Maksud Import, Eksport dan Entrepot

Sejak kerja kat tempat kerja yang sekarang ni, semua kena maklum dengan perkara-perkara asas untuk jual beli dalam dan luar negara. Sebelum ni ada jugak belajar. Tapi tak terperinci. Maka, jom ler kita sama sama memorise semula apa yang kita belajar dulu. So, Yang ini kita kenal-kenal dulu dengan word di bawah ni



Definisi Perniagaan Import

Membeli barang atau perkhidmatan dari negara lain. Suatu import adalah merupakan apa-apa barangan (contohnya satu komoditi) atau perkhidmatan yag dibawa ke dalam sebuah negara dari negara lain di dalam satu kaedah yang disahkan oleh undang-undang, biasanya bagi kegunaan di dalam perdagangan. Import barangan atau perkhidmatan diberikan kepada pelanggan tempatan oleh penghasil. Satu import di dalam negara penerima adalah satu eksport kepada negara penghantar.

Definisi Perniagaan Eksport 

Menjual barang dan perkhidmatan kepada negara lain. Export adalah suatu kegiatan pemindahan barang dari tempat asal ke tempat lain. Dalam dunia perdagangan, pengertian Export adalah proses pengiriman atau penjualan barang dari dalam negeri dengan tujuan luar negeri. Di mana dalam kegiatan export tersebut tidak terlepas dari proses dan aturan yang berlaku di negara tersebut dan melibatkan berbagai pihak. Baik itu instansi swasta meupun negeri.

Definisi Perniagaan Entreport 

Aktiviti mengimport barang dari negara asing, diproses atau disimpan dan dieksport semuala ke negara lain. Peniaga entreport memproses semula barang import sebelum dieksport.

Definisi Import Nyata

Membeli barang berbentuk fizikal dari Negara luar. Pembelian barang berbentuk fizikal dari luar negara merupakan import nyata.
    • Barang pengguna - kasut
    • Barangan pelaburan atau modal - mesin
    • Barangan perantaraan
    • Barangan import untuk dieksport

      Definisi Import Tak Nyata

      Membeli perkhidmatan yang ditawarkan oleh negara luar. import tak nyata merupakan pembelian perkhidmatan yang ditawarkan oleh luar negara.
        • Pengangkutan dan insuran
        • Pelancongan
        • Pelaburan
        • Perkhidmatan lain

        Definisi Eksport Nyata

        Menjual barang berbentuk fizikal ke negara yang lain
          • Barangan pertanian - Contoh : Getah, minyak kelapa sawit
          • Barang galian - Contoh : Bijih Timah, petrolium
          • Barang perkilangan - Contoh : TV

            Definisi Eksport Tak Nyata

            Menjual perkhidmatan yang disediakan oleh rakyat tempatan kepada negara luar untuk meningkatkan nilai barang
              • Pengangkutan dan insuran
              • Pelancongan
              • Pelaburan
              • Perkhidmatan lain

              --------------------------------------

              okay, next entry Mimin dah update apa itu Free Trade Agreement (FTA) atau bahasa melayu sebut Perjanjian Perdagangan Bebas. 

                8 Comments