Maksud Import, Eksport dan Entrepot

May 31, 2017
Sejak kerja kat tempat kerja yang sekarang ni, semua kena maklum dengan perkara-perkara asas untuk jual beli dalam dan luar negara. Sebelum ni ada jugak belajar. Tapi tak terperinci. Maka, jom ler kita sama sama memorise semula apa yang kita belajar dulu. So, Yang ini kita kenal-kenal dulu dengan word di bawah ni



Definisi Perniagaan Import

Membeli barang atau perkhidmatan dari negara lain. Suatu import adalah merupakan apa-apa barangan (contohnya satu komoditi) atau perkhidmatan yag dibawa ke dalam sebuah negara dari negara lain di dalam satu kaedah yang disahkan oleh undang-undang, biasanya bagi kegunaan di dalam perdagangan. Import barangan atau perkhidmatan diberikan kepada pelanggan tempatan oleh penghasil. Satu import di dalam negara penerima adalah satu eksport kepada negara penghantar.

Definisi Perniagaan Eksport 

Menjual barang dan perkhidmatan kepada negara lain. Export adalah suatu kegiatan pemindahan barang dari tempat asal ke tempat lain. Dalam dunia perdagangan, pengertian Export adalah proses pengiriman atau penjualan barang dari dalam negeri dengan tujuan luar negeri. Di mana dalam kegiatan export tersebut tidak terlepas dari proses dan aturan yang berlaku di negara tersebut dan melibatkan berbagai pihak. Baik itu instansi swasta meupun negeri.

Definisi Perniagaan Entreport 

Aktiviti mengimport barang dari negara asing, diproses atau disimpan dan dieksport semuala ke negara lain. Peniaga entreport memproses semula barang import sebelum dieksport.

Definisi Import Nyata

Membeli barang berbentuk fizikal dari Negara luar. Pembelian barang berbentuk fizikal dari luar negara merupakan import nyata.
    • Barang pengguna - kasut
    • Barangan pelaburan atau modal - mesin
    • Barangan perantaraan
    • Barangan import untuk dieksport

      Definisi Import Tak Nyata

      Membeli perkhidmatan yang ditawarkan oleh negara luar. import tak nyata merupakan pembelian perkhidmatan yang ditawarkan oleh luar negara.
        • Pengangkutan dan insuran
        • Pelancongan
        • Pelaburan
        • Perkhidmatan lain

        Definisi Eksport Nyata

        Menjual barang berbentuk fizikal ke negara yang lain
          • Barangan pertanian - Contoh : Getah, minyak kelapa sawit
          • Barang galian - Contoh : Bijih Timah, petrolium
          • Barang perkilangan - Contoh : TV

            Definisi Eksport Tak Nyata

            Menjual perkhidmatan yang disediakan oleh rakyat tempatan kepada negara luar untuk meningkatkan nilai barang
              • Pengangkutan dan insuran
              • Pelancongan
              • Pelaburan
              • Perkhidmatan lain

              --------------------------------------

              okay, next entry Mimin dah update apa itu Free Trade Agreement (FTA) atau bahasa melayu sebut Perjanjian Perdagangan Bebas. 

                Giveaway CASH RM1000+ Mei 2017 by Emas Putih

                May 29, 2017

                SALAM RAMADAN 1438H/2017M


                Semoga Allah mencucuri rahmat-Nya anda dan keluarga anda di bulan Ramadhan ini. Penuhi bulan suci ini dengan perkara-perkara yang faedah. Full Solat, khatam AL Quran. ALhamdulillah. Yang penting korang #done . hahahahaahha. Tapi, kalau boleh elakkan. takutnya, dari dapat pahala,, disebabkan riak. tak dapat pahala tersebut. ehh. Ramadhan ke 3 ni, ada yang dah ponteng ke ? kikiki. Salam ramadhan guys

