JOM KURUS 1 MALAYSIA #10 - KEVIN ZAHRI

March 11, 2018

Gemok. Satu perkataan yang tidak boleh masuk dalam kamus diri aku. Aku pasti dan yakin, korang pun macam tu aku jugak kan. Masyaallah.. Nasib baik aku cepat tersadar. Walaupun orang kata aku kurus. Tapi aku selagi belum turun angka 4 aku still rasa gemok.. hehehe. Jangan marah uollsss. Begitupun hari ini, rata-rata mereka yang mengalami obesiti dilihat bersemangat untuk menurunkan berat badan masing-masing tetapi tidak tahu bagaimana untuk mengatasi masalah tersebut. Katakan tidak pada berlapar dan pil kurus !






JOM KURUS 1 MALAYSIA (JK1M)

PROGRAM Jom Kurus Satu Malaysia (JK1M) sudah memulakan musim ke 10 ada 27 Januari 2018. Sejak diperkenalkan pada 2014, program itu berjaya membantu kira-kira 30,000 orang mengurangkan berat badan dan mengamalkan gaya hidup sihat. Pengasas JK1M, Kevin Zahri berkata, dia menyasarkan seramai 4,000 peserta JK1M di 200 lokasi terpilih seluruh negara tahun ini. 


JK1M adalah aktiviti senaman bersama-sama selama 6 minggu, setiap kawasan akan anjurkan aktiviti kecergasan seperti bootcamp, aerobik, futsal, tabata, senaman gym dan lain-lain bersama peserta yang mempunyai hasrat dan matlamat yang sama. Aktiviti berkumpulan biasanya cuma pada hujung minggu sahaja. Tidak perlu berhenti kerja atau terkurung di lokasi khas. Menarik bukan?

Soal makanan bukanlah satu masalah besar kepada mereka yang mengalami obesiti ataupun masalah berat badan berlebihan, sebaliknya yang menjadi fokus ialah kuantiti makanan yang diambil dalam setiap hidangan. Ramai menyangka dengan tidak makan nasi mereka mampu mengurangkan berat badan. Tetapi hakikatnya nasi yang digantikan dengan makanan lain adalah sama sekiranya kuantiti yang diambil adalah sama.

Selain aktiviti peserta juga akan menerima pakej pembelajaran eBook dan Video KEVIN ZAHRI dan seminar Jom Kurus bersama Kevin Zahri secara percuma. JK1M10 sudah berakhir, maka sama sama kita nantikan Jom Kurus 1 Malaysia season ke 11. Tak sabarnya nak tunggu !

Bagaimana aku dalam JK1M season ke 10 ? Mana orang Batu Pahat yang teruja ingin serta Jom Kurus 1 Malaysia di Batu Pahat. Aku akan cerita berperingakat dari minggu pertama hingga minggu terakhir bersama-sama JK1M Team Coach Sue !

-----------------------------------------------------------

Info Lanjut
019 282 7820 (Kaka) atau 013 502 8006 (Page)

3 beleter:

Mar Mansor said...

gemuknya rasa sebab dah cecah angka 50kg
Janji Kita

fizafantagirO said...

Uwaa, kakfiza ni dalam kategori apa dah agaknya .masuk angka 6 ni.hikhik

Hans said...

nak kena kurangkan berat badan macam nih

Powered by Blogger.
Back to Top