Punca Sebenar Kebakaran di Hospital Sultanah Aminah

October 25, 2016

Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini gempar susulan kebakaran membabitkan wad Unit Rawatan Rapi (ICU) di tingkat dua bangunan utama hospital berkenaan pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9 pagi itu, kesemua pesakit di bangunan berkenaan dibawa keluar oleh jururawat dan kakitangan hospital ke kawasan yang selamat.
Difahamkan, kejadian disedari kakitangan hospital sebelum kerja-kerja pemindahan pesakit dilakukan.
Setakat ini 5 disahkan maut 1orang staff HAS disahkan cedera parah. Sehingga pukul 10.20 pagi ini, operasi memadamkan kebakaran masih lagi dijalankan oleh anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri.

Dimaklumkan bahawa kebakaran yang telah berlaku di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru dikenalpasti berpunca daripada sebuah pengecas telefon bimbit yang meletup dan menyebabkan tilam seorang pesakit terbakar serta seterusnya merebak ke tempat yang lain..

Tapi, sebenarnya mereka masih tak tau apa punca sebenar HSA terbakar.. #prayforHSA

Percutian Jimat Di Port Dikson

October 17, 2016
Okay, malam ni tak tau apa apa yang merasuk aku ni tetibe nak update jam 2 pagi.. Padahal esok kerja ni.. Apa ada hal, kerja je pun. Kah ! Esok menghadap kerja dok menguap je sepanjang hari. hahaha..  Berbalik pada tajuk kat atas tu, baru-baru ni aku ada bercuti singkat dengan keluarga aku kat Port Dickson, Negeri Sembila di Teluk Kemang.

 Percutian Jimat di Teluk Kemang, Port Dikson


Dah lama tak luangkan masa bersama keluarga. Almaklumlah, masing-masing dah ada kerjaya masing-masing. Jadi, susah sikit nak bercuti ni. Jadi, kami pun decide untuk bercuti di port biasa kiteorang pergi masa ada arwah apak, di Port Dickson.

Maya Apartment, Port Dikson

Port Dikson, banyak jugak tempat penginapan yang berhantu. Maya Apartment ni berhampiran dengan Marina Bay Apartment. Ya, Marina Bay berhantu. Tapi, bukan Maya Apartment. Memang mula-mula masuk di perkarangan Maya Apartment ni rasa macam tak yakin sebab macam kawasan terbiar.. Alhamdulillah, tak ada apa-apa berlaku. BTW, anggaran yang stay kat Maya Apartment tu, baby 5 bulan, bebudak dari umur 3 tahun sampai 12 tahun. So far tak ada yang menggangu diorang. Ini bermaksud. Tiada ganguan lain-lain kecuali angin kuat ribut malam tu.


Haa, yang bestnya.. Maya Apartment ni ada entertainment seperti swimming pool dewasa dan juga khas untuk kanak-kanak. Terdapat juga tempat permainan kanak-kanak, gelanggang tenis dan lain lain. Ehem, boleh memancing jugak tau kat belakang tuu. Tapi behave laa. Tak sure laa selamat ke tak. Sebab tak pergi mancing pun kat belakang tu

Ada 3 bilik, dan 2 bilik air. Astro jugak ada. Tempat memasak juga ada. BBQ juga boleh buat kat sana. Syaratnya peralatan memasak sendiri bawak. Kalau tak bawak boleh mintak kat reception untuk menyewa peralatan diorang sebanyak RM30. hiks. So, pepandai laa nak berjimat kan..

Kelemahan 

Nama pun percutian jimat. What do you aspect .. ehh.. acah nak speaking. betul ke iolls cakap ni? hahaha. Antara kelemahannya:
  1.  Peti Ais tak sejuk
  2. Bilik macam tak kemas sebelum kami masuk
  3. Mintak extra bantal ke apa ke kena bayar
  4. Reception dengan bilik lain-lain jauh 
  5. Bilik air pulak kurang memuaskan

Harga

Harga penginapan di Maya Apartment Weekdays : RM250 dan Weekend : RM300 Deposit : RM50

Tempahan
Alamat: Batu 7, Jalan Pantai, Port Dickson
No. Telephone: 013-339 5215
Facebook: https://www.facebook.com/MayaHolidayApartment

Movie | HAUNTED HOUSE ON THE HILL Movie 2016

October 12, 2016
Wahh .. lama betul macam tak review movie. Padahal rajin jugak pergi tengok movie. Tapi, selalunya tengok dah hujung-hujung. Macam tak kena kalau nak update dah. Haha. Kalau bab tengok movie kat panggung akan pilih cerita imaginasi atau pun hantu. Aksi kureng sikit. Bising bunyinya. Hahaha. Cerita yang paling panas yang aku baru tengok Haunted House Hill. Okay, entry kali ni tak banyak gambar.

