Peluang Untuk Anda Menjadi Usahawan

May 26, 2016


Ramai orang berminat berniaga. Tapi kebanyakannya tersangkut setakat 'NAK' sahaja. Berbulan-bulan pasang angan-angan, ada yang sampai bertahun-tahun tapi masih belum start berniaga. Masalah yang pertama ialah idea. Tak ada idea nak berniaga apa! Bagi yang ada idea pula, timbul lah pula isu yang lebih utama.. Tak cukup modal atau bagi yang serius tahap dewa, langsung tak ada 1 sen pun modal nak buat berniaga. Yang pentingnya.. USAHAWAN sejati, jangan mudah putus asa. Cari Ikhtiar.

Bagi sesiapa yang menghadapi dilema yang sebegini, MAHU berniaga tetapi TIDAK MENCUKUPI MODAL, ini ada satu jalan penyelesaian yang boleh diikhtiarkan.

Usahawan


PELUANG MENJADI PENGASAS PRODUK PERCUMA

Ini peluang buat anda yang berminat untuk belajar mengenai bisnes, anda boleh hadirkan diri ke "Preview MVM Apprentice" yang seterusnya pada 29 Mei ini. Khas buat anda yang masih mencari kerja. Tiba masa untuk anak muda mempunyai kerjaya, bijak mengurus kewangan dan menjadi pengasas produk.

MAKLUMAT PROGRAM


  • Tempat: EZAZ Wealth Management & Consultancy
  • Alamat: No 13B, Tingkat 2, Pusat Perdagangan Suri Puteri,
                  Persiaran Jubli Perak, Seksyen 20, 40300, Shah Alam, Selangor.
  • Tarikh:  29 Mei 2016
  • Masa:    9.00 pagi - 3.00 petang
  • Peserta: Terhad kepada 100 orang sahaja!
  • Pendaftaran:  019 - 387 4397 [Atiqah]

peluang kerjaya


Apprentice yang berjaya berpeluang untuk mengeluarkan produk mereka sendiri secara PERCUMA melalui bantuan dana dari MOHA GROUP SDN BHD.

SIAPA PERLU HADIR?

  1. Graduan baru
  2. Mereka yang sedang memburu kerja
  3. Mereka yang ingin menjadi pengasas produk
  4. Mereka yang ingin belajar tentang pengurusan kewangan
  5. Mereka yang ingin belajar mengenai pemasaran online/offline

Daftar SEKARANG >> Dengan whatsApp nama penuh anda ke no +6019–387 4397 [Atiqah], dan beritahu yang "saya berminat untuk hadir ke Preview MVM Apprentice pada 29 Mei ini"

Anda juga boleh klik "interested" / "going"di event kami di FB MVM Apprentice dan untuk maklumat lanjut Preview MVM Apparentice 

Mohon juga bantu untuk hebahkan kepada kawan-kawan anda, terutamanya kawan anda yang masih mencari peluang pekerjaan / yang berminat untuk menjadi usahawan.

حَدَّثَنَا خَالِدُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ ثنا دَاوُدُ بْنُ أَبِي هِنْدَ عَنْ نُعَيْمِ بْنِ عَبْدِ الرحمن قال بَلَغَنِي أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ تِسْعَةُ أَعْشَارِ الرِّزْقِ فِي التِّجَارَةِ. وقال نُعَيْمٌ: كسب الْعُشْرِ الْبَاقِي فِي السَّائِمَةِ يَعْنِي الْغَنَمَ
Maksudnya: Kata Nuaim bin Abd Rahman: telah sampai kepadaku bahawa Nabi saw bersabda: 9/10 daripada rezeki (datangnya) dari perniagaan. Kata Nuaim: 1/10 yang berbaki (dari rezeki) datang dari pengembalaan yakni gembala kambing.

WordlessWednesday | Hukum Hutang Puasa Ramadhan

May 25, 2016
Ramadhan adalah bulan yang paling dirindu kedatangannya oleh seluruh kaum muslimin. Kenapa tidak? Pada bulan Ramadhan segala amal ibadah mendapat ganjaran yang berlipat-lipat ganda dan hanya pada bulan Ramadhan sajalah kita dapat menemui malam yang lebih baik dari seribu bulan, yang apabila seseorang melakukan amal shalih karena Allah ta’alasemata pada saat itu, maka pahala yang didapatnya itu lebih baik dari usaha yang dilakukannya selama seribu bulan. Maka sudah sepantasnya, banyak kaum muslimin yang semakin besar semangatnya untuk beramal shalih pada bulan ini.



