JK1M MUSIM 10 | TEAM BATU PAHAT (MINGGU KEEMPAT)

March 31, 2018
Daim tak diam, dah masuk ke minggu keempat aku sembang berkaitan Jom Kurus 1 Malaysia dibawah bimbingan Kevin Zahri musim ke 10. Bila kita mempunyai matlamat yang sama iaitu sihat dan kurus, secara tidak langung peserta dalam team yang sama menjadi sebuah keluarga baru. Ternyata aku selesa bergaul dengan mereka. Walupun kami berbeza umur dan kerjaya.  Ternyata mereka memang banyak mulut, Hahahaha makan tuu sudah pasti, sampingannya membawanglah apa lagi. hahahahha

berat naik masa ni. hahahaha

JK1M #10 - Southern Lion Muaythai Club

Sabtu (24 Mac 2018), aku dan peseta JK1M team Batu Pahat. Berpeluang untuk belajar cara beraksi secara Muay Thai (taktahu nak sebut apa) hahahahaha. Seronokm Satu lagi pengalaman yang tak pernah terfikir untuk aku mencubanya. Btw, abam abam Muay Thai dari Southern Lion Muaythai Club ni sado sado uolss. Tergugat mata kite. wakakakka. 


Cara Muay Thai panaskan badan. Sambil-sambil tu kami diajar asas terlalu asas untuk pergerakkan Muay Thai. Agak susah juga buat aku untuk kali pertama. 



Padu kakak Nurul kite ni

Group Photo bersama Southern Lion MuayThai Club
Aku dah macam pondan tengah bertumbuk. Hahahahaha. Tapi takpe sebab memang aku masih di peringkat merangkak. Tak tahu lepas ni bila lagi berpeluang bermuay thai ni.

 JK1M10 Team Batu Pahat - Menawan Bukit Soga

Ahad (25 Mac 2018) - Sebelum ni memang tahu keweujudan Bukit Soga, Tapi tak mencabar sebab ada tangga. Rupanya ada juga jalan selain melalui tangga. Aku baru pertama kali naik untuk kali ini. Wahhh kau mimin.. Semua kali pertama. hahaaha.. 

 
Aku orang terakhir sampai. Diorang dah jalan dulu. Sesampainya aku, aku disambut riang oleh sekawan anjing. Pehh! hampir nak kena kejar dengan anjing anjing ni sekalian. Nasib baik ada Guider tolong halaukan. Guider tu tengok aku macam ada stamina rasanya, Dia bantai jalan jee walaupun aku dah tercungap tak cukup nafas. bayangkan kau berlari atas bukit sebab hampir nak kena kejar dengan anjing. Bila Sampai kat guider tuu. Terus naik dan naik. Berhenti cuma beberapa second je untuk aku cool down. hahahha


Tak sangka dekat Bukit Soga ada mini gua. haahahah. Kecik jee. Itu pun Cina cina dekat taman Soga ni buat sembahyang kat sini. Mintak nombor letteww. Hahahaha ! judgemental.


Pokok ni aku dah lupa nama dia. Tapi besar betul pokok ni, Baru kat Bukit Soga, Batu Pahat. Kalau dekat Gunung Tahan ke kat Gunung Ledang ke mesti lagi banyak pokok kayu bersize besarkan. Okay ! Next Hiking plishh !


Ehemm, Dekat sini ada port baikk weyh. Diorang panggil taman buaian. Taman Buaian tau... Coach Suelopa kami sebut taman Bunian. hahahahhahaa, Seram weyhh kalau boleh nampak.


Sesi group photo di taman buaian. Sebelum turun ke bawah. Hahahaha, aku termain gelongsor masa nak turun weyh. Kelakar giler kalau aku ingatkan balik.. Nasib baik takde yang merakam. Jadi, inilah aktiviti hujung minggu kami pada minggu keempat. Sepatutnya kami perlu naik Bukit payung. Tapi, over tau ! kena cas guider. Terus cancel. Hahahaha. 