Haunted House On The Hill

Berkisahkan tentang Emily baru sahaja beli rumah jauh daripada kejiranan untuk menyediakan penjagaan yang lebih baik untuk adiknya Zach yang lumpuh teruk berbentuk Cerebral Palsy. Awal-awal je dah Nampak pelik dengan orang bank tu, kalau boleh tak nak terangkan pasal rumah tu dan terus belah je dari rumah tu lepas dapat duit. Cakap pun kemain kelamkabut macam keretaapi. Hahaha.
Masuk-masuk rumah je, ada 1 patung display di ‘wrapping’ dengan bubble yang boleh picit-picit tu. Membe dia si wood.. apa aek nama betul dalam citer tuu lupa dah. Suka sangat main tu, sampai awek dia suruh simpan. Bila dia simpan dalam store kat bawah, dia tutup lampu je ada orang main letup-letup jugak. Cehh. Suspen betul.

Malam pertama, diorang lepak-lepak laa dekat rumah tuu. Lepastu dalam masa dia lepak-lepak tu dia ada terjumpa sign/symbol pelik dekat keliling tingkap rumah tu. Tujuannya nak kemas rumah tu. Dalam masa diorang tengah kaji berkaitan symbol tu, si Emily ni lupa laa nak kasi ubat untuk adik dia. Bila masuk je dalam bilik adik dia, dia tengok adik dia dapat tidur lena. Makanya, dia lupa nak kasi adik dia ubat.
Esok paginya, apa yang mengejutkan adik dia yang disable teruk tu mampu duduk dan mampu berjalan beberapa langkah. Emily teruslah pergi call doctor. Doktor cek, dan nak bawa adik dia p klinik. So okay lahh. Diorang empat sekawan pun sambung kemas rumah. Sambil-sambil tu diorang gossip. Haha. Biasa laa tuu kan..
Doktor yang nak merawat si zach ni, orang kat situ-situ je. Mungkin dia tau pasal rumah lama ni. Sebab masa diaorang kemas rumah.. terjumpa symbol besar dekat dinding. Si Emily ni nak call doctor tu sambil-sambil nak Tanya keadaan adik dia Zach tuu. Doktor tu sebenarnya dah mati pun, dan Zach jalan kaki sendiri balik rumah
Sampai rumah, si zach duduk. Emily mintak membe dia amikkan air untuk zach sebab dah jauh berjalan. Membe dia letak je air tu, terus si Zach ni pergang perut si membe ni.  Zach ni cakap, ada bende bernyawa dalam perut ni. Sama macam yang pernah dia buang dulu. Fuhhh ! deep betul. Terus perempuan tu down nangis-nangis p bilik air.  Ada 1 suara hasut suruh buang..
Ehhh.. dah laa.. korang pergi laa tengok sendiri cerita tuu. Apa kesudahan yang berlaku terhadap Emily, zach dan lagi tiga orang kat rumah tu. Huhu…

Cara Mengatasi Masalah Ketiak Hitam Dengan Cek Lawa

October 9, 2016

Sebut pasal ketiak, ramai tak amik kisah pun pasal ketiak sebabnya ketiak ni senang nak disorokkan. Ada sesetengah orang mengalami masalah ketiak berbau, berpeluh, berbulu, hitam dan sebagainya. Tapi kenapa pula sampai nak abaikan kebersihan diri sendiri. Mungkin korang sendiri tak kisah dengan keaadaan korang macam tu, tapi fikir tak masalah orang keliling yang kena hadap bau ketiak korang. Nak nak mana yang balik naik public transport. Kesian member sebelah menadah je.. huhu

Macam aku pulak, ada masalah bila datang bulan. Masa tu hormon kucar kacir sikit. Semua serba tak kena. hahaha, time tulah ketiak nak berbaulah nak berpeluhlah. Tak selesa babe nak keluar rumah bila jumpa situasi macam ni. Segan teruk!

Cek Lawa Putih Gebu

Haaa, ni ada satu rahsia mimin nak share, Mimin atasi masalah ketiak tuu dengan Cek Lawa Putih Gebu ni tauu.. Ini la produk dia. Comel je kan, warna pink lagi. Tengok gambar pun dah fokus dekat ketiak..hehehe..



Mimin percaya, ramai ada terdengar pasal Cek Lawa ni kan. Cek Lawa ni makin mendapat perhatian orang ramai. Mimin sendiri boleh perasan ramai update dekat instagram, facebook dan lain-lain lepas pakai Cek Lawa ni.

