FoodHunter | Comic Cafe Batu Pahat

June 8, 2016
[UPDATE 17072017- Comic Cafe sudah tidak beroperasi] Macam mana minggu pertama puasa? Okay ke tak? Sebelum berpuasa haritu, aku sempat jejakkan kaki kat Comic Cafe, Batu Pahat. Wahh ! Macam cendawan tumbuh selepas hujan. Banyak betul cafe cafe hipster sekarang ni.

Macam cafe cafe yang lain, menu yang dijamukan tak lari dengan makanan western. Yang uniknya kat comic cafe ni, semua nama makanan kat sini berkonsepkan superhero. Aku kasi 7/10 !

Ni menu yang aku order. Nama makanan yang aku order ni Cat Women Carbonara. Harganya pulak standart macam cafe cafe yang lain. Harganya lebih kurang RM10 - RM12. Lupa dah harga dia sebenar berapa.


Air pulak aku pilih air Hulk. Errrr.... lupa pulak nama belakang air ni. Hehe. Air Hulk ni rasa Kiwi. Sedap! Sebab fav kot. Harga untuk yang ni dalam RM6 ke atas. Air local macam tea  ais, milo air dan lain lain lebih kurang RM5 ke bawah.

KONSEP COMIC CAFE

Lokasi Comic Cafe ni berhampiran dengan JAKEL BATU PAHAT. Atau nak lagi tepat lagi, Comic cafe ni di belakang Bank Kuwait. Jom layan jap  gambar bawah ni.

Diharapakan ada penambah baikkan seperti 'proper' kan lagi menu list. Modal laa sikit biar nampak exclusive sikit kedai nya. 


Aku sedia maklum, baru baru ni ultraman dan beberapa superhero datang kat kedai ni. Good Job ! Tapi, kalau superhero tak mai ke comic cafe tuu, apa kata pasang movie macam citer avangers ke, ninja turtle ke atau lain lain..

hope lepas ni boleh pasang movie yang berkonsepkan watak superhero tersebut. Takde laa hakak layan kipas avengers kat atas tuu. Hee. 

P/s: terima kasih pihak comic cafe, atas feedback selepas entry ni di muat naik. ^.^ Rajin rajin laa invite pasni. Haha

Alamat
5, Jalan Flora Utama 3, Taman Sri Jaya, 83000 Batu Pahat, Johor, Malaysia
Waktu operasi:
Open today 4PM–2AM
Facebook:   Comic Cafe BP

4 Duta Selebriti Oh Meriahnya Raya Bersama Jakel

June 6, 2016

Jakel kuala lumpur

4 Jun 2016- Sabtu yang lepas, lepas kene tenyeh muka.. Lari kejap ke Jakel, Kuala Lumpur . Gedung pakaian terkemuka negara, Jakel Trading Sdn. Bhd. (Jakel) mengumumkan barisan duta terbaharu mereka yang bakal mempromosikan pelbagai koleksi baju raya keluaran syarikat tersebut pada tahun ini.


Mereka terdiri da­ripada selebriti ter­kenal tanah air iaitu Jep Sepahtu sebagai wajah raya Jakel untuk koleksi Jubah Terawih Sepahtu di samping Awal Ashaari dan isteri, Scha Al-Yahya serta anak mereka, Lara Alana di bawah label koleksi Schawalara X Jakel.
Jakel kuala lunpur
Lara Alana dgn Awal jaa dapat turun, kesian Scha demam
Sementara Datuk AC Mizal dan Ayda Jebat dilantik sebagai wajah raya Jakel.

Pengarah Urusan Jakel, Datuk Mohamed Faroz Mohamed Jakel memberitahu, pemilihan kesemua selebriti tersebut adalah berdasarkan personaliti mereka yang menarik selain mempunyai bilangan pengikut yang ramai di laman sosial.

Baju Melayu Moden

Koleksi baju melayu Aaron Aziz direka khas dan khusus dengan mengetengahkan kekemasan pada leher, poket dan motif bercorak. 
Keistimewaan koleksi Aaron Aziz adalah berbeza dari segi penggunaan fabrik dan warna. Rekaan terbaru 2016 adalah darinpelbagai jenis fabrik. Antara warna-warna yang dijangka bakal menjadi pilihan pada tahun ini adalah hijau zamrud, biru diraja, peach, jingga, hijau tiffany, hijau mint dan merah cili.

Manakala baju melayu Nabil Ahmad berkonsepkan moden kontemporari yang menekankan kekemasan pada leher dan poket. Baju baju ini ditawarkan dengan harga yang berbeza- beza bergantung pada rekaam dan kualiti. 
Harga yang ditawarkan juga amat berpatutan serendah RM89 dan lebih menarik lagi, pelanggan akan diberikan percuma sehelai sampin dan butang baju melayu dengan setiap pembelian baju melayu.

Baju Kurung

JAKEL mengeluarkan koleksi baju kurung dibawah label Ayda Jebat yang berkonsepkan kurung modeb dan bersesuaian dengan citarasa terkini para wanita. Koleksi kali ini, Jakel menampilkan rekaan yang lebih elegan dan segar.

Pakaian kanak-kanak masih dikekalkan dengan label Upin Ipin. Walaubagaimanapun ianya diolah dengan rekaan yang sedia ada kepada rekaan baju melayu bercorak. 

Koleksi baju Melayu Upin Ipin yang dijual pada harga serendah dari RM59 ini juga diberi percuma samping dan butang baju melayu. Manakala bagi Rozita Che Wan, merupakan ikon pada keseluruhan produk JAKEL. 
Ingat raya, Ingat Jakel



Ramai yang tak lepaskan peluang untuk dapatkan baju raya Jakel. Korang pun jangan laa lepaskan untuk dapatkan baju raya Jakel. Boleh laa fefeeling Ayda Jebat, Jep sepahtu Lara Alana.






