Hujung minggu yang lepas, aku dengan keluarga semua bercuti. Destinasi bersama keluarga kali ini aku ke Bayou Lagoon Park Resort yang terletak di Jalan Wakaf Utama, Bukit Katil ni lebih kurang 1 jam 30 minit dari Batu Pahat. Haaa, Macam dekat Batu Pahat dengan Melaka. Tapi tak sebenarnya. Kena layan lori-lori yang muatan berat itu belum lagi cerita jalan jem.. Kami gerak pun agak lewat jam 10.30 pagi, ngam-ngam jam 12.00 tengahari sampai di sana, dan disebabkan waktu check-in adalah jam 3.00 petang, maka kami ambil keputusan untuk relaks dan jalan-jalan di tempat-tempat menarik sekitar Bandaraya Melaka yang tidak jauh dari lokasi penginapan. Paling jauh pun 20 minit sahaja ke Pantai Klebang. Cuma kena bertabah dengan traffic-light yang sangat banyak di sana.
Bayou Lagoon Park Resort, Melaka
Sampai-sampai jee kat Bayou Lagoon tu aku tak pandang lain dah. Aku terus ke kaunter untuk membuat daftar masuk. Sesampai je kat sini, bilik kami sudah disediakan. Wah, teruja beb sampai situ. Mana tak nya, dah lama tak bercuti dengan keluarga. Sebab tu kami semua bersemangat betul nak bercuti ke Bayou Lagoon. Memang berbaloi lah bercuti kat sini. Servis yang sangat baik, effektif. Belum cerita lagi bahagian receptionnya. Baju mereka kemas sekali gus melambangkan personaliti yang menarik. Serius, tempat sebegini sesuai untuk keluarga yang ingin keseronokan atau pergi bersama sama rakan. Jika berseorangan, lebih baik cari tempat yang nyaman dan sunyi.
Di Bayou Lagoon Park Resort ini ada dua blok Apartment iaitu Amari Villa dan Tahiti Villa dan mempunyai lebih kurang 566 unit bilik berkonsepkan Studio dan Apartment dengan 2 atau 3 katil. Dan sebab penginapan kami telah di-booking, takdelah awal sangat, 2 hari sebelum bertolak baru confirm booking, sampai sahaja lobby terus check-in dan kami ditempatkan di dua unit bilik apartment di Tahiti Villa.
Bilik yang dilengkapi dengan ciri-ciri moden kontemporari menaikkan lagi rasa puas hati bagi setiap pelanggan yang hadir ke tempat ini. Susunan katil, meja, kerusi televisyen sangat menarik dan selesa. Ruang bilik juga adalah mengikut kategori harga bilik. Sini ada cabinet dapur asas. Aku suka sangat. So senang sikit nak basuh gelas guna sinki tandas. Ada juga peti ais mini, cerek elektrik dan bahan bahan minum. Sangat okay bagi aku.
Semakin tinggi nilai bilik, semakin luas dan selesa bilik yang kita dapat. Jika bajet kurang, boleh ambil yang nilainya murah sikit. Sesuai dengan bajet yang korang ada tu.. Yang paling penting, keesokan harinya aku dengan anak-anak buah aku akan mandi manda sampai puas di kolam bawah. Kalau dah sampai sini, memang tak sabar nak bermain air. Yelah kan sepanjang perjalan budak-budak ni dok sebut nak main air-air-air. Yang seronoknya, di Waterpark ni terdapat 2 water slides utama, untuk budak besar, bapak budak dan datuk nenek budak, ada 2 swimming pool besar, dan satu waterpark untuk budak kanak-kanak kecil dan mak budak yang kena jaga anak baby...hehe! Ada juga dry-park macam roller-coaster tu, bump car, macam fun-fair kan! So memang tak berebut langsung pun walaupun orang memang packed gila waktu macam ni! Memang sesuai kalau nak bawa seisi keluarga lepak sini sebab memang masing-masing puassss...ahhh! Gitu!
Bayou Coffee House adalah café utama yang memang cozy dan selesa. Juga menyediakan makanan dan masakan tempatan dan tempatan untuk sajian buffet sarapan pagi setiap pagi. Kat sini banyak pilihan makan. Jangan sampai nanti korang tak termakan pulak dengan semua pilihan makanan di sini. Jadi bagi sesiapa yang memilih tentang makanan, di sini korang dah tidak perlu risau lagi. Pilihan masakan bagi ala-carte juga disediakan. Jadi kalau ada tempahan juga boleh digunakan. Makanan di sini memang sedap. Kalau nak booking untuk event sangat recommended. Tempatnya yang happening, sesuai juga untuk company buat family day di sini.
Selain Waterpark, tarikan lain di sini juga ialah Magic Art Museum yang ada macam 3D mural yang kelakar-kelakar tu yang bertemakan Aquarium, Fantasy, Egypt, Funny, Cultural, Adventure, Water Fall & Angkor Temple...sakan eh? Seronok juga menggila di dalam tu. Banyak lukisan 3D yang cantik-cantik untuk kita berposing. Kalau ramai orang, memang sesak sikitlah. Kebetulan masa kami pergi masa tu tak ramai orang sangat. Tenang lah sedikit nak bergambar dan bergelak ketawa. Jadi percutian kali ni lebih bermakna dengan memori memori indah yang saya dapat di sini. Jom book Buyou Lagoon Park Resort online sekarang.
Jom Bercuti bersama Traveloka
Percutian kali ini aku menggunakan service Traveloka. Korang pernah pakai Traveloka tak? Kalau korang bercuti tak ada perancangan yang rapi, jangan tanya kenapa kalau korang terlebih budget pulak ye. Musim sekolah ni, banyak sangat promosi-promosi yang wujud. Tips pertama bercuti adalah SURVEY ! Memandangkan aku nak tenangkan fikiran dengan keluaga aku kat hotel, semestinya aku cari hotel yang selesa, bersih, cantik dan yang paling penting semua kemudahan ada. Tak sangka! memang tepat pada masa, traveloka tengah buat promosi hujung tahun , dan omaigod !! memang banyak diskaun untuk hotel-hotel yang keseluruhannya hampir 100 hotel yang terdapat di Malaysia.. Bagi korang yang tak tahu, sila register sekarang juga di https://www.traveloka.com/en-my ,rugi tau lepaskan peluang ni ..
So sekarang, korang masih ada masa lagi untuk bercuti dengan keluarga bersama Traveloka. Nak cari hotel takda masalah lagi, nak tiket penerbangan murah takda masalah lagi. Korang type je Traveloka dekat google serch tuu.. Semua ada di Traveloka! Tak perlu nak terhendap-hendap cari kat tempat lain. Ada masa lain, aku akan share cara aku menggunakan service Traveloka ini.
Selamat Bercuti uolls !
9 Comments
wowwwwwwwww bestnya bayou lagoon...ritu nak pi tak pi lagi...semua full...nanti kena usya lagi lah...tq mimin.
ReplyDeleteWahh siap ada fun fair!
ReplyDeletenice~~
ReplyDeletecantiknya, tambah-tambah lagi kawasan kolam tu, macam best je mandi-manda kat kolam tu
ReplyDeletemacam best jeeee
ReplyDeletedah lama rancang nak pegi....kn pegi jugak ni nampaknya...tq share
ReplyDeletelawa tempatnya. lama dah teringin nak ke melaka
ReplyDeleteI am not sure the place you are getting your information, but good topic.
ReplyDeleteI needs to spend a while finding out much more or figuring out more.
Thanks for magnificent information I was looking for this info for my mission.
Awesome article.
ReplyDelete