Nusantara Maju Enterprise juga dikenali sebagai kilang gamat yang
terbesar dilangkawi buat masa ini menawarkan kepelbagaian produk yang
berasaskan gamat dan herba. Dari segi kecantikan dan rawatan dalaman juga
kilang mereka berjaya menghasilkan beratus produk yang sekian lama
menjadi pilihan pengguna masakini.
Nama Nusantara ini diasaskan oleh pasangan
suami isteri dan kini jenama nusantara gamat ini berjaya dikenali
didalam juga diluar negara malahan pelancong saban waktu mengunjungi
tempat memproses minyak gamat yang menjadi trademark dilangkawi ini.
Kilang Gamat Nusantara Langkawi
Bila nak pergi Langkawi ni, tiga benda dalam kepala benak aku ni. Coklat, Periuk dan Gamat. Hahaha, mak mak nya perangaikan. Sebenarnya banyak kilang gamat di langkawi ni. Tapi, Gamat Nusantara Langkawi ni antara kilang atau showroom gamat terbesar setakat ni di Langkawi.
Gamat Nusantara Langkawi ini, antara tempat menarik wajib dilawati setibanya di Langkawi. Di sini, terdapat pelbagai herba, kapsul, minyak, ubat sapu, sabun, balm dan banyak lagi boleh didapati di sini.
Di sini, korang boleh tengok cara pemprosesan gamat sebenarnya. Tapi, masa mencemburui aku. Makanya tak tertengoklah cara proses gamat macam mana. Berkaitan harga rasanya kau tak perlu risau. Sebab pasti mampu milik. Silap-silap korang beli borong ramat-gamat kat sini.
Waktu Operasi :
Isnin-Jumaat
8.30 pagi - 5.30 petang
Sabtu Ahad
8.30pagi - 7 malam.
8.30pagi - 7 malam.
Hubungi :
04-9559233
Alamat
Nusantara Maju Enterprise, Jalan Padang Mat Sirat, Langkawi
Website:
2 Comments
This text is invaluable. Where can I find out more?
ReplyDeleteThanks for sharing your thoughts. I truly appreciate your efforts and I am waiting for your next write ups thank you once again.
ReplyDelete