunia kerana menghidap penyakit jantung apabila hendak ditangkap oleh British, Panglima atau Kiyai Salleh yang menjadi hero orang-orang Melayu semasa pemerintahan Bintang Tiga diangkat menjadi Penghulu Kampung Parit Sulong.

Bagaimanapun, nama Sulong pewaris darah pahlawan Bentan tetap diabadikan kepada pekan yang cukup banyak kesan sejarahnya itu.

JOHOR | ASAL USUL NAMA BATU PAHAT

April 3, 2016
Asal usul nama Batu Pahat disusur kembali melalui legenda abad ke-15 apabila tentera Siam menyerang tempat batu yang dipahat di kampung Minyak Beku bagi mendapatkan bekalan air bersih semasa pengunduran mereka. Ketika itu, mereka sedang dikejar oleh tentera Melaka pimpinan Tun Perak, bendahara dari kerajaan Kesultanan Melayu Melaka. Pada tahun 1456, tentera Siam yang dipimpin oleh Laksamana Awi Di Chu telah menduduki Batu Pahat dahulu sebelum menyerang Melaka. 


Menurut kisah lain, selepas Portugis menduduki Melaka, dipercayai bahawa batu-batu granit yang digunakan untuk membina Kota A Famosa diperoleh daripada muara Sungai Batu Pahat. Maka bandar Batu Pahat mendapat namanya daripada "batu yang dipahat" di muara itu.

Perigi ini masih wujud dan ada masih ada mata air di dalamnya.

Terkenal kerana ikan masin pada suatu ketika dahulu, Batu Pahat sebelum ini dikenali sebagai "Bandar Penggaram" yang bermaksud "bandar pembuat garam".[3] Bandar Penggaram dibuka pada 1 Januari 1894 oleh Dato' Muhamad Salleh bin Perang, Dato' Bentara Luar Johor atas titah sultan Abu Bakar, sultan Johor ketika itu.



Kini Batu Pahat terus membangun dan muncul sebagai salah satu daerah yang termaju di negeri Johor Darul Takzim dan mempunyai potensi yang besar untuk terus maju pada masa hadapan.

11 GAMBAR | Reka Bentuk Stadium Sultan Ibrahim, Larkin

April 2, 2016
Rekabentuk Stadium Sultan Ibrahim Larkin telah disahkan oleh pihak Pengurusan Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim. Pembinaan stadium tersebut akan bermula dalam masa yang terdekat ini. 

Mesej dari DYAM Tunku Mahkota Johor : "keranamu Johor dan seluruh penyokong JDT di seluruh dunia"












Hidup Johor Demi Johor | #Luaskankuasamu

Credit: JohorSouthernTiger
Powered by Blogger.
Back to Top