BASIC TEE HANA TAJUDDIN | BAJU TAHAN LASAK DAN TIDAK PERLU DIGOSOK !

February 26, 2018
Siapa kata mengenakan hijab membataskan fesyen anda? Ambil contoh artis Malasyia Noor Neelofa Binti Mohd Noor yang dikenali sebagai Neelofa, merupakan seorang usahawan Berjaya, pelakon dan pengacara Malaysia. Neelofa berani bergaya dengan pakaian mix and match dan bergaya dengan pelbagai jenis fesyen hijab yang sangat menarik! Bukan itu sahaja, keberanian beliau dalam berfesyen boleh dijadikan sebagai contoh dan ikutan buat semua hijabista di luar sana yang ingin tampil cantik, stailo dan pada masa yang sama masih mengekalkan imej seorang muslimah.

TAMPIL MENARIK DAN RINGKAS DENGAN HANA TAJUDDIN

http://hanatajuddin.com.my/product/basic-tee-2-0-teelicious-white/

Semakin ramai wanita bertudung yang kini bijak bergaya dan tidak mahu terlepas daripada mengikuti trend fesyen terkini. Berhias merupakan panggilan fitrah bagi seorang wanita. Islam tidak pernah menyekat muslimah untuk berhias, selagi cara berhias itu masih sesuai dengan syariat Islam. 

http://hanatajuddin.com.my/product/basic-tee-2-0-teelicious-gold/

HANA TAJUDDIN - Menawarkan pelbagai pilihan busana muslimah yang cantik dan selesa pada harga berpatutan kepada anda. Produk seperti Tshirt Muslimah, tudung, blouse, handbag, pin, skirt, dan palazzo dari Hana Tajuddin adalah mengikut citarasa muslimah terkini, disamping menekankan kualiti dan keselesaan kepada pengguna. Hana Tajuddin sentiasa bersemangat untuk membuat kita kelihatan hebat! Mereka juga akan memberi kita idea bagaimana untuk kelihatan sederhana dan bergaya pada masa yang sama. 

3 KELEBIHAN MENGGAYAKAN KOLEKSI BASIC TEE 2.0 - HANA TAJUDDIN



Baru-baru ni, aku dapat mengayakan Basic Tee Hana Tajuddin sendiri dengan yakin. Berkonsepkan Tshirt Muslimah, Tshirt ini didatangkan dalam pelbagai warna mengikut citarasa kita antaranya  sakura pink, kelabu, hitam, putih, denim blue, orchid purple, emerald green, merah maroon dan warna emas. Saiz pula bermula S hingga XL dan semestinya harga mampu milik. Kelebihan menggayakan Teelicious Hana Tajuddin :

1. TIDAK PERLU MENGGOSOK

http://hanatajuddin.com.my/product/teelicious-denim-blue/
 
Mungkin sudah 99.9% daripada kita semua pernah alami situasi apabila anda sudah lewat untuk ke tempat kerja, sekolah, kelas, dan kita baru sahaja sedar yangkita  terlupa nak gosok baju malam sebelumnya semasa kita mahu memakai baju itu. Dengan jalan yang selalu sesak dengan kereta setiap pagi, kita tiada pilihan lain untuk pakai sahaja baju yang tak bergosok itu untuk ke destinasi  kita. Itu belum lagi dalam habit memang boleh dikatakan cerewet tentang satu-satu perkara. Kadangkala. muncul perangai pelik bila baju dan tudung berkedut sikit je pun dah nak heboh macam ayam baru bertelur! Nak nak, mak mak yang masih ada anak kecik perlu di dukung. Dengan Basic Tshirt 2.0 Hana Tajuddin, tak payah fikir dan semua tu boleh tolak tepi. Tak perlu digosok sebab material Tshirt ini tidak renyuk langsung!
 

2.  MENUTUPI BAHAGIAN PINGGUL


Hana Tajuddin terdapat banyak koleksi Muslimah modern yang mempunyai rekaan menutupi pinggul wanita. Penting bagi kita sebagai wanita bertudung memakai pakaian yang tidaj memperlihatkan bahagian pinggul terutama sekali jika potongan seluar yang di pakai adalah ketat. Sebab itu aku suka teelicious ni.. Tshirt Labuh selesa pergi ke mana-mana.
 

