Selamat Tahun Baru Cina semua. Belum terlambatkan nak wish. hihihi... Tahun 2017 adalah Tahun Ayam Api, yang dimulai dari tanggal 28 Januari 2017 (Tahun Baru Imlek China atau Festival Musim Semi China) dan berlangsung sampai dengan tanggal 15 Februari 2018. Elemen Api (Yin) menjadi unsur dominan di tahun ini yang menunjukkan kehangatan serta ketenangan batin di dalam menjalin hubungan antar pribadi dan keluarga.
Solat Sunat Istikharah
January 17, 2017
Kenapa hati ragu-ragu sedangkan keputusan telah dibuat. Pernah tidak terfikir untuk lakukan solat sunat istikharah untuk memastikan keputusan itu adalah sewajarnya atau sebaliknya. Bak kata orang lain yang tak ada dalam situasi korang.. Fikir masak-masak. Jangan main buat keputusan. Nanti kau jugak nak menghadap akan datang. haa giteww
Solat Sunat Istikharah
Umat Islam disuruh mengerjakan solat sunat Istikharah bagi menyelesaikan jalan buntu atau untuk membuat suatu pilihan atau keputusan dalam segala urusan kehidupan. Terdapat beberapa hadis Rasulullah SAW yang menggalakkan solat Istikharah.
Selamat Pengantin Baru Yatt Sahdan
January 15, 2017
Tak sangka, dulu main pondok-pondok bawah meja. Gosip-gosip mak jemah. Dah sah jadi milik orang dah dia. Banyak jugak benda yang baik buruk kita lalu sama sama. Mana tak tidak, sepupu sepapat.
FoodReview | Kambing Grill sedap Subang Bestari
Sedap dan murah. Mana ada menu kambing ni murah.. Kalau zaman sekarang ni kalau ada acara majlis besar-besar barulah dapat merasa makan kambing.. Kalau pergi ke kedai makan memang takdelah harganya murah-murah. Tapi, ada satu tempat di Subang Bestari. Kambing grill dia padu. Sekarang viral dahh kambing grill dia. Mesti trusted Kambing Grill kalau dah viral.. ye tak?
FoodReview | Tauhu Bakar Best Ayer Hitam
January 14, 2017
Ayer Hitam terkenal dengan pusat dagangan tembikar, anak patung, karpet serta barang-barang perkahwinan. Kalau singgah Ayer Hitam, janganlah lepaskan peluang untuk cuba rasa tauhu bakar best Ayer Hitam. Sedap sangat !!
Travel | [Day 2] Pakej Snoorkeling Terbaik Pulau Perhentian - Perhentian Kravers
Lama betul nak sambung cerita pasal Pulau Perhentian ni. Hahaha. Nak masuk setahun dah pergi. Walaupun dah nak setahun, tetapi ! masih segar dalam ingatan weyhhh ! seronok tau snorkeling sambil tengok coral sambil tengok ikan sambil tengok ikan Yu
Abang Matt Snoorkeling
Eid semalam lagi dah ingatkan awal-awal suruh bangun awal-awal untuk slot snorkeling. Makanya, seawal pukul 8.00 pagi dah kena standby. Hari kedua ni kitorang dibawa ke 5 buah tempat snorkeling paling best kat Pulau Perhentian ni. Untuk trip snorkeling ni kitorang ambil pakej dengan Perhentian Kravers. Lama jugak la si Mera ni deal dengan si Mudy ni. Yang pasti 2 bulan sebelum tarikh pergi kiteorang pergi Mera dah booking dengn si Mudy ni sebab kalau lambat booking mesti full!
Abang Matt ni legend dengan ikan-ikan dekat Pulau perhentian ni. So, korang tanyalah dengan ikan-ikan ni kenal Abang Matt ke tak. hahahaha.. Tapi memang syokk habis snorkeling dengan Abang Matt ni weyh. Siap bawak pergi tunnel weyh, Aku kene gigh laa tahan nafas around 3 minit dalam tuu. tanpa amik nafas dan hembus nafas. hahaha
Fish Point
Haa, Fish Point mestilah banyak ikan kat kawasan ni. Semua jenis ada, ikan belang-belang ada ikan hitam ada macam macam lah ada. Tapi, aku ni sejenis takut ikan rupanya. Mana taknya awal-awal dah kene gigit dengan ikan. Ikan pun x suka aku. hahahaha..
Kat sini, kalau korang ada standby makanan. Korang dapat laa main dengan ikan. Sebab ikan-ikan ni lapar teruk agaknya. Serbu macam ikan-ikan bilis.. huhu
Turtle Point
Point kedua ni, memang port lepak turtle kat sini. Tapi masa kiterorang sampai, ramai betul masa ni. Tersaing dengan boat lain. Masa ni aku takde keberanian nak masuk ke dasar. Untunglah Hanis, Kak Nera, dengan Kak AG dapat masuk dasar awal-awal ni guide dari Abang Matt.. Tengok guide Snorkeling lain takde pulak masuk ke dasar ni..