                Shopee Cahaya Raya Ini Pasti Akan Membuatkan Anda Menangis Kegembiran

                May 16, 2017
                Website mana yang menjadi pujaan hati korang untuk ber shopping online ? Sebelum ni, aku shopping kat tempat lain. Tak sangka Shopee Malaysia ni applikasi yang membolehkan korang jual atau beli produk cuma guna smartphone atau laptop. Aku pernah try beli barang-barang yang ada kat Shoppe Malaysia tu. Tak terfikir harganya tersangatlah murah ! Kalau pandai pilih. Hihi


                Applikasi Shopee.my
                Shopee.my

                Shopee.my

                Shopee adalah pasaran sosial mudah alih nombor satu di Asia Tenggara dan Taiwan yang membolehkan orang ramai memilih, membeli dan menjual. Platform ini dibina khusus untuk Asia Tenggara, menjamin proses membeli-belah yang mudah, selamat tanpa kerumitan menerusi sokongan pembayaran dan logistik yang kukuh. Pasukan Shopee yakin dengan kuasa teknologi yang sentiasa berubah. Apabila aktiviti membeli-belah menerusi peranti mudah alih menjadi kelaziman baharu, Shopee mensasarkan untuk terus meningkatkan platform tersebut dan menjadi destinasi perdagangan mudah alih pilihan di rantau ini. Shopee disokong oleh Garena, syarikat platform Internet terbesar di Asia Tenggara.


                Meh sini aku terangkan apa yang bestnya applikasi Shopee ini. Ia adalah satu applikasi yang direka khas untuk penjual dan pembeli membuat transaksi secara online dengan pantas, selamat dan lancar. Jika korang mempunyai banyak benda tak guna di rumah tapi sayang nak buang, gunakan je applikasi Shopee untuk menjual barang-barang korang. Jangan risau kena tipu kerana selaku penjual, korang hanya akan menghantar barang korang selepas menerima bayaran daripada pembeli. Dan duit si pembeli pula hanya akan dipindahkan kepada penjual selepas pengesahan penerimaan barangan dilakukan. Dua-dua win-win situation.

                Cara mudah shopping di Shopee.my

                Macam aku, aku ada je nak jual barang.. Tapi tak pastilah barang yang aku nak jual ni boleh terjual ke macam mana. Hahahha. Jadi, aku jadi pembeli je lahh. Dan ! aku dah pun terjebak membeli barang yang awesome kat Shopee.my ni. Macam sedia maklum, Shopee.my ni platform untuk kita menjual dan membeli. Makanya, mestilah setiap barang yang terjual berlainan penjual/ Jadi.. kalau korang select item pelbagai. Jangan terperanjat pulak kalau kos pos atau penghantaran di caj berasingan.

                Kelebihan Shopee.my

                  • Secara ringkasnya shopee my ni online store yang menjual pelbagai jenis produk dalam satu platform. Boleh juga didapati di Apps Store atau PlayGoogle. Di Shopee.my ada pelbagai produk dan ramai seller.
                  • Murah. Korang boleh cuba bandingkan sendiri harga, memang dekat sini lebih murah.
                  • Ada banyak sale dan diskaun.harga yang murah akan jadi bertambah murah.
                  • Jangan risau.. Shopee.my ni senang dan selamat untuk shopping dekat sini.dari mula memilih produk sampai lah ke bab bayaran dan penghantaran, semuanya mudah dan selamat.
                  • Produk yang dijual semuanya asli (original).
                    Weyhh! Dah nak mula puasa ni, semestinya di Shopee.my ada buat promosi untuk hari raya. Shopping banyak-banyak tau! Sambil membeli tuu korang wajib tengok update Shopee.my di Facebook. Diorang ada buat giveaway sempena Shopee Cahaya Raya .. Wahh ! hadiahnya pun menarik-menarik sangat. Aku tak nak terlepas dari join contest giveaway Shopee.my ni. Hadiah dia boleh buat raya beb!

                    Shopee Cahaya Raya 2017

                    Hari Raya adalah perayaan terbesar di Malaysia. Shopee telah memperuntukkan bajet yang besar. Shopee Malaysia juga bekerjasama dengan kedai-kedai rasmi seperti Nestle, Unilever, Senheng, Huawei, OPPO dan ASOTV untuk membawa 45 hari tawaran tanpa henti untuk semua orang.


