Kesan Gigitan Kutu Babi

January 31, 2018
Sebenarnya masih tak dapat bezakan antara kutu babi dengan kutu kucing. Tapi bagi aku, kutu ini sama jeee kecuali kutu undi. hihi. Apa yang buat aku cakap kutu ni sama je, sebabnya dia suka makan darah tak kira darah manusia ataupun darah binatang. Seperti orang yang rapat dengan aku, diorang akan tahu aku kalau hari kerja aku akan ada kat rumah MnM Homestay dan bila hari tak kerja aku akan ada kat rumah parents aku kat Peserai. Rumah parent aku ni banyak kuncing. Aku bukan pecinta kucing untuk makluman korang. Tapi, ibu aku suka bawak balik kucing dari sekolah. Sekarang kalau aku jumlahkan kucing kat rumah ada lebih kurang 15 ekor

Kutu Kucing

Ctenocephalides felis atau kutu kucing adalah yang paling selalu ditemukan dirumah yang mana ada membela kucing. Serangga ini merupakan parasit penghisap darah yang menyerang vertebrata berdarah panas. Sesuai namanya, serangga ini terutama menjadi parasit bagi kucing peliharaan. Kutu kucing tidak hidup pada manusia tetapi bila korang main dengan kucing  yang diserang parasit ini,  kemungkinan akan tergigit dengan kutu ni sangat tinggi. Gigitan kutu kucing pada manusia muncul sebagai benjolan kecil berwarna merah yang terasa gatal. Seriously ! memang gatal. Sampai sekarang ada lagi. 
tengok ni, kat tangan aku. belum cerita kat kaki. serious hodoh dah kaki aku
Bintat ini biasanya muncul di pergelangan kaki dan kaki bagian bawah. Jika alergi terhadap air liur kutu, maka seseorang dapat mengalami reaksi alergi. Nak nak, aku ada sejarah eczema dari kecik. Lagi payah nak baik tau tak ! Benjolan boleh berubah menjadi ruam. Menggaruk di kawasan yang gatal berpotensi menyebabkan infeksi bakteria sekunder. Kutu juga dapat bertindak sebagai pembawa penyakit tertentu.

Cara Hindar Dari Bintat Gigitan Kutu Kucing

Bila korang dapati ada bintat merah gatal di sekitar pergelangan kaki atau kaki bagian bawah, segera cuci bahagian yang bintat dengan sabun antibakteria dengan air biasa. Sekiranya cuci dengan air panas akan gatal dengan lebih yakin.. hahahaha ! pastikan menggunakan air sejuk.

Keringkan kawasan bintat dengan kain bersih dan sapukan krim hydrocortisone. Korang juga boleh pakai lotion calamine untuk meredakan gatal. Meletakkan air batu atau iced pada bintat tadi juga akan mengurangi pembengkakan. Tahan untuk tidak menggaruk gigitan karena akan menyebabkan effect bakteria sekunder.

Bahaya Gigitan Kutu Di Mata

Lain pula kalau cerita yang berlaku pada tahun lepas akhir tahun. Bilik aku yang kat rumah parents, kelajuan kipas amat mencabarkan kesabaran. Maka, aku buat keputusan untuk tidur dengan adik aku di ruang tamu depan tv dengan beralaskan tilam toto narita. Adik aku berbeza dengan aku. Dia seorang pecinta kucing. Dalam banyak-banyak kucing kat rumah tu, ibu aku benarkan sekor kucing yang dia sayang je boleh masuk kami panggil dia putort.. Memang comel pun. Yang jadi kesayangan sebab dia tak pandai mengiaw. tu satu, Putort pandai buang segala najis kat tandas. Okay, berbalik aku tidur kat ruang tamu tadi, rupanya adik aku bawak putort masuk dan dia tidur dengan putort tu. Esok aku kerja macam biasa tak ada masalah. Masuk hari selasa, aku dah start mengadu dekat Eyma dengan kawan sebilik tempat aku kerja yang mata aku sakit. Tapi masih boleh kawal lagi. 



