Kereta Terbakar Jalan Kluang, Batu Pahat

August 25, 2017
Semalam, Batu Pahat digegarkan dengan berita yang amat memilukan.. Perodua Myvi terbakar dalam kemalangan. Kebetulan malam tadi aku kejarkan Bonanza Sushi King. Macam pelik, kenapa jalan start slow dekat traffic light Taman Perindustrian Sri Gading. Share kan sikit gambar dari sumber group whatsapp Batu Pahat dan artikel sumber dari Utusan Online

2 Beranak Maut, Kemalangan 4 Kenderaan

DUA beranak maut selepas Perodua Myvi dinaiki terbakar dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di kilometer 9 Jalan Kluang - Batu Pahat Johor 8.30 malam



Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner Abdul Wahib Musa berkata, mangsa yang maut dikenali sebagai Mohd Irwan Shah Mohd Yusop, 36, yang juga pemandu kenderaan berkenaan dan anaknya Nur Syahzanani Munirah, 17.


Ketua Polis Daerah Batu Pahat ACP Abdul Wahib Musa berkata mangsa dikenal pasti sebagai Mohd Irwan Shah Mohd Yusop, 36, dan Nur Shahzanani Mohd Irwan Shah, 17, kedua-duanya berasal dari Kampung Parit Bengkok, Sri Gading, Batu Pahat.


Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Abdul Wahib Musa berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila kenderaan mangsa dari arah Sri Gading menghala ke bandar Batu Pahat hilang kawalan di tempat kejadian.
 Ekoran itu, ujarnya, kenderaan terbabit melanggar penghadang jalan dan masuk ke lorong bertentangan sebelum bertembung dengan kereta Ford Fiesta.
 

“Kemudian, sebuah Honda Civic dari arah Batu Pahat cuba mengelak Ford Fiesta tetapi tidak berjaya dan melanggar belakangnya, manakala di arah bertentangan sebuah Proton Satria telah melanggar serpihan kereta mangsa yang maut.
 “Akibat perlanggaran itu kedua-dua mangsa yang dipercayai terbakar dalam kenderaan mereka disahkan mati di tempat kejadian sebelum dikeluarkan pihak bomba,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi.
 Menurut Abdul Wahib, pemandu Ford Fiesta tersebut mengalami cedera parah dan dihantar ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) di sini untuk tindakan lanjut.
 Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - UTUSAN ONLINE



KL2017 “BANGKIT BERSAMA” DENGAN TRAVELOKA

August 22, 2017

Sukan Asia Tenggara (Sukan SEA 2017)

Sukan Asia Tenggara 2017, secara rasminya dikenali sebagai Sukan Asia Tenggara Ke-29 dan dikenali sebagai Kuala Lumpur 2017 adalah acara pelbagai sukan di Asia Tenggara yang akan mengambil Tempat di Kuala Lumpur, Malaysia dari 19 hingga 30 Ogos 2017, dengan 404 acara dalam 38 sukan yang akan dipaparkan dalam permainan. Ini akan menjadi kali keenam Malaysia menjadi tuan rumah perlawanan dan buat pertama kalinya sejak 2001. Sebelum ini, ia juga menjadi tuan rumah edisi 1965, 1971, 1977 dan 1989.

 
Bersempena dengan Sukan Asia Tenggara 2017 (SEA Games 2017) di Kuala Lumpur, Traveloka menawarkan tawaran dan promosi istimewa untuk kedua-dua penerbangan dan hotel semasa tempoh Sukan SEA ini. Juga menjadi Penaja Emas untuk Sukan SEA, Traveloka akan mempunyai bilik darat yang mengandungi aktiviti menarik. Gerai ini boleh ditemui di Stadium Nasional Bukit Jalil. Rise together, Win together.

Traveloka The Gold Sponsor



Traveloka merupakan salah satu sponsor dan official Online Travel partner untuk KL2017. Pada 19 Ogos 2017 telah berlangsungnya Majlis Permbukaan KL2017 di Bukit Jalil dan sebagai penaja emas, pelbagai aktiviti menarik yang ditawarkan kepada orang ramai. Antaranya, Traveloka akan membuka booth di Bukit Jalil dan anda boleh menyertai peraduan-peraduan yang dianjurkan di Booth Traveloka untuk berpeluang memenangi hadiah-hadiah menarik bernilai sehingga RM 200,000!

Traveloka Livestream Page

Di Traveloka Livestream Page, anda boleh menonton secara LIVE aktiviti KL2017 yang dibawakan khas oleh Traveloka sama ada di Facebook Live ataupun di Youtube Live.





Bukan sahaja peraduan dijalankan di Booth. Jangan pulak tak tahu yang Traveloka juga ada membuat peraduan di Traveloka Livestream page di mana anda berpeluang untuk memenangi kupon travel bernilai lebih RM45,000 dengan hanya meneka negara mana yang akan menang untuk setiap permainan yang dipertandingkan. Banyak tuuu RM45,000. Boleh pergi travel free dengan memenangi kupon travel dengan hanya menonton dan meneka sahaja di Treaveloka Livestream.

Cara Untuk Sertai:
  1. Pilih permainan yang anda mahu ramal pemenangnya. Hanya 1 permainan setiap hari.
  2. Masukkan id e-mel anda dan memilih negara yang akan memenangi emas dalam permainan ini.
  3. Kongsi di media sosial dan hantar entri anda
  4. Setiap hari permainan yang diramal akan ditukarkan, jadi anda perlu kembali ke website ini setiap hari untuk meningkatkan peluang anda untuk menang
  5. Pemenang bertuah akan diumumkan setiap hari di Traveloka Livestream page.

Apa Tawaran Traveloka?


 

Hello, Malaysia. Untuk promosi ini, Traveloka menawarkan sehingga 40% diskaun pada penerbangan dan hotel di Malaysia. Jangan lepaskan peluang yang ada ini untuk jelajah satu Malaysia ni. Aku pun masih merancang dengan kawan-kawan nak berjalan dalam Malaysia. Belum habis pusing Malaysia. Di Malaysia masih banyak tempat menarik tau.

Kalau anda ke Kuala Lumpur, jangan lupa singgah ke Sukan Sea ke-29 untuk berikan sokongan anda kepada pasukan negara ok? Anda boleh tempat hotel dan penerbangan mulai 7 Ogos hingga 31 Ogos 2017.



Go S.E.A! Traveloka menawarkan sehingga 60% diskaun pada penerbangan dan hotel di Asia Tenggara. Pilih saja negara mana yang anda mahu pergi dan nikmati penjimatan sehingga 60% pada penerbangan dan hotel ke 10 destinasi khas Asia Tenggara iaitu Singapura, Bangkok, Phuket, Chiang Mai, Ho Chi Minh, Hanoi, Bali, Jakarta, Bandung dan Lombok.

Nak lagi mudah, download apps Traveloka di telefon pintar anda untuk anda dapatkan harga yang lebih murah. Jangan lupa. Peluang diskaun ini bukan sentiasa tau! Hanya terhad dari Ogos hingga 31 Ogos 2017. Bestnya travel! Sambil-sambil travel, sambil-sambil sokong pasukan negara kita. Dengan semangat #BangkitBersama. Fuhh ! Teruja tengok skuad bola jaring dengan skuad bola sepak. Malaysia Boleh!
Powered by Blogger.
Back to Top