Travel | Percutian Budget Perhentian Kecil [Day First - Part2]

August 14, 2016
kincir angin, pulau perhentian

Windmill, Pulau Perhentian, Tempat yang wajib korang kena pergi sebab bila korang dah sampai puncak atas sana, korang akan nampak view paling cantik paling menarik paling tak terkata nak gambarkan macam mana. Memang mendamaikan bila dah kat atas. Lupa semua penat masa nak panjat puncak ni. Entry kali ni, aku lebihkan gambar ye, Biar gambar berbicara.

HARI PERTAMA | PART 2


Inilah ghuper blogger lepas kena arus deras beralun si ombak. Haha. Nasib tak jatuh kat laut sana. Kalau tak, tak pasal pasal snorkeling awal .

Perhentian Kecil
Perasaan teruja ni boleh buat nak repeat balik ke Pulau Perhentian bila tengok gambar ni. 
Ehh, lepas sampai ni. Perhentian Kravers bawak ke tempat penginapan kami di Shari-la Resort. Lebih
kurang dalam pukul 12 tengah hari tak silap. Tapi sayang, bilik belum ada kosong. Eid suruh kami tukar pakaian dekat bilik diorang. Sebab nak kejar masa nak panjat windmill sana tu. 

Pulau Perhentian
credit: Mera Hussain
pulau perhentian
Jalan menuju ke windmill
Perhentian kecil
laluan ke windmill
Perhentian Kecil
Long Beach, Pulau Perhentian
Korang akan lalu Long Beach. Serious cantik dekat sini. Sini function malam malam. Kalau korang bertuah, Korang dapat tengok Fire Show. Show yang lain tu, korang buat-buat tak nampak je lah. Ke korang nak join sekali ? Hahaha. Gasak korang lah.. Malas aku fikir...

Budget Perhentian kecil
Budget Pulau Perhentian
Budget Pulau Perhentian

Budget Pulau Perhentian

Ni semasa kami panjat pulau ni. Nampak je Jalannya mendatar. Padahal payah nak naik atas. Berapa kali stop pun tak tau dah. Walaupun tak mencabar pajat Taman Negara tempoh hari.

Bila korang nampak windmill atau bahasa mudahnya kincir angin ni, Ini bermaksud destinasi tinggal 5 minit ke hadapan. Dan dalam 1 saat tiba kat sana, penat tadi pun hilang. Haha.. Sebab apa ? Jom layan gambar lagi.

budget pulau perhentian
budget pulau perhentian
budget pulau perhentian
budget pulau perhentian

budget pulau perhentian
budak gemok kat bawah sebelah kiri tu, lebih fokus live update kat instagram



Okay, boleh tengok entry mera hussian kalau nak tau view dekat bawah sana tu. sebab aku tak turun masa ni. Aku stay kat atas je.

Tutorial | Costume made ATM debit Card Maybank

August 12, 2016
Maybank card
Hai, bulan ni macam kerajinan pulak nak update entry. Harap berterusan. kihkihkih. Eh ! korang dah buat ATM Debit Kad Maybank ? Kena tukarkan kad ATM yang lama tu ? Macam aku ni, memang citer dia tak sempat nak beratur panjang kat Maybank berhampiran waktu kerja. Haritu dah rancang dah nak amik cuti semata sebab nak buat kad baru.

Tup tup, scroll instagram Lisa Mawar biru. Dia upload maybank card muka dia. Eh ! Macam menariklahkan. So, nak tau kena pergi maybank jugak ke atau buat online pun boleh. So, terjah blog dia. dan dia kasi tips cara nak buat maybank card ni secara online pun boleh.

Cara Apply Kad maybank gambar sendiri

Jomlah buat jugak. Tapi, kalau korang dah tukar tuu tak tau lah valid ke tak valid nak buat. 

1. klik lini maybank2u.com ni
2. Klik dekat 'click here' macam dekat gambar bawah ni.

3. Baca dulu terms & Condition nya. Kalau okay klik accept belah bawah tu 

4. Lepas tekan accept, dekat situ dia ada bagi direction cara dan spesifik gambar yang dibenarkan untuk memuat naik ke kad tu nanti. Pastikan resolution, size nya betul tau.


5. Sesi mengedit gambar ^.^ Ehh ! kalau nak mimin editkan gambar untuk memuat naik ke kad ni, boleh je. Mimin cas RM10 je. Kalau dah siap semua, dan gambar takde masalah. bolehlah tekan use custom image untuk upload. button tu ada dekat gambar no 4.


6. Okay, setting laah molek molek. Bila gambar tak sesuai ke apa ke, kat situ dia ada kasi warning. Kene choose different image. buat sampai warning tu hilang.

7. Step 6 dah selesai ? Haa, klik button finish tuu, Dan upload laa 


8. Bila dah siap upload. Klik button finih tuu
9. Lepas klik button finish. Korang akan nampak macam gambar kat bawah ni, haa. Isi lah details tuu 
10. Pastikan semuanya benar dan tepat yaa .. dan bila semuanya okay, Just klik continue. kalau tak ok. klik back.