Masuk hari Rabu, bebola mata aku dah mula rasa sakit bila aku cuba untuk kedip mata atau atau gerakkan bebola mata aku tu. Aku ingat kesan daripada cuaca panas atau terlalu lama tengok komputer. Jadi, aku buat keputusan untuk beli eye more kat 7eleven. Tapi takde apa-apa petanda yang mata aku akan okay. Aku rasa sakit sangat. Sampai aku pergi ambil tisu dan aku basahkan dengan air panas. Di tissue tu aku nampak ada darah bila aku tekap dekat bahagian mata yang sakit. Ketua department aku suruh aku pergi klinik.

Gambar google

Bila nama aku naik untuk berjumpa dengan doktor, doktor cek mata aku dan tanya aku memang ada tahi lalat ke dekat mata. Kalau nak ikutkan, tahi lalat yang wujud dekat muka aku cuma ada disebalik hidung aku je. Tak pernah pulak aku perasan aku ada tahi lalat dekat kawasan mata. Bila doktor tekan dekat  tahi lalat tu aku memang akan cakap sakit. Dan doktor pun isytiharkan ada kutu kat mata aku. Doktor bagi kata dua, sama ada nak cabut kutu atau nak biarkan kutu tuu tanggal sikit. Ehh ! baru hari ketiga aku dah rasa sakit, kau nak aku rasa berapa lama lagi sakit. So, paksa rela memang aku pilih cabut masa tu jugak.

Kesan Gigitan Kutu Babi Di Mata


Lepas cabut kutu kat mata tu, mata masih rasa sakit dan tak boleh gerakan bebola mata tu. Kalau tengok cerita hantu terperanjat sampai terkedip mata pun buatkan cerita hantu tadi tuu jadi cerita sedih sebab memang sakit. Sakit ni ambil masa seminggu juga untuk betul-betul pulih. Tak dapat imagine kalau kutu tuu dah bertapak kat mata sampai keluar tahi. Mesti azab seksa nirojim sakitnya. Ehh! kat telinga pun port kutu kucing atau boleh panggil kutu ni kutu babi.


Okay, sorry gambar memang tak ada edit untuk entri ni. Sebab curi-curi update kat office. hahaha.. Gambar kat atas ni gambar anak murid ibu aku. Dia tak datang sekolah jee dah seminggu. Maksudnya dia dah sakit mata seminggu. Pergi klinik kerajaan, dia tak dapat trace. Doktor kat klinik tu cakap dia kena sakit mata biasa. Walhal dia naik sekolah minggu ni dia still rasa sakit. Di sebabkan aku ada kes kena kutu tempoh hari, ibu rujuk aku untuk pengesahan sama tak symptom nyaa. Kesian dekat budak ni. Lebih seminggu dia sakit tahankan kutu babi tuu..

Kesimpulannya, kesan gigitan kutu babi dekat mata sangat sakit tahap mencarut dia punya sakit bila dah tak boleh pusing bebola mata tuu.

Jom! Menang 4H3M Trip ke Manchester

January 17, 2018
Kali ini cerita pula pasal Bola sepak. Tak kiralah Muda atau tua, lelaki atau perempuan tak terkecuali bangsa juga tidak berkira baik Melayu mahupun Cina atau India untuk peminat bola sepak.  Lain pula kalau kita cerita pasal peminat fanatik bola sepak. Sanggup berbaris panjang dan berhimpit untuk menonton bola secara langsung di Stadium. Akan datang ada perlawanan MCFC (Kelab Bola Sepak Manchester City) vs MU (Manchester United). Peminat Manchester United tak nak ke merasa suasana dan pengalaman sendiri yang mengujakan, nyanyian kelab, keseronokan, tenaga, kesakitan atau kegembiraan yang dirasai tidak dapat dijelaskan dengan datang sendiri ke Stadium untuk menyaksikan perlawan MCFC dan MU.



Peminat tegar Bola Sepak?


Liga Perdana Inggeris adalah salah satu liga bola sepak paling popular dengan jumlah pengikut tertinggi, tidak terkecuali di Malaysia. Mimpi akan menjadi kenyataan untuk semua peminat tegar bola sepak berpeluang menonton perlawanan secara langsung di salah satu stadium terkenal. Macam mana penyokong MCFC.. Tak teringin ke nak pergi tengok perlawanan secara langsung di stadium mereka ? Tak sama tau tengok live di televisyen dengan tengok live di Stadium Etihad.

