Swanicoco Show The Velvet Lipstick Black Edition Juliet Red

September 25, 2018
Swanicoco memulakan perniagaan dengan sabun semulajadi menghasilkan sabun dengan proses penapaian dimana penggunaan herba medikal dipilih untuk menjadi sabun semulajadi yang berkesan dengan mendidih dan menapai bahan-bahan tersebut. Pada masa ini, Swanicoco adalah kosmetik semula jadi syarikat di Republik Korea. Untuk permulaan Swanicoco akan berusaha menjadikan produk yang terbaik sebagai ahli keluarga untuk memastikan kosmetik yang dihasilkan selamat untuk digunakan pada kulit wajah. 

2018 the hottest brand in Korea


Juliet Red Lipstick Limited Edition

Perkataan "Natural" di bahagian atas logo Swanicoco bermaksud bahawa mereka adalah yang mewakili syarikat kosmetik semulajadi. Bunga peony di tengah melambangkan kelimpahan dan keanggunan. Pada bahagian bawah logo, "Swanicoco" bermaksud kita mengejar keanggunan "Swan" (feminin), dan "coco" bermaksud "kelapa" (seperti yang kami tawarkan kosmetik semulajadi botani) serta "cuteness" dalam bahasa Perancis. Identiti jenama mereka menunjukkan bahawa mereka adalah syarikat yang bekerja keras untuk memastikan kosmetik semulajadi ini bukan hanya untuk wanita malahan untuk lelaki dan juga semua orang.

Rahsia kecantikan | Bahan- Bio Penapaian


Teknologi proses penapaian yang digunakan sama sahaja seperti proses penapaian makanan. Semasa proses penapaian, partikel menjadi semakin halus dimana ianya meningkatkan kadar serapan pada kulit. Tambahan sebagai komponen semulajadi ianya tidak akan memberi kesan iritasi pada kulit. Semasa penapaian, nutrisi yang tidak wujud sehingga sekarang seperti asid amino dan anti-oksida akan terhasil untuk merawat kulit rosak dan mencegah penuaan. Swanicoco menggunakan bijirin, buah-buahan, sayur-sayuran dan juga herba medikal Korea sebagai bahan utama dalam proses penapaian ini dan menyatupadukan bioteknologi ke komponen semulajadi mesra alam dengan membaikpulih kulit wajah. Selain daripada air yang bersih, Swanicoco menggunakan ekstrak penapaian sebagai proses utama sebanyak 80% di dalam kosmetiknya. Proses teknologi penapaian akan ditambahbaikkan dari semasa ke semasa.

Penyelidikan bioteknologi semulajadi

Swanicoco tidak menggunakan bahan yang berbahaya pada kulit seperti pewarna tiruan, wangian tiruan, pengawet kimia, streoids, alkohol, minyak mineral, paraben dan juga benophenones. Malahan banyak menggunakan bahan semulajadi dan proses penapaian supaya komponen semulajadi tidak menjadi konflik antara satu sama lain apabila dicampur. Kaedah campuran yang optimal telah menghasilkan kosmetik semulajadi yang selama, bebas hipoalergik, lembut dan ideal untuk semua jenis kulit dengan kesan pembaikan yang maksimum pada kulit.

Natural Korean dan bahan yang dipatenkan ( bahan semulajadi di Korea dan bahan dipatenkan dari pelbagai negara)

Bahan utama Kosmetik Swanicoco diekstrak sama ada dari tumbuhan semulajadi Korea; bahan dipatenkan dari Eropah termasuklah Perancis yang telah membawakan Swanicoco sebagai bahan kosmetik secara global di pasaran; ataupun secara organik bahan yang telah diluluskan dari US dan Australia. Swanicoco dihasilkan secara selamat dan memberi kesan yang bagus dengan faktor pertumbuhan Epidermal (EGF), Faktor pertumbuhan Fibroblast (FGF) dan peptida protin.


Bahan-bahan Juliet Red seperti :

Octyldodecanol, Isononyl Isononanoate, Silica, Ricinus Communis (Castor) Seed Oil, Isoeicosane, Ozokerite, Ethylhexyl Palmitate, Microcrystalline Wax, Paraffin, Phenyl Trimethicone, Caprylic/Capric Triglyceride, Copernicia Cerifera (Carnauba) Wax, Polyhydroxystearic Acid, Kaolin, Tocopheryl Acetate, Caprylyl Glycol, Argania Spinosa Kernel Oil, Pentaerythrityl Tetra-Di-T-Butyl Hydroxyhydrocinnamate, Hexylene Glycol, Fragrance, Phenoxyethanol, Ci 15850, Ci 45410, Ci 15985, Ci 19140, Ci 15850


Edisi terhad : Show The Velvet Lipstick edisi hitam

Juliet Red merupakan antara 3 warna yang terang, berani, lembapan yang tahan lama dan mampu melembabkan bibir dengan bahan daripada minyak semulajadi dan lilin carnauba.