Fidyah Puasa

Fidyah merupakan bayaran denda yang dikenakan kepada seseorang yang tidak dapat mengganti puasanya di bulan Ramadhan pada sesuatu tahun sehinggalah tibanya bulan Ramadhan tahun berikutnya. 

ganti puasa

Hukum membayar fidyah adalah WAJIB. Dengan membayar fidyah tidak bermaksud mereka tidak perlu lagi menggantikan puasanya kerana puasa tersebut tetap wajib digantikan mengikut bilangan hari yang telah ditinggalkannya. 


Jadual Waktu Berbuka Puasa dan Imsak Seluruh Negeri Johor 1437H/2016M



Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak Seluruh Negeri Johor 2016 | Tak lama lagi, kita bakal menyambut bulan ramadhan yang bakal tiba. Yang mana tak tak siap ganti puasa. Sila sila laa habiskan secepatnya. Tinggal berapa hari je lagi. Umat Islam bakal menyambut 1 Ramadhan 1437H pada 6 Jun 2016 (Isnin - tertakluk kepada perubahan). Berikut ialah lampiran Takwim atau Jadual Berbuka Puasa dan Imsak untuk tahun 1437 Hijrah bersamaan 2016 Masihi bagi seluruh kawasan negeri Johor.

Johor


JADUAL WAKTU BUKA PUASA DAN IMSAK 2016 SELURUH NEGERI JOHOR

Johor

Berikut adalah Jadual Waktu Berbuka Puasa dan Imsak Johor 2016 yang dapat dikongsikan kepada seluruh bangsa Johor. Semoga jadual ini dapat memudahkan seluruh umat islam di negeri Johor menjalani ibadah puasa dengan sempurna disamping dapat membuat perancangan waktu ideal untuk berbuka dan bersahur.

Zon 1

Pulau Aur dan Pulau Pemanggil
Johor

Zon 2 

Daerah Johor Bahru, Kulai Jaya, Kota Tinggi, Mersing dan Pulau-Pulau yang berdekatan dengannya
Johor

Zon 3 

Daerah Pontian dan Kluang
Johor

Zon 4 

Batu Pahat, Muar, Ledang, Segamat dan Gemas


Selamat menjalani ibadah puasa kepada semua umat islam di Malaysia

Giveaway Fridge Magnet Lombok

May 24, 2016


Giveaway Fridge Magnet Lombok bermula saat ini dari hari ini, 23 Mei 2016 hingga 30 Mei 2016. Semua blogger yang bermastautin di Malaysia dijemput join.


Siapa nak ole-ole dari Lombok? Ada 20 fridge magnet berupa rumah perkampungan orang Sasak, Lombok, Indonesia.

Jom join giveaway ini... ramai-ramai support Mia ya... Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Giveaway Fridge Magnet Lombok By Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
  5. Giveaway akan tamat pada 11.59 malam 30 Mei 2016.
Pemenang akan dipilih melalui random.org dan keputusan pemenang akan diumumkan pada 3 Jun 2016.

** nak join giveaway ini, sila klik pada banner...

480 ahli keluarga Yahya Ibrahim berkumpul


1 May 2016 yang lepas, aku adalah salah seoramg ahli keluarga Yahya Ibrahim yang berkumpul di surau baru Kampung Lubok, Semerah, Batu Pahat. 



Wahh ! Ramai kan.  Aktiviti ni sedikit sebanyak dapat mengeratkan silaturrahim kekeluargaan. Harapnya dapatlah kita berkumpul macam ni lagi. 


Ni pun masih belum semua yang turun berkumpul. Sebab?  Anak cucu cicit dari sebelah arwah atok aku, masih ramai tak turun atas sebab yang tak dapat dielakkan. Masing masing dah besar. Semestinya ada konitment masing masing. Ye tak. Huhu....