Menang 4H3M Ke Manchester, UK!


Berita baik untuk penyokong MCFC, DASHING jenama terkemuka khusus untuk lelaki tersangatlah memahami semangat untuk dunia bola sepak ni. Sebab itu Dashing sedang menjalankan peraduan  kali ke-3 iaitu Let's Go Contest Manchester! Penginapan percuma, 4 hari 3 malam perjalanan pergi dn balik ke Manchester, United Kingdom untuk 6 pemenang bertuah yang termasuk tiket VIP berpeluang menyaksikan pertandingan secara langsung antara MCFC vs MU sebagai hadiah utama dalam Let's Go Manchester Contest! Itulah 4 hari pengalaman makan, tidur dan bernafas di Manchester, Inggeris! Pergh, syokk oo sambil travel free sambil tengok Kelab Bola Sepak kegemaran beraksi.. Peraduannya sangat mudah !


Ehhh ! Bukan itu sahaja 6 pemenang tadi bukan sahaja dapat sit VIP di Stadium Etihad tetapi mereka yang bertuah 6 orang tadi dapat dapat melawat Muzium dan Stadium Bola Sepak Kebangsaan seperti Old Trafford, Etihad dan Anfield. Wahh! menariknya.. Selain itu, terdapat peluang untuk berinteraksi dan meminta autograf daripada beberapa Legenda MCFC. Weyhh, syok sangat tuu.. sebabnya terdapat Tour Misteri Magical. Mereka akan bawa para pemenang ke lokasi yang berkaitan dengan band muzik terkenal, The Beatles. Seronoknyaa kalau aku lah pemenangnya weyyy!

Cara mudah menyertai Let’s Go Manchester Contest!  



Haaa, cepatlah masuk pertandingan Dashing ni. Peluang keemasan untuk korang untuk menang pergi ke Manchester, UK pergi balik 4 Hari 3 Malam untuk duduk sendiri di kerusi VIP bagi menyaksikan perlawanan secara langsung di stadium Etihad, melawat beberapa muzium bola di sana dan dapat interaksi serta autograf daripada pemain legend MCFC. Cara penyertaannya:

  1. Wajib beli produk DASHING atau ELITE dalam satu resit tunggal
  2. Whatsapp gambar penuh dan jelas resit tunggal yang korang beli barangan Dashing atau Elite itu tadi, Lepastu mention Nama seperti di dalam NRIC dan  NO NRIC atau boleh juga Nama seperti di dalam PASSPORT dan NO PASSPORT hantar ke + 6016-9972373.
     

Ehh, terlupa pulak nak attach sekali resit dalam pic atas. kihkih.. kalau tak mesti dah menang. Opps! tak salahkan sis menang. Dah tuu, Peraduan ni simple je tau.. Korang tak nak ke amik peluang. Beli dan menang jee.. Dahlah dapat jalan-jalan free sambil Duduk Kerusi VIP tengok lagak MCFC beraksi.. Peluang tak datangberkali-kali tau..

Tarikh tamat peraduan Menang 4H3M ke Manchester, UK ini adalah sehingga 31 Januari 2018, Lagi berapa hari jee nak habis ni. Eiii seram nihhh.  Jangan lupa! sambil-sambil jalan kat shopping mall tuu grab produk Dashing atau Elite tu  lepastu snap resit dan jadilah antara barisan VIP menonton secara langsung bersama 50,000 peminat yang lain! Nak tunggu apa lagi, takde masa dah nak jalan-jalan shopping mall. Hahaha. Terus je pergi mana-mana shop lot yang menjual produk Dashing dengan Elite. Dah suntuk sangat !

