Idaman Villa @Melaka Homestay | Villa Homestay ini terletak di Taman Kota Syahbandar, Melaka. Idaman Villa terletak ditengah-tengah bandar. Tidak jauh dari Jonker walk, Dataran Pahlawan, Taming Sari, dan pelbagai destinasi menarik di Bandaraya Bersejarah itu.
Hari Keluarga | Minggu lepas, Mimin dan keluarga bercuti di Melaka. Kami sudah lama rancangkan mahu adakan aktiviti berkeluarga yang tidak mengeluarkan budget yang besar dan tidak memerlukan destinasi yang jauh. Jadi, bila kawan-kawan cadangkan Idaman Villa laa menjadi destinasi kami.
Fuhh.. Ini kali pertama dapat homestay besar betul. Idaman Villa ini boleh memuatkan lebih kurang 20 orang lebih. Semestinya sangat selesa. Untuk aktiviti hari keluarga mimin ni, hanya girl-girl je beraksi. Boys not allowed . hihiks.
|
Selepas doa selamat |
|
Sesi Ta'ruf |
|
Aktiviti Peraga Kostum Pengantin |
Pelbagai aktiviti yang menarik telah dilangsungkan di Idaman Villa ini. Antaranya kami adakan doa selamat, Solat Tahajjud, Poco-poco atau senam aerobik, dan kostum pengantin. Aktiviti BBQ sahaja tidak kami jalankan atas sebab hujan. Sedih betul. huhu
Tempat menarik sekitar Idaman Villa @Melaka
Idaman Villa ini terletak di bandar Melaka. Bila dah kat Idaman Villa, jangan bimbang jangan susah hati kalau ada kecemasan lapar, sebabnya disekitar Idaman Villa ada beberapa mamak 24 Jam buka. 7Eleven ada juga, tapi kena start enjin jugak nak pergi. Cuma tak jauh dari Idaman villa. Antara tempat-tempat yang menarik yang lain, yang berhampiran dengan Idaman Villa adalah:
- Jonker Walk
- Taming Sari
- Dataran Pahlawan
- The Stadthuys
- A'Famosa
- Klebang
- Pantai Puteri
- Kuih Keria Antarabangsa
- Coconut Shake, Klebang
- Pahlawan Walk dan pelbagai destinasi bersejarah di Melaka.
Kelengkapan dan Kemudahan
Idaman Villa @Melaka ini dilengkapi dengan pelbagai kelengkapan dan kemudahan yang disediakan. Pendek kata, cuma bawak pakaian je, tak payah bawak macam-macam untuk ke sana. Antara kelengkapan dan kemudahan yang disediakan di Idaman Villa @Melaka ialah:
- 7 Bilik tidur
- TV di setiap bilik dilengkapi dengan astro Njoi.
- 6 Tandas
- TV siaran HyppTV di ruang tamu
- Wifi
- Perkakas alatan memasak
- Peti sejuk
- Microwave
- Dapur Gas, Periuk, Pinggan Mangkuk, Periuk Nasi
Panorama Idaman Villa @Melaka
|
Idaman Villa @Melaka |
|
Ruang Tamu |
|
Ruang Dapur |
|
Pandangan ditingkat 1 Idaman Villa |
|
Bilik 1 di tingkat 1 |
|
Ruang santai di tingkat 2 |
|
Bilik 1 di tingkat 2 |
|
Ruang santai di dalam bilik 1 tingkat 2 |
|
Bilik 2 tingkat 2 |
|
Bilik 3 tingkat 2 |
|
Bilik 1 Tingkat 3 |
|
Bilik 1 tingkat 3 |
|
Bilik 2 tingkat 3 |
|
Bilik 3 tingkat 3 |
|
BBQ Pit |
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Keseluruhannya,
Mimin sangat berpuas hati dengan penginapan di Idaman Villa @Melaka. Disebabkan mimin sampai di Idaman Villa agak lewat sikit, makanya Mimin tak dapat nak amik view di Idaman Villa yang okay sikit. Mimin ada suruh ibu amik kan gambar-gambar di Idaman Villa. Tapi tak berapa fokus pulak. hiks ! Apa ada nya je ni. Gambar-gambar boleh lah tengok di facebook Mimin.
Idaman Villa @Melaka sesuai untuk adakan family day, tempat bersanggah pengantin, dan macam-macam lagi.
Untuk Matlumat Lanjut/ Tempahan:
Contact : 012-2118246 | 016-2098623
12 Comments
Maznee orang melaka. tapi tak tahu pun pasal kuih keria antarabangsa
ReplyDeleteHaha. Nak kena cari juga ni 😃
amboi.. bestnya min..sambil cuti2 siap jadi pengantin lg eh.. hahaha.. nak pergi jugak melaka.. lamanya tak pergi..
ReplyDeleteselesanya tempat ni...
ReplyDeletecantiknya ..... hahah nk pergi tapitakde kelapangan . huhu
ReplyDeletewow. terbaik location dia. ramai orang prefer homestay sekarang ni kan
ReplyDeletecantik homestay die..haritu nampak uzu pergi, pastu geng2 blogger lain pergi gak..
ReplyDeleteCantikkk. Tapi saya yang orang melaka pun tak sure tu kat mana haha
ReplyDeleteWahhh.. bestnya homestay nie
ReplyDeleteNext family day nak buat kt sini jugak laaa..lengkap semua dah ada
ReplyDeleteMeriahhh siap dengan gayakan costume pengantin :) Homestay luas dan selesa macam ni memang best ^_^
ReplyDeleteFeel feel mcm pengantin je semua. Kuih keria antarabangsa. Tak p rugi!!
ReplyDeleteUishh besar dan cantik lah homestay kat melaka ni .. pastu dekat ngan tempat menarik .. tu paling penting.
ReplyDeleteNanti nak trylah ... terima kasih mimin dengan info homestay ni.