Ni wajah wajah gembira menantu cucu cicit arwah Hj  Rashid bin Yahya . Hehe. Terutamanya muka gedabak tudung merah yang depan sekali. Hahaha.   Apa pun,  tahniah buat pakndak yang dah organized majlis hari keluarga ni. 

Homestay Konsep Moden yang murah dan selesa di Muar

May 23, 2016


Haa, cuti sekolah nak dekat dah. Kenduri kawin pulak bagaikan tumbuh cendawan selepas hujan. Banyak ! Aku,, terpaksa santai santai dulu. haha.  Kalau korang pening tak tau nak stay mana tak kira lah kalau ada kenduri kawin ke nak balik kampung tapi sempit ke ada event dekat Muar ni, Boleh roger-roger Moden homestay . Selesa dan puas hati dengan berkonsepkan moden.


Muar Moden Homestay

Moden Homestay kami merupakan sebuah rumah baru dibina pada tahun 2015 berbentuk Semi-D, rekaan berkonsepkan MODEN:-
-Kembar setingkat
-Fully furnished
-Ruang parking yang luas(-\+ 6 buah kenderaan)


Moden Homestay, mempunyai 3 bilik tidur, 2 bilik air serta dilengkapi penghawa dingin, kami juga menyediakan,mesin basuh, ampaian baju, TV LED 50' ( ASTRO NJOY ), set seterika, periuk nasi, minuman air RO, cerek elektrik, pembakar roti, dapur, alat mandi dan tuala serta set pinggan mangkuk untuk para tetamu.

-Ruang tamu mempunyai penghawa dingin, 2.5hp, tv 50" dilengkapi astro enjoy, serta mempunyai ruang yang luas dan cantik.


-Bilik utama dilengkapi 1 katil queen size, 2 meja sisi, almari, penyidai sejadah atau kain-kain, 2 set meja solek serta 2 kerusi kecil dan mempunyai bilik air, tambahan kipas elektronik moden (mengelurkan muzik melalui bluetooth telefon anda) dan dilengkapi penghawa dingin 1.5hp

-Bilik kedua dilengkapi 1 katil queen size ,1 katil single size, 1 almari , 1 set meja solek dan penyidai sejadah atau kain-kain.

-Bilik ketiga dilengkapi katil double decker iaitu double dan single, penyidai sejadah atau kain-kain serta 1 set meja solek.

Kadar sewa adalah sangat berpatutan, Khas Untuk warganegara Malaysia MUSLIM SAHAJA ,jika berpasangan... telah bernikah. 

Lokasi Moden Homestay, Sesuai untuk urusan jabatan kerajaan , urusan perkahwinan, lakonan para artis dan hari keluarga. Homestay ini

Berdekatan dengan kemudahan kedai makanan popular di Muar, Pasaraya, stesen minyak dan bandar Muar serta pejabat-pejabat kerajaan hanya lebih kurang 1 km dari homestay kami. Antara jarak tempat yang berhampiran lain:-
-ke stadium 
-Ke Hospital Sultanah Fatimah Muar hanya 
-Ke Bukit Pasir 
-Ke Lebuh Raya AMJ 
-Ke MRSM Bakri 
-Ke Sekolah Sains Muar

*Waktu 

Checkin=12.00pm
Checkout=12.00pm

‪#‎Deposit‬ Rm50 (duit deposit tidak akan dipulangkan jika penyewa membatalkan booking) 
‪#‎Kami‬ amat mementingkan kebersihan dan keselesaan kepada pengunjung. 
‪#‎Akan‬ di tambah baik dengan penambahan CCTV, AUTO GATE, WIFI.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sekiranya berminat atau ada sebarang pertanyaan boleh terus berhubung terus dengan dengan pihak Muar Moden Homestay .

WhatsApps/SMS/call : +6013-7495859 En Mohd
Alamat: Jln Temenggong Ahmad, 84000 Muar, Johor Darul Takzim.