Dapatkan DASHING Hattrick Limited Edition EDT & DASHING Ultimate Kick Limited


Jom dapatkan DASHING Hattrick Limited Edition EDT dan DASHING Ultimate Kick Limited Edition Body Spray ni. Baunya aku suka. korang boleh test dulu sebelum beli. So, Deodorent dengan perfume ni aku akan buat hantaran tunang. ehh ehh. teettt ! Perfume EDT tuu,  direka khas untuk jejaka yang ingin tampil segak dan yakin. Terdapat dalam 10 haruman hebat yang mampu menawan hati si gadis! Deodorant tu pulak, dirumus khas untuk memberikan perlindungan 24 jam daripada bakteria punca bau badan dan cepat kering yang efektif tak ada rasa melekit. Sesuai digunakan setiap hari tanpa meninggalkan sisa pada kulit.

--------------------------------------------------------------------
INFO DASHING :
call helpline: 03-80238311

Kempen ‘Wang bersama Shopee’ Menawarkan ‘Fortune Ang Pao’ yang Membariskan Pelbagai Hadiah Berjumlah Lebih RM1 Juta Sempena Tahun Baharu Cina

January 15, 2018
Shopee, platform e-Dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan mengumumkan Kempen ‘Wang bersama Shopee’ sempena Tahun Baharu Cina ini dengan pelbagai hadiah berjumlah lebih daripada RM1 juta untuk penggunanya. Bonanza membeli-belah yang berlangsung selama 6 minggu ini akan bermula dari 15 Januari dan berakhir pada 25 Februari. 

‘Fortune Ang Pao’

Sebagai sebahagian daripada kempen tersebut, Shopee memperkenalkan permainan ‘Fortune Ang Pao’ yang menawarkan pelbagai hadiah berjumlah lebih RM1 juta untuk diberikan kepada pengguna yang mengambil bahagian.

Pelbagai Hadiah Menarik untuk dimenangi !

Bermula 15 Januari hingga 23 Februari, pengguna boleh bermain permainan ini untuk memenangi Shopee Coins, baucar dan lebih 20,000 unit Tiket Emas (Golden Tickets) setiap hari. Setiap Tiket Emas merupakan cabutan bertuah kepada pengguna untuk memenangi hadiah termasuk jongkong emas bernilai lebih RM500 setiap satu, hadiah mingguan berbentuk wang tunai berjumlah RM1,500 dan hadiah utama berbentuk wang tunai berjumlah RM8,888. Hadiah lain termasuk power bank, aksesori komputer, perkakas rumah dan banyak lagi.

Pengguna pasti ternanti-nanti Jualan Kilat Shopee yang dijadualkan 5 kali sehari dengan hadiah tambahan menerusi permainan secara langsung di Facebook Rasmi Shopee. Mereka juga berpeluang memenangi Kotak Kemakmuran Shopee (Shopee Prosperity Boxes); 88,888 unit Shopee Coins dan percutian untuk dua orang ke Disneyland Hong Kong dengan hanya mendaftarkan diri di acara Facebook ‘Wang bersama Shopee sempena Tahun Baharu Cina 2018’ (Wang With Shopee this CNY 2018).

Semakin ramai pengguna yang mendaftarkan diri, semakin banyak hadiah terkunci boleh dimenangi termasuklah hadiah percutian ke destinasi misteri bernilai RM10,000 apabila pendaftaran mencapai bilangan 18,888 orang.
Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee
“Perayaan Tahun Baharu Cina merupakan antara sambutan terbesar di sebuah negara berbilang kaum seperti Malaysia. Sempena sambutan ini, Shopee menawarkan pelbagai pilihan produk dari kategori Kesihatan, Kecantikan, Perhiasan & Perkakas Rumah, Fesyen, Barang Runcit; Permainan, Kanak-kanak & Bayi, Telefon Bimbit & Gajet serta banyak lagi untuk memenuhi keperluan setiap isi rumah. Dengan tawaran hebat tersebut, kami melancarkan Kempen ‘Wang bersama Shopee’ yang akan menambahkan keriangan pada musim perayaan ini,” kata Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee.



Sempena Tahun Baharu Cina kali ini, Shopee berusahasama dengan lebih 60 jenama terkemuka daripada Shopee Mall termasuk PETRONAS, Reckitt Benckiser, L’Oreal, OPPO, Super, Watsons, Nestle, Unilever, Tommee Tippee, Deerma, Photobook, dan Xixili untuk melancarkan promosi dan potongan harga sehingga 90% ke atas pelbagai produk.

