SALAM RAMADHAN 1439H

May 17, 2018
Bermula Awal Ramadan, masyarakat Islam di Malaysia akan mengunjungi masjid dan memulakan ibadah puasa selama sebulan bermula terbitnya fajar hingga terbenam matahari. Ramadan merupakan bulan yang paling mulia di dalam kalendar Islam kerana Al-Quran telah diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W pada waktu ini. Awal Ramadan merupakan permulaan yang sangat mencabar untuk kebanyakan umat Islam di Malaysia, walau bagaimanapun ia juga adalah waktu yang ditunggu-tunggu berbanding bulan-bulan yang lain setiap tahun.

RAMADHAN 

Puasa di bulan Ramadhan diperintahkan pada tahun ke-2 setelah Hijrah Nabi ke Madinah. Tahun itu juga terjadi perang besar pertama antara kaum Muslimin dan musyrikin Makkah, yaitu ghazwah al-Badr.




DALAM al-Qur’an disebutkan tentang perintah berpuasa, “Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa.” (QS 2: 83).Perintah puasa ditujukan kepada orang-orang yang beriman dan dimaksudkan untuk menjadikan mereka pribadi-pribadi yang luhur dan bertakwa.

Perintah puasa bukan merupakan hal yang baru dan khusus bagi umat Rasulullah S.A.W.. Hal ini telah diperintahkan dan telah dilakukan juga oleh umat-umat terdahulu. 
TIPS 8 GELAS AIR DALAM BULAN RAMADHAN 
Bila menyebut tentang bulan puasa, pasti ramai yang ragu-ragu bagaimana untuk mengamalkan minum air mencukupi seperti yang disarankan iaitu sebanyak 8 gelas sehari. Nah, aku kongsikan cara-cara pengambilan air di bulan puasa bermula semasa berbuka puasa, sehinggalah sewaktu bersahur, cukup 8 gelas sehari. 

Credit : Wanista.com

Minum 2 Gelas Air Ketika Sahur – Ketika makan sahur, usahakan minum sekurang-kurangnya dua gelas air mineral dan kurangkan minuman manis untuk elak kenaikan berat badan yang mendadak sepanjang bulan puasa.

Minum Waktu Tidur – Peluang untuk minum hanya pada waktu malam, jadi kalau nak kerap minum lebih elok bawa sebotol air ke dalam bilik. Sekurang-kurangnya sesekali terjaga boleh terus minum.

Makanan Dengan Kandungan Air Tinggi – Anda juga boleh memilih makanan yang mempunyai kandungan air yang tinggi seperti tembikai, rambutan atau buah-buahan lain.

Elak Minum Banyak Ketika Berbuka – Anda pasti memerlukan serapan air lebih tinggi bila berpuasa, tetapi cuba jangan pula minum air sampai hilang selera nak makan. Minum 8 gelas air saat berbuka bukanlah penyelesaian yang tepat.

Berbuka Dengan Kurma & 2 Gelas Air – Tentu ramai yang sudah tahu bahawa kita disarankan berbuka dengan kurma terlebih dahulu tetapi tahukah anda kebaikan daripada tindakan yang diamal? Ya, buah kurma mengandungi kadar glukosa semula jadi yang cukup tinggi, serta kandungan nutrisi lain yang juga tinggi. Kandungan gizi yang terdapat dalam kurma dapat membantu mengembalikan energi anda sepanjang berpuasa. Dan pastinya air yang diambil pula akan menggantikan cairan yang hilang dalam tubuh badan. (okay yang ni suka hati nak minum air dulu ke nak makan kurma dulu)
Bawa Air Ketika Keluar Malam
– Setiap kali pergi terawikh atau keluar mencari barang, elok bawalah air sebotol. Ini satu jalan mudah untuk menjaga tubuh badan daripada kekurangan air. 
Selamat berpuasa guys! Semoga amalan sepanjang bulan Ramadhan kali ini diterima oleh-Nya.

DASHING SPORT – Eau De Toilette dan Deodoran Buat Lelaki Aktif

May 10, 2018
DASHING telah melancarkan satu lagi rangkaian produk terbaru mereka iaitu DASHING SPORT – Eau De Toilette dan Deodoran Buat Lelaki Aktif. Mesti para jejaka dekat luar sana teruja kan bila dengar tentang produk baru ni. Maklumlah bau wangian DASHING semuanya wangi-wangi belaka. Harga pula mampu milik. Siapa yang tak pernahh dengar jenama Dashing ni aku tak tahulah kau duduk ceruk mana. HAHAHA


DASHING mempunyai aura yang menampilkan keyakinan dan sifat maskulin. Wangian baharu ini memberikan kesegaran maskulin namun masih mengekalkan ciri esen moden. Eau De Toilette DASHING SPORT mempunyai komposisi sensasi yang mengujakan dengan aroma “sporty” dan gaya ranggi yang sangat sesuai untuk lelaki yang berani menyahut cabaran dan kekal aktif pada masa lapang.