LIGA SUPER MALAYSIA 2016 | PAHANG VS JDT

May 21, 2016
LIGA SUPER MALAYSIA 2016 | PAHANG VS JDT

Bola sepak JDT

Saksikan pertembungan antara Pahang menentang Johor Darul Ta'zim dalam perlawanan Liga Super Malaysia yang akan berlangsung pada Sabtu ini, 21hb Mei 2016 di Stadium Darul Makmur, Kuantan jam 9.00 malam. Ayuh beramai-ramai hadir menyaksikan perlawanan tersebut sambil memberikan laungan semangat dan sokongan sebagai penyokong Harimau Selatan. Luaskan Kuasamu Johor.





Hotel Somerset Medini, Hotel terbaik di Nusajaya

May 18, 2016
Sampai-sampai Nusajaya, aku terus direct ke Legoland Malaysia Resort sebab dalam jadual pukul dua petang dah kena pacak kat depan kaunter ticket. Tapi mana Gaya Travel dengan semua geng-geng blogger lain? hahaha.. kelakar betul. Padahal check in dulu kat Somerset Medini. Patutlah takde muka-muka diaorang kat Legoland. Nak check in dulu, kereta pulak dah park. Sekali masuk RM10. Sayang jee nak keluar semula.


Hotel Somerset Medini, Nusajaya

Hotel Somerset Medini ni, betul-betul bersebelahan dengan Legoland. Tak dapat nak duduk dekat hotel Legoland T.T ... Belum ada rezeki. Setiap kali datang Legoland mesti Full House. Memang pening mula-mula nak mencari Somerset Medini ni, sebab bangunannya betul-betul bersebelahan dengan Afiniti Apartment.  Tapi seriously best sangat  Hotel Somerset Medini. Hotel ni baru je dibuka awal tahun 2016. Masih baru sangat-sangat tau. Jadi, kalau korang datang Legoland, Hotel Legoland penuh. Mimin cadangkan Hotel Somerset Medini dijadikan tempat penginapan korang sepanjang di Nusajaya, Johor.



Hotel Somerset Medini, Nusajaya yang terletaknya di Johor Baharu. Antara hotel eksklusif  di Nusajaya yang kian pesat membangun sebagai bandar moden di Negeri Johor. Hotel ini juga terletak berhampiran dengan banyak tarikan lain. Sudah semestinya Legoland Malaysia Resort. Mengambil masa hanya 10 minit dengan berjalan kaki ke Legoland Malaysia. Kalau sayang lemak, Hotel Somerset Medini, Nusajaya menyediakan perkhidmatan shuttle van ke destinasi korang.

Memang memukau pandangan bila dah jejakkan kaki kat Hotel Somerset Medini ni. Selesa sangat bermalam di Hotel Somerset Medini. Tak payah risau tentang keselamatan bila dah ada kat Hotel Somerset Medini. Hotel Somerset dilengkapi dengan sistem keselamatan yang terkini. Kalau ada apa apa sebarang masalah, pergi je dekat receptionist dekat front desk. Staf-staf Hotel Somerset Medini sedia membantu 24 jam.





Benda wajib kena tengok lepas bukak pintu semestinya katil. Perghh. Semuanya lengkap dengan air-cond,  televisyen, meja, sofa nak santai santai semestinya ada WiFi laju dan percuma. ohh yee ! ada hair drier. Tak perlu bawak benda-benda berat masa bercuti.


Paling best pasal bilik air di Hotel Somerset Medini, ada timbang berat badan. Haha. Jenis seorang Mimin pulak, berjalan ke Legoland tak naik shuttle van. Excited ! Sampai sampai bilik terus ke bilik air timbang berat badan. Tapi ! Hampa betul. Berat turun 1kg je. Lepas tu makan dah back to basic. hahaha...


Err, puas tak kalau tengok gambar macam ni ? Tak puaskan. Lupa tersangatlah lupa nak amik gambar dapur yang bebetul. Tapi nak bagitau.. Kalau stay lama dekat Legoland ni, jangan lupa beli barang dapur siap-siap. Sebab, di Hotel Somerset Medini menyedikan kelengkapan penuh untuk memasak, Microwave, peti sejuk, kuali periuk belanga semua lengkap. Tinggal masak atau bawak balik bungus makanan, makan kat bilik pun takde masalah.