3. TAHAN LASAK



http://hanatajuddin.com.my/product/basic-tee-2-0-teelicious-emerald-green/

Basic Tshirt 2.0 Hana Tajuddin yang tahan lasak sesuai untuk pelajar-pelajar dan para guru digunakan pada hari sukan. Kalau hari sukan sesuai dipakai, secara tidak langsung tshirt untuk hari keluarga dan untuk aktiviti riadah, sukaneka dan sebagainya juga sedia digunakan. Material ini meresap peluh, tahan lama dan lasak serta tidak mudah melebar apabila dibasuh dan dipakai.

Innallah jamil, wa yuhibbu jamal: Allah itu cantik dan sukakan kecantikan. 
---------------------------------------------------------------------------

HANA TAJUDDIN
 
website : hanatajuddin.com.my
Instagram : http://www.instagram.com/hanatajuddin/
Facebook : http://www.facebook.com/HanaTajuddinHT/
Alamat : HANATAJUDDIN, C-23-1 Jalan Serai Wangi L/16L,
Sek 16, Alam Avenue 2, 40200 Shah Alam, Selangor.
Telefon : +603-55240841
Open : Setiap hari | 9:00 pagi hingga 6:00 petang

Nikmati 18% Pulangan Tunai sempena Kempen Hari Gaji Shopee dari 26 hingga 28 Februari

February 23, 2018
Shopee, platform e-Dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan akan melancarkan Kempen Hari Gaji dari 26 hingga 28 Februari 2018 - satu inisiatif yang didorong oleh tabiat membeli-belah pengguna dalam tempoh penerimaan gaji. Pengguna Shopee boleh menikmati pelbagai tawaran hebat dan potongan harga sepanjang kempen ini, termasuk pulangan tunai sebanyak 18% berbentuk syilling Shopee atas produk promosi. Bagi setiap pembelian RM1, pengguna akan menerima 18 syiling Shopee yang memberikan lebih ganjaran dan penjimatan. 

PENINGKATAN JUMLAH TRANSAKSI SEPANJANG PENERIMAAN GAJI

Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee
“Tahun lepas, kami mendapati purata peningkatan sebanyak 25% dalam bentuk jumlah transaksi sepanjang tempoh penerimaan gaji iaitu dari tarikh 25 hingga 31 setiap bulan. Aliran ini mendorong kami untuk melancarkan Kempen Hari Gaji dan skema pulangan tunai 18% yang membolehkan pengguna setia kami berjimat semasa waktu kemuncak aktiviti membeli-belah,” kata Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee.
kategori popular sepanjang tempoh penerimaan gaji
Pada masa yang sama, aktiviti membeli-belah ini menunjukkan peningkatan semasa waktu makan tengah hari dan selepas makan malam dengan rekod trafik tertinggi antara pukul 12.00 tengah hari hingga pukul 1.00 tengah hari dan dari pukul 8.00 malam hingga 9.00 malam. Bagi menyelesaikan pembelian mereka, pembayaran berbentuk pemindahan wang secara dalam talian merupakan cara pembayaran paling popular, diikuti oleh pembayaran menggunakan kad kredit dan debit dan seterusnya, pemindahan bank.

KEMPEN HARI GAJI SHOPEE




Shopee akan memulakan keraian sempena hari penerimaan gaji ini dengan jualan pra-kempen bermula dari 21 Februari yang membariskan tawaran eksklusif daripada jenama terkemuka seperti Elianto, Pro Shop, Reckitt Benckiser dan banyak lagi. 
Sepanjang 3 hari kemuncak kempen (26 hingga 28 Februari) ini, pengguna boleh menikmati tawaran hebat atas lebih 5,000 produk dari kategori terpilih termasuklah Mobil & Gajet; Kesihatan & Kecantikan; Permainan, Kanak-kanak & Bayi; Perabot & Perhiasan Rumah; Perkakas Rumah; Barang Runcit & Haiwan Peliharaan; Fesyen Wanita dan Fesyen Lelaki. Shopee turut bekerjasama dengan jenama seperti L’Oreal, Nestle, Big Pharmacy, Bagstation, XES Shoes dan Vivo untuk memberikan penjimatan berganda untuk pengguna tegar Shopee di seluruh Malaysia. Pada masa yang sama, Jualan Murah Shocking Sale akan digandakan hingga 5 kali sehari sepanjang tempoh kempen yang menawarkan pelbagai produk kegemaran ramai pada harga yang amat rendah bagi tempoh terhad, hingga kehabisan stok. 


