De Palma Eco Resort Kuala Selangor. Ia merupakan kali pertama aku datang ke De Palma Eco Resort, Kuala Selangor ni. Penginapan 3 hari 2 malam sepatutnya, tapi menjadikan 2 hari 2 malam sahaja aku dapat explore apa menarik di De Palma Eco Resort dan Kuala Selangor atas sebab-sebab yang tidak dapat aku elakkan langsung.
|
De Palma Eco Resort, Kuala Selangor |
De Palma Eco Resort, Kuala Selangor
|
Credit Kuala Selangor website |
Sebelum aku cerita pengalaman aku di sini, mari aku terangkan serba
sedikit berkaitan De Palma Eco Resort, Kuala Selangor ni. Terletak
berhampiran tebing Sungai Selangor, De Palma Kuala Selangor berkonsepkan "back to nature" anda akan rasai sendiri
ketenangan, keharmonian dan resort percutian yang pasti akan membawa
anda ke suasana yang berbeza.
Menawarkan makanan yang baik dan sedap serta dekat, dengan aktiviti luar seperti hiking, memancing, melihat kelip-kelip dan baru tak baru laaa Sky Mirror wajib anda pergi. Kalau tak mahu pergi, aku tak rugi apa . hahaha
Penginapan dan Kemudahan
Terdirinya 48 chalet dan 12 vila boleh dipilih oleh tetamu boleh di menjadikan penginapan anda yang selesa di De Palma Eco Resort. Semua bilik dilengkapi dengan penghawa dingin, TV warna atau TV plasma, bar mini di suite, telefon dan tentu saja Al-Quran, dan tikar sejadah di setiap bilik khusus untuk tetamu muslim. Jangan panik kalau tidak bawak kelengkapan mandi. Sebab di De Palma Eco Resort dilengkapi dengan
shower bath, toiletries, tuala pelbagai size nak memerut pun ada tandas khas tak perlu kacau orang yang tengah mandi (yang ni ikut jenis bilik ya).
- Superior Villa - 2 katil Single
- Malawati / Tanjung / Desa Suites - 2 katil Queen
- Suite Anjung - 1 Katil Raja
Kemudahan Di Dalam Bilik
- Kemudahan bankuet
- Tempat letak kereta
- Grand Ballroom
- Musollah
- Court Luar
- Kemudahan mesyuarat
- Kolam renang
- BBQ di tepi kolam renang
- Makan Malam di Cabana
- Perkhidmatan Wi-Fi percuma
- Kotak Muzik Karaoke
- Perkhidmatan dobi
- Basikal Gunung
- Surat khabar atas permintaan
- Pakej Perjalanan Luar / Medan
- Servis bilik
- Rumbia Coffee House
- Keselamatan 24 jam Lokasi
Pengalaman Di De Palma Eco Resort
|
De Palma Eco Resort |
Pengalaman aku sepanjang 2 hari 2 malam di De Palma Eco Resort, macam yang aku cakap tadilah. Aku ada masalah yang tidak boleh dielakkan untuk siang di hari Jumaat. Aku tiba di De Palma Eco Resort jam hamper 2 pagi. Wah ! lambatkan. Sebab aku dari Johor. Jam 8.30pagi pada hari sabtu kami mulakan hari Sabtu dengan sarapan pagi di Restoran Rumbia. Selepas sarapan pagi, kami melakukan beberapa aktiviti yang menarik di dalam dan sekitar terhampir dengan De Palma Eco Resort. Scroll bawah untuk aktiviti yang menarik di De Palma Eco Resort.
Tarikan De Palma Eco Resort
Antara aktiviti yang boleh dilakukan di dalam De Palma Eco Resort
|
Horse Riding |
Tarikan terbaru di De Palma Eco Resort. Jangan lepaskan peluang untuk merasa sendiri menaiki kuda. Macam aku jenis penakut haiwan, ai still can do it. ahahhaa
|
Staff yang bertanggunjawab dalam aktiviti mencabar ini |
Beliau akan menerangkan ciri-ciri keselamatan ketika aktiviti di jalankan. Jadi sekiranya ada masalah berkaitan aktiviti boleh rujuk kepada beliau
|
SISTER GO !!! |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
| Ini antara aktiviti team building kami, di mana kami akan bawa bola golf dalam batang pipe hingga ke hujung garisan. Bukan itu aja, kami ada main game susun cawan siapa paling laju. Bawah ni, aktiviti seperti mencabar diri sendiri |
|
Halangan Pertama |
|
|
Halangan pertama |
|
Halangan ketiga |
|
Halangan keempat |
|
Warming up di court terbuka De Palma |
Jungle night walk. Sebelum melakukan aktiviti jungle walk ni, kami perlu panaskan badan juga ya untuk elak dari perkara yang tidak diingini. Selepas panaskan badan, pihak jurulatih De Palma memberikan beberapa peralatan seperti lampu suluh sekiranya ada kecemasan sahaja boleh digunakan.
De Palma Eco Resort juga ada aktiviti Zumba setiap hari Ahad Jam 8.30pagi. Terbuka untuk orang luar juga tau, bukan tertumpu pada Penginap De Palma Eco Resort.
Aktiviti berhampiran De Palma Eco Resort
Sekiranya anda niat datang ke Kuala Selangor untuk bercuti dan menenangkan fikiran ini jawapannya.