Juliet red adalah warna yang berani dan elegan sangat sesuai untuk digayakan ketika berada di tempat ramai orang supaya personaliti nampak lebih terpancar. Sebenarnya warna ni tak berapa kena dengan warna kulit aku. Haa laa, aku cuba pakai dan ibu aku cakap wow! merah makngah.. hahaha. yee sayang. Merah menyal. Yang seronoknya lipstick Swanicoco ni long-lasting. Itu bermaksud tahan lama sesuai untuk aku yang malas nak touch up semula bila keluar tuu. Yang penting mudah nak hilangkan bila kita dah sapu kat bibir tuu. 

Di Malaysia baru dilancarkan lipstick Swanicoco kod Red Juliet ni, aku akan tunggu keluaran kod kod yang lain. ehh ehh ! tak sabar pulak. 

50 Gram memperkenalkan Swanicoco


50GRAM merupakan syarikat tunggal yang pertama memperkenalkan produk Swanicoco di seluruh negara. Syarikat lain akan melancarkan Swanicoco pada masa yang akan datang. Pada 30 Ogos 2018 50 GRAM x Swanicoco telah bekerjasama dengan mengadakan Majlis menandatangani secara Peribadi di Sunway Impressoul Gastrology sebagai memorandum persefahamam. Produk Swanicoco juga telah melancarkan jualan bermula pada 18 September 2018 dengan harga RM88.85 je. 

Korang akan dapat harga jualan secara ekslusif dari 50GRAM, 25% diskaun untuk beli Juliet Red, Gincu percuma dan boleh tinggal di Villa untuk pemenang dengan hanya daftar di sini http://referral.50gram.com.my/ref/hs16048328

Info Lanjut:
Swanicoco x 50GRAM
Facebook @50grammalaysia
Instagram @50gram.com.my


Yakin, Cerah, dan Ceria dengan 8 Manfaat Kecantikan SAFI Fair Beauty

September 24, 2018

Kebanyakan gadis mementingkan “first impression” tidak kiralah waktu menghadiri sesi temuduga, hujung minggu dengan sahabat lama, ataupun temujanji pertama bersama si dia. Masalah kulit wajah yang kusam serta tona yang tidak sekata akan menurunkan keyakinan diri. Hakikatnya, rungutan tentang masalah sebegini bukanlah sesuatu yang baru. 


Tabiat pemakanan yang tidak sihat, tekanan, kualiti tidur yang merosot, dehidrasi serta kotoran dan habuk akibat pencemaran merupakan faktor-faktor utama kulit wajah rosak bagi kebanyakan individu di Malaysia. Memahami aspirasi setiap gadis untuk tampil cerah dan yakin, SAFI- jenama penjagaan wajah Halal No1 di Malaysia, serta jenama penjagaan diri terbesar di dunia kini tampil memberikan nafas segar terhadap rangkaian pencerah- SAFI FAIR BEAUTY sebagai penyelesaian terhadap kebimbangan para gadis. SAFI menggenggam utuh falsafah bahawa setiap gadis berhak memiliki kulit wajah yang cantik dan berseri tanpa perlu bimbang kerana setiap masalah kulit wajah wanita, SAFI selesaikan.



Kelahiran semula SAFI FAIR BEAUTY bukan sahaja pada rekaannya yang lebih manis dan menawan, malah rumusannya juga didatangkan dengan teknologi BIO.Fairness yang diperkaya dengan ekstrak organik limau gedang. Sebagai pelengkap kepada ruti penjagaan wajah, SAFI FAIR BEAUTY turut memperkenalkan produk terbarunya Krim BB Pencerah Wajah SAFI FAIR BEAUTY.