Variasi terbaru DASHING SPORT 


Hello ! Lelaki berpeluh merupakan satu perkara yang biasa. Samada berjalan ke kereta, menghadiri mesyuarat, bersenam di gim, atau melakukan aktiviti harian yang lain, mereka semua ni tidak dapat mengelak daripada berpeluh lebih-lebih lagi dengan cuaca panas di Malaysia. Bau badan merupakan masalah yang dihadapi oleh kebanyakan lelaki terutamanya mereka yang aktif dalam sukan. Keadaan ini menyebabkan kaum lelaki semakin mengambil berat terhadap kepentingan menjaga bau badan. 



Untuk menangani masalah bau badan dan sentiasa segar, Deodoran Semburan dan Eau De Toilette telah menjadi produk penjagaan harian lelaki yang penting. Deodoran dapat membantu mengawal bau badan serta meningkatkan keyakinan diri manakala Eau De Toilette memberikan wangian yang tahan lama dan kesegaran. Memilih Deodoran atau Eau De Toilette yang bersesuaian amat penting kerana terdapat produk yang tidak mampu bertahan lama dan meninggalkan kesan kotoran pada pakaian.   

Memahami keperluan lelaki aktif untuk  berbau harum sepanjang masa, DASHING kini memperkenalkan 2 variasi baharu ke dalam rangkaian DASHING Sport. Dipasaran kini ialah variasi MCFC Hattrick dan Ultimate Kick. Variasi terbaru DASHING SPORT ialah Hitman and Golden Boot terdiri daripada Deodoran Semburan Badan dan Eau De Toilette.

Semburan Deodoran DASHING SPORT  bukan sahaja memberi perlindungan 24 jam tetapi juga memberikan manfaat 6-dalam-1 yang berkesan mencegah bau badan. Ia mengandungi anti-bakteria, formula cepat kering, tidak meninggalkan kesan di kulit atau di baju serta memberikan keharuman dan kesegaran maskulin optimum sepanjang hari. 



DASHING SPORT Eau De Toilette dengan haruman maskulin berpanjangan boleh didapati dalam reka bentuk bottle yang sporty bersaiz 50 ml. 

Rangkain produk DASHING Sport  boleh didapati dalam 2 variasi; Hitman dan Golden Boot.

DASHING Hitman dicipta khas untuk lelaki aktif yang sentiasa bersedia ke mana sahaja. Di dahului dengan aroma kesegaran Citrus dan Ice Cucumber. Diikuti dengan nota Sichuan pepper dan Lavender berserta dengan Patchouli dan Gaiac Wood, menjadikab wangian  daya tarikan  yang semestinya meningkatkan keyakinan setiap lelaki aktif.



Variasi DASHING Golden Boot pula mempunyai haruman yang lebih Musky dan menggoda. Aroma dari daun Rhubarb dan Pimento memberikan kehangatan maskulin kepada si pemakai, manakala kombinasi kayu Kashmir dan Leather memberikan aroma kelelakian maskulin yang memukau dan tidak dapat dilupakan.

Keluaran edisi terhad rangkaian DASHING Sport boleh didapati pada harga yang berpatutan iaitu RM12.90 untuk Semburan Deodoran 125 ml dan RM24.90 untuk Eau De Toilette 50 ml



REVIEW | SINGKIR BINTIK HITAM DENGAN NANOWHITE DARK SPOT CORRECTIVE SERUM

May 9, 2018
Hai, aku tak sangkal bila mana seorang perempuan ni akan mencari product lain untuk kepuasan diri sendiri. Cakap sikit kat aku siapa taknak cantik. Hahahahha. Semua orang nak cantik dan berseri termasuklah diri aku sendiri. Baru baru ni aku dapat set penjagaan dari Nanowhite. diperkenalkan dengan set pengajaan kulit wajah dari Nanowhite. Nanowhite adalah penjagaan kulit wajah yang lengkap. Set yang terdiri daripada pencuci wajah, penyegar, Serum dan pelembap wajah. Set ini menfokuskan pada pencerahan tona kulit dan memudarkan serta mampu mengurangkan bintik hitam di wajah.