Sepanjang kempen ini, Shopee turut melancarkan permainan Facebook Live: Edisi Hari Gaji pada 26 Februari pada pukul 2.00 petang yang membolehkan pengguna memenangi syiling Shopee dan hadiah utama berupa telefon bimbit Samsung Galaxy Note 8 bernilai RM3,999. Bagi menambahkan lagi keriangan kali ini, pengguna juga boleh menyertai Jualan Lelong Mobil Hari Gaji di shopee_mamak pada aplikasi Shopee sepanjang kempen dan berpeluang memenangi hadiah bernilai lebih RM4,000 termasuk sebuah Nubia M2 Lite, sebuah OPPO F5 dan sebuah Penyedut Hampagas Dyson.

Untuk maklumat lanjut, layari www.shopee.com.my. Muat turun aplikasi Shopee secara PERCUMA menerusi App Store atau Google Play.

‘Necklaces’ - Sebagai Aksesori Penambah Gaya Wanita

February 16, 2018
Sebagai seorang wanita yang mementingkan penampilan, kita sering mahu tampak bergaya. Sekaligus unik kepada orang di sekeliling. Pemakaian aksesori seperti rantai menjadi pelaengkap gaya terutama kepada golongan wanita yang mementingkan penampilan diri, sekali gus mampu menceriakan hari yang padat dengan pelbagai tuntutan tugasan. Aksesori rantai juga memainkan peranan penting sebagai alat penaktifan fesyen dan meningkatkan keyakinan diri seseorang. Padam masa sama, ia membantu melunturkan kekurangan diri individu terbabit. 


TAMPIL YAKIN DENGAN NECKLACE 

Dengan rantai leher, kita juga boleh kelihatan eklusif, anggun, moden dan menarik dengan menggayakanya dengan gaya korang tersendiri. Rasanya tak perlu beli yang mahal-mahal harganya semata untuk kelihatan cantik. Tapi, cukuplah dengan kemampuan. Sekiranya kau pandai mengayakan dengan baju yang dipakai extra memang kau dah cun. Gituuwww ! Yang hijabers pun tak ketinggalan untuk menggayakan dengan aksesori rantai. 


Jangan terlalu obses nak kelihatan meanrik tapi sebenarnya STYLISTA OPSS! Tidak perlu terlampau sarat dengan aksesori. Contohnya, kau pakai tudung tuu yang sesuai, make up yang natural tak berat, baju pula yang simple pun tak mengapa. Lepas tu, kau pakai rantai kat leher. Haaaa, kau mampu tau menonjolkan diri. 

' WOMEN NECKLACES ' - ZALORA MY

Aku nak kongsikan dengan kat sini. Baru-baru ni aku ada survey necklaces dekat Zalora. Fuhh, banyak pilihan dekat situ. Aku ni jenis suka necklaces tak besar tak kecil, Cukuplah orang nampak kehadiran necklaces tu, kahkahkah. Semestinya, aku akan pilih rantai yang mampu untuk aku di zaman GST ni. Murah-murah tapi mash nampak cantik bila dipakai.



Ada banyak lagi corak dan jenis yang boleh di pilih untuk Neckless ni. Manalah tahu, nak nampak glamours di hari majlis annual dinner ke, kerja kawin ke. Nak nak kalau tengah musim cuti sekolah. Mesti banyak aktiviti yang boleh buat kat luar sana. Apalah salahnya kita tampil  cantik-cantik sikit dari harian kita kat tempat kerja.  Cari je kat zalora tu, cari kat bahagian 'women necklace' dari murah ke mahal. Yang pasti kalau pandai pilih dapat harga diskaun. Jangan rambang mata tau ! jimat cermat sikit. hahahahhaha. Aku tengok tengah banyak sales ni. Mehh cepat grab !!

--------------------------------------------

ZALORA.MY

Google Play & App Store : https://www.zalora.com.my/mobile-apps/


Contact : +603 2035 6622


SEWA KHEMAH KANOPI MURAH BATU PAHAT

February 15, 2018
Kali ini bukan nak cerita berkaitan kecantikan, lifestyle, travel ataupun Food Hunter. Kita cerita pasal sewa kanopi sekitar Johor. Haaaaaa ! Kanopi bukan hanya untuk digunakan pada Majlis perkahwinan sahaja, tetapi Kanopi boleh digunakan ketika majlis ilmu, perjumpaan dan banyak lagi. Persediaan yang baik adalah penting agar kita dapat menjalankan perancangan dengan lancar dan juga baik. Hal ini kerana perancangan yang teliti boleh mengelakkan pelbagai kesilapan dan juga ralat pada pelan yang telah kita tentukan. Iyalah, tetamu yang hadir tu dapat tak berteduh dalam khemah kanopi tuu. Kesian tetamu kena hujan panas dengan embun akibat tiada perancangan. Nantikan je makcik-makcik bawang mengata kita nanti. hahahaha