Feng Shui by YBhg. Dato' Joey Yap

Sejajar dengan komitmen untuk membantu lebih banyak usahawan dan syarikat meluaskan rangkaian mereka menerusi e-Dagang, Shopee turut menjalinkan usahasama dengan perunding feng shui bertaraf selebriti, YBhg. Dato’ Joey Yap untuk melancarkan Kedai Rasmi beliau. Usahasama ini merupakan yang pertama terjalin antara seorang perunding feng shui dengan platform e-Dagang di rantau ini.

“Kami berbangga dapat melancarkan Kedai Rasmi kami di Shopee pada Tahun Baharu Cina ini. Bagi meraikan usahasama ini, kami menawarkan tiket percuma ke acara ‘Feng Shui & Astrology 2018 Live in Kuala Lumpur’ untuk 80 pelanggan pertama yang membuat pembelian minima RM30 dari kedai dalam talian kami,” kata YBhg. Dato’ Joey Yap.
Acara tersebut akan dianjurkan pada 27 Januari 2018 (sesi Bahasa Kantonis) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Peminat bidang metafizik Cina boleh membeli buku terbitan terbaharu dan barangan eksklusif beliau berharga antara RM23 dan RM116 dari capaian https://shopee.com.my/joeyyapstore. #WangWithShopee
-----------------------------------------------------------------------

Apa Itu Shoppe ?

Shopee adalah platform e-Dagang terulung di Asia Tenggara dan Taiwan. Platform ini direka khusus untuk rantau ini, memberikan pengguna pengalaman membeli-belah yang mudah, selamat dan cepat dengan sokongan pembayaran dan logistik yang kukuh. Shopee akan terus meningkatkan prestasi platformnya dan menjadi destinasi e-Dagang pilihan di rantau ini. Shopee mempunyai pilihan produk yang pelbagai dari kategori seperti elektronik, perkakas rumah, kesihatan & kecantikan, bayi &  permainan, fesyen dan peralatan kecergasan.

Shopee, sebuah syarikat Sea, mula dilancarkan di Singapura sejak 2015 dan telah berkembang ke Malaysia, Thailand, Taiwan, Indonesia, Vietnam dan Filipina. Sea merupakan peneraju dalam industri hiburan digital, eDagang dan perkhidmatan kewangan digital di rantau Asia Tenggara dan Taiwan. Misi Sea adalah untuk menaiktaraf kualiti kehidupan pengguna dan perniagaan kecil menerusi penggunaan teknologi dan telah disenaraikan di Bursa Saham New York (NYSE) dengan simbol SE. 
Untuk maklumat lanjut,
sila layari www.shopee.com.my 

2H1M BERSAMA TRAVELOKA & THE BUTTERFLY DI KL JOURNEY HOTEL

January 14, 2018
Masih hangat dalam fikiran ni, macam mana ye nak move on dengan kenangan terakhir 2017. Memang best betul melarikan diri dengan depa semua weyhh. Nak nak melarikan diri dengan traveloka dan The Buttherfly project. Nanti kau tengoklah video aku kat bawah ni, taknak tengok kat sini kau tengoklah kat youtube sana. Aku ada uploadkan video aku kat sana. Taknak tengok video aku jugak? haihh, support sikit aku laa. hahaa. okay yang itu gurau. Kau boleh serch kat youtube "escape traveloka 2017 X butterfly project at KL Journey" Ramai rakan blogger aku yang mai sama meriahkan suasana KL Journey Hotel dah upload video mereka.

Apa Itu Traveloka ?