NANOWHITE DARK SPOT CORRECTIVE SERUM



Sejak sekian lama, ramai wanita bergantung pada pelbagai produk penjagaan kulit untuk memerangi bintik hitam dan parut jerawat. Tetapi bolehkah masalah ini dapat ditangani dalam hanya masa dua minggu? Ketika mencuba Nanowhite Dark Spot Corrective Serum dalam ujian penggunaan di rumah baru-baru ini, wanita Malaysia mendapati kulit mereka bertambah baik dengan cepat.

Nanowhite Dark Spot Corrective Serum dengan LumiLiteTM baharu diperkaya dengan tiga bahan pencerah yang membantu mengurangkan bintik hitam, memudarkan parut jerawat dan juga memberikan tona kulit yang sekata. Ia mempunyai gabungan teknologi Nano, Omega White-C dan Ekstrak Semula Jadi untuk membentuk konsentrasi pencerah yang menembusi jauh ke dalam kulit untuk penyerapan bahan aktif yang lebih baik untuk memberikan hasil kulit cerah yang berseri dan kekal lama.



Ini bukanlah kata-kata kosong kerana ianya telah terbukti berhasil dalam ujian penggunaan di rumah yang telah dijalankan. Percubaan tersebut memantau keadaan kulit 50 orang wanita Malaysia yang telah menggunakan serum ini selama 28 hari, melaporkan hasil yang menakjubkan - hampir kesemua (95%) wanita berusia 22 hingga 35 tahun nampak akan pengurangan bintik hitam dan parut jerawat selepas hanya menggunakan produk selama dua minggu!Ini bukanlah kata-kata kosong kerana ianya telah terbukti berhasil dalam ujian penggunaan di rumah yang telah dijalankan. Percubaan tersebut memantau keadaan kulit 50 orang wanita Malaysia yang telah menggunakan serum ini selama 28 hari, melaporkan hasil yang menakjubkan - hampir kesemua (95%) wanita berusia 22 hingga 35 tahun nampak akan pengurangan bintik hitam dan parut jerawat selepas hanya menggunakan produk selama dua minggu!

Mengikut hasil ujian penggunaan di rumah, pemulihan paling ketara dapat dilihat di bahagian pipi, dagu dan juga dahi. Oleh itu, masalah ketidaksempurnaan kulit hanya akan tinggal sejarah dan wanita-wanita ini kini tampil gembira dengan tona kulit yang sempurna dan lebih cerah.



Majoriti peserta sebenarnya mendapati kulit mereka lebih berseri dalam hari pertama menggunakan Nanowhite Dark Spot Corrective Serum. Bilangan peserta yang berpuas hati semakin meningkat selari dengan bilangan hari penggunaan.



84% daripada wanita melaporkan bintik hitam dan parut jerawat yang semakin kurang dalam hari pertama penggunaan serum. Selepas 14 hari, bilangan wanita yang mendapat hasil yang sama meningkat kepada lebih 90%. Dari segi tona kulit sekata, 50% daripada wanita mengatakan mereka nampak penambahbaikan yang ketara dalam tempoh 24 jam pertama selepas penggunaan, dan 60% melaporkan perkara sama selepas dua minggu.

"Di Nanowhite, kami memahami kekecewaan wanita apabila melihat bintik-bintik hitam yang baru dan parut jerawat bila melihat cermin, terutama selepas menghabiskan banyak masa dan wang untuk menanganinya. Nanowhite Dark Spot Corrective Serum telah diperkembangkan untuk menyelesaikan perubahan tona kulit yang menjengkelkan serta menjejaskan keyakinan diri. Seperti yang dapat kita lihat daripada hasil ujian penggunaan di rumah, serum ini berkesan menyelesaikan masalah seperti yang dijanjikan - iaitu mengurangkan bintik hitam dan parut jerawat sambil mencerahkan tona kulit wanita Malaysia, semuanya dalam satu pakej yang hebat!"  kata Christine Law, Pengurus Pemasaran Tohtonku Sdn. Bhd..

Law menambah bahawa keberkesanan serum tersebut terus membuktikan komitmen Nanowhite untuk menawarkan bukan sahaja kulit yang cerah, tetapi juga kulit yang sempurna dan berseri dari dalam.

"Sebagai pakar penjagaan pencerahan kulit, kami berusaha tanpa jemu memperbaiki inovasi kami untuk memenuhi keperluan pencerahan kulit yang unik bagi setiap wanita pada peringkat kehidupan yang berbeza. Nanowhite Dark Spot Corrective Serum adalah satu produk yang menyelesaikan beberapa masalah kulit dalam masa dua minggu – sungguh menjimatkan masa! Ini bermakna, wanita yang sedang melalui fasa penting kehidupan mereka tidak perlu menghabiskan banyak masa untuk mendapatkan kulit bebas cela, mereka akan mempunyai lebih banyak masa mengejar kerjaya dan memenuhi impian mereka, berseronok dengan orang yang tersayang atau menikmati kehidupan sepenuhnya!" kata Law.