SEWA KANOPI MURAH JOHOR

Sekiranya dalam masa terdekat ni ada buat majlis yang melibat ramai tetamu. Aku cadangkan lebih baik untuk sewa kanopi. Sebabnya, kesian tetamu datang tuu tak ada tempat duduk. Takkan nak biarkan tetamu berdiri pulak. Nanti dapatlah tetamukita  menikmati jamuan yang disediakan dengan keadaan yang selesa. hey ! pastikan sewa kanopi tu termasuk dengan meja dan kerusi tau. Bagi menjimatkan kos, boleh mencari penyewa yang memberikan pakej yang murah dan juga menyediakan pelbagai barangan untuk majlis itu nanti.

KOWARIRA - SEWA KANOPI MURAH DI JOHOR

 
Khusus buat bangsa Johor terutama kawasan Batu Pahat. Boleh dapatkan perkhidmatan sewa kanopi dari KOWARIRA. KOWARIRA merupakan syarikat yang menyediakan perkhidmatan sewa kanopi dan sewa lori yang bertapak di Batu Pahat, Johor. Perkhidmatan yang disediakan adalah dengan memberikan sewaan kanopi untuk majlis-majlis perkahwinan, tunang, rumah terbuka serta apa jua majlis yang memerlukan perkhidmatan sewaan kanopi.

Kenapa Anda Perlu Menyewa Kanopi Daripada KOWARIRA? | Sewa Kanopi Murah Di Johor

1. Boleh Menjimatkan Wang


Harga lengkap kanopi yang ditawarkan oleh KOWARIRA agak murah dan juga menjimatkan kos. Tak perlu  keluarkan belanja yang banyak untuk mendapatkan perkhidmatan sewa kanopi dengan KOWARIRA. Kalau sudah dapat jimatkan kos di kanopi, boleh dah guna duit yang terlebih lepas dapat sebut harga dengan KOWARIRA untuk menguruskan pelbagai lagi keperluan untuk majlis tersebut.

2. Kanopi Mengikut Citarasa


Kanopi mereka berkualiti dan mengikut cita rasa pelanggan. Pelanggan boleh mendapatkan kanopi mengikut warna kegemaran anda dan juga cita rasa anda.  
 
3. Perkhidmatan Sangat Berpuas Hati



KOWARIRA sentiasa akan memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk para pelanggan mereka kerana mereka mementingkan kualiti dan juga kepuasan hati para pelanggan. Untuk anda yang mahukan perkhidmatan yang terbaik anda boleh menyewa kanopi daripada mereka kerana anda pasti akan berpuas hati dengan servis yang diberikan oleh pihak KOWARIRA.

4. Kanopi Pelbagai Majlis



Kanopi yang disediakan oleh KOWARIA bukan sahaja tertumpu pada majlis perkahwinan, malah ianya sesuai digunakan untuk pelbagai majlis yang memerlukan kanopi. Jadi, orang-orang Johor hanya perlu menghubungi KOWARIRA untuk menyewa kanopi bagi majlis-majlis penting anda.

----------------------------------------------------------

KOWARIRA

Facebook : 

Hubungi :
+016-777 5597 (Ustaz Hassan)
+6011-15139181 (En Sallehuddin) 

Carian Shopee Meningkat 32% Sempena Perayaan Tahun Baharu Cina

February 14, 2018

Sempena perayaan Tahun Baharu Cina akan datang ini dan trend e-Dagang yang semakin popular di Malaysia, Shopee; platform e-Dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan, telah menyaksikan peningkatan sebanyak 32% dalam jumlah carian produk di Shopee dalam kalangan rakyat Malaysia sepanjang tempoh perayaan ini. Sejak pelancaran Kempen Wang Bersama Shopee pada 15 Januari yang menawarkan potongan harga sehingga 90% dan hadiah kemenangan berjumlah lebih daripada RM1 juta, semakin ramai rakyat Malaysia memilih untuk membeli-belah di Shopee dalam membuat persiapan sempena Tahun Baharu Cina.



“Aktiviti membeli-belah selalunya meningkat semasa musim perayaan, dan Tahun Baharu Cina tidak ketinggalan. Tahun ini, kami menyedari lonjakan dalam bilangan carian dalam talian di Shopee apabila kita menghampiri Tahun Baharu Cina, yang menunjukkan peningkatan trend pengguna yang memilih untuk membeli-belah secara dalam talian bagi musim perayaan. Ini petanda baik yang sejajar dengan inisiatif kerajaan untuk memacu sektor e-Dagang di Malaysia. Shopee menyediakan platform yang pantas, mudah dan selamat untuk membeli-belah dan dengan insentif Penghantaran Percuma ke Seluruh Malaysia dan Komisyen Sifar (0), rakyat Malaysia boleh menikmati aktiviti beli-belah di Shopee yang mudah dan menjimatkan,” kata Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee. 