Ramai lagi ke tak tahu Traveloka tu apa? Aku yakin ramai yang sudah tahu Traveloka tuu apa. Tapi takpe, mungkin masih ada lagi sebagian dari pembaca Mimin Adam yang belum tahu apa itu traveloka. Traveloka menyediakan platform dalam talian yang membolehkan kita menyemak imbas pelbagai jenis syarikat penerbangan atau penginapan, dan membuat tempahan. Pengguna boleh membuat tempahan terhadap perkhidmatan yang disediakan oleh hotel, syarikat penerbangan atau  mana-mana pembekal perkhidmatan lain di Traveloka. Dengan membuat pesanan melalui Traveloka, kita akan dapat menempah tiket penerbangan, bilik hotel atau perkhidmatan lain. Traveloka akan menyediakan pengesahan tempahan melalui emel. Mereka berhak untuk menolak tempahan atas sebab-sebab yang dinyatakan tertentu.

Traveloka

Kata mudahnya, Traveloka adalah salah satu daripada perkhidmatan e-dagang untuk membeli tiket penerbangan atau untuk mencari hotel berdasarkan talian dan memilih untuk membeli tiket penerbangan atau hotel.


Korang dah boleh dah rancang perjalanan korang tu dengan traveloka tak perlu lagi membuang masa berjam-jam untuk membeli tiket flight untuk buat perbandingan harga. Apabila sampai di destinasi, tak perlu lagi mencari hotel. Rugi masa percutian dengan cari hotel masa tengah bercuti. Dengan Traveloka, semuanya pantas dan mudah. Just klik , terus beli ! Mudahkan? Traveloka memberikan kemudahan yang lancar dan tempat hotel yang selesa mengikut kehendak anda.


Selain melayari https://www.traveloka.com/en-my korang jangan lupa untuk download apps traveloka di Google Play Store (Android) atau App Store (iOS) tau. Sebab, dengan apps ni memudahkan korang untuk booking bila dah kat tempat orang tuu. Kalau ada masalah pun boleh pakai apps ni untuk hubungi orang kuat traveloka.

STAYCATION 2H1M | 'ESCAPE WITH THE BUTTERFLY X TRAVELOKA' DI KL JOURNAL HOTEL

Disember 2017 yang lepas, aku dengan 39 rakan blogger yang hebat-hebat ni berpeluang untuk"Escape with Traveloka X The Butterfly Project" di Hotel KL Journey. Dengan kerjasama The Butterfly Project dan Traveloka kami bertemu di Hotel KL Journey. Walaupun aku tersesat di tengah-tengah Bukit Bintang, KL yang sentiasa banyak dengan kenderaan masih sempat melapor diri. hihihi.


Sampai-sampai, terus naik melaporkan diri dengan Traveloka dan The Butterfly Project Team. Sambil-sambil tunggu blogger yang lain sampai, kami boleh laa tenang-tenangkan diri sebelum kami mulakan aktiviti. 



Kalau korang malas nak baca entry aku, kau tengok je video atas ni, tapi tak lengkap jugak aku punya video ni. hahaha. so kau kena baca sampai habis apa aktiviti kami kat sini sepanjang 2 hari 1 malam.


Selepas blogger daftarkan diri, semua blogger akan dapat tag nama tulis sendiri. Hahahaha. So ni dah habis kretif dah nii. Selain tu, dapat goodies bag dari traveloka team dan blogger kena ambil 2 nombor dari 2 kotak misteri. Cehh, misterilah sangat. Tak misteri pun.. Kotak misteri tu untuk kita main game masa ice breaking nanti. 


Untuk game pertama, aku di kumpulan 5. Dalam game ini, kira sesi suai kenal dengan blogger-blogger lain. Kira nak tahu latar belakang blogger dalam kumpulan ni lah. Haa, time ni kau nak korek apa pun semua time ni. teeettt ! tak lama pun peluang ni. kahkahkah. 

with ayue jean

Game kedua pulak, tak silap aku namanya electric shock. Game ni aku di kumpulan pertama. Di mana blogger kena pegang tangan blogger lain. Blogger diminta tutup mata ketika permainan dimulakan. Okay game ni aku follow jee orang buat apa, sebab tak berapa faham apa sedang berlaku. Tup tup tup kumpulan kami je yang menang.Lepas tu kumpulan satu lagi tu,  asyik kalah, dan mintak tukar kedudukan dengan kumpulan kami. Katanya sebab tempat kami tu ada luck. hahahah. kelakar. Sememangnya betul agaknya, turn kami pulak kalah dalam game ni. So enjoy.