Hanya satu jam memandu dari kesibukan Kuala Lumpur, De Palma Kuala Selangor terletak di pusat bandar Kuala Selangor dan hanya beberapa minit sahaja dari Bukit Malawati, bukit bersejarah yang mempunyai rumah api dan rumah-rumah kolonial lama yang dibina pada zaman British. Beberapa keluarga monyet Silver-Leafed dan kera panjang berjalur berkeliaran di sini untuk menerima makan seperti kacang yang di bawah dari pengunjung yang datang di sana.
- Kelip-Kelip Kampung Kuantan
|
Kawasan Kelip-kelip |
Sedikit rugi di sini, masa ni aku belum tiba di De Palma. Jadi, mampu tengok gambar macam korang semua. Hahahaha!
Dah duduk dekat De Palma Eco Resort, Kuala Selangor.. Bermaksud korang betul-betul sudah hampir dengan Sky Mirror tau, Pernah dengar tak sky Mirror ni ? Sky Mirror ni dinamakan
sempena cermin seperti cermin langit adalah pulau misteri yang hanya
akan muncul selama beberapa hari setiap bulan: Pada hari ke-1 dan ke-15
bulan lunar, serta 4 hari sebelum atau selepas tarikh-tarikh ini. Masuk ke sana RM80 untuk dewasa. Memang agak mahal sikit kerana mereka adalah ejen rasmi bawa ke Pulau Misteri tu. Kalau pergi percuma atau murah, kemungkinan besar apa-apa akan berlaku kat anda di tengah-tengah laut yang bergelora kencang anda tidak akan selamat.
|
Jeti ke Pulau Misteri |
|
Tidak crowded, dilengkapi dengan keselamatan pastikan ada termasuk insurance yaa |
|
Bagi "chan" lagi yaa |
|
Paras air masih tinggi |
|
Paras air paras betis kaki |
|
Paras air dah turun ke buku lali |
|
Air dah semakin surut di tengah-tengah lautan |
|
|
Tips : Jika bercadang untuk rasai keseronokan di Sky Mirror ni, digalakkan pakai baju yang terang, bawak props seperti sign board ke, payung warna warni ke dan ikut kretiviti anda
- Taman Alam Kuala Selangor
|
Taman Alam Kuala Selangor |
|
Jom nikmati keindahhan hutan Taman Alam Kuala Selangor |
|
Menuju ke hati awak! ehh,, salah.. Menuju ke menara tinjau |
|
Menara tinjau |
|
laluan misteri. hahaha. tidaklah. kat sini boleh nikmati pemandangan paya |
|
haa, ini lahh yang aku tengah nikmati. hihihi |
- Pasar Penambang (Pasar Basah & Kering)
|
Kawasan Pasar |
|
Hmmm, giteww.. kite rumah jauh. Takdan nak beli barang |
|
|
Di Pasar Penambang, adalah kawasan wajib untuk mereka mahu beli ikan fresh yang baru naik oleh nelayan. Disebabkan perjalanan aku ke Johor ambil masa 3-4 jam dan kawasan rumah aku senang untuk dapatkan ikan fresh. So, kita lihat je lah
Suasa makan di De Palma Eco Resort
Di De Palma Eco Resort, anda boleh rasai sendiri konsep yang berlainan ketika anda nikmati makanan. Terbaiklahh De Palma Eco Resort
|
Suasana Di Restoran Rumbia |
|
Ber Hi Tea di tepian Swimming Pool |
|
Suffer |
|
Gambar takde kaitan, cuma nak beritahu.. Di kawasan Swimming pool diwaktu malam lawa. Sesuai untuk konsep BBQ out door |
|
|
Berkonsepkan Nature |
Macam mana De Palma Eco Resort . Baik tak baik? Jomlah rasai sendiri pengalaman sepanjang berada di De Palma Eco Resort. Memang terbaik. Pemandangan di De Palma Eco Resort memang lain dari yang lain. Jadi, di bawah ni kalau korang nak survey tempat dia bawah aku kasi details berkaitan De Palma Eco Resort.
---------------------------------------------------------------------------------------------
12 Comments
Besnye.. banyak aktiviti..
ReplyDeleteDah lama tak kesini...dulu ada bawak peserta2 kursus dari luar negara duduk situ
ReplyDeleteNi kalau pegi memang relax sungguh...hilang stress walaupun banyak aktiviti kat sana..chalet tu sangat memukau !!
ReplyDeletewah.. ada horse riding jugak? pernah dengar tpt ni ... tapi tak pernah p pun... boleh le lajak ke sini nnt
ReplyDeletebestnya..teringin nak pi..
ReplyDeleteWah bestnya! Yaya rasa macam yaya pun pergi sekali bila baca pengalaman mimin hee
ReplyDeleteWah bestnya Min..seronok nampak kat sana.. Fewittt tak hajak ahkak pon..Gambar cantik2 laa Min..
ReplyDeletebestnya... ingtkan sky mirror tu diatas bangunan heeheh
ReplyDeleteFuhh terbaik .. gambar lawa2
ReplyDeleteTak sangka kat Kuala Selangor banyak aktiviti menarik, paling teringin nak pergi Sky Mirror tu.
ReplyDeletepengalaman yang menarik
ReplyDeleteJanji Kita
wah//best betullah. ke sana..banyak aktiviti yang boleh buat ye...
ReplyDelete