                    Dari 15 Mei hingga 30 Jun, Cahaya Raya bersama Shopee akan menampilkan 24 kempen termasuk jualan murah khas dari Kedai Rasmi dan 25,000 jenis produk dengan potongan harga sehingga 90%. Dari lebih 10 kategori produk, pasti semua orang dapat menikmati keseronokan membeli-belah selama 45 hari.

                    Antara pertandingan yang akan dijalankan sempena Cahaya Raya Bersama Shopee

                    1. Pertandingan 45 Days of Surprise Giveaways (45 Hari Hadiah Kejutan)
                    2. Make a Wish for Mom (Buat Permintaan untuk Ibu)
                    3. Selamat Berbuka Snaps (Ambil Gambar Semasa Berbuka Puasa)
                    4. Teka-teki Berapa Duit Raya
                    Hadiah yang bakal korang miliki bukan calang-calan okay.. Sebab Shopee menawarkan hadiah harian bernilai sehingga RM25,000 termasuk televisyen, telefon pintar dan kamera dengan penyertaan semudah menghantar Nama Pengguna Shopee (Shopee ID) anda dan rakan anda setiap hari. Dan ! Banyak lagi pertandingan dianjurkan yang korang boleh join menjadikan hadiah keseluruhan hadiah mencecah nilai RM50,000!
                    Jangan lepaskan peluang untuk jalani aktivit bersama-sama Shopee
                    • Ramadan ini Shopee turut mengambil peluang mendekati komuniti setempat dengan penganjuran Shopee Uni BM Tour (Jerayawara Uni Shopee Edisi Bahasa Melayu)
                    • Acara Hijab Stars Recharge.
                    • Universiti Shopee atau Uni Shopee merupakan bengkel PERCUMA yang dianjurkan untuk mendidik dan memperkayakan pengetahuan usahawan berpotensi untuk menggunakan aplikasi Shopee sebaiknya dalam meningkatkan penglibatan atas talian dan jualan mereka. kelas akan dianjurkan dalam Bahasa Melayu untuk membantu usahawan Bumiputa mendalami aspek teknikal penjualan atas talian.

                      Shopee Uni BM Tour akan dianjurkan di KL & Selangor (17 Mei 2017), Kuantan, Pahang (24 Mei 2017 dan berakhir di Alor Setar, Kedah (6 Jun 2017).


                    UNTUK MAKLUMAT LANJUT:

                    Aplikasi Shopee boleh dimuat turun secara PERCUMA di Google Play dan App Store.
                    website: www.shopee.com.my
                    Shopee Cahaya Raya : http://cahayaraya.shopee.com.my/

                    Polaroid Printing Murah Malaysia

                    May 12, 2017


                    Ada satu lagu ni, lagu dari Sakura Band, Polaroid. Polaroid tu apa? Cuba hayati bait bait lirik lagu tuu dia ada mention kat situ, simpankan sebagai memori, jadikan polaroid.. Kesimpulannya, Polaroid ni adalah sekeping gambar. Tapi berbentuk mini dan terus print keluar lepas amik gambar. 


                    Apa itu Polaroid?

                    Mungkin ramai yang belum mengetahui apa itu polaroid, Polaroid adalah gambar terus keluar dari kamera atau kata nama lain, Kamera Polaroid atau lebih dikenal dengan kamera langsung jadi adalah model kamera yang dapat memproses foto sendiri di dalam badan kamera setelah dilakukan pemotretan. Kamera polaroid ini menggunakan film khusus yang dinamakan film polaroid.

                    Kelebihan dan kekurangan

                    Kelebihan dari Kamera Polaroid ini dapat memproses foto sendiri dari kamera khas setelah menangkap gambar. Kekurangan dari kamera ini ialah tidak memiliki negatif film. Snapshot pertama dengan menggunakan kamera polaroid dilakukan oleh Dr Edwind Land pada tahun 1944.