Teknologi BIO.Fairness merupakan kombinasi ekstrak semulajadi dengan manfaat pencerah yang bertindak untuk menyamaratakan tona kulit, serta mengurangkan pigmentasi berlebihan dan tanda penuan. Pendedahan kulit wajah kepada sinaran UV yang tinggi serta pencemaran udara akan menyumbang kepada masalah kulit kusam dan tidak bermaya. Dengan penggunaan SAFI FAIR BEAUTY, kulit akan kekal lembut dan terlindung dari sinaran UV berbahaya. Serlahkan kecantikan wajahmu di bawah pancaran suria dan katakan selamat tinggal kepada sinaran UV!



Diperkaya dengan multivitamin seperti vitamin B3, CE, E, B5 & B6, gabungan vitamin ini menjadikan SAFI FAIR BEAUTY sebagai ejen pencerah, pelembap, dan pelindung dari sebarang kerosakan yang berpunca dari radikal bebas.

Sebagai tambahan kepada teknologi BIO.Fairness, SAFI FAIR BEAUTY turut menggabungkan ekstrak organik limau gedang kedalam formulasi baharunya. Adunan ekstrak organik limau gedang yang segar sangat bermanfaat dalam pembinaan semula struktur kulit melalui penghasilan kolagen dan mencerahkan kulit wajah secara semulajadi. Setiap bilasan pada kulit wajah menjadikan tekstur kulit semakin halus seakan remaja!



SAFI FAIR BEAUTY yang baharu, kini dilengkapi dengan teknologi BIO.Fairness bertindak untuk:

Mencerahkan kulit
Menyamaratakan tona kulit
Kulit berseri merah jambu
Mengawal pengeluaran minyak berlebihan
Memberi perlindungan UV
Melembutkan dan menghaluskan kulit
Melicinkan kulit
Melembapkan kulit tanpa meninggalkan rasa lekit

Cara Pengunaan Safi Fain Beauty


  1. Pembersih Pencerah Wajah SAFI FAIR BEAUTY.
    Setiap bilasan membersih dengan mendalam agar kulit lebih lembut, halus dan cerah berseri.
  2. Krim Pencerah Wajah SAFI FAIR BEAUTY.
    Setiap olesan pada kulit muka memberikan tona kulit wajah merah jambu agar kelihatan lebih manis dan segar pada bila-bila masa.
  3. Krim BB Pencerah Wajah SAFI FAIR BEAUTY.
    Menggunakan rumusan yang sama dengan produk rangkaian SAFI FAIR BEAUTY yang lain, krim BB ini ditambah dengan pelembap berganda serta ejen pencerah yang berfungsi sebagai asas solekan. Bersolek ataupun tidak, setiap sapuan mampu menutup cela, dan memberikan seri tanpa kilap (matte finising).
SAFI FAIR BEAUTY hadir dalam reka bentuk lebih comel sesuai dengan citarasa gadis manis yang gemarkan sesuatu yang ringkas dan praktikal. Produk Pembersih Wajah kini tampil ayu dengan kemasan ungu lembut manakala Krim Pencerah Wajah pula hadir dengan rona kemanisan merah jambu. 

Sebagai pengenalan kepada kelahiran baharu SAFI FAIR BEAUTY,  Krim BB Pencerah Wajah melengkapkan rutin kecantikan si gadis dengan kehadiran reka bentuk berwarna kuning cerah yang penuh dengan keceriaan namun masih mengekalkan sisi kelembutannya. Setiap produk juga dihiasi kuntuman bunga putih yang menjadi tafsiran kepada slogan SAFI- “Selamat dan Suci”. Yang paling menarik, harganya kekal sama!

Berikan kulit wajah anda 8 manfaat melalui penggunaan rangkaian SAFI FAIR BEAUTY berikut:

1. SAFI Fair Beauty Facial Cleanser
Saiz pek: 50g/100g
Harga: RM5.75/10.20

2. SAFI Fair Beauty Fairness Cream
Saiz pek: 50g/80g
Harga: RM8.15/11.45

3. SAFI Fair Beauty BB Cream
Saiz pek: 40g
Harga: RM8.15 

4. SAFI Fair Beauty  Set (Fairness Cream + Facial Cleanser)
Saiz Pek: Gift Set
Harga: RM10.90

Mengapa perlu risau lagi?... SAFI FAIR BEAUTY jer lah!
Produk ini boleh didapati di seluruh negara termasuk pasaraya utama dan pasaraya hyper. Untuk maklumat lanjut berkenaan jenama SAFI sila layari laman Facebook SAFI www.facebook.com/SAFI.MY, Instagram SAFI @safimalaysia, laman Youtube SAFI di www.youtube.com/safimalaysia

PERCUTIAN MEWAH SEISI KELUARGA DI THE CEDAR VILLA @ BIDOR, PERAK

September 23, 2018
Negeri Perak antara negeri yang jarang aku jejakkan kaki tanpa sebab. Kali ini aku terpanggil untuk short gateaway bersama kawan-kawan aku untuk santai-santai istirehat sempena hari Malaysia. Destinasi kali ini bukan Lost World Of Tambun.  Tapi kali ini aku ke Bidor, Perak. Apa tarikan yang ada di Bidor, Perak tu sampai terpanggil untuk ke sana.


