PERCUTIAN HEBAT DI BAYOU LAGOON PARK RESORT, MELAKA

March 24, 2017
Hujung minggu yang lepas, aku dengan keluarga semua bercuti. Destinasi bersama keluarga kali ini aku ke Bayou Lagoon Park Resort yang terletak di Jalan Wakaf Utama, Bukit Katil ni lebih kurang 1 jam 30 minit dari Batu Pahat. Haaa, Macam dekat Batu Pahat dengan Melaka. Tapi tak sebenarnya. Kena layan lori-lori yang muatan berat itu belum lagi cerita jalan jem.. Kami gerak pun agak lewat jam 10.30 pagi, ngam-ngam jam 12.00 tengahari sampai di sana, dan disebabkan waktu check-in adalah jam 3.00 petang, maka kami ambil keputusan untuk relaks dan jalan-jalan di tempat-tempat menarik sekitar Bandaraya Melaka yang tidak jauh dari lokasi penginapan. Paling jauh pun 20 minit sahaja ke Pantai Klebang. Cuma kena bertabah dengan traffic-light yang sangat banyak di sana.


Bayou Lagoon Park Resort, Melaka

Sampai-sampai jee kat Bayou Lagoon tu aku tak pandang lain dah. Aku terus ke kaunter untuk membuat daftar masuk. Sesampai je kat sini, bilik kami sudah disediakan. Wah, teruja beb sampai situ. Mana tak nya, dah lama tak bercuti dengan keluarga. Sebab tu kami semua bersemangat betul nak bercuti ke Bayou Lagoon. Memang berbaloi lah bercuti kat sini. Servis yang sangat baik, effektif. Belum cerita lagi bahagian receptionnya. Baju mereka kemas sekali gus melambangkan personaliti yang menarik. Serius, tempat sebegini sesuai untuk keluarga yang ingin keseronokan atau pergi bersama sama rakan. Jika berseorangan, lebih baik cari tempat yang nyaman dan sunyi.


Di Bayou Lagoon Park Resort ini ada dua blok Apartment iaitu Amari Villa dan Tahiti Villa dan mempunyai lebih kurang 566 unit bilik berkonsepkan Studio dan Apartment dengan 2 atau 3 katil. Dan sebab penginapan kami telah di-booking, takdelah awal sangat, 2 hari sebelum bertolak baru confirm booking, sampai sahaja lobby terus check-in dan kami ditempatkan di dua unit bilik apartment di Tahiti Villa.


Bilik yang dilengkapi dengan ciri-ciri moden kontemporari menaikkan lagi rasa puas hati bagi setiap pelanggan yang hadir ke tempat ini. Susunan katil, meja, kerusi televisyen sangat menarik dan selesa. Ruang bilik juga adalah mengikut kategori harga bilik. Sini ada cabinet dapur asas. Aku suka sangat. So senang sikit nak basuh gelas guna sinki tandas. Ada juga peti ais mini, cerek elektrik dan bahan bahan minum. Sangat okay bagi aku.


Semakin tinggi nilai bilik, semakin luas dan selesa bilik yang kita dapat. Jika bajet kurang, boleh ambil yang nilainya murah sikit. Sesuai dengan bajet yang korang ada tu.. Yang paling penting, keesokan harinya aku dengan anak-anak buah aku akan mandi manda sampai puas di kolam bawah. Kalau dah sampai sini, memang tak sabar nak bermain air. Yelah kan sepanjang perjalan budak-budak ni dok sebut nak main air-air-air. Yang seronoknya, di Waterpark ni terdapat 2 water slides utama, untuk budak besar, bapak budak dan datuk nenek budak, ada 2 swimming pool besar, dan satu waterpark untuk budak kanak-kanak kecil dan mak budak yang kena jaga anak baby...hehe! Ada juga dry-park macam roller-coaster tu, bump car, macam fun-fair kan! So memang tak berebut langsung pun walaupun orang memang packed gila waktu macam ni! Memang sesuai kalau nak bawa seisi keluarga lepak sini sebab memang masing-masing puassss...ahhh! Gitu!


