Tahun 2013 aku pernah jejakkan kaki di Langkawi ni sebenarnya dengan keluarga aku, tak banyak tempat aku terjah masa tu. Aku pergi mana je ye. Aku paling ingat hanya pergi HIG dengan kilang gamat je. Selain itu aku macam hilang memori. hahaha
SKYCAB LANGKAWI
Langkawi SkyCab ini terletak di lokasi yang sama dengan Art In Paradise Langkawi iaitu di Oriental Village. Banyak sebenarnya yang ada di sini termasuklah Langkawi SkyBridge, SkyDome, SkyAdverture Park, Geopark Hotel dan kedai-kedai yang menjual cenderamata. Tak susah nak cari lokasi ni sebab kalau di Langkawi ni pusing-pusing akan sampai kat area tu juga.
Suasana di dalam Oriental Village ni tenang je. Kalau nak duduk-duduk je kat dalam ni sampai tengok gelagat orang memang dah okay, tapi tak seronoklah kalau dah jejakkan kaki kat sini tapi kau tak explore apa ada dalam ni. Haaa, dah tuu pergilah beli tiket skycab! hahaha Untuk ke kaunter tiket SkyCab, kita haruslah berjalan kaki sedikit ke dalam selama 5 minit. Jangan risau, takde lah jauh sangat. Boleh lagi mencuci mata sebab macam-macam dijual kat sini.
Setibanya di muka pintu skycab, sebenarnya banyak sangat pakej yang ditawarkan oleh pihak skycab. Dan ada agent mereka menawarkan pakej terbaik dari mereka. Kat sini, kena pandai sikit cari. Tapi jangan terbeli dengan ulat tiket pulak. Kami amik pakej RM 47.00 / dewasa, RM 32.00 / kanak-kanak iaitu pakej Skycab + Skydome + Skyrex + 3D art in paradise. Sudah pasti kad pen genal
Mulakan langkah dengan menuju ke skycab. Skycab ini akan bawa kita ke skybridge. Melintasi hutan dan memanjat lebih daripada 550 juta batu lama, SkyCab memberikan korang lebih daripada satu pengalaman unik. Baru tahu sebenarnya SkyCab ini merupakan yang terpanjang sekali di Asia dan yang pertama muncul dari laut.
Terdapat 3 kali fasa, pengkalan, tengah dan top ketika menaiki Langkawi SkyCab. Pada hentian yang pertama, kita boleh turun dan mengambil gambar di sini. Walaupun baru berada setinggi 650meter pada aras laut, tapi view kat sini memang sangat cantik. Dengan suasana yang sedikit berangin dan gunung yang menghijau, ambil gambar macam mana pun cantik.
Perjalanan dari Stesen Pangkalan ke Stesen Tengah merangkumi 1,700 meter panjang. Stesen
Tengah berada di ketinggian 650m di atas paras laut, pelawat boleh
turun di stesen dan berjalan ke platform tontonan, atau terus melakukan
perjalanan di gondolas untuk 450 meter lagi ke Stesen Top. Di sebabkan aku dan team aku kesuntukkan waktu, kami menaiki SkyGlide ke Skybridge tuu. Skyglide ni kena bayar lain. Harga RM15.00 seorang. so atas tu view sikit skybridge.Kalau tak nak kena hiking sikit. Dalam 10 minit baru sampai ke skybridge tersebut.
Ada love lock jugak dekat skybridge ni masa korang nak menuju balik nak naik ke skycab platform permulaan. Tak free, amik gambar je free. Hahahha. Masa kau dalam cable car tu, kau orang akan nampak view air terjun, view laut dan view hutan. Lawa beb. Kau wajib datang sini.
SKYDOME LANGKAWI
SkyDome ni sebenarnya adalah sebuah persembahan multimedia Roller Coaster yang dipancarkan di dalam Dome yang besar. Sebagai penonton, kita akan duduk di dalam Dome tersebut dan menonton sambil mendongak ke atas seperti menonton wayang. Bagi aku okaylah, sebab ini pertama kali aku rasai dan seolah olah macam kita tengah naik roller coaster tu.
SKYREX LANGKAWI
SkyRex menyediakan pengalaman dinamik dan benar-benar mendalam yang mengambil simulasi ke tahap yang baru. Selepas memasuki SkyRex, pelawat mengambil tempat duduk mereka di atas simulator bergaya trem dan diambil dalam perjalanan selama 5 minit yang penuh dengan keseronokan yang merosakkan platform deria-deria, gerak dinamik, letupan udara, semburan air, getaran, pencahayaan dramatik, bunyi sekeliling dan filem 3D yang diunjurkan ke hadapan dan kedua-dua sisi trem, menggabungkan untuk memberikan pengalaman yang paling realistik. Bagi aku yang belum kahwin dan punyai anak, ia sangat biasa biasa atau mungkin boleh buat tambah baik sedikit.
3D Art in Paradise
Terdapat sebanyak 9 zon lukisan diantaranya adalah “Safari Zone”, “Fantasy Zone”, “Classic Zone”, “Aquarium Zone” dan “Malaysia Zone”. Terdapat beberapa lukisan dan checkpoint bergambar yang bersambung di antara satu sama lain. Jadi kalau nak bergambar kenalah beri peluang kepada orang lain juga. 3D art in Paradise Langkawi ini aku rasa paling besar dan menarik. Di sini pun ada bed time story yang menggagumkan. Tak rugi masuk sini nak nak yang bawak anak-anak.
------------------------------------------------
Kalau beli tiket secara berasingan, harga tiket pasti mahal. Jadi, semasa di kaunter pembelian tu. Fikirlah sebaik baiknya okay!
2 Comments
menarik juga ni
ReplyDeletepernah sampai sekali..memang best bila nak berada di Skybridge ni
ReplyDelete