TRAVEL | PELADANG SETIU AGRO RESORT, TERENGGNU

Ramai orang tahu Terengganu terkenal dengan pantai dia yang cantik sahajakan, aku pada awalnya juga macam itu juga, teruja mahu ke Terengganu kerana pantai dia yang cantik. Tak sangka di Terengganu ini ada tempat untuk kem team building.



PELADANG SETIU AGRO RESORT



credit : Azura - Amazing Terengganu 

Kali ini aku bersama rakan blogger dari Kelab Blogger Ben Ashaari berpeluang untuk merasai sendiri 'escape' dari kesibukan bandaraya. Tak sangka.. sebuah kawasan terpencil di pendalaman, malah tidak ada apa-apa keistimewaan, kini menjadi destinasi pelancongan yang terkenal. Tempat yang agak menarik serta jarang-jarang di ketahui umum iaitu Peladang Agro Resort Setiu. Resort ini terletak agak terpencil dari kesibukan kehidupan kota. Ia adalah syurga bagi pencinta alam yang sukakan kehijauan dan kedamaian alam semulajadi. Ianya terletak lebih kurang 89 km dari Kuala Terengganu dan 13 km dari Bandar permaisuri. Ianya dikelilingi oleh hutan tropika yang subur , tasik-tasik serta sungai-sungai.




Kunjungan kami ke resort ini disegarkan dengan keindahan landskap serta tasik yang indah. Udara yang segar dan nyaman di pinggir hutan hujan tropika serta aliran sungai dan air jernih menenteramkan jiwa.


Tarikan Peladang Setiu Agro



View Tasik

Sebelum aku cerita lanjut, gambar view ini dari Bebelan Cik Min . Resort yang terletak di kaki Gunung Tebu ini pastinya memberikan kelainan dalam percutian aku kali ini dengan dikelilingi ladang kelapa sawit serta Hutan Hujan Tropika yang kaya dengan keunikan flora dan fauna.






Tertarikkan keindahan suasana Peladang Setiu Agro Resort ni. Aku yakin, kalau kau rasa sesak kepala sekarang ni, bolehlah datang bercuti ke PSAR ni.. Dalam kau tengok kehijauan bumi, kau juga dapat tengok kebiruan bumi. Tenang is better...


Aktiviti Menarik di Peladang Setiu Agro Resort


Ehhh ! takkan dari Johor ke Terengganu cuma hanya nak tidur makan je kan.. Di Peladang Setiu Agro Resort, pasti terkilan sekiranya buat aktiviti mandi di swimming pool je. Sebab, di sini pelbagai aktiviti menarik sambil menerokai keindahan hutan boleh kita lakukan. Antara aktiviti yang sempat kami rasainya sendiri:


  • Nightwalk Jungle Trekking 



  • Flying Fox 

Credit : Azura by Amazing Terengganu 

  • Tangkap Lokan, Kepah, Scallop 



langkah pertama untuk misi mencari hasil haiwan bercengkerang 


Mengharungi akar bakau untuk cari lokan 

Macam nilah cara cari lokan 

  • Barbeque 





  • Water Confident 







  • Kayak 



Kemudahan Peladang Setiu Agro Resort




Resort ini kini mempunyai 58 buah chalet yang unik bercirikan senibina tradisional Melayu yang unik. Ditambah pula dengan koleksinya dipinggir tasik pasti memberi sesuatu yang kita impikan. Biliknya dilengkapi dengan kemudahan penghawa dingin, tv, hot shower serta kemudahan coffee/tea.

Empat buah bilik seminar boleh menampung kapasiti 250 orang dengan theater style serta 100 orang bagi classroom style. Restoren Seri Tanjung pasti akan membuka selera kita dengan keenakkan masakan pantai timur yang popular dengan ulam-ulam yang berkhasiat serta dengan kelazatan masakan barat dan continental. Di sebelah petang dan malam, anda boleh sembang-sembang di kopitiam coner sambil minum kopi, the tarik dengan snek ringan di Agro Café dengan suasana yang menarik dan nyaman sambil mendengar muzik. 




Kemudahan surau, kolam renang, padang sukaneka, warung nira serta lobby shop pastinya memberi kan anda kepuasan maksimun semasa menghabiskan percutian anda di PSAR. Bagi mereka yang sukakan survivor, pihak resort juga menyediakan tapak perkhemahan untuk kita menikmati suasana yang berbeza dan lebih menarik dengan kemudahan yang selesa dan memuaskan.




Agro resort bukan sekadar destinasi percutian, mereka juga menyediakan prasarana yang lengkap bagi membantu kita menjayakan program-program, kursus dan seminar dalam suasan keringan. Apa yang pasti, kunjungan ke Agro Resort pasti meninggalkan kepuasan yang dicari. Keunikan dan kelainan pastinya memberikan kita kepuasan dengan suasana yang berbeza daripada destinasi percutian yang lain.

Adakah trip kembara KBBA9 kami di Peladang Setiu Afgro Resort ini berjalan dengan lancar ? kahkahkah, ofkos berjalan dengan lancar. Walaupun sebenarnya fikir banyak kali pergi sebab faktor jauh dan assignment. Kalau nak tahu macam mana lancarnya aktiviti di sana, cubalah sendiri untuk datang dan alami pengalaman ini di Peladang Setiu Agro Resort, Terengganu.



----------------------------------------------------------------

Info Lanjut :

Peladang Setiu Agro Resort

Lot 3912, Guntong,
22040, Setiu, Terengganu

Tel : 09-6920059 / 6920039 / 6920017 / 019-9192240 
Fax : 09-6099763

E.mail : peladang_agroresort@yahoo.com


5 Comments