LEGO® Star Wars™ Days festivities at LEGOLAND® Malaysia Resort

Baru-baru ni, sekali lagi aku berpeluang ke LEGOLAND® Malaysia Resort. Kali ini, aku berada kat sana untuk LEGO Star Wars Days di LEGOLAND Malaysia Resort dan meneroka aktiviti bersama-sama dengan rakan-rakan blogger. Dibawah kerjasama Gaya Travel dan semestinya LEGOLAND® Malaysia. Untuk trip kali ni, aku ada kat LEGOLAND® Malaysia 3 hari 2 malam. Nanti aku ceritakan hotel penginapan yang aku menginap.


MASTER YOUR FORCE, LEGO STAR WARS DAYS 2016 di LEGOLAND® Malaysia Resort

Selama ni aku tak pernah tengok pun cerita Star Wars ni. Apatah lagi nak tengok wayang cerita Star Wars. Ramai orang bercerita pasal Star Wars, pasal character yang ada dalam cerita tu . Memang aku tak tahu langsung. Sebelum pergi LEGOLAND® Malaysia Resort, baru lah aku sibuk layan Star Wars - The Force Awaken tu. Nanti krik-krik pulak kalau character dia ada kat LEGOLAND® Malaysia Resort. haha. Eh! Best lah pulak. Rugi tak layan dari awal. Patutlah ramai je die hard Star Wars. Lepas ni, kena tengok episod macam mana Darth Vader mati. Ketinggalan zaman betul aku ni. Pengarah Star Wars pun agaknya dah buat skrip Star Wars yang baru. hahaha.

credit : www.projektravel.com
LEGO® Star Wars™ Days at LEGOLAND® Malaysia Resort akan mengadakan aktiviti-aktiviti yang menarik untuk sepanjang bulan Mei ini. Korang semua boleh lihat LEGO Millennium Falcon, di samping dua replika LEGO TIE Fighters yang dah dibina oleh Model Builder  pada hujung minggu 7 May & 8 yang lepas.

Ehem, Mimin berpeluang tau tengok mereka bina replika tu... Dalam 3 hari aku ada kat Legoland® Malaysia Resort, antara aktiviti yang menarik kat sana adalah, LEGOLAND® Malaysia Resort mempersembahkan kepada pengunjung dengan menyaksikan Imperial March dengan lebih daripada 90 costume  dari 501st Legion dalam pelbagai watak-watak dari siri ini pada 7 & 8 May dan Satu majlis penyampaian hadiah telah diadakan pada 8 Mei untuk pertandingan My Own Creation (MOC). Peminat LEGO Star Wars dari Hong Kong. Taiwan, Indonesia, Singapura dan Malaysia mengambil bahagian dalam MOC. Nak tau siapa pemenang mencipta Lego Star Wars boleh klik sini.

MEMBINA DAN BAWA PULANG MINI LEGO MILLENNIUM FALCON


Kalau korang datang  LEGOLAND® Malaysia Resort dalam bulan May 2016, korang boleh menebus mini LEGO Millennium Falcon semasa lawatan korang kat sini. Set adalah terhad dan ini hanya berlaku pada Sabtu dan Ahad bulan May ini. 


Cara pemasangan yang sangat mudah. Ada cara pemasangan disertakan sekali. Tak susah mana pun. Seronok pulak main pasang-pasang.

KEMASUKAN PERCUMA UNTUK KANAK-KANAK YANG BERPAKAIAN STAR WARS COSTUME


Berita baik untuk adik-adik yang tengah baca ni ! Pergi bagitau Mak Ayah adik adik sana. Ajak mak ayah pergi Legoland. Cakap Mak Ayah, bulan 5 ni kemasukan adalah PERCUMA untuk adik-adik yang bawah umur 12 tahun. Tapi ! adik adik mestilah berpakaian costume Star Wars. Ramai jugak sabtu dan ahad yang lepas datang dengan berpakaian costume Star Wars.


THE IMPERIAL MARCH FROM 501st LEGION SERIES


Nasib baik aku dapat tengok geng-geng star wars ni berkawat. haha. Asyik tengok diorang ni berperang kat angkasa je kan. Imperial March, dengan lebih daripada 90 pakaian dari 501st  Legion  dalam pelbagai watak-watak dari siri ini. Perarakan berarak bermula pada 11:00 dan menyaksikan perarakan yang diketuai oleh tentera Stormtroopers, Darth Vader dan banyak lagi. Terbeliak mata ni tengok Star Wars berarak. Teruja !

LEGO STAR WARS MINILAND DISPLAY


Kalau dah sampai LEGOLAND® Malaysia Resort, jangan lupa jejakkan kaki korang kat Lego Star Wars Miniland ni. Terdapat adegan dari enam episod francais dan The Clone Wars. Sebelum ke tempat display, korang dapat tengok mini movie. Nak spam gambar je rasanya! tapi nanti loading pulak nak bukak. huhu

EXCLUSIVE COMMEMORATIVE LEGO DUPLO BRICK FOR LEGO STAR WARS DAYS


LEGO Duplo brick ni tersangatlah limited ! Siapa cepat dia dapat. Jadi lepas je korang jelajah semua dunia Star Wars sambil sambil main dinasour train tu... jangan lupa ye reddem lego brick yang limited ni.. Tak semua orang dapat. "Siapa cepat dia dapat"

Okay lahh ! Jumpa next entry esok ! Nak cerita pulak pasal pertandingan MOC lepas ni. Mesti korang tak sabar kan siapa yang menang pertandingan tu. Pemenang tu dari negara mana. Adakah Malaysia? Hong Kong? Taiwan ? Singapore ? 

Untuk maklumat selanjutnya korang boleh ke facebook Legoland Malaysia atau ke laman web rasmi Legoland : http://www.legoland.com.my/ atau boleh call +607 597 8888. (Setiap hari, 9.00am - 7.00pm, Masa Malaysia)

4 Comments