-----------------------------------------------------------

Info Lanjut
019 282 7820 (Kaka) atau 013 502 8006 (Page)


Terlepas Baca :



Yakin dengan diri anda, #makeyourmark dengan Bio-Oil

March 29, 2018
Petaling Jaya, Mac 2018 – Bulan ini, Bio-Oil Malaysia memberi penghormatan kepada wanita-wanita Malaysia yang luar biasa dengan kempen #makeyourmark. Menyedari bahawa masyarakat kini mempunyai persepsi yang tidak realistik mengenai badan yang sempurna sehingga menyebabkan rasa tidak yakin dan mempunyai imej negatif terhadap diri sendiri, kempen #makeyourmark memperkasakan wanita supaya berasa selesa dengan diri sendiri dan mengingati mereka tentang nilai diri.

"Di Bio-Oil, kami memahami perjuangan seorang wanita. Kadang-kadang, rasanya seperti kita diharap untuk melakukan semuanya dan tetap kelihatan cantik! Apabila anda berfikir dengan teliti, ia sebenarnya bukan satu pencapaian yang mudah. Oleh demikian, kami berada di sini untuk mengingatkan wanita bahawa mereka semuanya cantik dalam cara tersendiri, bahawa mereka semua kuat dan luar biasa; dan mampu menjadi yang terbaik. Dan dalam perjalanan kehidupan diri, anda boleh bergantung kepada Bio-Oil untuk menjaga keserian kulit tanpa kesan. Marilah kita semua memadamkan keraguan pada diri sendiri dan sayangi diri anda supaya anda dapat melangkah jejak dengan yakin dan bersedia untuk menghadapi apa jua cabaran." kata Ms. Low Hooi Wan, Pengurus Unit Perniagaan Bio-Oil Malaysia.

Kempen #makeyourmark adalah bahagian pertama kempen #iamremarkable yang akan dijalankan sepanjang tahun 2018 untuk memperkasakan para wanita. Kebanyakan wanita menggemari untuk kelihatan terbaik, biarlah Bio-Oil menjadi sebahagian daripada perjalanan anda untuk mencapai kulit yang cerah dan sihat. Ini bertujuan memperkasakan para wanita untuk mengejar impian mereka dan pada masa yang sama berasa selesa dengan diri sendiri.

Perkongsian mereka tentang pengalaman dengan Bio-Oil:

Elaine Daly


“Banyak yang saya perlu uruskan; keluarga, kerja, jadual semua perlu dijaga, sekurang-kurangnya saya tahu dengan Bio-Oil saya tidak perlu risau. Saya biarkan ia memainkan peranannya iaitu menjaga kulit saya dengan kelebihan minyak semulajadi. Selain penggunaannya untuk menyegarkan dan menyuburkan kulit, saya menggunakannya pada perut saya sebagai langkah pencegahan dari kesan regangan. Ia melembapkan kulit dan apa yang saya sukai ialah ia tidak meninggalkan kesan berminyak. " kata Elaine Daly, seorang Pelakon, Hos TV, Pengarah Organisasi Miss Universe Malaysia Kebangsaan, dan Pengarah Saluran www.hurr.tv.
Madam Molly Khoo

“Bio-Oil membantu saya kelihatan muda selama mana yang termampu. Ia membantu dalam masalah kekeringan dan melembab kulit saya tanpa meninggalkan kesan berminyak. Saya lebih yakin dan selesa dengan kulit saya sekarang! " kata Madam Molly Khoo, Pengasas Heritage Village Restaurant.
Nadia Hasbi
“Bio Oil adalah minyak penjagaan kulit pakar yang hebat yang menyokong wanita dengan memberi penjagaan yang terbaik untuk kulit kita. Ia sama seperti minyak bayi, tetapi baunya mengagumkan, ringan, tidak berminyak dan mudah diserap. Saya syorkan untuk semua!” kata Nadia Hasbi, Pengasas Fit Rebel.