The Cedar, Bidor 

Kali ni aku dengan kawan-kawan nak terjah Villa Viral dekat Perak. Lebih kurang 1 jam lebih dari Kuala Lumpur untuk sampai ke destinasi penginapan mewah The Cedar Villa Bungalow dan hanya kira-kira 10 minit sahaja dari Pekan Bidor. Apa yang menariknya Villa Bungalow ini terletak betul-betul di penghujung jalan dan di atas bukit yang mengekalkan privasi sepanjang korang menginap di sini.

The Cedar Bidor
menyesal datang awal. kahkah

The Cedar Bidor
Jalan menuju ke The Cedar Villa

The Cedar Villa Bungalow ni sentiasa full house. Jadi kalau kau mahu check in tak payah datang awal sangat sebab tepat jam 3 petang baru boleh check in. Ini bermaksud pagar itu akan dibuka tepat jam 3.00 petang dan korang wajib check out jam 12 tengah hari. Haa nampak tak laku keras penginapan percutian  mewah seisi keluarga ni.  

The Cedar Bidor
Credit : Berjalan Tanpa Passport
The Cedar Bidor
Pemandangan The Cedar dari atas sumber dari BTP

The Cedar @ Bidor
adalah sebuah banglo yang terletak di puncak bukit dari 4 ekar tanah persendirian, menampung 8 hingga 16 orang! Rumah percutian menawarkan percutian yang tenang dari bandar, membolehkan para tetamu berehat dengan alam semula jadi dan untuk berhubung dengan orang di sekeliling mereka. 

The Cedar Bidor
View awan karpet dari Pool The Cedar

Dibina secara strategik untuk merakamkan pemandangan matahari terbenam yang indah dan pemandangan matahari terbenam dari kolam renang tanpa batasan korang nak menyelam bila-bila pun boleh, sambil menghadap ke hutan hujan Malaysia dan Sungai Gepai.

8 Kemudahan di The Cedar

Banyak kemudahan di sini yang buatkan aku jatuh hati dengan The Cedar ni. Antara kemudahan yang disediakan oleh pihak The Cedar adalah:

  • Infinity Edge Swimming Pool
The Cedar Bidor
Infinity Swimming pool

The Cedar Bidor
Dugong dikesan. hahahhaa

Terletak benar-benar di tepi penginapan ini, menawarkan pemandangan hutan dan Sungai Gepai yang menakjubkan. Kolam renang adalah tempat yang ideal untuk menikmati berenang santai sambil menghargai pemandangan sekitarnya yang indah. 


The Cedar Bidor
ruang santai

Terdapat ruang santai Kayu Jati Pergola dilengkapi dengan kerusi kayu yang dibuat khusus untuk korang bersantai. Malah ada katil yang melekat pada Pergola! Sini port paling sesuai untuk sesi membawang. Mana taknak membawang sila terjun kolam. hahahha

  • Ruang Barbeque
The Cedar Bidor
Ruang barbeque

The Cedar Bidor

The Cedar Bidor
ruang membakar

The Cedar Bidor
sinki disediakan

The Cedar Bidor
Night story best jugak kat sini kan

Kawasan barbeku terletak di ruang terbuka di taman, lengkap dengan kawasan tempat duduk luaran dan ruang barbeku. Kawasan yang direka khas ini sesuai untuk tetamu mempunyai pesta barbeku di waktu petang sambil menikmati persekitaran semulajadi. Kawasan tempat duduk mempunyai sistem bunyi terbina dalam yang boleh disambungkan melalui Bluetooth. Korang boleh menikmati barbeku sambil mendengar muzik untuk menaikkan suasana. Jujurnya kami tak sempat nak berbarbeque pun. 