Okay, dah selesai main game, kita pakat dengar sepatah dua kata dari pihak KL Journey Hotel dan Traveloka. Memperkenalkan serba sedikit berkaitan traveloka apps. 


Haaa, lepas penat main game.. penatlah sangat.. Dah dapat input serba sedikit dari traveloka, tetibe pulak perut lapar. Kahkah.. Aishh Mimin.. muka tak pernah tak serius.. Memanjang nak serious jee kau kan mimin. Hahahha. Bab makanan memang aku serious. 


Diserikan lagi dengan acara kemuncak dari The Butterfly Project. Aktiviti melepaskan rama-rama bebas keudara. Sungguh teruja tengok butterfly banyak bebas dari sangkarnya.


ehhh, ada Lia Hasty lahh ^.^



Aktiviti seterusnya, kami dibahagikan lagi ke beberapa kumpulan. Aku dapat kumpulan yang aktiviti bermain dengan watercolor. Hahahha, aku rasa.. aku paling tak lawa kot. Tangan keras jee. Masa nak buat tu, menangis kejap sebab nak lukis bunga pun tak reti. Tapi bila dah siap lawa je. kisah pulak aku bunga warna purple biru. hahahaha



Aktiviti malam kami pula, seperti biasa.. Kami akan makan malam di Kedai Kopi Journal laaa mana lagi. hehehe. Sambil kami makan.. kami buat tukar-tukar hadiah x'mas.. Thanks roommate sayang. kohkohkoh

KL JOURNEY HOTEL



Inilah hotelnya. Terletak ditengah-tengah ibu negara Kuala Lumpur terletak di Bukit Bintang adanya Hotel KL Journey.


Aku dapat partner sebilik dengan kak Ayue jean bilik 303. Bilik kami boleh berhubung dengan bilik 302, maka kami pun berhuhu bersama sama laa jadinya..







Amacam guys aktiviti kami di KL Journey Hotel bersama Traveloka dan The Butterfly Project. Awesome kan aktiviti kami. Eh, btw... Untuk aktiviti Watercolor tuu, tuu untuk team mimin je. Ada team lain buat sabun, buat wallet, buat buku travel journey.. Semua DIY sendiri. Itulah pengalaman manis aku di akhir tahun 2017.

-------------------------------------------------------------------------

The Butterfly Project 

Traveloka 

The KL Journal 

DESIGN MUG SENDIRI DENGAN PRINTCIOUS.COM

January 12, 2018
Hai guys! Dah masuk minggu kedua kita dalam tahun 2018. Diam tak diam je kan, Ehh! lupa nak kabo ke korang. Hari tu, aku ada cerita pasal custome sendiri hadiah dengan Printcious.com kan.. Boleh tengok semula entri aku yang lepas di sini, Cara mudah aku untuk buat hadiah dengan printcious ni. Mudah jeee..

https://www.printcious.com/my


CUSTOM MUG SENDIRI

Haaaa, amacam.. Inilah hasil dari idea aku sendiri. kahkahkah.. Aku masa ni tengah kelam kabut nak kejarkan birthday someone. Sebab tu lah hasilnya macam ni.. Kalau nak ikutkan aku nak tepek cantik cantik muka someone tuu kat mug ni. Hahahahha. alang-alang tuu, aku buat jugaklah mug untuk aku kann. 



DIY PRINTCIOUS GIFT FROM YOUR HEART


Jangan pula kata printcious cuma ada mug je tau.. Nampak naw tak tengok apa ada kat printcious.com tuu.. Dengan printcious, korang boleh buat jigsaw picture, baju, magnet bantal ehh banyak lagi lahh.. Bawah ni kalau korang nak design baju sendiri


Yeayy, siap dah baju custom made sendiri. 5 step je nak buat baju ni tahu. Taksusah mana pun. Jangan lupa sign up dan subscribe newsletter dari Printcious tau.. Korang akan dapat banyak promocode sekiranya korang sign up dan subscribe.
Powered by Blogger.
Back to Top