Wanita yang telah lama mengalami masalah kulit mungkin sukar membayangkan melihat wajah mereka di cermin tanpa bintik-bintik hitam dan parut jerawat. Dengan itu, Nanowhite ingin membantu mereka membayangkan kulit yang lebih cerah – menerusi aplikasi realiti berperantaraan (AR) mudah alih yang baharu.

"Kami sangat teruja memperkenalkan aplikasi mudah alih Nanowhite AR+, yang menunjukkan pengguna bagaimana wajah mereka dengan kulit yang lebih cerah dan berseri tanpa bintik-bintik hitam dan bekas jerawat yang menjengkelkan. Dalam kehidupan sebenar, ini adalah apa yang akan anda lihat selepas tempoh yang singkat menggunakan Nanowhite Dark Spot Corrective Serum. Dalam erti kata lain, realiti berperantaraan boleh menjadi realiti sebenar! Untuk mencapai hasil yang lebih baik dan lebih jelas, ikut rutin penjagaan kulit penuh dengan menggunakan produk Nanowhite yang lain juga." kongsi Law.

REVIEW NANOWHITE BY MIMIN ADAM




Setiap pagi dan petang, ini adalah rutin harian aku dan seminggu menggunakan Nanowhite No Spots No Flaws set. Extra! memang aku user Nanowhite ni. Hari tu aku stop sekejap gunakan Nannowhite sebab aku kena review a few skincare lain. Untuk seminggu awal gunakan set nanowhite ni aku dapati kulit wajah aku kurang berminyak dan kurang jerawat. Tompok hitam sedikit berkurangan, cuma untuk memutihkan wajah secerah-cerahya akan mengambil masa tempoh lebih sebulan atau lebih. Wajah yang gelap kerana Matahari boleh cerah dengan hanya seminggu, belum lagi sebulan tau setahun.

Cara Penggunaan:



1. Awaking Snow Wash

Pencuci dengan Awaking Snow Wash. Untuk membuang segala kotoran Di wajah agar tiada lagi sisa Makeup yang tinggal dan akan members kulit kita rasa bersih. Picitkan sedikit Pencuci wajah dan titiskan dengan air. hasilkan buih yang secukupnya dan ratakan pencuci wajah di wajah. bilas dengan air dan keringkan wajah dengan menggunakan tuala bersih.




2. Refining Treatment Toner

Step ini sangat penting kerana, toner mampu merawat sel kulit wajah dan memberi vitamin yang penting penumbuhan self baru kulit.Barulah muka nampak berseri! tuang sedikit toner pada cotton pad, dan dap dap kan toner diwajah. Kulit akan lebih segar selepas pemakaian toner.




3. Dark Spot Corrective Serum

Ini adalah produk baharu yang dirumuskan untuk menghilangkan bintik hitam diwajah. Serum ini mengurangkan bintik hitam dan memudarkan parut jerawat, serta menghasilkan tona kulit lebih sekata dan berseri. Selain daripada itu, penggunaan berterusan mampu mencegah kemunculan bintik hitam pada masa yang akan datang. No Spots No Flaws! Untuk serum pula, titiskan serum di lima point di wajah. sapu rata pada kulit sehingga serum menyerap di wajah. (pipi kiri, pipi kanan, hidung, dari dan dagu).




4. Double Action Whitening Gel Cream

Double Action Whitening Gel Cream, memberi kelembapan pada kulit wajah agar wajah sentiasa nampak moist. Moisturizer pun sama. Calit sedikit dan letak pada muka tu. Sapu dan ratakan pada kulit. Biar selama dua minit untuk gel moisturizer menyerap.

Nanowhite AR+




Untuk melihat wajah bebas cela anda, cari dan muat turun aplikasi mudah alih 'Nanowhite AR+’ dari Apple App Store atau Google Play Store. Kemudian, imbas pembungkusan serum dengan aplikasi tersebut dan ketahui lebih lanjut mengenai produk-produk Nanowhite dan panduan langkah-langkah penjagaan kulit sambil membayangkan penambahbaikan kulit melalui fungsi realiti berperantaraan.