Mengenai kempen Bio-Oil #iamremarkable

Kempen #makeyourmark adalah yang pertama dalam kempen sepanjang tahun Bio-Oil bertajuk #iamremarkable. #iamremarkable meraikan perjalanan seseorang menuju pencapaian yang paling besar dan paling bermakna dalam kehidupan sambil membantu menjaga kulit bebas daripada tanda cela. Kempen #iamremarkable akan menampilkan pelbagai tema dan personaliti wanita dari pelbagai industri.  

Mengenai Bio-Oil


Bio-Oil adalah produk pakar penjagaan kulit yang sangat digemari kerana keberkesanannya untuk membantu memperbaiki pelbagai masalah kulit, seperti parut, tanda regangan dan tona kulit yang tidak sekata. Rumusannya yang unik mengandungi PurCellin Oil ™ yang berfungsi secara sinergi dengan gabungan mujarab vitamin A & E dan minyak tumbuhan semulajadi - lavender, kalendula, rosemary dan kamomil untuk menjana semula dan menyuburkan kulit tanpa meninggalkan kesan berminyak. Selain daripada memperbaiki parut-parut lama dan semasa pada kulit, Bio-Oil juga boleh digunakan sebagai langkah pencegahan untuk membantu mengurangkan kesan regangan terbentuk. Di samping itu, produk yang sangat popular ini juga digunakan untuk melicinkan dan menegangkan kulit dan kedutan di muka dan badan. Bio-Oil juga boleh digunakan untuk membantu menambahkan minyak kulit yang terhakis akibat kesan penyaman udara dan mandian kerap.

Sebanyak 223 anugerah yang diterima oleh Bio-Oil dan kedudukan No.1 di 24 negara di seluruh dunia, termasuk Malaysia, merupakan bukti keberkesanan produk ini.


JK1M MUSIM 10 | TEAM BATU PAHAT (MINGGU KETIGA)

March 28, 2018
Minta maaf untuk JK1M 10 minggu kedua aku tak dapat nak share bersama, mungkin nanti aku akan mintak pengalaman kawan aku untuk ceritakan pengalaman minggu kedua. Team Batu Pahat untuk minggu kedua mereka pergi mendaki Bukit Soga, Batu Pahat. Wahh ! Batu Pahat pun ada tempat boleh hiking ke ? Ofkos ada, malah ada bukit cantik di Batu Pahat tau. Haa, Nanti aku cerita kemudian untuk bukit-bukit tersebut. Punca utama aku tak dapat ikut aktiviti pada minggu kedua sebab hadir pelancaran SIS Perapat dan Delia Gold Serum di Kota Kinabalu, Sabah.


SEMINAR TOUR JOHOR (10 FEB 2018) - KEVIN ZAHRI

Sesi seminar ini percuma kepada peserta Jom Kurus 1 Malaysia. Cuma, kena keluarkan duit tol dan minyaklah nak hadir bersama di UTM Skudai, Johor. Pengalaman berharga bila kita dapat belajar sesuatu perkara dari orang yang berkemahiran dalam dunia penjagaan kesihatan seperti Kevin Zahri.



Berikut adalah jadual bagi seminar Tour Kevin Zahri bersama peserta di UTM Skudai, Johor. Ianya tidak terhad untuk peserta JK1M sahaja, malah bukan peserta JK1M juga boleh hadir bersama-sama dengan peserta JK1M. Tapi, mereka perlu mendaftar terlebih dahulu. giteew..

selepas aerobik da zumba

Bangun seawal pukul 6 tuu bukanlah awal yee adik -adik sekiranya bergerak dari Batu Pahat. Adehh, Ya Ampun,, memang tak sadar alarm jam berbunyi langsung. Minta maaflah kat kak Effa yang menumpang. Kesian dia.. Macam kena main tolak-tolak. Yang penting misi kita berjaya untuk trip itu. ahahahhaha


Inilah barisan peserta JK1M Johor. Ada juga beberapa team dari daerah Johor tidak dapat turut serta akibat kekangan jarak. Dapat tak cari muka aku? Kalau dapat powerlah mata awak ni. hahahahah..