Manfaat dan Kelebihan Cek Lawa


Kalau korang nak tahu, sebenarnya Cek Lawa Krim Pemutih Ketiak ni bukan semata-semata produk untuk memutihkan ketiak sahaja. Banyak sebenarnya manfaat kalau korang guna Cek Lawa ni. Di samping dapat putih ketiak, ia juga dapat menghilangkan daki-daki hitam yang degil di kawasan yang sembunyi mahupun di luar. Contohnya macam kat celah-celah peha, buku lali, lutut, siku, belakang leher bagi siapa yang ada kerak-kerak tu pun boleh hilang tau dan semua tempat lagi yang mempunyai masalah daki-daki dan hitam..



Mimin pun cubalah satu. Mana laa tau boleh putih gebu macam orang lain jugak ke kan. hahaha. Macam mimin ada masalah hitam-hitam kat lelipat peha. Nasib baik tempatnya dapat disorokkan. Tapi, kalau sorok mana pun, time mandi pun asyik menyental jugak. Untuk kebersihan dan kecantikkan diri sendiri laa katanya.. Jadi, setiap hari, mimin sapukan krim Cek Lawa ni kat spot kawasan.. Dan alhamdulillah, ternyata memang berkesan. Sapu je setiap hari, sikit-sikit, kesan daki hitam pun dah hilang. Best giler lahh.. tak terkata! Kalau boleh tunjuk gambar, dah lama dah tunjuk kat sini. Tapi, mana boleh. Aurat..Aurat.. hihikk



Selain daripada dapat memutihkan ketiak, ia juga dapat bertindak sebagai 'deadorant' .. Sebab krim ni sangat wangi bau dia. Korang mesti suka bau krim ni. Tekstur dia pun sangat lembut dan tak rasa melekit langsung. Krim ni bewarna putih. Jangan risau, ianya takkan tinggalkan kesan kat baju korang pun kalau korang calitkan di ketiak sebagai deadorant. hihi. Tengok gambar tuu, putih suci gebu bersih je kan.. Tu la rupanya, warna putih, dengan tekstur yang lembut, tidak melekit dan terus meresap dengan cepat apabila disapu. Bestnya, bau dia pun wangi. 

Keistimewaan Cek Lawa

Cek Lawa Pemutih Ketiak mengandungi vitamin C dan ekstrak buah-buahan yang dapat melindungi kulit daripada kesan daki yang hitam. Krim ini juga mengandungi aloe vera, lemon dan timun serta green tea yang membantu melembutkan dan melembapkan kulit serta kulit kelihatan sihat.


Kandungan Bahan: Vitamin C, Estrak Buah-buahan, Aloe Vera, Lemon. Estrak Timun, Estrak Green Tea dan banyak lagi.

Kelebihan Cek Lawa Krim Pemutih Ketiak

- 100% ekstrak herba semulajadi
- Kaya dengan vitamin c dan mineral
- Menggalakkan pertumbuhan sel kulit baru
- Mencerna sel-sel kulit lama
- Menjadikan kulit semakin cerah dengan tona yg sekata
- Merangsang lapisan kolagen untuk menjadikan kulit lebih sihat dan lembut
- Dapat melembabkan kulit
- Bau yang wangi

Cara Penggunaan CekLawa

Nak pakai Cek Lawa mudah je, tak perlu pun nak bancuh apa dah, terus jee pakai. cara-caranya:

1. Digunakan selepas mandi, pagi dan malam
2. Pastikan ketiak dilap dengan kain bersih hingga kering
3. Sapu dan ratakan keseluruh bahagian ketiak
4. Biarkan krim tersebut tanpa perlu dibilas

Minggu 1 : Kulit lebih lembut, bersih dan mula cerah.
Minggu 2 : Kulit makin cerah, dan daki mula hilang.
Minggu 4 : Kulit cerah ketara.

*1 bekas boleh tahan 2 - 3 minggu bergantung pada cara kita pakai :)

Testimoni Pengguna Cek Lawa 

Haa, kat sini selain mimin, ada ramai juga pengguna Cek Lawa yang berpuas hati selepas memakainya. Jom tengok testimoni dari diorang pulak. Lepas ni boleh laa korang pulak alami sendiri pakai Cek Lawa ni. Pemutih Ketiak Semula Jadi tau ! *klik gambar kalau tulisan tak jelas*




Harga

RM 30 (Semenanjung Malaysia)
RM 35 (Sabah & Sarawak)
***Tidak termasuk postage***

========================================================================

Berminat menjadi agen boleh hubungi:
Sumaiyah AhmadHotline: +6019 - 691 7675
fb : cek lawa malaysia jom puteh | ig :cek_lawa_cek_putih


Powered by Blogger.
Back to Top