Hi! Rasanya brand B.Liv ni masih ramai belum tahu kan. Ramai tak tahu bukan bermaksud tak bagus tau. Aku sendiri sudah menggunakan produk Deep Impact dari B.Liv dalam tempoh 2 minggu. Jadi, akumencuba dengan menggunakan product B.Liv Deep Impact dahulu. Macam nak kena pakai 1 set produk penjagaan muka dari B.liv ni nampaknya. hehehe
Muka aku ni bermasalah sikit dengan bekas jerawat. Blackhead pula alhamdulillah takde masalah. Tapi, dalam masa yang sama aku memang nak hindarkan dari wajah aku yang tak berapa peloles ni terhindar dari masalah blackhead. Choii! tak nak lah ada blackhead. Ada bekas jerawat pun stress lagi kalau ada masalah Blackhead ni. hehehe
Apa itu Deep Impact Product?
Okay, ini kalilah.. aku nak perkenalkan produk Deep Impact dari B.Liv iaitu Deep Cleansing and Massage Emulsion. Mula-mula aku ingat Deep Impact ini macam scrub pencuci muka yang lain-lain tu. Rupanya dia bukanlah Scrub pencuci muka sama sekali yaa.. Malah, Deep Impact ni untuk
pencuci liang pori dan urutan di wajah untuk menghilangkan sel kulit
mati.
Deep Impact ini diformulakan dengan biji jojoba 100% asli yang berfungsi secara alami dan sempurna untuk pengelupasan. Tekstur Deep Impact ini pekat dan berbiji. Tapi tak macam scrub pencuci muka yang lain-lain tuu yaa. Fungsi biji jojoba tuu untuk membuang kotoran dari dalaman kulit wajah. Dari segi bau,wangi dan semasa mencuci biji jojoba
kena air akan menjadi sebum yang sangat manfaat untuk kulit. Dan akan rasa berangin sikit selepas menggunakan Deep Impact.
Fungsi B.Liv Deep Impact
Deep Impact berfungsi sebagai "relax' kan kulit serta mengandungi anti-oksidan yang berfungsi merawat kulit dengan membersihkan kotoran yang mendalam sambil memastikan kelembapan dan menyuburkan kulit wajah muka.
Kelebihan Deep Impact
- Membersihkan liang pori dengan perlahan
- Menggalakkan peredaran mikro untuk liang pori kulit menjadi sihat
- Liang pori mengecil
- Mengurangkan blackhead
- Kulit menjadi licin
- Mencegah liang pori dari tersumbat
Cara penggunaannya
Sapukan sedikit Deep Impact pada kulit yang basah. Kemudian urut perlahan-lahan dengan gerakan pekeliling ke atas dan ke luar sehingga manik-manik sepenuhnya hilang. Bilas dengan baik.
- Untuk jenis kulit biasa, 2-3 kali seminggu
- Untuk jenis kulit kering, kombinasi, sensitif: 1-2 kali seminggu
Menarikkan B.Liv ni, tak perlu susah payah keluarkan duit banyak-banyak semata-mata untuk buat rawatan kulit muka di spa semata mahu buang blackhead dan menutup pori di muka. Cuma perlu menggunakan produk dari B.liv secara konsisten sahaja.
Cara Dapatkan Produk B.Liv
Kalau tak sabar nak tunggu proses penghantaran ni, korang boleh dapatkan semua produk B.Liv di Watsons (set eksklusif) dan SaSa Malaysia outlet. The Impact Deep RM65.00 (50ml) dan RM145,00 (30ml) setiap satu.
Terbukti B.Liv dapat kurangkan bekas jerawat di muka aku yang sekian lama bertapak |
--------------------------------------------------
B.liv
11 Comments
wahh produk bagus nie yer
ReplyDeleteKalau kulit berminyak sesuai tak guna BLiv ni?
ReplyDeletepatutla sis flawless , guna ni erk.. wah.. nk try ar
ReplyDeleteKita dah pernah guna product ni. tp pakai seminggu sekali je. sbb sayang . mahal nau. ahhaha
ReplyDeleteFuyooo. Parut hilang. Bgs giler
ReplyDeletelama tak pergi sasa.. hehe nantila boleh riki2 kat sana
ReplyDeleteNak cuba BLiv ni la,sebab muka hakak memang bermasalah,blackhead susah nak hilang.
ReplyDeleteKat Watson pun ada. Ok boleh cuba
ReplyDeleteWow hilang parut
ReplyDeleteWahhh hilang parut jerawat.
ReplyDeletesaya ada banyak blackhead ni..bolehlah guna produk ni untuk hilangkan blackhead pada muka saya.
ReplyDelete