Peserta JK1M team Batu Pahat berpeluang merakamkan detik kenangan bersama coach Kevin Zahri. Harapnya Coach KZ tak seriklah dengan team Johor yang kaki selfie ni. Tak beri peluang langung untuk Coach Kevin Zahri duduk diam rehat. heee ~


Selepas beramah mesra dan sesi fotografi, Coach KZ menerangkan serba ringkas dan padat berkaitan kesihatan, Fuhh ! ini paling mahal. Next season jomlah dapatkan ilmu berkaitan kesihatan terus dari Kevin Zahri. Boleh baca artikel  berkaitan : Jom Kurus 1 Malaysia #10 - Kevin  Zahri




Seronok jugak main stick ni. Sambil bermain sambil keluarkan peluh. Teringin nak main lagi ni sekarang. Memang seronok main stick ni. Macam tengah pukul gendang. Acara stick ini selepas seminar kesihatan dari Coach Kevin.

Timbang Berat - Minggu Ketiga



Disebabkan minggu lepas terlampau cheat sebab ada pelancaran SIS Perapat, makanya muka aku macam redho jerlah berat turun sikit. Sikit sangatlahkan, sebab sabtu semalam lepas Seminar Kevin Zahri dok melantak kat Kilang Beteri. 


Sebenarnya, JK1M ni bukan buat pada hujung minggu je yee kawan-kawan. JK1M berjalan seperti biasa pada setiap hari. Kenapa aku cerita hujung minggu sahaja ? Sebab kekangan waktu untuk hadirkan diri. hahaha. Adehh.. Mintaa maaf coach ! Okay, gambar kat atas diambil selepas lari 7 pusingan di Stadium UTHM, Batu Pahat. Sekiranya terlepas baca apakah aktiviti Team Batu Pahat pada minggu pertama boleh baca artikel : JK1M Musim 10 | Team Batu Pahat (Minggu 1) . Nantikan dengar sabar ye aktiviti pada minggu ke empat saya  

-----------------------------------------------------------

Info Lanjut
019 282 7820 (Kaka) atau 013 502 8006 (Page)



TRAVEL | PELADANG SETIU AGRO RESORT, TERENGGNU

March 21, 2018
Ramai orang tahu Terengganu terkenal dengan pantai dia yang cantik sahajakan, aku pada awalnya juga macam itu juga, teruja mahu ke Terengganu kerana pantai dia yang cantik. Tak sangka di Terengganu ini ada tempat untuk kem team building.



PELADANG SETIU AGRO RESORT



credit : Azura - Amazing Terengganu 

Kali ini aku bersama rakan blogger dari Kelab Blogger Ben Ashaari berpeluang untuk merasai sendiri 'escape' dari kesibukan bandaraya. Tak sangka.. sebuah kawasan terpencil di pendalaman, malah tidak ada apa-apa keistimewaan, kini menjadi destinasi pelancongan yang terkenal. Tempat yang agak menarik serta jarang-jarang di ketahui umum iaitu Peladang Agro Resort Setiu. Resort ini terletak agak terpencil dari kesibukan kehidupan kota. Ia adalah syurga bagi pencinta alam yang sukakan kehijauan dan kedamaian alam semulajadi. Ianya terletak lebih kurang 89 km dari Kuala Terengganu dan 13 km dari Bandar permaisuri. Ianya dikelilingi oleh hutan tropika yang subur , tasik-tasik serta sungai-sungai.




Kunjungan kami ke resort ini disegarkan dengan keindahan landskap serta tasik yang indah. Udara yang segar dan nyaman di pinggir hutan hujan tropika serta aliran sungai dan air jernih menenteramkan jiwa.


Tarikan Peladang Setiu Agro



View Tasik

Sebelum aku cerita lanjut, gambar view ini dari Bebelan Cik Min . Resort yang terletak di kaki Gunung Tebu ini pastinya memberikan kelainan dalam percutian aku kali ini dengan dikelilingi ladang kelapa sawit serta Hutan Hujan Tropika yang kaya dengan keunikan flora dan fauna.