Carian paling popular sempena Tahun Baharu Cina

 



Carian paling popular sempena Tahun Baharu Cina bagi tahun 2018 adalah bagi kategori berikut:
  • Pakaian Wanita - Blaus, Jeans, Gaun Panjang, Gaun Pendek, Cheongsam
  • Mobil & Gajet - iPhone, Samsung,Jam Pintar, Xiaomi
  • Permainan : Kanak-kanak & Bayi - Pakaian Budak Perempuan, Pakaian Budak Lelaki, Pakaian Bayi, Tommee Tippee
  • Kasut Wanita - Kasut, Kasut Sukan, Kasut Jenis Wedges, Sandal
  • Beg Wanita - Beg Sangkut, Beg, Dompet, Beg Galas
 

Pembelian paling popular 

 




Nampak sangat rakyat Malaysia sekarang sudah terbuka untuk pembelian secaraatas talian. Haha, aku pun sekarang beli barang pun prefer beli kat Shopee. Sebabnya, harga kita boleh buat perbandingan. Setakat ni, barangan shoppe semua kualiti terbaik. Cuma kena bersabar sikit laa untuk barang sampai kat tangan. Kadang-kadang kita beli barang terus dari China yang memakan masa selama 2 minggu paling cepat. Berikut Pembelian paling popular:

  • Kasut Wanita - Kasut Terbuka
  • Permainan, Kanak-kanak & Bayi - Set pakaian Bayi 
  • Perhiasan Rumah - Set Hadiah Tupperware
  • Kesihatan & Kecantikan - Set solekkan mata Tahun Baru Cina
  • Runcit & Haiwan Peliharaan - Kitkat Edisi Khas

Nikmati potongan harga dan promosi hebat atas pelbagai produk sempena Kempen Wang Bersama Shopee yang berlanjutan sehingga 25 Februari. Dengan pilihan lebih daripada 6 juta produk yang ditawarkan oleh lebih 200,000 usahawan di Shopee Malaysia, pelanggan boleh memenuhi keperluan membeli-belah sempena musim perayaan ini. Tambahan lagi, pengguna boleh terus bermain permainan Fortune Ang Pao untuk memenangi Tiket Emas dan hadiah utama berbentuk wang tunai berjumlah RM8,888.

Kempen Menarik Bersama Shopee


Stay tuned dengan Shopee ! Jualan murah bukan cuma ada pada tahun baharu cina je tau. Shopee akan melancarkan Kempen Hari Gaji daripada 26 hingga 28 Februari yang akan membariskan pelbagai tawaran hebat bagi pelbagai jenama terkemuka termasuklah Jualan Murah Komputer RibaShopee dengan jenama popular seperti Acer, ASUS, Dell dan Lenovo. Haaa ! Cepat download apps Play Store dan App Store di telefon bimbit korang.

#WangWithShopee 

Apa Itu Shopee





Shopee adalah platform e-Dagang terulung di Asia Tenggara dan Taiwan. Platform ini direka khusus untuk rantau ini, memberikan pengguna pengalaman membeli-belah yang mudah, selamat dan cepat dengan sokongan pembayaran dan logistik yang kukuh. Shopee akan terus meningkatkan prestasi platformnya dan menjadi destinasi e-Dagang pilihan di rantau ini. Shopee mempunyai pilihan produk yang pelbagai dari kategori seperti elektronik, perkakas rumah, kesihatan & kecantikan, bayi & permainan, fesyen dan peralatan kecergasan.

Shopee, sebuah syarikat Sea, mula dilancarkan di Singapura sejak 2015 dan telah berkembang ke Malaysia, Thailand, Taiwan, Indonesia, Vietnam dan Filipina. Sea merupakan peneraju dalam industri hiburan digital, eDagang dan perkhidmatan kewangan digital di rantau Asia Tenggara dan Taiwan. Misi Sea adalah untuk menaiktaraf kualiti kehidupan pengguna dan perniagaan kecil menerusi penggunaan teknologi dan telah disenaraikan di Bursa Saham New York (NYSE) dengan simbol SE. 

 --------------------------------------------------------------

Info Shopee 


Powered by Blogger.
Back to Top