Bayou Coffee House adalah café utama yang memang cozy dan selesa. Juga menyediakan makanan dan masakan tempatan dan tempatan untuk sajian buffet sarapan pagi setiap pagi. Kat sini banyak pilihan makan. Jangan sampai nanti korang tak termakan pulak dengan semua pilihan makanan di sini. Jadi bagi sesiapa yang memilih tentang makanan, di sini korang dah tidak perlu risau lagi. Pilihan masakan bagi ala-carte juga disediakan. Jadi kalau ada tempahan juga boleh digunakan. Makanan di sini memang sedap. Kalau nak booking untuk event sangat recommended. Tempatnya yang happening, sesuai juga untuk company buat family day di sini. 


Selain Waterpark, tarikan lain di sini juga ialah Magic Art Museum yang ada macam 3D mural yang kelakar-kelakar tu yang bertemakan Aquarium, Fantasy, Egypt, Funny, Cultural, Adventure, Water Fall & Angkor Temple...sakan eh? Seronok juga menggila di dalam tu. Banyak lukisan 3D yang cantik-cantik untuk kita berposing. Kalau ramai orang, memang sesak sikitlah. Kebetulan masa kami pergi masa tu tak ramai orang sangat. Tenang lah sedikit nak bergambar dan bergelak ketawa. Jadi percutian kali ni lebih bermakna dengan memori memori indah yang saya dapat di sini. Jom book Buyou Lagoon Park Resort online sekarang.

Jom Bercuti bersama Traveloka

Percutian kali ini aku menggunakan service Traveloka. Korang pernah pakai Traveloka tak? Kalau korang bercuti tak ada perancangan yang rapi, jangan tanya kenapa kalau korang terlebih budget pulak ye. Musim sekolah ni, banyak sangat promosi-promosi yang wujud. Tips pertama bercuti adalah SURVEY ! Memandangkan aku nak tenangkan fikiran dengan keluaga aku kat hotel, semestinya aku cari hotel yang selesa, bersih, cantik dan yang paling penting semua kemudahan ada. Tak sangka! memang tepat pada masa, traveloka tengah buat promosi hujung tahun , dan omaigod !! memang banyak diskaun untuk hotel-hotel yang keseluruhannya hampir 100 hotel yang terdapat di Malaysia.. Bagi korang yang tak tahu, sila register sekarang juga di https://www.traveloka.com/en-my ,rugi tau lepaskan peluang ni ..



So sekarang, korang masih ada masa lagi untuk bercuti dengan keluarga bersama Traveloka. Nak cari hotel takda masalah lagi, nak tiket penerbangan murah takda masalah lagi. Korang type je Traveloka dekat google serch tuu.. Semua ada di Traveloka! Tak perlu nak terhendap-hendap cari kat tempat lain. Ada masa lain, aku akan share cara aku menggunakan service Traveloka ini.

Selamat Bercuti uolls !




Selamat Hari Wanita 2017

March 8, 2017
Hari Wanita Sedunia yang jatuh pada 8 Mac setiap tahun, ini adalah hari yang besar disambut untuk memperingati kejayaan wanita dalam bidang ekonomi, politik dan sosial. Selamat hari wanita buat wanita diluar sana.

SEJARAH HARI WANITA

Menurut sejarah, pada tahun 1917 dua juta tentera Rusia terbunuh dalam perang yang mengakibatkan wanita Rusia mengambil jalan-jalan pada hari Ahad terakhir pada bulan Februari dipanggil "Bread and Peace". Pemimpin politik menentang bantahan itu, tetapi tindakan tetap dilakukan untuk Czar (raja) di Rusia apabila ia turun takhta dan kerajaan sementara mengiktiraf hak wanita untuk mengambil bahagian dalam pilihan raya.

Hari bersejarah jatuh pada 23 Februari pada kalendar Julian yang digunakan di Rusia atau 8 Mac, mengikut kalendar Gregorian atau kalendar SM. Hari Wanita Dunia sebelum ini telah hilang, tetapi dengan kebangkitan feminisme pada 1960-an, perayaan ini disambut lagi sehingga akhirnya pada tahun 1975, Bangsa-Bangsa Bersatu mula menaja Hari Wanita Sedunia sebagai perayaan Antarabangsa dikhaskan untuk semua wanita di dunia.
 
Sambutan ini juga untuk memperingati peristiwa-peristiwa dalam api Triangle Shirtwaist Kilang di New York pada tahun 1911 yang mengorbankan 140 wanita kehilangan nyawa mereka.