Tertarikkan keindahan suasana Peladang Setiu Agro Resort ni. Aku yakin, kalau kau rasa sesak kepala sekarang ni, bolehlah datang bercuti ke PSAR ni.. Dalam kau tengok kehijauan bumi, kau juga dapat tengok kebiruan bumi. Tenang is better...


Aktiviti Menarik di Peladang Setiu Agro Resort


Ehhh ! takkan dari Johor ke Terengganu cuma hanya nak tidur makan je kan.. Di Peladang Setiu Agro Resort, pasti terkilan sekiranya buat aktiviti mandi di swimming pool je. Sebab, di sini pelbagai aktiviti menarik sambil menerokai keindahan hutan boleh kita lakukan. Antara aktiviti yang sempat kami rasainya sendiri:


  • Nightwalk Jungle Trekking 



  • Flying Fox 

Credit : Azura by Amazing Terengganu 

  • Tangkap Lokan, Kepah, Scallop 



langkah pertama untuk misi mencari hasil haiwan bercengkerang 


Mengharungi akar bakau untuk cari lokan 

Macam nilah cara cari lokan 

  • Barbeque 





  • Water Confident 







  • Kayak 



Kemudahan Peladang Setiu Agro Resort




Resort ini kini mempunyai 58 buah chalet yang unik bercirikan senibina tradisional Melayu yang unik. Ditambah pula dengan koleksinya dipinggir tasik pasti memberi sesuatu yang kita impikan. Biliknya dilengkapi dengan kemudahan penghawa dingin, tv, hot shower serta kemudahan coffee/tea.

Empat buah bilik seminar boleh menampung kapasiti 250 orang dengan theater style serta 100 orang bagi classroom style. Restoren Seri Tanjung pasti akan membuka selera kita dengan keenakkan masakan pantai timur yang popular dengan ulam-ulam yang berkhasiat serta dengan kelazatan masakan barat dan continental. Di sebelah petang dan malam, anda boleh sembang-sembang di kopitiam coner sambil minum kopi, the tarik dengan snek ringan di Agro Café dengan suasana yang menarik dan nyaman sambil mendengar muzik. 




Kemudahan surau, kolam renang, padang sukaneka, warung nira serta lobby shop pastinya memberi kan anda kepuasan maksimun semasa menghabiskan percutian anda di PSAR. Bagi mereka yang sukakan survivor, pihak resort juga menyediakan tapak perkhemahan untuk kita menikmati suasana yang berbeza dan lebih menarik dengan kemudahan yang selesa dan memuaskan.




Agro resort bukan sekadar destinasi percutian, mereka juga menyediakan prasarana yang lengkap bagi membantu kita menjayakan program-program, kursus dan seminar dalam suasan keringan. Apa yang pasti, kunjungan ke Agro Resort pasti meninggalkan kepuasan yang dicari. Keunikan dan kelainan pastinya memberikan kita kepuasan dengan suasana yang berbeza daripada destinasi percutian yang lain.

Adakah trip kembara KBBA9 kami di Peladang Setiu Afgro Resort ini berjalan dengan lancar ? kahkahkah, ofkos berjalan dengan lancar. Walaupun sebenarnya fikir banyak kali pergi sebab faktor jauh dan assignment. Kalau nak tahu macam mana lancarnya aktiviti di sana, cubalah sendiri untuk datang dan alami pengalaman ini di Peladang Setiu Agro Resort, Terengganu.



