Jumanji | Welcome To The Jungle
Sony Pictures telah melancarkan video treler pertama untuk filem ini,
Jumanji: Welcome to the Jungle. Filem ini berlatarbelakangkan
‘permainan video klasik’ Jumanji yang diterbitkan pada tahun
1980-an tidak seperti filem Jumanji yang pertama, dimana Robin Williams
telah menjadi watak utama, filem lama tersebut mengisahkan tentang huru
hara yang diwujudkan oleh haiwan liar kerana disebabkan oleh permainan
papan yang telah disumpah. Filem ini akan dibintangai oleh Dwayne Johnson, Kevin Hart, Jack Black dan Karen Gillan.
Jumanji: Welcome to the Jungle mempunyai beberapa penambahbaikan,
permainan video yang dimainkan di dalam filem ini turut dipanggil
Jumanji, permainan lama ini telah dijumpai oleh empat orang rakan-rakan
yang dipaksa untuk mengemas ruang bawah tanah oleh pihak sekolah sebagai denda kesalahan yang masing-masing lakukan.
Sebelum empat orang watak disedut ke dalam permainan tersebut, mereka
mempunyai pilihan untuk memilih watak mana yang ingin dilakonkan oleh
mereka di dalam permainan itu. Malangnya salah seorang daripada mereka,
Karen Gillan, tidak bersetuju dengan keputusan yang telah dipilih oleh
dia, dia berpakaian seperti seorang wanita yang memakai seluar pendek
dengan dan juga baju tanpa lengan – siapa yang pakai baju macam tu bila
masuk hutan?
Review Jumanji : Welcome To The Jungle by Mimin Adam
Aku puas hati dengan cerita Jumanji ni, Jumanji dulu pun aku suka lagikan Jumanji baru ni. Sejak Trailer kat wayang ditayangkan dalam bulan September aku dah excited nak tengok. Hehehe, Dari start cerita Jumanji ni sampailah habis memang best! Kau akan ketawa dari mula sampai habis. Takde yang spoil dalam cerita ni . Bestlahhh, tak rugi kau pergi tengok kat wayang cerita ni. Tak lama pun cerita ni, dalam 2 jam je. Aku kasi 9.99/10 . Haaa, nampak tak nampak tak bertapa bestnya. huhu. Aku tak nak cerita storyline dia kat dalam ni, sebab.. kau patut pergi tengok sekarang ! hahahhaha. kbai, jumpa next entry. Tinggalkan komen korang.. aku nak terjah kau punya entry pulak
11 beleter:
Hi semalam tengok cerita ni,memang menghiburkan dengan aksi dan komedinya (^_^).
Wah dah tengok dah!? Echa pun nak tengok ni jugak. Yg lama punya pun best. Tgk byk kali tak bosan. Tak sabar nak tgk yg baru ni pulak. :D
Nak tengok jugakk citer ni. Sbb ada Dwayne Johnson hahaa
Lama tunggu sambungan jumanji keluar. Nak kena tengok ni.
ada 'the rock' bole layan ni :D
memang minat Jumanji lama..banyak kali dah tengok.hehe.. jumanji baru ni belum lagi. kita minat jack black
new film of jumanji?? wah.. i am very interest for it
Confirm pecah panggung cerita ni nanti sebab ada peminatnya tersendiri. Ana tggu tayang kat astro first je lah nampaknya. Bertahun tak jejak kaki kt wayang.
Bagi bape bintang filem ni?
uish baru duk tengok kat cinema online nak pergi tengok esok lusa hihi
kena tonton movie ni kalau mimin bagi rating 9.99/10..hehe
Post a Comment