FOOD HUNTER | Klasik Kafe D'Sentral

March 3, 2017
Kalau kat Batu Pahat ni, aku memang suka sikit explore kedai-kedai makan kat sini. Mana yang aku datang banyak kali, kedai makan tu lah aku rasa kena dengan selera tekak ni dan nak korang pun sendiri datang kat kedai ni. hahaha

Klasik Kafe D'Sentral

 

Kedai makan ni terletak berhampiran kedai Al-Ikhsan, Sederet dengan Al Ikhsan,. Lepas tu, kalau korang pergi makan kat sini, dah kenyang bolehlah pergi jalan-jalan kat Old Street tu. Sebab, kat Old Street   semua makanan atau minuman semuanya mahal-mahal. Almaklumlah kafe Hipsturrr katanya. Pilihlah tempat yang tak kena GST. hahaha..


Inilah view yang kedai makan Klasik Kafe D'Sentral. Gambar atas ni dibawakan khas dari blog Saudagar Purba . Selamat ulang tahun kelahiran buat Mamet Rashid. Sambutan hari lahir Mamet ni buat kat kedai makan Klasik Kafe D'Sentral ni. Sebab utama aku pilih tempat ni, makanan dia sedap dan murah. Lepas tu tenang tenang je kedainya. Takde hingar bingar bunyi bising.





Sempatlah berswafoto ramai-ramai kat kedai makan Klasik Kafe D'Sentral, Batu Pahat. Dan terserlahlah muka aku yang besar gedabak kat situ..

-----------------------------------------------------------------------

Kafe Klasik D'Sentral

Alamat:
No.32, Jalan Rotan Batu,
Taman Sri Jaya, 83000 Batu Pahat Johor
Masa:
5.00 petang - 12.00 malam
Hubungi :
+6011 1303 5598

Perkhidmatan Makeup Di Batu Pahat Dari Yatt Sahdan

March 1, 2017
Makeup atau kata melayunya solekan. Solekkan ni sebenarnya ianya juga seni. Seni melukis dan mewarna Semestinya kena pandai main warna selari dengan menggunakan teknik yang betul. Dengan solekan atau makeup ini juga dapa memberikan keyakinan seseorang bertambah. Haaa gittewww... Tapi makeup ni tak kekal. Makeup ni bukannya buat pembedahan surgery. Janganlah samakan maksud pulak.

Makeup atau Solekan

Makeup atau solekkan bertujuan untuk memberikan rupa paras seseorang itu lebih menonjol kecantikkan rupa seseorang. Cubalah korang yang tak pernah nak makeup tu, bila dah kena sentuhan tu korang sendiri pun tah sedar ke tak sedar sebenarnya korang ni cantik luar biasa. Sebabnya rupa paras nampak ada perubahan itulah uniknya sentuhan teknik melukis dan mewarna ketika menaikkan bentuk hidung yang kurang mancung. Menaikkan tulang pipi agar nampak lebih muda tak pun nampak kurus mukanya tu dan juga dapat menyembunyikan kekurangan yang ada di wajah seseorang.


Perkhidmatan Makeup Di Batu Pahat Dari Yatt Sahdan

Okaylah, aku mengaku aku tak pandai langsung bab bab ni.. Nak cakap lebih pun aku tak pandai. Biasa aku pakai cream foundation dari Sendayu Tinggi lepas tu tepek powder lepas tu calit laa lips sikit. Kalau rajin pakai laaa eyeliner ke mascara ke . Hahaha

Lain pulak cerita Yatt Sahdan ni haa, dia antara favorite aku. Walaupun dia masih baru dalam dunia Make Up Artis ni, tapi aku tengok hasil tangan dia sangat memuaskan hati ! Murah pun murah. Kat Batu Pahat ni mana nak cari make up yang berbaloi dengan harga dan hasilnya. Orang-orang Batu Pahat mana-mana yang masih mencari make up artis untuk pre wedding, tunang, nikah ataupun apa apa event boleh roger dengan Yatt Sahdan ni. Boleh lah ushar Facebook ataupun Instagram dia. 

Tanya aku apa pun tak dapat. Sebab aku buta berus. Hahahha. So, mana mana nak look doll ke nak makeup light light ke apa ke boleh dah roger Yatt Sahdan ni.

---------------------------------------------------

Untuk maklumat lanjut berkaitan tempahan boleh terus hubungi beliau:

Yatt Sahdan
WhatsApps: +60 11 - 3398 6269
Facebook : Yatt Sahdan

Instagram : @yatt_sahdan


Powered by Blogger.
Back to Top