Dan dimaklumkan, disebabkan ianya custmade, cas rm25 akan ditolak dalam akaun bank anda. Maybank dah banyak tolong korang dah x perlu beratur malah gambar kegemaran korang pulak tu jadi penghias kad ATM tu. haa. Selamat mencuba ^.^

Ehh ! Sebelum tu, jomlah kita menabung serendah rm1 1 hari deng SSPN-i ! Sambil menabung sambil dilindungi dengan takaful. Dapatlah menabung nak bayar ptptn balik. Untuk buat perbelanjaan pelajaran anak anak. Kalau bukan hari ni bila lagi ? RM30 je sebulan. Fuhh~~

Travel | Percutian Budget Perhentian Kecil [Day First - Part1]

August 11, 2016

Perhentian Kecil, Terengganu | Pulau yang makin digalai ramai orang. Termasuk aku laa tu orangnya. Wishlist dari zaman Diploma lagi tau. Akhirnya, tercapai jugak hajat nak jejakkan kaki di Perhentian Kecil, Terengganu ni dengan diorang ni Mera Hussain, Emas Putih, dan Hanis. Percutian Budget ni dibawakan khas dari Perhentian Kravers. Disebabkan entry aku ni ber part part panjangnya. korang kena bersabar ye. Sebab dihujung part akan aku list kan berapa budget aku keluarkan sepanjang tempoh aku berada disana.

Hari Pertama | Bahagian 1

Tak boleh tidur kau ! excited punya pasal. Haha. Sebelum subuh lebih kurang dalam pukul 4 pagi aku dengan kakak aku dah keluar nak amik emas putih sebelum ke lapangan terbang KLIA 2. Mera dengan Hanis dah bermalam dekat KLIA dah. Point meet kiteorang kat Starbucks dekat dalam. Sampai sampai sana terus masuk standby nak berlepas. Sebab, Emas Putih dia tak sama flight. Dia awal sejam dari kiteorg.

Perhentian Kecil
Sementara tunggu gate bukak
Air Asia Blogger Community

Ohh ya ! Sebab mengapanya kami amik flight. Sebab kami taknak panas punggung naik bas. Lama jugak perjalanan ke sana kalau naik bas ke naik kereta ke. Besar costing nya. Flight Air Asia menjadi pilihan. Perjalanan hanya mengambil masa 1 Jam lebih. Semestinya semasa perjalanan ke sana aku dibuai mimpi yang indah.. Sampai dah nak landing pun tak sadar. Ngantuk punya hal.

Air Asia

Alamak, tak ingat pulak masa touch down pukul berapa. Ni aku nak kasi Tips sikit. Kalau nak ke Pulau Perhentian naik flight. Pastikan korang destinasi korang tu Lapangan Terbang Pengkalan Chepa tau. Jangan pulak korang amik Lapangan Terbang terengganu pulak. Jauh dan lari budget nanti.

Perhentian Transport

Setibanya di Lapangan Terbang Pengkalan Chepa tu, perkara pertama kiteorang buat kena cari Emas Putih. Haha. Sebab dia dah lama sampai. Harap di tak lemau kat situ. Dari Lapangan Terbang ke Pulau Perhentian, Jangan risau macam mana nak ke sana kalau korang berurusan dengan Perhentian Kravers. Perhentian Kravers dah sediakan perkhidmatan ni semua untuk pelanggan kesayangannya. 

Perhentian Transport

Okay, disebabkan aku paling last. Maka, akulah orang yang kene duduk sebelah driver. Disebabkan oleh itu, maka aku layankan kembali mataku. Haha. Perjalan ambil masa lebih kurang 1 jam jugak kot. Tak pasti. Yang pasti, buka buka mata je dah sampai kat Jetti Kuala Besut, Terengganu. Hahaha. Perangai sangat kau Mimin. 

Perhentian Kravers

Setibanya sampai kat Jeti Kuala Besut, Terengganu. Macam orang sasau sikit. Sebab baru bangun tidur sepanjang perjalanan. haha. Call pihak perhentian kravers. Dia suruh kita tunggu sekejap. Maka, sebelum bergerak, cari tempat untuk memenuhkan perut. TIPS | jangan isi perut sebelum sampai ke pulau. Haha. silap besar isi perut dulu. Nasib baiklah kami takde mabuk lauk. Boatnya laju menentang alunan ombak. Maka, yang rajin mabuk laut tu.. Di nasihatkan jangan isi perut dulu okay..

Pulau Perhentian

Lepas je Mujahid dengan Mirul Incharge kami, Kami pun naiklah boat. Muka nampak gembira dan berhuhu laa kan. Start je boat ni gerak. Takde dah muka macam ni. Memasing muka ketat takut tercampak kat kaut, haha. Ada videonya. Nak tengok ke ? Nanti aku upload sini. Tunggu data banyak sikit. 

Perhentian Kecil

Setibanya di sana, susah nak ceritakan ni. Sebab korang kena jejakkan kaki sendiri kat Pulau Perhentian ni. Sangat sangat tersangatlah cantik airnya. Rasa macam masalah duniawi diluar sana dapat aku lupakan kejap.


So, teaser sikit je dulu gambar gambar air laut di tepian pantai. Lepas ni nak masuk certia day first part 2 pulak. Di mana, aku dengan kawan kawan panjat windmill kat puncak pulau ni. See you soon. Btw, gambar yang ada muka kami bertiga berempat tu, aku credit kepada Mera Hussain. Masa ni, camera dia paling cun. Okaylah, Mimin gemoks nak bersantap. ^.^
Powered by Blogger.
Back to Top