Kemudahan yang disediakan (Hotel Facilities)


Tak payah acah-acah cuti nak pergi gym yaa. Sebab kat Hotel Somerset menyediakan kemudahan untuk korang nak berpeluh. Semua lengkap disediakan. Sambil-sambil tu, kalau ada anak-anak. dekat tingkat 1 juga ada tempat anak-anak bermain.


Lepas penat gym atau layan anak-anak kat tempat mainan tu, boleh release tension dekat swimming pool sambil sambil tengok garden view. Juga di tingkat 1. 

Untuk tempat letak kereta, semestinya berbayar. RM10 sepanjang tempoh mennginap di Hotel Somerset Medini. Boleh keluar masuk. Janji bawak resit masa mula-mula masuk parking tadi. Bila nak chek out, jangan lupa untuk minta chop di receptionist.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Somerset Medini Nusajaya
Address:
Lot 5 Jalan Medini Utara 4
Medini Iskandar Malaysia
79200 Nusajaya Johor
Malaysia
Tel:+60 7 560 5555
Fax:+60 7 560 5556
Phone Reservations:+60 7 287 1005
Email: enquiry.nusajaya@the-ascott.com

LEGO Star Wars Days 2016 | My Own Creation Competition

May 17, 2016
Hari LEGO Star Wars diadakan setiap tahun di LEGOLAND Malaysia Resort dengan pelbagai aktiviti-aktiviti menarik yang mereka tawarkan. Tahun ini, selain daripada replika Millennium Falcon terbesar di dunia, juga terdapat aktiviti yang menarik seperti:

My Own Creation Competition

MOC adalah berkaitan membina apa sahaja menggunakan brick Lego berdasarkan imaginasi mereka  berkaitan dengan StarWars. Dianjurkan oleh LUG Malaysia (LOM) & hostest oleh LEGOLAND Malaysia, The Little Red Brick amat berbesar hati kerana dijemput untuk mengambil bahagian bagi tahun kedua berturut-turut. Untuk tahun ini, mereka mempersembahkan pasangan ayah dan anak. Hal ini kerana, mereka percaya bahawa konsep ini mampu menarik ramai kanak-kanak dan juga ibu atau bapa untuk bermain LEGO.

Legoland Malaysia

Pada 8 Mei yang lepas, aku berpeluang untuk melihat sesi penyampaian hadiah yang diadakan bagi pertandingan My Own Creation. Mesti ada yang tertanya-tanyakan. Siapakah pemenang yang bertuah tu. Ramai juga peserta yang mengambil tempat  dalam pertandingan ni. Seronok tengok para peserta telah datang dari Taiwan, Singapore, Indonesia, Hong Kong dan semestinya daripada Malaysia dengan menampilkan reka bentuk mereka sendiri berdasarkan konsep Star War. Jadi banyak penyertaan yang hebat! 

LEGO Star Wars Days 2016-MOC Competition [Kategori Dewasa]

Legoland Malaysia
Legoland Malaysia
Legoland Malaysia

LEGO Star Wars Days 2016-MOC Competition [Kategori Kanak-kanak]

Legoland Malaysia
Legoland Malaysia
Legoland Malaysia

LEGO Star Wars Days 2016-MOC Competition [Kategori Keluarga]

Legoland Malaysia
Legoland Malaysia
Legoland Malaysia

LEGO Star Wars Days 2016-MOC Competition [Indonesia]

Legoland Malaysia
Legoland Malaysia

LEGO Star Wars Days 2016-MOC Competition [Hong Kong]

Legoland Malaysia

LEGO Star Wars Days 2016-MOC Competition [Taiwan]

Legoland Malaysia
Legoland Malaysia
Legoland Malaysia

Sekiranya tak berkesempatan berkunjung pada hujung minggu ni, jangan risau kerana LEGO Star Wars Days berlangsung sepanjang bulan Mei. Apa lagi, plan la trip ke Johor Bahru cepat-cepat. Anak-anak pun dah nak habis periksa dah. hehe

Kanak-kanak bawah 12 tahun yang memakai kostum lengkap karakter Star Wars semestinya berpeluang untuk masuk ke LEGOLAND Theme Park secara PERCUMA! *Tertakluk terma dan syarat
Layari LEGOLAND Malaysia Resort untuk ketahui lebih lanjut
Powered by Blogger.
Back to Top