Setiap manusia secara fitrah akan merasai cinta. Cinta pula adalah lumrah manusia. Macam pelik kali ini aku cerita pasal cinta. Sebab aku rasa aku dah gagal. Tapi aku yakin dengan rahsia Allah. Mungkin untuk muhasabah diri selama 2 tahun tak cukup atau terlebih cukup atau sebelah pihak satu lagi tak sabar nak kecap bahagia atau mungkin juga di sebabkan rasa kecewa dengan pengajaran yang aku cuba berikan mungkin juga nafsu untuk bercinta dengan pasangan lain memuncak. Aku tak tahu.
Aku pernah terluka tapi belum pernah rasa kecewa yang dalam macam ni yang melibatkan air mata keluar setiap hari, kurang makan, sukar tidur. Hmm, belum pernah sesekali. Mungkin cara aku salah untuk mengajar dia untuk setia. Ya aku akui semua tuu. Aku tak sepatutnya berbuat demikian.
Hati kecewa, mungkin hati ini sedang lemah, tak tenang. Dari hari ke hari aku cuba untuk singkirkan perasaan seperti ini, singkirkan hati ini seperti di cucuk-cucuk jarum, rasa lemah tak semangat dan tidak tenang.
Bagaimana atasi masalah hati kecewa?
Entah, aku tak tahu jawapan ni sebenarnya. Sesungguhnya aku sedaya upaya untuk lupakan apa yang sudah berlaku sepanjang 2 tahun hingga kini. Aku pura-pura kuat untuk 2 tahun dengan membuat macam-macam sehingga menyakitkan hatinya. Aku senyum, ketawa, menyanyi tapi! takde siapa tahu perasaan aku ketika itu.
1. Membaca surah Yassin
Ini cara aku, untuk mendapatkan kekuatan hati. Walaupun hari-hari aku fikirkan perkara yang sama. Dapat kurang sikit rasa sedih dihati. Setiap selesai solat. Sekiranya aku tengah datang bulan. aku akan dengan di youtube.. "kau" rasa aku sedang bahgia dengan orang lain. Tapi tak, aku terus tunduk kebawah dan sentiasa berdoa akan ada pelangi pada satu hari. haihh ! susah betul belum kahwin ni. Permainan perasaan takkan habis.
2. Solat Tahajjud
Baru-baru ini, bila dah jadi macam ni aku jadi sukar tidur. Tidur aku selalu tergangu. Dengan harapan semua yang berlaku adalah mimpi. Takkan sekali tergangu tidur tuu aku nak biarkan pula air mata terus keluar.. Setiap kali terjaga aku akan buat solat tahajjud untuk aku kuatkan jiwa ni dan mendapat ketenangan untuk menghadapi dugaan ini
3. Berzikir
Haa ni aku buat bila aku deep down tengok socmed dia. hehehe. Weyyhh ! gile kau tak down. 8 tahun kenal dia. Nak dia berubah. Sekali berubah macam tuu pergi dia. Hashtag mimin frust menongeng. hahaha. choi. tak lawaklah untuk aku mcm ni..
La haula walla quwwataillah billah
(tiada upaya daya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah)
Hasbunallah wa ni'mal wakill
(cukuplah Allah menjadi penolong kami dan Allah adalah sebaik-baiknya perlindung)
3. Elak dengar lagu sedih-sedih
Cannot brain, its really work bebehh. Lagu sedih ni effect mendalam tahu tak. wajib kena elak dengar lagu-lagu sedig. kalau korang terdengar mesti korag akan fahamkan liriknya kann. Dah faham, mesti automatik kepala akal korang tuu akan trobek zaman korang okay. try kahh
tuu jelah nak kongsi luahan hari ini. Sedih jugaklah, sebab merancang tak jadi. Sesungguhnya Allah sebaik-baik perancang. Subahanallah.
9 Comments
sy dlu pernh gak frustt,,,, lama giler laa cure... hahhahahahhahahahha
ReplyDeletegood tips dan mama rasa insya allah berkesan
ReplyDeleteMungkin ada hikmah disebaliknya.
ReplyDeleteBertabahlah
salam singgah dan follow :)
ReplyDeleteakak frust terus giler kerja,sampai tak layan lelaki ,hidup hanya kerja dan family sampai tahap dah puas hati ,hati keras beku baru la bersosial balik huhuuu.
ReplyDeleteLa Tahzan , pernah la jgk macam ni dulu , tp tu lah amik masa .. time will healing everything
ReplyDeleteHuda pun pernah sedih, kecewa dalam hidup. Tapi percaya lah, Allah dah janji selepas kesusahan Allah akan ganti sesuatu yang jauh lebih baik, dengan syarat kita betul-betul redha dengan ujian Allah ni. Bukak buku baru ok? Tak mo sedih2
ReplyDeletemoga satu kekecewaan itu menjadi satu pengalaman & pengajaran
ReplyDeleteJanji Kita
Terima kasih sebab remind. Kena selalu bermuhasabah dan mendekatkan diri dengan Pencipta, baru hati akan rasa aman tenteram
ReplyDelete