Bukan itu sahaja - pengguna aplikasi berpeluang memenangi hamper produk Nanowhite bernilai RM2,500! Anda hanya perlu mengisi borang kaji selidik dalam aplikasi mudah alih Nanowhite AR+, dan pemenang bertuah akan dimaklumkan melalui telefon.

--------------------------------------------------------------------

Serikan kulit anda hari ini! Nanowhite Dark Spot Corrective Serum 30ml dijual pada harga RM69.90 di semua farmasi dan pasaraya utama di seluruh negara. Untuk mengetahui lebih lanjut, layari laman Facebook Nanowhite di www.facebook.com/nanowhite, atau lawati laman web rasmi di www.nanowhite.com.my.

MEGA BONANZA 2018 Agrofarmstay Melaka kembali lagi!

May 3, 2018

Agrofarmstay Melaka tahun ini sekali lagi mengadakan Mega Bonanza yang sangat menjimatkan pelanggan mereka.Berita baik untuk yang ingin mengadakan Hari Keluarga atau Family Day sesama ahli keluarga atau syarikat tempat kerja, atau pun reunion bersama rakan-rakan. Jimat sekurang-kurangnya RM1,000.00. WOW ! Penjimatan bermula dari RM 1,000.00 sehingga RM 3,900.00. Banyak tuuu, Nak tahu pakej yang ditawarkan ?


Agrofarmstay Melaka

Mega Bonanza - Jimat sehingga RM3,900.00 !






Tawaran kali ini adalah untuk pakej family day. Konsep pakej kali ini adalah tempah dulu dan tarikh family day boleh tetapkan kemudian. Sebab pihak kami tahu nak organize family day ni susah. Nak dapatkan persetujuan semua ahli keluarga akan memakan masa. Oleh kerana tempoh promosi ni terhad, jadi boleh book dulu dan bagitahu tarikh family day kemudian. Boleh pilih tarikh dari sekarang sehingga tahun depan 31 Mei 2019. Banyak masa tu. Sekarang tak ada alasan susah nak organize family day dah ye.




Promosi ini bermula dari 25 April 2018 sehingga 13 Mei 2018 sahaja ye,boleh booking dulu dan tarikh event/family day bagitahu kemudian.

Pakej Mega Bonanza 2018.




Pakej Mega Bonanza adalah penginapan untu 2 Hari 1 Malam untuk 20 orang. Sekiranya lebih dari 20 orang, tiada masalah. Hanya tambah bayaran mengikut pax yang turut serta bersama selain daripada 20 orang tadi.




Makanan akan disediakan sepanjang penginapan yang terdiri daripada makan tengahari, makan malam BBQ dan sarapan pagi. 


Pihak Agrofarmstay juga menyediakan 5 permainan untuk sukaneka bersama Jurulatih. Kau orang tak payah pening-pening untuk memikirkan permainan sukaneka di sana. Bagi kanak-kanak, Pihak Agrofarmstay Melaka menyediakan pertandingan mewarna. Boleh tengok bakat mereka nanti. Tak lupa juga hamper bagi sukaneka dan peraduan mewarna. 
Tak lupa jugak kepada kaki-kaki karaoke. Di bangunan kasut ini kau orang boleh berkaraoke sehingga sakit tekak.

Bagi yang lebih suka kepada aktiviti air, mungkin boleh cuba untuk berkayak atau memancing di Agrofarmstay Melaka ni. Hanya perlu membawa joran sendiri untuk aktiviti memancing itu nanti.



Anda boleh cuba untuk memberikan makanan kepada haiwan di Agrofarmstay Melaka seperti ayam, arnab, burung, kambing dan kuda. Menarikkan !  

Paling menarik, Pihak Agrofarmstay Melaka menyediakan banner family day anda dengan nama family masing-masing. Wahh ! tak perlu dah keluar kos untuk print banner dan design nanti dengan aktiviti menarik tersedia. Mana nak dapat lagi selai di Agrofarmstay Melaka. 

HARGA PRMOSI !

Berbaloi sangat harga Mega Bonanza Agrofarmstay Melaka. Harga asal mereka tanpa promosi untuk 20pax ialah RM3,780 (RM189 per pax).  Boleh bandingkan harga biasa ini dan harga promosi di bawah ini : 
Dua hari Satu malam untuk 20pax ialah RM2,780
Harga jatuh dalam RM139 per pax sahaja. Bagi tambahan yang melebihi 20pax, dewasa RM139 dan kanak-kanak RM99 sahaja. Maximum 78pax. Sangat-sangat murah. Dijamin berbaloi. Untuk tempahan, sila layari laman web Agrofartmstay Melaka :

Powered by Blogger.
Back to Top