                    Sejarah

                    Seorang anak gadis berusia lima tahun yang diajak berkelah dengan keluraganya ke Santa Fe di New Mexico, bertanya kepada ayahnya yang baru saja amik gambarnya, mengapa dia tidak dapat melihat hasil gambar yang ayahnya ambil saat itu juga? Pertanyaan yang terjadi pada tahun 1943 itu menyebabkan si ayah bereaksi keras Dr. Edwin Land penemu sistem fotografi langsung jadi. Ternyata kata-kata anaknya itu pada 27 Februari 1947 sudah menjadi kenyataan. Kamera polaroid Land Model 95.


                    Banyak orang bertanya-tanya, erti polaroid itu, dan dari mana asalnya. Ternyata polaroid corporation sudah berdiri sejak tahun 1937. Perusahaan ini memproduksi bahan sintetis polarisasi cahaya untuk mengurangi silau. Dipasarkan nama “polascreen” dan kemudian “polaroid”. Maka ketika kamera san sistem fotografi langsung jadi lahir, nama polaroid ini dipakainya pula dengan tambahan Land.

                    Pengenalan kamera polaroid pertama berlaku pada bulan Februari 1947, yang diadakan pada mesyuarat Persatuan Optical of America. Dunia fotografi tanpa bilik gelap sudah menjadi kenyataan, ia juga boleh memproses sendiri dan dalam masa 60 saat serta-merta menjadi foto. Setahun selepas diperkenalkan, pada bulan November 1948, kamera polaroid telah dijual kepada orang ramai melalui reseller tunggal Jordan Marsh Department Store di Boston. Harga kamera itu ialah $ 89.95 manakala filem itu $ 1.75 (mengandungi 8 tembakan). Pada akhir tahun 1949, jualan kamera bersama-sama dengan filem langsung telah mencapai lebih daripada $ 5,000,000.00.

                    Polaroid Printing

                    Zaman sekarang, budaya mencetak gambar sudah tak ada. Ye lah, amik gambar simpan je dalam henfon tu. Lepas tu, bila memori full. Simpan dalam lappy. Dah simpan.. ada ke nak tengok balik? Hahhahaa. Nanti bila lappy nak di format, baru lah tengok balik gambar-gambar lama..



                    Apa kata, bangkitkan semula fenomena print gambar. Malah, kalau disimpan, boleh buat rujukan anak cucu kita. Tengok mak nenek dia selfie masa muda-muda. Hahahahaha.. 
                    Ni haa, kalau berminat, boleh laa buat tempahan kat Mimin ^.^ Tu, antara sample gambar Polaroid. Tak mahal pun. Mana orang Batu Pahat –Ayer Hitam, Aku boleh delivery ke korang. Mana yang jauh –jauh tu, Aku boleh pos kan.

                    Mini Polaroid


                    Harga untuk mini polaroid
                    Basic Mini Polaroid : RM0.80
                    Pattern Mini Polaroid : RM0.90

                    Wide Polaroid

                    Harga untuk wide polaroid
                    Basic Wide Polaroid : RM0.90
                    Pattern Mini Polaroid : RM1.00

                    So, kene keep in touch dengan aku eh kalau nak harga murah-murah. Sebab, bila-bila masa sahaja akan ada promosi. Psstt ! ni ada promo polaroid untuk bagi kat cikgu-cikgu korang sempena Teacher Days ni.

                    Untuk Tempahan:


                    Selamat Menyambut Hari Jururawat

                    Salam Jumaat, dan salam nifsu sya'ban semua muslimin dan muslimat aku ucapkan. Serta tak lupa juga buat jurawat yang ada dia Malaysia atau luar Malaysia. Happy Nurse Days guys 


                    Untuk info korang, macam mana sejarah hari jururawat ni, boleh tengok dekat past post aku pernah masukkan dulu, boleh laa baca kat entry Selamat Menyambut Hari Jururawat  (12 Mei 2015).
                    Powered by Blogger.
                    Back to Top