----------------------------------------------------------------

Info Lanjut :

Peladang Setiu Agro Resort

Lot 3912, Guntong,
22040, Setiu, Terengganu

Tel : 09-6920059 / 6920039 / 6920017 / 019-9192240 
Fax : 09-6099763

E.mail : peladang_agroresort@yahoo.com


JK1M MUSIM 10 | TEAM BATU PAHAT (MINGGU 1)

March 13, 2018
[27 JANUARI 2018 | MINGGU 1] Aku berjaya menghadirikan diri sesi  ke Dataran Batu Pahat. Hari pertama dah buat masalah, pergi Tasik Y. Terang-terang info bagi tahu buat dekat dataran Batu Pahat, Degil jugak pergi ke Tasik Y. Kahkahkah.  Kelam kabut aku dibuatnya bila aku call kawan aku Eyma tapi tak jumpa-jumpa dia. 


JK1M - TEAM BATU PAHAT

Jom Kurus 1 Malaysia (JK1M) Siri ke 10. Untuk siri ke sepuluh ni, aku berpeluang menyertainya. Kenapa aku pilih Batu Pahat ? Sudah tentu aku memang asal Batu Pahat. Takkan pula aku pilih  Muar atau Senggarang pulak. Jauh tuu nak ke sana. 

Coach Sue & Adiba
Suhaila iaitu Team Leader Batu Pahat atau lebih mesra panggil Suelopa. ehemmm. hahahaha bukan Zouk tau ! Tersangat best dan sporting.
Data Peserta JK1M - #teambatupahat

Untuk minggu pertama, Coach sue buat sesi pengenalan. Di mana, coach Sue akan ambil data untuk hari pertama. Data apa tu? Data berat badan, ukur lilit badan serta ujian kecergasan (test fitness) setiap individu. Takdelah Coach Sue nak perhatikan satu-satu, sudah tentu kami buat dalam kumpulan. gitteww
Sesi perkenalan
Sesi Membawang.. ehh ! tak tak sesi pengenalan juga
Walaupun kami terdiri dari pelbagai umur semua positif. Semua kawan-kawan baru yang sporting.  Menariknya JK1M Batu Pahat khas untuk peserta wanita je. Memang tak terasa langsung malu dan masa berlalu. 

KENAPA SERTAI JK1M?


Masuk-masuk dalam group JK1M BP Rangers je dah ada yang bertanya. "Dah kurus dah tu dik.. Nak kurus macam mana lagi" hahahaha. Adeh kak.. Kenapa ibu aku cakap aku gemok.. Bukan ibu jee anak buah aku pun cakap "ateh mok" Apa kakak-kakak dalam group Whatsapp tuu tak nampak ke aku membesar..


Haaa, tekalah berat aku berapa.. Tak dapat jawab tak tahu nak cakap apa. Terang terang gambar kat atas ada tunjuk berat aku berapa. Hahahaha. Okaylah, berat aku untuk hari pertama serta JK1M ni 55.3kg. Ramai orang cakap berat ni sebenarnya dah kurus. Aku pun yakin masih kurus. kahkahkah. Sebab BMI aku normal. Tapi, aku tak nak angka 5 ni. Aku nak patah balik ke size asal aku angka 4. Bukan itu je, aku masuk JK1M ni antara satu sebabnya nak tahu cara pemakanan yang betul yang tidak perlukan pil-pil kurus. Kira tak takutlah kalau makan tapi tak bersenam.

Dah lama tak buat ujian kecergasan ni. Boleh tahan jauh ke dalam laut jugak fitness aku tu. Hahahaha. termengah-mengah dan menggigil satu badan. Memang betul orang cakap, beauty is pain

JK1M Team Batu Pahat


JK1M Team Batu Pahat

Sebahagian peserta dari Batu Pahat. Ialah, masing masing ada banyak komitmen perlu diutamakan. Tak dapat hadir hari ini mereka datang pula esok untuk perkara yang sama aku buat pada hari ini. Okay, ini kisah minggu pertama di hari pertama ya. So, Next aku akan ceritakan minggu yang seterusnya. 

-----------------------------------------------------

Jangan sedih kerana terlepas peluang untuk JK1M musim ke10 ni, Sentiasa update dengan info JK1M musim ke 11 akan datang yaaa! 


Info Lanjut
019 282 7820 (Kaka) atau 013 502 8006 (Page)

Powered by Blogger.
Back to Top