Photoshoot KBBA9 2016

June 5, 2016

Hai ! Assalamualaikum dan salam sejahtera. Diam tak diam esok kita, bagi kaum muslimin dan muslimat menyambut bulan ramadhan bulan yang di nanti bulan lagi barokha.. 


Sebelum berpuasa, Kelab Blogger Ben Ashaari mengadakan sesi beramah mesra sambil berphotoshoot raya baru-baru ni pada sabtu yang lepas 4 June 2016 di perkarangan MaTic, Jalan Ampang. 


Haa ! Cuba cari aku yang mana satu? Ada jumpa tak? Ke tak kenal mana 1 aku? Hahaha. Dah laa. Tak payah susah susah cari. Aku takde masa ni. Masa ni muka aku masih ditenyeh dengan Makeup Artist Zana Zack dan Put3ratnasari lagi. Jangan ditanya kenapa lambat kene tenyeh =,,= haha. Mesti nak tau kan. Sebab ada perkara yang tak boleh dielakkan telah berlaku. Semoga kakak aku tak pape lah.. aku nak dengar berita yang best best je dari dari kau kak. Amin..
MUA MALAYSIA
Seriously, aku tak pandai conteng muka aku.. cukuplah letak serum, foundation, cream, powder, matte lips.. Kalau rajin sikit eyeliner. Kalau rajin lah! Tapi biasanya tak rajin. Hahaha. Hasil kombinsi dari team MUA Rita Rahman, MUA Zana Zack dan Put3ratnasari. Cantik betul muka aku.. hahha. Sape lagi nak puji kan? Haha. Hasilnya.. muka aku yang lebar ni nampak slim jee. Puas hati betul dengan hasil diorg. 

Makeup arist malaysia
Maafkan sis, sis fefeeling cantik. Bhahahha. Shoot dah petang yang panas terik tuu. Makeup tak cair tau ! Haihh. Tuu yang puashati dengan hasil sentuh Zana Zack dan Put3ratnasari. Punya kelam kabut.. lupa nak amik gambar denga MUA .  Hmmm... Nanti aku ceritakan pula pasal brader Dino Alhamd ni siapa. 

Props comel malaysia

Props dan banner sepanjang photoshoot KBBA9 yang aweaome tu, mimin nak promote sikitlah. Daripada DalizGrafix. DalizGrafix bukan je buat props dengan banner. Tapi juga menyediakan perkhidmatan dan produk seperti business card yang murah, sticker bulat murah, banner, bunting, wedding card, stamp chop dengan kadar harga yang sangat sangat murah dan mampu milik. Boleh usha laa harga harga di instagram DalizGrafix .

Baju raya mampu milik

Baju dan shawl yang kami pakai semasa photoshoot berlangsung yang kak ezza azlan pakai ni dari Bhaju Deea.  Cantik cantik dan koleksi yang sangat terkini design baju bajunya. Daripada baju kurung, baju kurung pahang, baju kurung moden sampai ke jubah boleh didapati di Bhaju Deea. Manakala pakaian blogger lelaki daripada Emin MadrosaEmin Madrosa antara pilihan artis artis yang nak buat baju untuk majlis besar besar seperti anugerah angkasa baru baru ni. 

Nasi baryani shah alam terbaik

Dari pagi sampai ke petang sesi photoshoot ni. Mestilah kiteorang ni laparuddin. Haha. Mujur ada Nasi kambing sedap dari Cafe Cerita Kambing . Cerita dia memang sedap . Bawak balik rumah pun masih sedap. 

Buffet ramadhan shah alam

Esok dah puasa, apa kata kalau koramg pergi Anggerik Mall, Shah Alam dan cari shop lot Cafe Cerita Kambing di bulan Ramadan nanti untuk berbuka puasa. Bayangkan aku bawak balik makan kat rumah yang bungkus pon dah sedap.. Apatah lagi kalau panas panas. Nak nak masa berbuka puasa nanti. Nasi baryani ni setaraf dengab nasi baryani Md Shah yang hot kat Batu Pahat tau ! Sedap gilerrr. Murah pun murah. Sekalo sekala bawak parents datang buka puasa dekat Cafe Cerita Kambing mesti puas hati dan berbaloi baloi !!


Lokasi yang menjadi sasaran kiteorang menggedikkan diri di MaTic, Jalan Ampang. Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC) terletak di dalam sebuah bangunan di Kuala Lumpur, bersebelahan dengan Saloma Bistro. Tempat yang cantik dan menarik ni adalah tempat informasi berkaitan tempat tempat menari yang ada di Malaysia terutama buat pelancong warga asing ataupun tempatan. Alahh ! Kita bukan tau semua kat mana tempat yang menarik di Malaysia ni. Jadi, kalau korang blur blur lagi nak bercuti kat mana di Malaysia ni.. boleh refer dekat sini. Nak photoshoot kat sini boleh hello hello staff MaTic ni. 


Last but not least, ribuan terima kasih buat founder KBBA9, abang Ben Ashaari yang bertungkus lumus menjayakan program photoshoot bersama KBBA9 bloggers. Tak lupa juga pada kak Anna, yang tak sesekali melupakan KBBA9 ni. Alhamdulillah.. semuanya berakhir dengan jayanya. 
---------------------------------------------------------------------------

Para penaja Photoshoot KBBA9

Lokasi : Matic, Jalan Ampang
Props, banner dan banting : DalizGrafix
Fotografer : Dino.alhamd , Lalaland91
Pakaian lelaki : Emin Madrosa
Pakaian wanita : Bhaju Deea
Pin hijab :Vonaish
Powered by Blogger.
Back to Top