Shark Point
Light House
Okay, point sinilah aku nak berlagak sikit.. kahkahkah.. Aku berjaya tahan nafas untuk nikmati pemandangan didasar laut sambil lalu bawah tunnel ni.. Best sangat. Pengalaman tak dapat dilupakan..
tuu dia, aku tutup hidung punya tak nak kasi air masuk kat lubang hidung yang besar ni. hahahha, tak berapa ingat pulak berapa ketinggian dasar ni..
Hahahaha! time ni diorang macam aksi terjun dari light house tu. Hahahah. berdekah betul tengok kak niera acah berani nak terjut tapi takut. hahaha. kalau aku pun takut. hahahahaha.. medaii medaaiii
Romantic Beach
Point terakhir kami, romantik beach. Kat point ni banyak gamat. Hahaha. kelakar giler, acah acah nak snorkeling. sekali cetek daaaaa air diaa.. Kenapa nama dia romantik beach ? hahaha sebab port matt saleh dating sini malam malam.
Inilah antara service yang pihak Perhentian Kravers Sediakan.. Sangat terbaik ! Pakej snorkeling ni aku rase boleh tahan murah Mudy bagi sebabnya pakej ni termasuk sekali dengan penginapan, 5point snorkeling dan jugak makan minum kat sana. Siap ade BBQ ok. Penginapan pun selesa. Kitorang tido kat Sharila Resort lagi. Total semua RM350. Siap berdengkur kau penat namaaateyyyy. kahh!
Terima Kasih dekat abang Matt yang melayan kiteorang sepanjang kat laut tuu.. Malam tu kitorang dijamu dengan BBQ. Memang kenyang lah cerita dia. Dah penat seharian bersnorkeling, niat nak pergi long beach malam tu pun dibatalkan. Tunggulah next time kitorang repeat insyaaAllah. Hehehe.
Dan esoknya balik !! Tak puas makcik ni nak berholidayyyyyyy. guysss! repeatt pleaseeee
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
PERHENTIAN KRAVERS
Whatsapps : +6014-542 7543
Website: http://perhentiankravers.com/
Facebook : https://www.facebook.com/PerhentianKravers
Instagram: https://www.instagram.com/perhentiankravers/
Jom "Ber" #GooseySelfie dan Menang RM10K
January 12, 2017
RM10,000 siapa tak nak... Kalau rasa nak jadi salah sorang pemenang contest #GooseySelfie ni. Baik cepat-cepat join contest ni. tak silap tinggal beberapa hari je lagi nak tutup dah contest ni. Tapi apa kaitannya contest selfie dengan shopping mall yang bakal dibuka tidak lama lagi ni?
MyTown Shopping Mall
Beriyalah orang Kampung Pandan. Sebelum ni lepak IKEA Cheras, Tak lama lagi bakal buka Shopping Mall baru. Siap bersambung lagi dengan bangunan IKEA Cheras. Makin patah kaki laa korang yang singgah IKEA Cheras tuu. Jangan sesat pulak kat dalam tu. huhu. MyTOWN Shopping Centre lah nama dia.. Pusat membeli belah ini dijangka akan dirasmikan tidak lama lagi.
Contest #GooseySelfie anjuran MyTown Shopping Mall
Masih sempat lagi kalau nak join contest ni. Tak nak ke menang RM10K. hihi. Aku dah join dah. Cara nak join takde lah susah mana..
1. Pergi ke website : www.gooseyselfie.com.my
2. Klik "Join Now"
3. Sekarang, tekan "Start"4. Pastikan login ke Facebook anda sendiri
5. Lepas tu nanti dia akan tanya soalan, then korang jawab dan tekan "Confirm"
6. Kemudian upload gambar yang sedia ada atau snap yang terbaru dengan menggunakan kamera phone atau webcam anda dan sila tambah elemen ‘goose’ pada gambar tersebut.
7. Dah siap ? Klik "Submit" !
8. Dan share ke Facebook korang dengan menggunakan #GOOSEYSELFIE
okay, settle mudahkan ? Dan setiap minggu, 10 pemenang akan dipilih dan akan post di Facebook Fanpage iaitu di www.facebook.com/mytownshoppingcentre .
![]() |
Mimin join sebagai GooseyDonna |
Cuba korang pulak buat.. apa nama Goosey korang.. Sebab bukan kita yang create nama sendiri. Dia akan automatik keluar nickname Goosey. Huhu. Best tak? Sambil selfie lepas tu edit boleh menang hadiah. Jomlah ajak kawan kawan korang join sama pertandingan selfie #GOOSEYSELFIE yang dianjurkan oleh MyTOWN Shopping Centre. Good Luck kalau dah join..
Powered by Blogger.