  • Dapur Basah dan Dapur Kering

The Cedar Bidor
Dapur basah

The Cedar Bidor
Dapur kering

The Cedar Bidor
Kemudahan perkakas dapur tersedia

The Cedar Bidor
Dapur

Ruang dapur adalah ruang kegemaran mak mak! haa laa, kalau semua seronok mandi kat kolam tak ke kau akan rasa lapar teruk? Masa nilah fungsi mak mak. hahahaha. Dapur basah dan dapur kering yang selesa. Jadi kalau korang datang sini, bolehlah korang bawak barang masakan sendiri tau. Sebab di sini mereka hanya menyediakan kelengkapan untuk memasak. Bahan masak beli sendiri okayy. 

  • Ruang Makan
The Cedar Bidor

The Cedar Bidor
Ruang Makan diluar

The Cedar Bidor
menikmati min sambal hitam masa ni ohsem giler

The Cedar Bidor
ruang citchat kat sini

The Cedar Bidor
haaa, berhenti kejap dari membawang. kihkih
Dengan meja makan 16 kaki yang terletak tepat berhampiran kolam renang, ini membolehkan kami menikmati hidangan dengan pemandangan kolam renang dan hutan hujan Malaysia. Meja makan yang boleh menempatkan 16 orang dengan selesa, sesuai untuk kumpulan besar seperti kami.

  • Meja Pool
The Cedar Bidor
Table Pool

The Cedar Bidor
Noob

The Cedar Bidor
Kasi On

The Cedar Bidor

Ehem ehem, tempat fav korang kalau korang ke sini.. DI The Cedar Holiday Home mempunyai Pool Table 7ft Snooker lengkap dengan set bola, berus meja, segitiga plastik, kapur dan isyarat. Ini sesuai untuk tetamu yang menikmati hiburan di rumah. Korang boleh main pool ni sampai muntah. Mau tak muntah, korang tak perlu bayar main per jam dah, ni free berjam-jam. Kau ghaserr? hahaha

  • Bilik Mainan kanak-kanak
The Cedar Bidor
Pandai main mahjung ? ada simpan kat sini

The Cedar Bidor

Tidak lupa anak-anak kecil takkan korang je seronok main pool di sini, rumah percutian The Cedar ini juga menyediakan Kids Playroom untuk kanak-kanak untuk bersenang-senang. Mempunyai pelbagai jenis mainan yang disediakan untuk mereka menikmati masa mereka di sini. Bukan je budakbudak suka, tu haa tuu brader ni pun suka bilik ni. hahahha

  • Karaoke Lounge dan Ruang Tamu yang luas
The Cedar Bidor
Ruang tamu yang luas

The Cedar Bidor

The Cedar Bidor
Ruang Karaoke

The Cedar Bidor
kasi layan

Ruang tamu di tingkat atas dilengkapi dengan TV LCD, sistem bunyi dan sistem karaoke. Korang boleh memilih lagu kegemaran mereka dari pemain karaoke kami dan menikmati lunak suara korang tuu haa. Tapi ! lagu melayu tak berapa banyak. Jadi kami hanya karaoke melalui youtube. hahaha. asalkan karaoke babe.

  • 8 Bilik - Katil Queen
The Cedar Bidor
Corridor Bilik ke bilik

The Cedar Bidor
Setiap bilik katil queen dan berpenghawa dingin

The Cedar Bidor

The Cedar Bidor
Setiap bilik ada bilik air dan extra 2 ilik air di tingkat bawah

Ada 8 bilik semuanya di sini. Setiap bilik disediakan katil size queen dan tersedia bilik air di setiap bilik yang ada. Bilik air yang luas air pun kuat untuk membersihkan diri di sini.

Tarikan berhampiran di The Cedar, Bidor

The Cedar Bidor

Sungai Gepai Bidor

Air terjun Gepai yang tak sempat aku jejaki adalah antara 10 Air Terjun di Perak. Air jernih dan sejuk. Air terjun ini terletak hanya 5 minit memandu atau 15-20 minit perjalanan hutan dari The Cedar Villa. Dari tempat letak kereta korang boleh menyeberangi aliran di jambatan kecil. Jambatan ini adalah tempat kegemaran untuk menyelam di dalam air sejuk yang sejuk di bawah. Okay jeles Ajeeb dapat main sungai.

---------------------------------------------------------------------------
Harga : 
RM1100-RM2400

Info Lanjut
Alamat : Lot 1852, Jalan Paku, Kg Chang, Bidor, Perak, 35500, Malaysia
Waze : The Cedar At Bidor
Email : thecedarbidor@gmail.com
Telephone Number : +6012-683-9979
Powered by Blogger.
Back to Top